Professional Documents
Culture Documents
Sej t2b1
Sej t2b1
BAB 1 KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH Pengenalan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) SHTI ditubuhkan pada tahun 1600 di England. Syarikat ini diberi hak monopoli dalam perdagangan antarabangsa dan ditugaskan untuk meluaskan tanah jajahan oleh kerajaan British. 1.1 Pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Pulau Pinang Pulau Pinang menjadi pangkalan SHTI SHTI perlukan sebuah pelabuhan untuk dijadikan tempat persinggahan, pusat pengumpulan barang dagangan dan pangkalan tentera. Kegemilangan dan kemakmuran Kedah telah menarik minat Syarikat Hindia Timur Inggeris. Akan tetapi, SHTI tidak boleh menguasai negeri Kedah kerana pada ketika itu Siam menganggap Kedah di bawah naungannya. SHTI mahu menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam. Kedudukan Pulau Pinang yang strategik di tengah-tengah laluan perdagangan antara Timur dengan Barat dapat memenuhi semua keperluan SHTI. Pada masa itu, Pulau Pinang merupakan scbahagian daripada Kedah. SHTI ingin menjadikan Pulau Pinang sebagai:(a) Pusat Pengumpulan Barang SHTI telah berjaya memonopoli perdagangan teh yang menguntungkan di China. Teh sangat diminati di Eropah. Sebagai tukaran dengan teh, China mahukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam. Kesemua barang-barang ini boleh diperoleh di Kepulauan Melayu. Pulau Pinang merupakan tempat yang sesuai sebagai pusat pengumpulan barang-barang tersebut. (b) Pelabuhan Persinggahan Pelabuhan Pulau Pinang sesuai dijadikan sebagai tempat menyediakan bekalan air, makanan dan kemudahan memperbaiki kapal sebelum kapal-kapal belayar ke Canton, China. Pelabuhan ini juga sesuai dijadikan tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun. (c) Pangkalan Tentera Pada abad ke 18. British bermusuhan dengan Perancis. Perancis memiliki sebuah pangkalan tentera di Pulau Mauritius. Pemilikan ini mengancam keselamatan British di Madras kerana melalui pangkalan ini, Perancis dapat menyerang British dalam masa yang singkat. Oleh itu, Pulau Pinang sesuai dijadikan sebagai pangkalan tentera di Kepulauan Melayu untuk mempertahankan petempatannya di India daripada diserang oleh Perancis. Peta 1.1 Pulau Pinang dan Seberang Perai merupakan sebahagian daripada wilayah negeri Kedah sebelum tahun 1791. Kedaulatan Kedah tercabar Kedah makmur sebagai pusat perdagangan antarabangsa pada kurun ke-16. Kuala Kedah merupakan pelabuhan entrepot yang penting di Kepulauan Melayu. Kedaulatan dan kemakmuran negeri Kedah telah dicabar dan ditentang dari dalam dan luar negeri.
SHARLINI
Page 1
1.2 Tipu Helah Francis Light bagi Mendapatkan Pulau Pinang Francis Light menerima tawaran SultanAbdullah. Francis Light telah menandatangani Perjanjian Inggeris - Kedah dengan pada tahun 1786 tanpa pengetahuan SHTI. Perjanjian Inggeris- Kedah 1786 SHTI hendaklah membantu Kedah sekiranya Kedah diserang musuh SHTI tidak boleh melindungi musuh-musuh Kedah SHTI akan membayar 30 000 Dolar Sepanyol setahun kepada sultan Kedah sebagai pampasan Sultan Abdullah telah membenarkan Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan syarat beliau mestilah memberikan bantuan ketenteraan kepada beliau apabila diperlukan. Dengan rasminya pada II ogos 1786, upacara menaikkan bendera Union Jack telah diadakan dan ini menandakan bermulanya penjajahan British di Tanah Melayu.
SHARLINI
Page 2
1.3 SHTI Mengambil SeberangPerai SHTI telah membangunkan Pulau Pinang sehingga menjadi pangkalan laut dan pusat perdagangan yang penting di Kepulauan Melayu SHTI memerlukan kawasan Seberang Perai sebagai benteng pertahanan kepada sekiranya Pulau Pinang diserang dari tanah besar. Selain itu, kawasan tanah di SeberangPerai adalah subur dan sesuai untuk bercucuk tanam bagi menampung keperluan makanan di Pulau Pinang. SHTI berpeluang mengambil Seberang Perai apabila Sultan Dziauddin meminta bantuan ketenteraan bagi menghadapi ancaman Siam. SHTI telah mengambil kesempatan ini dan memaksa Sultan Dziauddin menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan dengan Gabenor George Leith pada bulan Jun 1800. Syarat-syarat Perjanjian dan Perikatan 1800: Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800
SHARLINI
Page 3
Kita dapat melihat bahawa Francis Light dan SHTI telah memungkiri syarat-syarat perjanjian dan menggunakan tipu muslihat untuk mengambil Pulan Pinang dan Seberang Perai daripada Sultan Kedah. 1.4 Pertapakan SHTI di Singapura SHTI gagal memajukan Pulau Pinang Pulau Pinang gagal bersaing sebagai pelabuhan di Kepulauan Melayu kerana kedudukannya kurang strategik. Pulau Pinang terletak terlalu jauh ke utara di Selat Melaka. Kebanyakkan kapal dagang lebih suka berdagang di Betawi, Riau dan Lingga. SHT1 telah menguasai Melaka dan Betawi semasa Perang Napoleon. Melaka dab Betawi ialah tanah jajahan Belanda pada ketika itu. Raja Belanda telah membenarkan British menduduki tanah jajahan Belanda untuk menyelamatkan tanah jajahan itu daripada diduduki Perancis. Melaka dan Betawi yang diduduki sementara oleh British akibat Perang Napolean diserahkan kembali kepada Belanda apabila Perang Napoleon tamat. Pemulangan ini menjejaskan perdagangan Inggeris di Kepulauan Melayu. British sangat memerlukan sebuah pangkalan baru di Kepulauan Melayu kerana: a) Perdagangan SHTI dengan China semakin penting. Oleh itu, perlunya sebuah pelabuhan yang strategik di selatan Selat Melaka untuk menguasai laluan perdagangan antara China dengan India. b) SHTI ingin memecahkan monopoli perdagangan Belanda. Di samping itu, Belanda mengenakan cukai yang tinggi dan memberi layanan yang buruk kepada pedagang British di Betawi. Stamford Raffles telah diminta untuk mencarikan sebuah pelabuhan baru untuk menyaingi pengaruh Belanda. Singapura pangkalan perdagangan yang strategic
SHARLINI
Page 4
Peta 1.3 Kedudukan pelabuhan-pelabuhan utama di laluan perdagangan antara India dengan China. Taktik Raffles mengambil Singapura Raffles tiba di Singapura Pada tahun1819. Singapura diperintah olehTemenggung Abdul Rahman. Satu perjanjian telah dibuat pada 30 Januari 1819 anta ra Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman. Perjanjian itu terpaksa ditandatangani oleh Temenggung Abdul Rahman kerana beliau bimbang diserang oleh Raffles. Syarat-syarat perjanjian antara Temenggung Abdul Rahman dengan Stamford Raffles: Perjanjian antara Temenggung Abdul Rahman dengan Stamford Raffles SHTI SHTI SHTI SHTI boleh mendirikan loji di Singapura bersetuju melindungi Temenggung daripada sebarang ancaman akan membayar 3 000 Dolar Sepanyol setahun kepada Temenggung tidak membenarkan Temenggung membuat hubungan dengan negara Barat yang lain
Perjanjian tersebut dianggap tidak sah kerana dibuat tanpa persetujuan daripada Sultan Johor, iaitu Sultan Abdul Rahman. Raffles dapat mengatasi masalah tentangan daripada Sultan Abdul Rahman ap abila mengetahui adanya masalah pewarisan takhta yang berlaku pada tahun 1812. Raffles telah menggunakan masalah pewarisan takhta kerajaan Johor sebagai helah untuk bertapak di Singapura. Masalah perebutan takhta kerajaan Johor bermula apabila Tengku A bdul Rahman, putera bongsu Sultan Johor, telah dilantik menjadi Sultan Johor. Tengku Abdul Rahman yang bergelar Sultan Abdul Rahman turut mendapat pengiktirafan daripada Belanda. Putera sulung Tengku Hussein atau Tengku Long tidak dilantik sebagai Sult an kerana baginda tidak ada semasa kemangkatan ayahandannya. Tengku Hussein pada ketika itu berada di Pahang kerana melangsungkan perkahwinannya. Sekembalinya dan Pahang, Tengku Hussein menuntut hak menjadi Sultan Johor. Raffles berjaya memujuk Temenggung Abdul Rabman dan menjemput Tengku Hussein ke Singapura untuk ditabalkan menjadi Sultan Johor. Pada 6 Feb 1819, Sultan Hussein mengiktiraf perjanjian awal antara Temenggung Abdul Rahman denganRaffles. Dengan ini, SHTI mula bertapak secara rasmi di Singapura. SHTI mencengkam Singapura
SHARLINI
Page 5
1.5 Perpecahan Kepulauan-Melayu Pendudukan British di Singapura dibantah oleh Belanda yang mendakwa bahawa Singapura adalah di bawah lingkungan pengaruhnya. Belanda bimbang pembukaan Singapura akan menjejaskan kepentingan ekonomi dan politik Belanda di Kepulauan Melayu. Belanda juga bimbang dengan kemajuan Singapura seb agai pusat perdagangan, aktiviti perdagangan di Betawi akan terjejas. British enggan menyerahkan Singapura kepada Belanda dan hal ini telah mencetuskan ketegangan antara British dengan Belanda. Akhirnya pertikaian antara British dengan Belanda diselesa ikan melalui Perjanjian Inggeris Belanda 1824. Perjanjian tersebut juga dikenali sebagai Persetiaan London. Syarat-syarat perjanjian InggerisBelanda 1824 :
Perjanjian Inggeris-Belanda 17 Mac 1824 Antara syarat perjanjian ialah: 1. Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura.
SHARLINI
Page 6
Peta 1.4 Pembahagian kawasan pengaruh British dan Belanda akibat Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 1.6 Penubuhan dan Pentadbiran Negeri-negeri Selat Setelah termeterai Perjanjian InggerisBelanda 1824, SHTI mempunyai tiga petempatan, iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Corak pentadbiran di ketiga-tiga petempatan tersebut berbeza. Leftenan Gabenor mentadbir Pulau Pinang. Singapura dan Melaka masing -masing ditadbir oleh Residen. Untuk menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan perbelanjaan, ketiga-tiga petempatan disatukan di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-negeri Selat (NNS) pada tahun 1826. Ibu Negeri NNS yang pertama ialah Pulau Pinang yang kemudiannya digantikan oleh Singapura pada tahun 1832 kerana kedudukan Singapura yang lebih strategik dan menguntungkan. Pentadbiran NNS diketuai oleh Gabenor. Gabenor dibantu oleh Residen Konsular. Gabenor bertanggungjawab kepada Gabenor Jeneral di India
Peta 1.5 Kedudukan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826 Dasar pentadbiran Gabenor Jeneral British di India tidak disenangi oleh penduduk tempatan dan saudagar kerana merasakan NNS seolah-olah tanah jajahan India. Saudagar-saudagar British di NNS mahukan kerajaan British memindahkan pentadbiran NNS ke London. Antara sebab penduduk tempatan dan saudagar British merayu supaya pentadbiran NNS dipindahkan dari India ke London pada tahun 1867 ialah: (a) Kebajikan NNS tidak diambil berat oleh SHTI di India. (b) SHTI di India hendak menghapuskan taraf pelabuhan bebas di Singapura. (c) SHTI di India tidak mengawal kedatangan imigran Cina ke NNS. Imigran Cina menubuhkan kongsi gelap dan sering bergaduh sesama sendiri. (d) Para perdagang rugi apabila SHTI di India menggantikan mata wang dolar Sepanyol dengan mata wang rupee India melalui Akta Akta Wang 1855. (e) NNS dijadikan tempat buangan banduan.
SHARLINI
Page 7
SHARLINI
Page 8