You are on page 1of 2

Lampiran JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal : Ke -1 : Minggu 1 : 27 / 01 / 14 hingga

31 / 01 / 14 : Melapor diri di sekolah.

1. Masalah / peristiwa Pada hari Isnin, saya telah melapor diri bersama guru pelatih yang lain di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai. Guru Besar serta Guru Penolong Kanan Pentadbiran telah memberi taklimat ringkas serta telah menguruskan pembahagian jadual kelas untuk kami bagi setiap subjek yang diambil. Sekolah yang bersaiz sederhana ini mempunyai guru-guru yang mesra dan baik hati. Saya mudah menyesuaikan diri dengan suasana di sekolah ini. Pada minggu pertama praktikum, sekolah telah merasmikan Minggu Disiplin dengan tema Disiplin Asas Kecemerlangan yang dirasmikan oleh Guru Besar sekolah iaitu En. Azhar bin Ayop. Beliau juga turut memberikan nasihat, amanat kepada muird supaya menjaga kesihatan dan keselamatan kerana perubahan musim dan cuaca yang tidak menentu boleh mengakibatkan ramai murid yang sakit dan tidak sihat. Disiplin murid sepanjang minggu pertama adalah memuaskan. Murid diingatkan supaya tidak menggunakan tangga utama untuk ke kelas kerana tangga utama hanya digunakan oleh guru serta tetamu yang datang ke sekolah. Selain itu, mereka juga berlari dan tidak beratur semasa berada di kantin untuk membeli makanan. Keadaan ini mengakitbatkan ada murid yang cedera akibat jatuh ditolak oleh rakan semasa ingin membeli makanan di kantin. 2. Cadangan tindakan susulan. 3. Saya menekankan aspek keselematan terutamanya ketika mereka

hendakmembeli makanan di kantin. Walaupun terdapat pengawas sekolah, kebanyakan murid tetap berdegil dan ingkar arahan pengawas. Oleh yang demikian, waktu saya ke kantin untuk rehat adalah sama dengan waktu murid

tahap 2 rehat. Oleh yang demikian, saya boleh membuat pantauan dan menegur beberapa orang murid yang tidak mengikut peraturan dan ingkar arahan pengawas sekolah. 4. Tempoh masa tindakan susulan Saya telah melaksanakan tindakan susulan ini setiap hari sepanjang waktu murid berehat di kantin bagi tahap 2.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : _____________________ Nama Tarikh : ______________ : _30 Januari 2014_______

Tandatangan : ______________________ Nama Tarikh : _____________________ : _____________________

You might also like