You are on page 1of 2

PENGERTIAN HADAS

Hadas dari segi bahasa bererti sesuatu yang datang atau berlaku. Hadas dari segi syara bermaksud sesuatu yang berlaku pada tubuh badan yang menyebabkan tidak sah sesuatu ibadah. Ia terbahagi kepada hadas kecil dan hadas besar. 1. Hadas kecil ialah sesuatu perkara yang membatalkan wudhu. 2. Hadas besar ialah sesuatu perkara yang mewajibkan mandi.

SEBAB HADAS DAN KESANNYA


A) Sebab hadas kecil adalah sebab yang membatalkan wudhu. Maka kesan daripada berhadath kecil adalah terbatalnya wudhu dan diharamkan untuk melakukan perkara-perkara berikut: 1. Menunaikan sembahyang sama ada fardhu atau sunat dan amalan lain yang seumpamanya seperti sujud tilawah, sujud syukur, khutbah Jumaat dan solat jenazah. 2. Tawaf Kabah, sama ada fardhu ataupun sunat kerana dihukum sebagai sembahyang. 3. Memegang dan menyentuh kesemua bahagian Al-Quran atau sebahagiannya sahaja walaupun sepotong ayat. B) Sebab hadas besar pula adalah berjunub, keluar haidh atau nifas dan melahirkan anak. Apabila seseorang berhadas besar kerana berjunub, maka dia diharamkan untuk melakukan perkara-perkara berikut : 1. Menunaikan sembahyang sama ada fardhu atau sunat dan amalan lain yang seumpamanya seperti sujud tilawah, sujud syukur, khutbah Jumaat dan solat jenazah. 2. Tawaf Kabah, sama ada fardhu ataupun sunat kerana dihukum sebagai sembahyang. 3. Memegang dan menyentuh kesemua bahagian Al-Quran atau sebahagiannya sahaja walaupun sepotong ayat. 4. Membaca Al-Quran dengan niat membacanya kecuali dengan niat zikir, berdoa, memuji Allah dan memulakan sesuatu ataupun dengan tujuan mengajar. 5. Beritikaf di dalam masjid.

Apabila seseorang berhadas besar kerana keluar haid dan nifas, maka dia diharamkan untuk melakukan perkara-perkara berikut : 1. Menunaikan sembahyang sama ada fardhu atau sunat dan amalan lain yang seumpamanya seperti sujud tilawah, sujud syukur, khutbah Jumaat dan solat jenazah. 2. Berpuasa. 3. Tawaf Kabah, sama ada fardhu ataupun sunat kerana dihukum sebagai sembahyang. 4. Memegang dan menyentuh kesemua bahagian Al-Quran atau sebahagiannya sahaja walaupun sepotong ayat. 5. Membaca Al-Quran dengan niat membacanya kecuali dengan niat zikir, berdoa, memuji Allah dan memulakan sesuatu ataupun dengan tujuan mengajar. 6. Masuk, duduk dan beritikaf di dalam masjid walaupun dengan wudhu. 7. Bersetubuh. 8. Talaq. CARA MENGHILANGKAN HADAS Untuk menghilangkan hadas kecil ialah dengan berwudhu atau tayammum apabila tidak dapat melakukan wudhu. Untuk menghilangkan hadas besar ialah dengan mandi atau bertayammum sebagai ganti daripada mandi.

You might also like