You are on page 1of 7

KERTAS CADANGAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2014 1.

Pendahuluan Kertas cadangan ini ialah satu program yang dirancang secara bersama oleh Sub Unit Bimbingan Kaunseling di bawah Unit Hal Ehwal Murid SK Kampong Banting, Sabak Bernam, Selangor, bagi menjayakan visi dan misi sekolah. Penganjur program di atas merasakan perlunya kumpulan sasaran diberi pelbagai pendedahan dan motivasi kepada pelajar kumpulan sasaran untuk mengubah perspektif hidup dan mempunyai matlamat yang lebih jauh dalam kehidupan yang bercirikan nilai dan kehidupan sejagat. Di samping menggalakkan pelajar menyemai sikap sukakan ilmu dan suka membaca, serta mempunyai sahsiah dan jati diri yang tinggi. 2. Objektif 2.1.Memberi pendedahan dan motivasi kepada pelajar sasaran tentang nilai murni dalam kehidupan ini. 2.2.Menyemai dan menggalakkan pelajar mempelajari teknik belajar yang lebih berkesan. 2.3.Memberi peluang kepada pelajar berinteraksi dengan individu di luar kawasan kediaman mereka. 2.4.Meluaskan ruang lingkup pemikiran dan melonjak paradigma pelajar. 2.5.Memberi peluang kepada murid mengenali dan menghayati lebih dekat tentang keunikan dan keindahan model-model masjid yang dibinakan di Taman Tamadun Islam, Negeri Terengganu 3. Kumpulan Sasaran 3.1. Semua pengawas dan pustakawan sekolah Tahap 2. 4. Tarikh dan Tempat Cadangan 4.1.Tarikh : 23 hingga 25 Mei 2014 ( Jumaat hingga Ahad ) 4.2.Tempat : Sekitar Terengganu 5. Modus Operandi 4.1.34 orang murid dan 8 orang guru akan mengikuti sesi lawatan. 4.2.Murid melawat tempat lawatan selama 2 hari 2 malam. 4.3.Murid perlu membuat laporan atau buku skrap mengenai lawatan mereka. 5. Ahli Jawatankuasa Sila rujuk Lampiran A 6. Aturcara Sila rujuk Lampiran B

7. Implikasi Kewangan Sila Rujuk Lampiran C 8. Sumber Kewangan 8.1.Yuran Lawatan : RM 100.00 setiap murid 9. Penutup Adalah diharapkan dengan adanya program ini, murid-murid akan mendapat pendedahan yang berguna dan bermakna serta mampu mengenalpasti kerjaya yang mereka akan ceburi dan pilih apabila dewasa nanti. Ia juga agar dapat meningkatkan semangant cintakan ilmu dan maju diri di kalangan mereka. Semoga usaha ini dapat membantu sekolah dalam mencapai visi dan misinya. Semua guru dan kakitangan diharapkan dapat bekerjasama dan membantu melaksanakan lawatan ini dengan jayanya.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

(SALINA BINTI MASUKIDAR) .......................................... Setiausaha Program Lawatan Sambil Belajar 2013 SK Kampong Banting 45200 Sabak Bernam, Selangor.

Lampiran A AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2014 Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Setiausaha 1 Setiausaha 2 Bendahari : En. Idris bin Ali Guru Besar SKKB : En. Tn. Hj. Mohd. Fuhaad bin Kadri Guru Pen. Kanan HEM SKKB : En. Tn. Hj. Abdul Khalim bin Miskon Guru Penolong Kanan Kurikulum : En. Fathor Rahman bin Guru Penolong Kanan Kokurikulum : Pn. Salina binti Masukidar : En. Megat Zawahir Akmal : Pn. Fauziah binti Pilus

Pendaftaran Peserta 1. Pn. Salina binti Masukidar 2. En. Megat Zawahir Akmal Keselamatan & Disiplin 1. En. Muhamad Hamidi bin Ithnin 2. EN. Nuji bin Husin Dokumentasi 1. En. Muhamad Hamidi bin Ithnin

Alat Bantu Mula (First Aid Kit) 1. Pn. Rofidah binti Abdullah

Makanan 1. Pn. Fauziah binti Pilus 2. Pn. Janariah binti Kamari Iman, Doa & Taklimat Ibadah 1. En Megat Zawahir Akmal

Lampiran B TENTATIF LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2013 Sabtu (28 September 2013) 06.30 pagi 07.00 pagi 10.00 pagi 02.00 pagi 09.00 malam 11.30 malam 01.00 pagi : : : : : : : Peserta Berkumpul / Daftar Diri Peserta Menaiki Bas Bertolak Ke Lokasi Pertama (Sri Pentas TV 3) Bertolak ke Lokasi Kedua ( Kids Zania Damansara ) Bertolak ke Lokasi Ketiga ( i-City Shah Alam ) Bertolak Pulang Tiba di SK Kg. Baharu

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BANTING, 45200 SABAK BERNAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
Telefon / Fax : 03 -3216 2085 Kod Sekolah : BBA 6024

Ruj Tuan Ruj Kami Tarikh Kepada, Ibu Bapa / Penjaga SK Kampong Banting, Jalan Masjid, 45200 Sabak Bernam, Selangor, Darul Ehsan Pemberitahuan Lawatan Sambil Belajar

: : SKKB/06/02/002(63) : 20 Mei 2013

Perkara di atas adalah dirujuk oleh pihak tuan. Bahawa pihak Sub Unit Bimbingan Kaunseling di bawah Unit Hal Ehwal Murid akan membuat Program Lawatan Sambil Belajar ke beberapa tempat mengikut butiran yang disertakan dibawah : Tarikh lawatan Masa lawatan Tempat lawatan : 28 September 2013 ( Sabtu ) : 06.30 pagi hingga 2 pagi : a. Kids Zania Damansara Utama b. Sri Pentas TV3 c. I-City Shah Alam Bayaran yang dikenakan : RM 85.00 Bayaran masuk Kids Zania Pengankutan Makan ( 1 X RM10.00 ) Lain-lain JUMLAH = RM45.00 = RM26.00 = RM10.00 = RM 4.00 = RM85.00

2. Sekirannya tuan puan berminat untuk anak-anak menyertai lawatan ini, bolehlah mengisi borang yang disertakan bersama-sama ini. Serta membayar wang pendahuluan tidak kurang dari RM15.00 bersama-sama borang tersebut. Bayaran boleh dibuat secara beransur-ansur sehingga 5 September 2013. Ini kerana pihak kami perlu membuat bayaran untuk tiket masuk ke Kids Zania sebelum tarikh lawatan diadakan. 3. Sekiranya, ada sebarang pertanyaan, bolehlah menelefon di talian : a. Pn. Salina binti Masukidar 0176375061 b. Pn. Fauziah binti Pilus 0176905094 c. Pn. Janariah binti Kamari 0123888621 * Bayaran boleh dibuat kepada mereka yang berkenaan.

Sekian, Harap maklum dan terima kasih. Yang menjalankan tugas,

Borang pengesahan penyertaan Program Lawatan Sambil Belajar ke sekitar Kuala Lumpur. Saya __________________________________________ bapa / ibu / penjaga, kepada murid bernama _____________________________________ di Tahun _________. Ingin agar anak jagaan saya mengikuti program lawatan yang dianjurkan oleh Sub Unit Bimbingan Kaunseling di bawah Unit Hal Ehwal Murid SK Kg Banting, Sabak Bernam. Bersama-sama ini, saya sertakan wang sebanyak ________________ sebagai pendahuluan dari pihak saya. Selebihnya akan saya bayar secara beransur-ansur sehingga tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak tuan. Sekian, terima kasih. Yang benar. ________________________ ( ) .......................................................................................................... RESIT SEMENTARA PENERIMAAN WANG PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR Saya .................................................. menerima sebanyak ....................... dari ................................................. pada tarikh .................... untuk menyertai Program Lawatan Sambil Belajar di sekitar Kuala Lumpur yang dikelolakan oleh pihak Sub Unit Kaunseling di bawah Unit Hal Ehwal Murid SKKB. Yang menjalankan tugas,

....................................... ( )

You might also like