You are on page 1of 18

ELEMEN 2

TAJUK:

KEGIATAN EKONOMI TRADISIONAL DI MALAYSIA (BATIK)

SENARAI KANDUNGAN:

PERKARA:

MUKA SURAT:

1. Tajuk Kajian 2. Senarai Kandungan 3. Penghargaan 4. Objektif Kajian 5. Kaedah Kajian 6. Hasil Kajian 7. Rumusan 8. Lampiran 9. Rujukan

PENGHARGAAN:
Saya, Chai Jia-Yi dari tingkatan 3A4 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu-individu berikut yang telah membantu saya dalam projek ini. Antara ialah Pengetua SMJK Katholik, Petaling Jaya, iaitu Encik Ong Boon Puah kerana membenarkan saya melaksanakan kerja kursus ini. Seterusnya, kepada guru Sejarah saya, Encik Abdul Manap kerana banyak memberi panduan dan bimbingan kepada saya dalam pelaksanaan kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya, iaitu Chan Foong Ming dan Chai Tze Kian kerana banyak memberi sokongan kepada saya untuk menjayakan projek ini. Mereka bukan sahaja memberi sokongan moral kepada saya, malah juga sudi menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk kerja kursus ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ahli kumpulan saya , iaitu Chye Fang Zheng, Chan Kin Leigh, Phang Yi Qian, Low Shu Yeng, Lee Yoong Zen, Wong Ke Xin dan Lee Jian Quan yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Tanpa bantuan mereka, tidak mungkin dapat saya menghasilkan projek ini.

OBJEKTIF KAJIAN:
Kajian saya terhadap kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia telah merangkumi objektif-objektif berikut: Melalui projek ini, saya dapat mengkaji dan meneliti latar belakang kegiatan pengusahaan batik di Malaysia. Saya juga mendapat pengetahuan tentang pengaruh kepada masyarakat dan prospek masa depan perusahaan batik di Malaysia. Selain itu, dengan melaksanakan projek ini, saya dapat menentukan faedah kegiatan perusahaan batik di negara kita. Biarpun dari segi ekonomi dan sosial, kegiatan tersebut sebenarnya amat penting dalam kalangan masyarakat.

Seterusnya, saya dapat menambah pengalaman dalam mencari sumber-sumber sejarah yang sahih. Hal ini dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan prosedur yang jelas, tepat dan efisien.

Seterusnya, kegiatan ekonomi tradisional yang diusahankan oleh masyarakat pengusaha batik dapat memupuk semangat nasionalisme saya. Dalam pelaksanaan projek ini, saya telah dijadikan seorang yang lebih berpatriotik dan berbangga terhadap tanah air.

KAEDAH KAJIAN:
Dalam usaha saya menjalankan kerja kursus ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian seperti yang tersebut:

Internet Saya telah melayari laman web www.wikipedia.org untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut tentang perusahaan batik di Malaysia.

Orang Sumber Di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, saya telah menemu bual pengusaha batik, Puan Hafsahlinda Abu Bakar tentang penghasilan batik.

Melawat Ke Tempat Kajian Saya telah melawati gerai batik Puan Hafsahlinda yang terletak di Kompleks Kraf Kuala Lumpur untuk mengumpulkan maklumat yang lebih lanjut tentang perusahaan batik di negara kita.

Buku Ilmiah Saya telah merujuk kepada buku teks Pendidikan Seni Visual Tingkatan Tiga untuk mendapat tahu lebih banyak tentang penghasilan batik.

HASIL KAJIAN:
1. MAKLUMAT ASAS: Kegiatan ekonomi tradisional yang saya kaji ialah perusahaan batik yang dijalankan oleh Puan Hafsahlinda Abu Bakar. Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik. Antara jenis batik termasuklah batik tulis, batik skrin, batik celup, dan batik terap. Teknik membuat batik telah wujud melebihi seribu tahun dan kemungkinannya berasal dari Mesir kuno atau Sumeria. Kegiatan menghasilkan batik terdapat di banyak negara di Asia. Contohnya, di Bangladesh, India, Indonesia, Iran, Malaysia, Sri Lanka dan Thailand. Batik telah memainkan peranan yang penting dalam budaya dan tradisi Melayu. Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Perkataan batik merujuk kepada proses menghasilkan kain dengan menggunakan teknik terapan lilin bagi menghasilkan reka corak yang kemudian dicelup dengan pelbagai warna yang menarik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Pada masa dahulu, ubi kentang digunakan sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Di negeri Kelantan dan Terengganu, terdapat banyak kilang batik. Puan Hafsalinda mulai mengusahakan batik pada tahun 2003. Beliau belajar teknik penghasilan batik daripada ibu beliau yang mahir dalam bidang tersebut. Pada mulanya, Puan Hafsalinda menjalankan kegiatan menghasilkan

batik kerana berminat dan batik merupakan suatu kegemarannya. Lamakelamaan, Puan Hafsalinda mengusahakan batik sebagai satu pekerjaan yang tetap untuk menyokong keluraganya. Kini, beliau mempunyai banyak pelanggan yang mengunjungi gerainya. Lokasi yang saya melawati ialah Komples Kraf Kuala Lumpur yang terletak di Seksyen 63, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur. Kompleks Kraf Kuala Lumpur dikenali sebagai pusat kraf setempat yang merupakan destinasi pelancongan tempatan dan antarabangsa. Di sini, pelancong-pelancong dapat mempelajari keunikan dan kecantikan kraftangan tempatan yang bernilai estetika tersendiri. Kompleks Kraf Kuala Lumpur menjadi aspirasi aktiviti kraf negara yang meliputi pemasaran, pendidikan dan pembudayaan serta dipenuhi dengan pelbagai aktiviti kraf yang beridentiti Malaysia. Individu yang menjalankan perusahaaan batik di Kompleks Kraf Kuala Lumpur ialah Puan Hafsahlinda Abu Bakar. Beliau menjalankan perusahaan batik dengan seorang individu yang bernama Puan Siwok Harun. Mereka bersama-sama menjalankan perusahaan batik di gerai yang Hafsahlinda di Tingkat Satu, Kompleks Kraf Kuala Lumpur. dimilik Puan

Lokasi Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

2. LATAR BELAKANG Tujuan Puan Hafsahlinda menjalankan perusahaan batik adalah kerana kegiatan ini merupakan punca pendapatan utama keluarga beliau. Gerai batik Puan Hafsahlinda dapat menarik pelbagai pelancong asing kerana terletak di Kompleks Kraftangan Kuala Lumpur yang merupakan satu tarikan pelancong. Selain itu, Puan Hafsahlinda juga mengusahakan batik untuk mengekalkalkan budaya dan warisan tradisi nenek moyang. Beliau juga ingin tradisi Melayu yang istimewa ini dikenali oleh orang ramai. Proses menghasilkan batik lukis adalah mudah. Pertamanya, kain dibersih dan dikeringkan lalu ditegangkan pada pemidang kayu. Setelah kain ditegangkan, motif dan corak dilakarkan dengan pensel di atas permukaan kain. Bahan campuran lilin dipanaskan sehingga cair. Canting digunakan untuk mengisi lilin cair dan melakarkan corak pada kain manakala berus digunakan untuk untuk menyapu warna mengikut gubahan warna. Setelah kain yang telah siap diwarnakan dibiarkan kering, kain direndam atau disapu

dengan sodium silikat selama 8 12 jam untuk mematikan warna. Selanjutnya, kain direbus dalam campuran air dan debu soda. Akhir sekali, kain dicuci, dibilas kemudian dijemur di tempat redup atau digosok sehingga kering. Peralatan moden seperti canting, lilin, kain putih atau fabrik yang sesuai, bahan pewarna, pemidang, berus, dan periuk digunakan oleh Pn. Hafsahlinda dalam proses penghasilan batik. Banyak produk yang boleh dihasilkan daripada batik. Antaranya terdapat kemeja, kain, baju kurung, lukisan, beg dan sebagainya.

Puan Hafsahlinda sedang melilin batik dengan canting.

Campuran damar dan lilin yang digunakan untuk melilin kain batik

3. SUMBANGAN KEPADA KELUARGA ATAU MASYARAKAT Puan Hafsalinda mengusahakan batik sebagai pekerjaan beliau yang tetap kerana pekerjaan ini dapat menambah pendapatan keluarga beliau untuk Puan Hafsalinda mendapat pendapatan kasar sebanyak RM3000 hingga RM5000 sebulan dengan menjual produk yang dihasilkan daripada batik. Puan Hafsalinda telah mempelajari teknik membuat batik daripada ibu beliau yang mahir menghasil batik. Beliau ingin untuk mengekalkalkan budaya dan warisan tradisi nenek moyang beliau. Oleh sebab itu, beliau telah mengusahakan batik selama 10 tahun.

Puan Hafsahlinda mendapat pelanggan

yang terdiri daripada

masyarakat setempat dan pelancong-pelancong asing. Mereka akan membuat tempahan atau memberikan gambar dan corak kepada beliau untuk dijadikan batik. Gerai Puan Hafsahlinda yang terletak di dalam Kompleks Kraf Kuala Lumpur yang merupakan destinasi pelancongan terkenal dapat menarik perhatian ramai pelancong asing. Pelancong dapat membeli hasil batik serta menghasilkan batik rekaan sendiri. Hasil batik beliau juga sering dibeli oleh pelancong asing sebagai buah tangan.

Hasil Batik yang dijual di gerai Puan Hafsahlinda 4. Prospek: Cabaran utama yang sering dihadapi oleh Puan Hafsahlinda dalam perusahaan batik ialah cuaca. Masa penghasilan batik yang terbaik adalah pada waktu cuaca panas kerana cuaca yang sejuk dan lembap akan menyebabkan warna batik pudar dan terjejas kualitinya. Selain itu, Puan Hafsahlinda harus sentiasa memikirkan pelbagai kaedah untuk memasarkan hasilan batiknya untuk memikat perhatian pelanggan dan pelancong. Puan Hafsahlinda dapat menerima pinjaman wang yang selamat sama ada dari pihak swasta atau kerajaan, contohnya SME yang memberikan

sumbangan wang kepada pengurus perniagaan kecil. Hal ini demikian kerana pekerjaan beliau merupakan kegiatan ekonomi tradisional yang berperanan mengekalkan warisan tradisi Melayu dan mengekalkan identiti negara. Di samping itu, Puan Hafsahlinda juga berpeluang untuk mempamerkan hasil karya batiknya di pelbagai pameran dan pesta mengenai kraftangan. Penghasilan batik telah diterima oleh masyarakat secara umum. Sebagai contoh, semua kakitangan awam di Malaysia dikehendaki memakai pakaian batik pada setiap hari Khamis. Batik juga dipakai dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti sarung kusyen, alas meja, tudung kepala, alas televisyen yang banyak digunakan oleh masyarakat. Puan Hafsahlinda berharap agar semua pihak dapat memberi sokongan untuk agar batik dapat dikenali pada peringkat antarabangsa. Di samping itu, beliau juga berharap agar anak-anak perempuan beliau dapat meneruskan kerjayanya dalam bidang perusahaan batik agar tradisi yang melambangkan identiti Melayu dapat diwarisi secara turn-temurun.

RUMUSAN:

Kajian yang dilakukan selama kira-kira 2 bulan ini memberikan saya pelbagai pengalaman baru dan bermanfaat. Dalam proses penghasilan kerja kursus ini, saya telah mempelajari tatacara bagi mendapatkan bahan dan maklumat untuk keperluan kerja kursus ini. Saya juga mempelajari cara menganalisis maklumat dalam pelaksanaan projek ini. Melalui kajian ini, saya menyedari bahawa kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia dan berasa bersyukur. Malaysia ialah sebuah negara yang berbilang kaum. Oleh sebab itu, Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan budaya dan tradisi yang unik dan menarik. Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada kemajuan pesat ekonomi negara kita dalam pelbagai bidang adalah natijah daripada kepimpinan negara yang mengambil berat terhadap nasib dan masa depan bidang kraftangan di negara ini. Kegiatan ekonomi tradisional dapat memberi sumbangan kepada negara kita. Tuntasnya, kajian kerja kursus ini telah menyedarkan saya tentang pentingnya sifat bertanggungjawab, tabah, cekal dan prihatin. Hanya dengan mengamalkan nilainilai ini, dapat saya melaksanakan kerja kursus ini dengan sempurna. Pada masa yang sama, saya sedar bahawa banyak kegiatan, walaupun dijalankan secara kecil-kecilan, sebenarnya mampu menyumbang kepada kemajuan negara.

LAMPIRAN

Risalah Kompleks Kraf Tangan Kuala Lumpur

Saya mewarnakan batik bersama seorang rakan

Proses mengeringkan kain batik dengan menggunakan pengering.

Corak dan motif batik

Produk Hasil Batik yang dijual di gerai Puan Hafsahlinda

Corak dan motif Batik

RUJUKAN:
1. Internet:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Batik

2. Melawat Tempat Kajian: Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Seksyen 63, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur.

3. Orang Sumber: Puan Hafsahlinda Abu Bakar, 30 tahun, KM26, Jalan Kluang, 86400 Parit Raja, Johor. 4. Buku Ilmiah: Mazlan Othman, Rahmat Salihon dan Ruzitah Tapah, 2007. Pendidikan Seni Visual KBSM Tingkatan 3. Shah Alam: Oxford Fajar.

You might also like