You are on page 1of 13

BIDANG LINGUISTIK

- LINGUISTIK AM - LINGUISTIK GUNAAN


Khairul Hizami Sangeetha Muhd Sari Hidayat Khalimatussaadiah

LINGUISTIK AM (Umum)
Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang yang mengkaji aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum Sebilangan ahli linguistik berpendapat linguistik am turut disebut sebagai linguistik teori Hal ini kerana ia sering dibahagikan kepada sebilangan bidang yang berasingan untuk dikaji secara tersendiri. Bidang-bidang tersebut adalah seperti berikut: Fonologi Morfologi Sintaksis Semantik

Fonologi
Menurut Frank Parker (1994), fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa : iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan Bermakana, fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa bermakna yang diucapkan melalui mulut manusia. Terdapat dua bidang dalam fonologi. Fonetik : kajian bunyi bahasa dari segi pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya Fonetik Artikulasi , Fonetik Arkustik , Fonetik Auditori (ms 60) Fonologi : kajian bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa tersebut pengkajiannya lebih memfokuskan kepada fonem Contoh : kaca = [k], [a], [], [a]

Morfologi
Menurut Abdullah Hassan (2006) dan Siti Hajar (2008) ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan Terdapat dua unsur penting iaitu morfem dan kata Morfem : unit bahasa yang terkecil mempunyai makna serta fungsi tatabahasa dan berperanan membentuk perkataan Morfem juga terdiri daripada morfem terikat dan morfem bebas Kata : unsur bahasa yang digunakan bagi membentuk perkataan lain Kata juga terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas

Sintaksis
Sintaksis merupakan satu bidang kajian tentang tatacara binaan dan cara frasa, klausa dan ayat dibentuk Bidang ini dipelopori oleh Noam Chomsky Frasa : unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi minimum dua patah perkataan atau satu patah perkataan yang mampu menjadi dua patah perkataan atau lebih Frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, frasa sendi nama dan tugas-tugas frasa Klausa : satu rangkaian perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat Klausa bebas dan klausa tak bebas Ayat : terdiri daripada daripada klausa dan merupakan unit sintaksis yang paling penting dalam kajian bahasa Ayat dasar, ayat tunggal, ayat majmuk Jenis ayat : ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan

Semantik
Semantik ialah istilah untuk kajian linguistik yang menganalisis makna pada morfem, kata, ayat, atau wacana dan hubungannya dengan idea, konsep dan perasaan Semantik juga merupakan sebahagian daripada bidang kajian tatabahasa secara khusus, iaitu merujuk kepada kajian yang melibatkan struktur dalam sesuatu bahasa Siti Hajar (2009) menyifatkan semantik merupakan komponen tatabahasa yang sukar difahami Makna diertikan sebagai maksud, idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran penutur kepada pendengarnya Bidang semantik turut memberi penekanan kepada ketepatan makna, kesesuaiannya dengan konteks penggunaannya, makna denotasi dan makna konotasi Turut menjelaskan kaitan antara perkataan dan makna Sinonim, antonim, hiponim, polisem, homograf, homonim

LINGUISTIK GUNAAN (Terapan)


Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi Linguistik teori adalah berkenaan dengan mencari dan menghuraikan gambaran umum kedua-dua untuk bahasabahasa tertentu dan untuk antara semua bahasa Linguistik gunaan mengambil hasil ini dan menggunakannya untuk bidang-bidang yang lain Linguistik gunaan merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam pengajaran bahasa Tetapi hasil-hasil penyelidikan linguistik juga telah digunakan untuk banyak bidang yang lain Banyak bidang linguistik gunaan pada hari ini melibatkan penggunaan komputer secara eksplisit

Selain itu linguistik gunaan adalah bidang yang merupakan sekumpulan beberapa displin yang berhubungan Istilah ini pada mulanya digunakan di dalam ilmu linguistik umum merujuk kepada bidang linguistik yang berhubungan dengan pengajaran bahasa linguistik gunaan merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam pengajaran bahasa, tetapi hasil penyelidikan linguistik juga telah digunakan untuk pelbagai bidang yang lain Kesimpulannya, linguistik gunaan merupakan bahasa yang digunakan dalam pengajaran bahasa dan ia diguna pakai oleh masyarakat dan orang ramai Ia juga saling berhubung antara fikiran dan tanggapan dalam otak si penutur bahasa yang telah dipelajarinya Jadi,boleh dikatakan, linguistik gunaan mempunyai cabang di bawahnya iaitu bidang psikolinguistik dan sosiolinguistik

Psikolinguistik
Aitchison (1998) misalnya, mendefinisikan psikolinguistik sebagai suatu kajian tentang bahasa dan minda Harley (2001) pula menyatakannya sebagai suatu kajian tentang proses mental dalam penggunaan bahasa Ilmu psikolinguistik membincangkan perkaitan antara linguistik dengan psikologi Elemen yang dianggap penting dalam kedua-dua bidang: Psikologi : proses yang berlaku ketika manusia bertutur dan memahami pertuturan Linguistik : penggunaan bahasa Kesimpulannya, pembelajaran psikolinguistik adalah tentang mendalami kebolehan manusia bertutur dan memahami bahasa.

Sosiolinguistik
Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji hubungan bahasa dengan masyarakat dan komuniti bahasa. Menurut Peter Trudgill (1974), sosiolinguistik ialah cabang ilmu yang mengaitkan bahasa dengan gejala sosial dan kebudayaan. Nik Safiah Karim (1998) pula berpendapat sosiolinguistik sebagai satu cabang linguistik yang mengkaji hubungan bahasa dengan masyarakat dan pengaruh-pengaruhnya Salah satu contoh sosiolinguistik ialah dialek Dialek merupakan satu kelainan bahasa yang berbeza dari segi bentuk-bentuk sebutan, tatabahasa dan kosa kata daripada bahasa baku. Jenis dialek: Dialek sosial Dialek daerah Dialek seketika

Sumber: Abdullah Hassan, (2006). Morfologi. Batu Caves: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar, (2006). Fonetik dan Fonologi. Batu Caves: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz, (2008). Bahasa Melayu I. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz, (2009). Bahasa Melayu II. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

TAMAT
Terima Kasih atas tumpuan anda sekalian

You might also like