You are on page 1of 3

3.

Analisis kelemahan Encik Zakaria dalam kaitannya dengan EQ

Tiada Empati

Tidak mempunyai kesedaran kendiri

Tidak dapat mengurus emosi

KELEMAHAN ENCIK ZAKARIA

Tidak dapat mengurus hubungan

Tidak bertanggungjawab dan bekerjasama

Tiada kebolehan memotivasikan diri

Encik Zakaria bin Hamid berusia 45 tahun, kelihatan agak kacak, bersopan-santun dan menarik. Malangnya, semua ini adalah secara luaran sahaja. Tingkah lakunya yang sebenar hanya dapat dikesan oleh beberapa orang rakannya sahaja. Encik Zakaria merupakan seorang yang suka mengambil kesempatan atas rakan lain dengan menyerahkan tugas-tugasnya kepada rakan sekerjanya. Hal ini telah memberi kesan terhadap prestasi kerjanya kerana tidak melaksanakan tanggungjawab sendiri dengan sempurna. Secara tidak langsung, ini telah menunjukkan bahawa Encik Zakaria tidak mempunyai kesedaran emosi kendiri, iaitu tidak sedar tentang perlakuannya yang telah menjejaskan prestasinya. Hal ini juga telah mempamerkan ketidakyakinan diri Encik Zakaria dalam pelaksanaan tanggungjawabnya.

Tambahan pula, Encik Zakaria telah memungut wang tanpa kebenaran daripada murid sekolahanya. Tindakan ini telah bertentangan dengan prinsipnya sebagai seorang guru. Beliau telah mengutip wang itu untuk kegunaan sendiri, malah bukannya untuk keperluan sekolah. Namun begitu, tindakannya ini masih tidak dapat dikesan oleh muridnya. Rakan sekerjanya yang telah membongkarkan rahsia tersebut kerana meragui perbuatan kutipan wang yang begitu kerap sekali daripada murid sekolah. Ini disebabkan kerana dia tiada empati dirinya. Dia tidak mempunyai kebolehan membayang dan menghayati emosi atau perasaan orang lain. Selain itu, ini jaga mencerminkan dia tiada mempunyai sikap bertimbang rasa, mempertimbangkan kebajikan sebelum dirinya. ContohnyaHal ini telah menunjukkan bahawa Encik Zakaria tidak mempunyai pengurusan kawalan kendiri. Beliau tidak bertindak mengikut peraturan dan prinsipnya sebagai seorang guru, kesannya gagal membina keyakinan daripada kepercayaan orang lain.

Tabiat Encik Zakaria yang suka minum arak, kaki judi, penipu, mungkir janji dan mempunyai skandal dengan beberapa wanita telah menjatuhkan imejnya sebagai seorang guru. Rakan sekerjanya mula menjauhkan diri daripadanya disebabkan perlakuannya yang tidak baik dan takut menjadi mangsanya. Beliau juga akan

memangsakan guru-guru yang baru datang ke sekolah itu. Sikapnya yang suka cakap kosong juga menyebabkan banyak orang yang tidak lagi mempercayai kata-katanya. Akhirnya, semakin banyak guru yang menjauhkan diri daripada bekerja sekumpulan dengannya. Natijahnya beliau tidak mempunyai kawan, terasa sunyi dan merasa malu apabila berhadapan dengan rakan sekerjanya. Kegagalan Encik Zakaria menguruskan kawalan kendiri dan menguasai kemahiran sosial telah menyebabkan Encik Zakaria tidak dapat berkomunikasi baik dengan orang lain.

Di samping itu, semasa waktu persekolahan, Encik Zakaria memang sukar ditemui dan selalu ponteng tanpa sebab. Murid-murid sekolahnya telahpun tidak dapat belajar disebabkan ketidakbertanggungajwabnya, tidak menjalankan tugasnya sebagai seorang pendidik yang berdisiplin, malah telah membebankan orang lain. Pihak sekolah terpaksa sentiasa mencari guru ganti untuk mengambil alih waktunya untuk menjalankan sesi pengajaran dan pelajaran dalam kelas. Keadaan ini juga telah menyebabkan pelajarnya hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap guru mereka. Hal ini telah menunjukkan bahawa Encik Zakaria tidak bijak menguruskan kawalan kendiri, sering bertindak mengikut emosi sendiri, tidak mengikut peraturan dan prinsip seorang guru, sering ponteng daripada hadir ke kelas, sehingga gagal menimbulkan kepercayaan daripada murid-murid sekolahnya.

Kelemahan-kelemahan Encik Zakaria ini telah mencerminkan dia merupakan seorang yang tidak mempunyai kesedaran kendiri serta menunjukkan tahap EQ Encik Zakaria adalah sangat rendah. Dia tidak mempunyai kesedaran diri bahawa dia telah melakukan banyak kesalahan dan kesilapan sama ada sabagai guru atau rakan. Encik Zakaria juga tidak menyedari kesalahan yang dilakukan telah menyebabkan semua orang tidak suka berkawan dengannya.

You might also like