You are on page 1of 16

ELEKTIF BINAAN BANGUNAN

IKMAS2013

BUMBUNG

Bumbung memainkan peranan yang penting di dalam struktur sebuah rumah. selain daripada menjadi pelindung daripada cuaca panas dan hujan, bentuk bumbung memberikan nilai estetika sesebuah rumah. Binaan yang menutupi bangunan dari atas.

Bumbung ialah kemuncak rumah yang berbentuk curam ataupun rata digunakan untuk menutup dan menahan rumah daripada terkena hujan, panas, embun dll. Ciri-ciri bumbung i. ii. iii. iv. v. vi. Kestabilan Perlindungan cuaca Tahan lasak Rintangan haba Bekalan cahaya dan ganti udara Kecantikan Page 1

INSTITUT KEMAHIRAN ISLAM MALAYSIA SARAWAK

ELEKTIF BINAAN BANGUNAN

IKMAS2013

Bumbung : Faktor penting i. ii. iii. iv. v. vi. Angin Penebatan Ganti udara Serangga Kilat Air hujan

Pembinaan bumbung pada amnya boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu :1. Bumbung Rata

mempunyai kecerunan kurang daripada 10%. Kasaunya merentang antara tembok, rasau ataupun kekuda dengan jarak 2 hingga 4 meter dari tetengah untuk menyokong gulung- gulung. 2. Bumbung Curam

mempunyai kecerunan melebihi 10% dari garisan ufuk. Bumbung curam didapati dalam pelbagai bentuk, antaranya ialah :

Bumbung tebeng layar Bumbung limas Bumbung Gambriel Bumbung layang Bumbung Mansard Bumbung limas Belanda Bumbung pisang sesikat Bumbung Minangkabau

INSTITUT KEMAHIRAN ISLAM MALAYSIA SARAWAK

Page 2

ELEKTIF BINAAN BANGUNAN

IKMAS2013

Fungsi Bumbung 1. melindungi bangunan daripada dimasuki hujan, panas, angin dan habuk. 2. menstabilkan suhu dalam bangunan 3. melambangkan kesenian sesuatu bangunan. 4. membezakan jenis setiap bangunan. 5. mencantikkan setiap binanan bangunan

Jenis-jenis bumbung

INSTITUT KEMAHIRAN ISLAM MALAYSIA SARAWAK

Page 3

ELEKTIF BINAAN BANGUNAN

IKMAS2013

Bumbung tebeng layar

Bumbung limas (hip roof) Bumbung yang mengandungi empat cerun permukaan. Dua daripadanya berbentuk segitiga.

INSTITUT KEMAHIRAN ISLAM MALAYSIA SARAWAK

Page 4

ELEKTIF BINAAN BANGUNAN

IKMAS2013

Bumbung gambriel

Bumbung layang

bumbung layang

INSTITUT KEMAHIRAN ISLAM MALAYSIA SARAWAK

Page 5

ELEKTIF BINAAN BANGUNAN

IKMAS2013

bumbung mansard Bumbung Limas yang saling bertindih. bahagian bawah bumbung ini lebih curam daripada bahagian atas

Bumbung limas Belanda

INSTITUT KEMAHIRAN ISLAM MALAYSIA SARAWAK

Page 6

ELEKTIF BINAAN BANGUNAN

IKMAS2013

Bumbung pisang sesikat

Bumbung yang mempunyai satu cerun sahaja. Kasaunya diunjurkan daripada plat dinding ke rasuk dan tiang yang terletak di bahagian luar bangunan pada aras yang lebih rendah

Bumbung minangkabau

INSTITUT KEMAHIRAN ISLAM MALAYSIA SARAWAK

Page 7

ELEKTIF BINAAN BANGUNAN

IKMAS2013

PEMILIHAN BUMBUNG Pemilihan bumbung adalah bergantug kepada faktor- faktor berikut: 1. Jenis bangunan 2. Ketahanlasakan 3. Rintangan kepada haba 4. Perlindungan cahaya 5. Kecantikan 6. Ekonomi 7. Kemungkinan pengubahsuaian pada masa hadapan

Kekuda Bumbung Kekuda bumbung adalah digunakan untuk menyokong bumbung yang tergantung pada panjang rentang, kecerunanbumbung dan bahan penutup bumbung. Beban bumbung akan dipindahkan ke gelegar dengan sekata sebelum dipindahkan ke kekuda bumbung. Gelegar adalah anggota yang disambungkan antara kekuda dengan kekuda yang lain. Kekuda bumbung akan disokong samada oleh tiang (besi, konkrit dsb) atau dinding.

INSTITUT KEMAHIRAN ISLAM MALAYSIA SARAWAK

Page 8

ELEKTIF BINAAN BANGUNAN

IKMAS2013

Penutup Bumbung Penutup bumbung mestilah terdiri daripada bahan- bahan yang kalis air. Bahan- bahan yang digunakan untuk membuat penutup bumbung adalah seperti kepingan kuprum, pumbum, zink, aluminium, asbestos, plastik, konkrit dan tanah liat. i. Genting Konkrit Genting konkrit diperbuat daripada campuran pasir, air, simen dan pigmen2 tambahan seperti pewarna. Ia melalui proses pengeringan biasa (tanpa pembakaran) didalam suhu sekitar 60 darjah celcius. Ia sangat kukuh boleh dihantar ketapak dan dipasangkan hanya beberapa hari sahaja selepas dikeringkan.

INSTITUT KEMAHIRAN ISLAM MALAYSIA SARAWAK

Page 9

ELEKTIF BINAAN BANGUNAN

IKMAS2013

ii. Genting Tanah Liat Genting tanah liat telah lama gigunakan sebagai penutup bumbung rumah. Genting tanah liat diperbuat daripada tanah liat dan dikeringkan melalui proses pembakaran. Genting jenis ini selain daripada memaparkan nilai estetik tetapi sangat tahan lama dan kurang kerja penyelenggaraan.

INSTITUT KEMAHIRAN ISLAM MALAYSIA SARAWAK

Page 10

ELEKTIF BINAAN BANGUNAN

IKMAS2013

INSTITUT KEMAHIRAN ISLAM MALAYSIA SARAWAK

Page 11

ELEKTIF BINAAN BANGUNAN

IKMAS2013

Kepingan Bumbung Keluli Kepingan bumbung Keluli biasanya diperbuat daripada zink (zincalume), aluminium atau campuran kedua-duanya. Penutup bumbung jenis ini sangat ringan, fleksibel dan terdapat pelbagai profil serta warna pilihan.

Bumbung metal

INSTITUT KEMAHIRAN ISLAM MALAYSIA SARAWAK

Page 12

ELEKTIF BINAAN BANGUNAN

IKMAS2013

Bumbung zink

Bumbung abestos

INSTITUT KEMAHIRAN ISLAM MALAYSIA SARAWAK

Page 13

ELEKTIF BINAAN BANGUNAN

IKMAS2013

Pembinaan bumbung
Rangka Bumbung i. Rabung (Perabung) dipasang lurus merentasi kasau jantan. -kasau jantan dipaku di bahagian rabung -kasau jantan dalam keadaaan curam di kedua bahagian bumbung

Kasau Jantan

Kayu yang dipasang mengikut jarak tertentu merentangi plat tembok secara selari. Sebagai penyebar bebanan dari bumbung, ke plat tembok, tembok, tiang, bahagian aras, tanah.

INSTITUT KEMAHIRAN ISLAM MALAYSIA SARAWAK

Page 14

ELEKTIF BINAAN BANGUNAN

IKMAS2013

Kekuda
Mengandungi gabungan kasau, tupang dan alang pengikat. Dari jenis kayu, keluli, dsb. Tujuan: Mempercepatkan kerja pemasangan Ekonomik dan praktikal Memberi kekuatan pada bumbung Merentangi ruang bukaan yang besar

Penguat Sambungan Kekuda Kayu


Selain penggunaan paku atau skru Plat bergigi: logam berbentuk bulat segiempat, berbucu tajam Gegelang pisah : baik untuk digunakan, jika terjadi pergerakan sambungan, gegelang bergerak, tidak menjejaskan sambungan. Plat kekuda: kepingan keluli mengandungi lubang-lubang untuk pemakuan dan pelekap.

Penggunaan Bahan Bumbung, Jarak Kasau, Beroti dan Kasau Lintang. Penggunaan atap genting Atap asbestos Atap aluminium Binaan kekuda dimana jarak melebihi 3m, kasau lintang boleh menggunakan U channel atau sesiku. Jarak kasau 1800mm jarak kasau lintang 900mm- 1200mm Jarak kasau 600mm, beroti 300mm.

INSTITUT KEMAHIRAN ISLAM MALAYSIA SARAWAK

Page 15

ELEKTIF BINAAN BANGUNAN

IKMAS2013

Penutup Bumbung

Kesempurnaan bumbung terletak pada pemasangan penutupnya. Tanpa penutup, air mudah memasuki ruang bawahnya. Pelbagai bentuk mengikut kesesuaian dan binaan bumbung Dibuat dari genting tanah liat, keluli, plastic

Cucur atap dan Birai Hias Birai dibuat pada setiap hujung cucur atap. Tiga cara pembinaan birai: i. ii. Birai hias terbuka: cucur atap dan kasau terbuka. Birai hias tertutup: pada cucur atap yang tidak terjulur

iii. Birai hias kekotak: mempunyai tumpu kasau, friz dan tampang bawah. Dipasang pada keseluruhan cucur atap.

INSTITUT KEMAHIRAN ISLAM MALAYSIA SARAWAK

Page 16

You might also like