You are on page 1of 2

Kenali Statistik? Perkataan statistik mempunyai berbagai makna di dalam budaya kita.

Websters Third New International Dictionary memberikan definasi statistik yang komprehensif sebagai sains yang berurusan dengan pungutan, analisis, tafsiran dan persembahan data numerik. Statistik

juga merupakan satu cabang matematik, dan banyak daripada sains statistik berdasarkan kepada pemikiran matematik, dan terbitannya. Kepada ahli-ahli statistik, statistik merupakan satu bidang matematik yang menghasilkan teori dan kaedah untuk menganalisis data. Kesimpulannya, statistik bererti satu set teori dan kaedah yang boleh digunakan untuk memahami data.

Banyak daripada bidang-bidang akademik, termasuk perniagaan, menawarkan kursus statistik di dalam disiplinnya. pengajian. Pandangan orang ramai, statistik bermaksud angka yang direkodkan mengikut kategori tertentu. Contohnya, statistik kemalangan jalan raya memberikan kita maklumat tentang kemalangan jalan raya, yang pecahkan kepada beberapa kategori, seperti maut, cedera parah, cedera ringan dan sebagainya. Jabatan Kaji Cuaca, misalnya, memberikan statistik hujan/ Walau bagaimanapun, statistik telah menjadi satu bidang

ramalan hujan setiap bulan. Pihak sekolah pula memberikan statistik pencapaian pelajar, misalnya, bilangan pelajar yang mendapat gred tertentu dalam peperiksaan SPM. Kepada

mereka yang menjalankan kajian pula, statistik merupakan kaedah yang boleh digunakan untuk menganalisis data kajian.

Dalam bidang pendidikan, statistik boleh diguna untuk menyampaikan maklumat dalam pelbagai situasi seperti contoh yang diberikan, statistik boleh diguna untuk menunjukkan

taburan pelajar mengikut pencapaian. Maklumat ini boleh dibentangkan dengan menggunakan jadual atau grafik seperti histogram/carta pai. Seterusnya, jika seseorang penyelidik ingin melihat hubungan antara dua pembolehubah, contohnya antara lama masa belajar dengan pencapaian, kaedah statistik kolerasi boleh digunakan untuk mengira kekuatan hubungan ini. Statistik juga boleh digunakan untuk menguji hipotesis tertentu, misalnya menguji sama ada wujud hubungan antara lama masa belajar dengan pencapaian. Selain menguji hubungan, kaedah statistik boleh

digunakan untuk menguji perbezaan antara dua min atau lebih, iaitu dengan menggunakan ujiant atau ANOVA.

Kegunaan statistik amat meluas, penyelidik memerlukan pengetahuan statistik untuk merekabentuk (design) sesuatu penyelidikan, seperti merekabentuk eksperimen, dan menentukan kaedah analisis data yang sesuai untuk sesuatu rekabentuk. Pengetahuan statistik juga dapat digunakan oleh guru untuk memahami kajian-kajian yang ditulis dalam bentuk empirikal. Dalam bidang pengukuran pula, kaedah statistik digunakan untuk mengira indek kebolehpercayaan, indeks keesahan atau indeks keesahan ramalan. Terdapat dua jenis statistik yang digunakan dalam bidang pendidikan, iaitu statistik deskriptif yang digunakan untuk menjelaskan sesuatu ukuran (seperti min dan bidang sisihan piawai); dan statistik inferensi yang digunakan untuk menguji hipotesis.

Pernyataan statistik adalah digunakan sekurang-kurangnya di dalam dua cara yang penting. Pertama, statistik boleh merupakan pengukuran inferensi yang dikira daripada sampel dan digunakan untuk membuat penerangan terhadap populasi. taburan yang digunakan di dalam analisis data. Kedua, statistik merupakan

Berikut merupakan beberapa penggunaan yang biasa bagi perkataan statistik: a. b. c. d. e. f. Sains yang memungut, menganalisis, mentafsir dan mempersembahkan data. Cabang metematik Kursus pengajian Kenyataan dan angka Pengukuran yang diambil dari sampel Jenis taburan yang digunakan untuk menganalisis data.

You might also like