Professional Documents
Culture Documents
Mzik Dan Pergerakan
Mzik Dan Pergerakan
NURLIYANA BINTI AHMAD KHATIB MUHAMMAD SAIFULLAH BIN MAMAT NOR FAIZAH BINTI HASBULLAH NURMAIZATULAILI BINTI SAIDI NURUL HUDA BINTI ABDUL RAHMAN D20082033993 D20082034003 D20082033994 D20082034012 D20082034108
DEFINISI MUZIK
Menurut Campbell 1995, Muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen bunyi.
DEFINISI PERGERAKAN
Cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah dengan cara melakukan (learning by doing: Dalcroze 1950) kerana tubuh adalah alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan pergerakan muzik dan seterusnya mengembangkan daya komunikasi yang mengintegrasikan telinga (pendengaran), minda dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara improvisasi kepada muzik.
Pergerakan adalah perlakuan / aksi individu yang boleh berlaku secara Automatis Spontan Terurus ( melibatkan perancangan yang lebih tersusun ) melalui postur, gerak isyarat dan pelbagaipergerakan badan
KEPENTINGAN PERGERAKAN
Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik . ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat non verbal .Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak.
Emosi - Aktiviti muzik memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaan dan emosi yang tidak menyenangkan. Mendengar dan terlibat dalam aktiviti dapat menenangkan perasaan kanak-kanak. Kognitif - Meningkatkan daya pendengaran - Kemahiran membezakan nada bunyi tinggi dan rendah. Kegembiraan - Aktiviti muzik merupakan salah satu cara untuk menyediakan suasana riang kepada kanak-kanak. Irama dan rentak muzik yang ceria dapat menarik perhatian kanak-kanak.
Fizikal - Muzik juga melibatkan pergerakan. Kanak-kanak membuat pergerakan secara bebas dan kreatif mengikut rentak muzik yang didengar. - Meningkatkan kemahiran motor. - Menggalakkan koordinasi anggota badan, mata dan tangan. Keyakinan diri. - Aktiviti muzik dan pergerakan kreatif dapat memupuk keyakinan diri dalam kalangan kanak-kanak. Bermula dengan menyanyi secara berkumpulan diikuti menyanyi secara solo adalah asas latihan keyakinan diri. Kreativiti - Aktiviti muzik dan pergerakan dapat mendorong kanakkanak mengubah suai seni kata lagu dan pergerakan kreatif mengikut ciptaan sendiri.
PENDEKATAN DALCROZE
Irama adalah pendekatan asas dalam pendidikan muzik Irama dan pergerakan berkaitan dengan kehidupan murid/kanak-kanak Elemen irama dan dinamik-berkait rapat dengan pergerakan Kesemua degree dalam tempo-ellegro, andante, accelerando dan ritardando dapat dialami, difahami, dan diekspresikan dengan badan
PENGLIBATAN
Eurhythmics memerlukan penglibat individu secara total/menyeluruh. Ia melibatkan penyatuan minda, anggota badan serta emosi diri secara total di mana individu perlu Mendengar Merasai (feel) Berimaginasi kuat( strong imagination) Menginterpretasi bunyi Bertindak/respon/bergerak
KECERDASAN MUZIK
Kebolehan berfikir dalam bentuk muzikal, mendengar dan mengecam paten, membezakan antara bunyi dan mencipta muzik . Sensitif dengan bunyi dipersekitaran. Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah muzik, mengingati melodi, memahami struktur dan rentak muzik.
KECERDASAN KINESTETIK
Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi pergerakan fizikal dengan mental.
4- 8 bulan
10-18 bulan
18 bulan 2 tahun Eksplorasi bunyi muzik meningkat: bunyi muzik di persekitaran akan memikat kanak-kanak yang bertatih. Kanak-kanak mula mengembangkan kemahiran bahasa dan meningkatkan mobility untuk mencari muzik yang paling disukainya. Mereka mungkin lebih suka terhadap bunyi terutamanya muzik di TV atau radio atau iklan dan mungkin akan tertarik atau terpesona apabila ahli keluarga memainkan alat muzik. 2 - 3 tahun Mula menari: kanak-kanak pada peringkat ini berupaya untuk menari mengikut muzik dengan menekuk lutut, berputar-putar, berayun, menghayunkan tangan, dan menganggukkan kepala. Dia lebih suka irama yang jelas, jadi kumpulan muzik atau lagu kanakkanak. Kanak-kanak menunjukkan peningkatan kemampuan untuk menjaga masa untuk mengikuti penggunaan dalam permainan muzik yang disukainya. Sekarang kanak-kanak boleh berbaring atau duduk dengan tenang dan mendengar selama beberapa minit pada sesuatu masa.
3 1/2- 4 tahun
Ekspresi diri melalui muzik meningkat: pada tahap ini, perubahan yang ketara berlaku. Semasa mendengar, dia sudah tahu beberapa komponen-komponen yang membentuk muzik yang disukainya. Dia mungkin suka mendramatisasi lagu dan mungkin juga cuba mentafsir muzik ( misalnya, percubaan dengan irama yang berbeza). Peningkatan dapat dilihat apabila ia pandai menjada irama, walaupun tidak semuanya tepat. Kemampuan untuk berkongsi pengalaman muzik: anak-anak boleh bercakap tentang muzik yang telah dicadangkan kepadanya, dan dia dapat menceritakan secara terperinci apa yang dia dengar. Ini adalah tahap pendengaran aktif . Dengan dorongan, keinginan anak untuk mendengar muzik akan meningkat. Keselarasan gerak tari bermula: meningkatkan kawalan motor dan kemampuan untuk melakukan pergerakan yang serentak dengan irama muzik sebagai langkah untuk menari. Kanakkanak mula boleh melakukan pergerakan tangan dan kaki serentak dengan muzik dan boleh melompat dengan menggunakan satu kaki dan membuat gerakan-gerakan tari berirama muzik. Kanak-kanak juga mungkin mula menunjukkan minat untuk belajar tarian.
4 5 tahun
5 6 tahun
MENYANYI
Peringkat umur Lahir 4 bulan Perkembangan Tangisan pertama bayi adalah muzik: Tangisan bayi pertama bayi sangat penting untuk mengekspresikan keperluan dan perasaan. Mereka dapat membezakan pic, kelantangan dan pola-pola berirama. Secara berperingkat, bayi mula melakukan percubaan dengan suara yang lain: dia berbisik, bubling, jeritan dan mula bercakap yang bukan-bukan mengulangi suara seperti ba-ba-ba. Bercakap makin meningkat, memuatkan ciri-ciri muzikal lebih jelas: ketika kanak-kanak terus untuk bereksperimen dengan membebel suaranya menjadi aktiviti kegemarannya. Ketika ini bayi dalam lingkungan pic, keamatan nada suara semakin meluas, muncul aktiviti yang mennyerupai lagu. Jangan hairan jika pada satu masa bayi mampu mengulangi pic anda menyanyi dengan not yang sama.
6 18 bulan
18 bulan 3 tahun
Mula menyanyi dengan betul: terdengar bayi merapu dengan merdu seperti betul-betul lagu ketika sedang bermain. Dia mungkin menyanyikan sebuah sajak yang mudah diingat, menggunakan suku kata atau hanya cakap kosong ketika bermain. Dia mungkin juga meminati lagulagu yang diminati oleh anda, ia sangat meminati lagu-lagu biasa dan meminta anda untuk menyanyikan berulangulang.
Ketepatan dalam persamaan ton bermula: sekarang anak mula menyanyi hampir sama dengan orang dewasa. Dia mungkin secara spontan mencipta lagu sendiri, meskipun kata-kata yang sering berulang-ulang dan lagu mungkin sangat mirip dengan lagu-lagu yang dia tahu.
3 - 4 tahun
4 5 tahun
Ketepatan menyanyi meningkat: anak mula menunjukkan peningkatan kawalan suara dan anggaran lebih dekat nada dan irama. Kadand-kadang dia mencipta lagu ketika bermain dan boleh menggunakan lagu untuk menarik perhatian ornag lain. Dia menunjukkan lebih berminat dalam kumpulan menyanyi dan mungkin suka menikmati giliran menyanyi sendirian. Dia berasa bangga dengan kemampuannya untuk mengenal pasti melodi kegemarannya. Repertoir lagu makin berkembang, pengiktirafan dan penghargaan meningkat: Kebanyakan anak kini menghasilkan lagu-lagu mudah.
5 tahun ke atas
18 bulan 2 tahun
2- 3 tahun
Minat sebenar terhadap alat muzik meningkat: pada tahap ini, ketika anak menunjukkan minat dalam mendengar alat muzik dan rakaman, berikan padanya mainan yang dapat membuat bunyi muzik yang menarik seperti zilofon, drum, paip, rebana atau marakas. Permainan alat muzik tidak seharusnya mahal. Bahkan, anda boleh membuatnya sendiri dengan kopi(drum), botol (rebana) dan sebagainya. Anak mula melakukan percubaan dengan alat muzik yang sebenar: Pada tahap ini, anak boleh mengenalpasti bunyibunyi tertentu dari alat muzik dan boleh memainkan pelbagai irama muzik, baik untuk mengiringi lagu atau dendangan muzik atau mencipta lagu sendiri.
4- 5 tahun
marakas
tamborin
kerincing
gendang
tik tok
kastanet
REBEN SELENDANG
BEANBAGS
GELUNG
Berikut adalah panduan dalam merancang aktiviti muzik dan pergerakan untuk kanak-kanak kurang upaya
Sediakan helmet sebagai alat keselamatan untuk kanak-kanak semasa melakukan pergerakan.
Berikan isyarat tangan semasa menghadapi kanakkanak dalam pengajaran yang anda buat.
Menggalakkan kanak-kanak di kerusi roda menggunakan isyarat ekspresi wajah untuk mewakili apa yang mereka rasakan.
Memberikan penggunaan deria rasa untuk kanak-kanak yang cacat penglihatan dan penggunaan penglihatan untuk kanak-kanak yang cacat pendengaran.
Memasangkan kanak-kanak kurang upaya dengan kanak-kanak lain yang dapat meningkatkan peribadi dengan penggunana lisan.
Menyediakan karpet untuk kanak-kanak supaya memiliki kesedaran akan batas-batas dalam ruangan umum untuk melakukan pergerakan.
Biarkan kanak-kanak dengan gerakan jari terhad untuk menggunakan bahagian tubuh lain ketika meniru jari.
Jika tidak yakin merancang muzik dan pergerakan untuk kanak-kanak berkeperluan khas, dapatkan nasihat daripada pakar yang berpengalaman.
BAYI(INFANTS)
Bayi selalunya akan memberikan reaksi yang berbeza terhadap pelbagai jenis bunyi muzik.
Faktor ini bergantung kepada tahap umur, keadaan dan mood mereka pada waktu itu.
Justeru, penggunaan muzik tidak hanya dihadkan kepada satu jenis muzik sahaja, sebaliknya biar mereka mendengar pelbagai bentuk muzik yang ada.
Jenis muzik yang sesuai dan digemari oleh bayi dapat ditentukan dengan memastikan
muzik tersebut mesti dipasang ketika bayi dalam keadaan sedar dan jaga.
Bayi selalunya gemar berbaring dan anda boleh menggerakkan anggota badan mereka,
KANAK-KANAK KECIL(TODDLERS)
Apabila bayi mula membesar sebagai kanak-kanak kecil, mereka sudah boleh bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik. Kanak-kanak ini boleh bermain dengan alat muzik seperti kastenat, kerincing, tamburin dan sebagainya. Di taska, guru perlu mengajar kanak-kanak ini memainkan alat-alat muzik tersebut. Ibu bapa atau guru boleh menjadikan lagu dan muzik sebahagian daripada masa bermain mereka dengan memasangkan kaset lagu kanak-kanak. Kanak-kanak sudah boleh meniru sesuatu gaya atau pergerakan bagi setiap muzik yang ditunjukkan.
Mulakan dengan aktiviti yang mudah kepada yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak. Memilih tajuk dan tema yang bersesuaian dengan aktiviti. Contohnya tema anggota badan. Sediakan aktiviti yang fleksibel Memahami keperluan dan kebolehan kanak-kanak mengikut tahap umur dan tahap kebolehan mereka. Gunakan bahasa yang mudah difahami. Gunakan pelbagai muzik sama ada muzik daripada kaset ataupun muzik yang dipersembahkan oleh guru ataupun pemuzik supaya dapat merangsang lagi kanakkanak bergerak bersama muzik.
Sediakan ruang bagi aktiviti pergerakan. Jika ruang kelas terlalu sempit, maka adalah lebih sesuai menggunakan pergerakan bukan lokomotor seperti:
Menepuk tangan
Memetik jari
Menghentak kaki
MUZIK DAN PERGERAKAN UNTUK KANAK-KANAK 4 8 TAHUN (KINDERGARTEN AND EARLY PRIMARY)
Kanak-kanak melakukan pergerakan mengikut muzik Terdapat beberapa tahap perkembangan kanak-kanak dalam melakukan pergerakan mengikut muzik Antaranta ialah Tahap rendah, Tahap tengah, Tahap tinggi
Contohnya kanak-kanak dapat bekerja dalam kumpulan, dan membesar dan mengecilkan badan mereka
Muzik dan pergerakan adalah elemen penting yang perlu ada dalam aktiviti dan program pra sekolah. Pembelajaran dan pengajaran serta pengalaman muzik dan nyanyian perlu dipelbagaikan. Kepelbagaian ini termasuklah memberi peluang kepada kanak-kanak mengambil bahagian dan kemahiran mendengar. Melalui muzik, kanak-kanak dapat keseronokkan, luahan perasaan, keseimbangan emosi, konsep diri yang positif, menghargai seni muzik dan kemahiran muzik.
KESIMPULAN