You are on page 1of 1

Syarat-Syarat untuk Pendaftaran Tabung Warisan Anak Selangor.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN Syarat 1


Permohonan adalah terbuka kepada Anak Selangor yang bermaksud rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:

Warganegara Malaysia DAN Lahir di Negeri Selangor atau di luar Negeri Selangor mulai 1 Januari 2008, DAN Sama ada:Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor, ATAU Ibu atau bapa di Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 ATAU

Syarat 2
Permohonan adalah terbuka kepada `Anak yang dilahirkan di Selangor ` yang memenuhi kriteria seperti berikut: Warganegara Malaysia, DAN Lahir di Negeri Selangor mulai 1 Januari 2008, DAN Ibu dan bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor minimum 5 tahun DAN Cop pengesahan Taraf mastautin ATAU

Syarat 3
Warganegara Malaysia, DAN Lahir di luar Negeri Selangor (sempadan negeri Selangor) mulai 1hb Januari 2008 DAN ** Ibu dan Bapa bukan kelahiran Selangor tetapi bermastautin tetap di Negeri Selangor DAN Cop pengesahan Taraf mastautin.

** Ini merujuk kepada Ibu dan Bapa yang bermastautin tetap di daerah yang bersempadan dengan negeri lain. Contoh: Selangor-Pahang, Selangor-Perak, Selangor-Negeri Sembilan, dan Selangor-Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) sahaja.
* Tempoh Pendaftaran TAWAS adalah pada Hari Ulangtahun pertama anak.

PUSAT PENDAFTARAN (PROJEK TAWAS) : Yayasan Warisan Anak Selangor, Syarikat Pengurusan Projek Tabung Warisan Anak Selangor, A1-11-2 & A1-11-3, Jalan Multimedia 7/AH, Park City, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA BERHUBUNG DITALIAN: TELEFON:03-55218740 / 03-55218741 FAKSIMILI:03- 55218742 / 03- 55218743

You might also like