You are on page 1of 7

SURAT PERJANJIAN

BERTARIKH PADA 13hb OGOS 2009

ANTARA

TRULY RESOURCES CORPORATION


SDN BHD
( No. Syarikat : 351457-M )

DAN

ILMIAH BERJAYA SDN BHD


( No. Syarikat : 594950-T )
********************************************************************************
*

SURAT PERJANJIAN

********************************************************************************
*

SURAT PERJANJIAN ini dibuat dan ditandatangani pada 13hb Ogos 2009.

Antara

TRULY RESOURCES CORPORATION SDN BHD ( No. Syarikat : 351457-M


), sebuah syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1956 yang
mempunyai alamat perniagaan di NO. 37A, JALAN IMPIAN EMAS 2, TAMAN
IMPIAN EMAS, 81300 SKUDAI, JOHOR. (selepas ini disebut sebagai “ TRC”).

Dan

ILMIAH BERJAYA SDN BHD ( No. Syarikat : 594950-T ), sebuah syarikat


yang didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 yang
mempunyai alamat perniagaan di 62-B-2, JALAN 3A, SUNWAYMAS BATU
CAVES, 68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN. (selepas ini
disebut sebagai “ILMIAH”).

DIMANA:-

1. ILMIAH bersetuju menyediakan kouta bagi kemasukan pekerja asing


bagi pihak TRC untuk dibekalkan kepada Client mengikut sektor
berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian
Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN).

KEDUA-DUA PIHAK BERSETUJU DENGAN SYARAT-SYARAT seperti berikut:-

1. KONTRAK MEMBEKAL DAN PENGURUSAN PEKERJA ASING


Kedua-dua pihak kini memasuki satu kontrak bertulis mengenai
pembekalan dan pengurusan pekerja-pekerja asing oleh ILMIAH kepada
TRC. ( Selepas ini dirujuk kepada “Kontrak ini” )
2
2. PEKERJA-PEKERJA ASING DIBEKAL
2.1 Kouta bagi kemasukan pekerja asing yang akan dibekalkan oleh TRC
kepada Client mengikut alamat tempat yang tertera di dalam ‘Company
Profile’ Client.
2.2 ILMIAH tidak akan mengganti dibenarkan mengganti pekerja-pekerja asing
yang diperuntukkan kepada TRC sebab-sebab yang munasabah.

3. TEMPOH KONTRAK MEMBEKAL DAN PENGURUSAN PEKERJA ASING

3.1 Tempoh Kontrak ini adalah dua (2) tahun mengikut permit pekerja-
pekerja asing tersebut.

3.2 TRC akan dan terus bertanggungjawab ke atas segala pengurusan


termasuk penginapan dan pembayaran gaji semua pekerja-pekerja asing
yang dibekalkan dalam tempoh Kontrak ini sehingga tamat tempoh
pekerjaan / perkhidmatan setiap pekerja asing berkenaan.

3.3 ILMIAH mempunyai bidang kuasa untuk meneruskan Tempoh Kontrak ini
dari semasa ke semasa.

4. SKOP KONTRAK MEMBEKAL DAN PENGURUSAN PEKERJA ASING

Skop Kontrak ini adalah seperti berikut:-

4.1 TRC harus menjalankan kerja membekal dan mengurus pekerja-pekerja


asing kepada Client menurut syarat-syarat dalam Kontrak ini;

4.2 ILMIAH harus memastikan pembekalan dan pengurusan pekerja-pekerja


asing tersebut adalah sah dari segi undang-undang Malaysia;

4.3 ILMIAH harus memastikan kesemua peraturan-peraturan dari Pihak


Berkuasa berkenaan telah dipatuhi secara ketat; dan

4.4 ILMIAH akan memastikan setiap pekerja-pekerja asing yang dibekalkan


oleh TRC kepada Client mematuhi peraturan-peraturan pekerjaan.

3
5. BILANGAN PEKERJA
Bagi memenuhi Kontrak ini, ILMIAH hendaklah menyediakan kouta
kemasukan pekerja asing yang diminta oleh TRC bagi menjalankan kerja
membekal dan menguruskan pekerja asing kepada Client. TRC juga boleh
meminta tambahan jumlah pekerja dari masa ke semasa secara bertulis
berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak.

6. KADAR BAYARAN
TRC bersetuju untuk membuat bayaran yuran kouta kepada ILMIAH
sebanyak RM60-00 x 12 Bulan = RM 720-00 setahun. Bayaran tersebut
tidak termasuk lain-lain perkhidmatan seperti Gantian Pekerja, ‘Check-Out
Memo’ (COM), Pembatalan Visa dan Kos Pengangkutan untuk menjemput
pekerja dimana-mana pintu masuk.

7. TEMPOH HARI KERJA


Hari dan waktu bagi pekerja-pekerja asing yang dibekalkan oleh TRC harus
mengikut jadual hari dan waktu bekerja bagi Client seperti yang
dimaklumkan melalui ‘Demand Letter’ dari Client.

8. SKIM INSURAN PEKERJA-PEKERJA ASING

TRC akan membeli insuran perlindungan di bawah Skim Insuran


Pekerja- Pekerja Asing untuk setiap pekerja asing yang dibekalkan dalam
Kontrak ini dan menyediakan satu salinan kepada ILMIAH sebagai bukti
pekerja asing telah diinsurankan, mengikut terma & syarat yang
ditetapkan.

9. LEVI
TRC akan membuat bayaran LEVI bagi pekerja-pekerja asing yang
dibekalkan dalam Kontrak ini. Untuk menuntut balik bayaran LEVI tersebut,
TRC berhak membuat potongan gaji pekerja-pekerja asing berkenaan
sebanyak RM 100.00 X 12 bulan pada Tahun Ke-2 (Tahun Pertama tiada
pemotongan LEVI).

4
10. PEKERJA ASING YANG LARI ATAU DIHANTAR PULANG

10.1 Sekiranya terdapat kes-kes pekerja asing yang menghilangkan diri atau
lari atau dihantar pulang oleh Client atas sebab-sebab masalah kesihatan
atau ketidaksesuaian untuk bekerja, maka TRC mesti melaporkan kepada
ILMIAH dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang masalah yang
berkaitan.

10.2 Apabila tempoh perkhidmatan / pekerjaan pekerja asing tamat, TRC mesti
menanggung kos tiket penerbangan pulang (sehala) pekerja-pekerja asing
berkenaan.

11. TANGGUNGAN ILMIAH


11.1ILMIAH mengakujanji bahawa ianya akan memastikan setiap pekerja
asing yang dibekalkan dalam Kontrak ini memenuhi dan mematuhi segala
syarat- syarat seperti berikut:
a. mempunyai passport atau dokumen perjalanan yang sah;
b. menjalani pemeriksaan doktor yang diiktiraf oleh pihak FOMEMA
SDN BHD;
c. mempunyai Pas Lawatan (Pekerja Sementara dan boleh
diperbaharui tiga (03) bulan sebelum tamatnya tempoh Pas Lawatan
itu);
d. bukan orang yang dilarang masuk menurut Seksyen 8 (3) Akta
Imigrasi 1959/63.

12. PENAMATAN PERJANJIAN / KONTRAK

12.1 TRC berhak menamatkan perjanjian pembekalan kepada Client dengan


memberi TIGA (03) bulan notis penamatan kepada Client dan harus
memaklumkan kepada ILMIAH.

12.2 ILMIAH berhak menamatkan Perjanjian ini dengan serta-merta sekiranya


berlaku salah satu peristiwa-peristiwa seperti berikut:-

5
a. atau pekerja-pekerja asing yang dibekalkan oleh TRC tidak
memenuhi / mematuhi syarat-syarat dalam Kontrak ini sehingga
menyebabkan pihak Client menuntut / mengadu kepada ILMIAH;
b. TRC memberhentikan / menamatkan Kontrak pekerja-pekerja
asing yang dibekalkan kepada Client tanpa sebab yang munasabah
atau tanpa kebenaran dan pengetahuan ILMIAH;
c.TRC berhentikan perniagaannya sama sekali tanpa notis
pemberitahuan kepada ILMIAH;
d. TRC telah digulungkan atau mana-mana pengarah TRC telah
diadjudikasi sebagai bankrupt; dan
e.TRC telah disangkut melakukan sebarang kesalahan di bawah
Undang-Undang Buruh di Malaysia samada kesalahan tersebut
berkaitan dengan Kontrak ini.

12.3 ILMIAH boleh menamatkan Perjanjian ini dengan memberi TIGA (03)
bulan notis penamatan kepada TRC.

13. KOS PENAMATAN KONTRAK PRAMASA “PREMATURE


TERMINATION”

13.1 Sekiranya, Kontrak ini ditamatkan oleh TRC sebelum tamat tempoh
kontrak ini, TRC harus membayar Sebulan Gaji kepada ILMIAH bagi setiap
pekerja asing berkenaan dan menanggung kos tiket penerbangan pekerja-
pekerja asing berkenaan atau menanggung sendiri kos penghantaran
pulang pekerja–pekerja asing ke negara asal masing-masing.

14. MALAPETAKA

ILMIAH tidak bertanggungjawab ke atas segala kerugian dialami oleh TRC


dalam melaksanakan Kontrak ini dan kerugian dialami oleh pekerja-pekerja
asing yang dibekalkan dalam Kontrak ini semasa menjalankan tugas untuk
Client sekiranya kerugian tersebut disebabkan oleh peperangan, evolusi,
rusuhan, pergaduhan, permogokan, kemalangan, malapetaka atau
peristiwa-peristiwa yang diluar kawalan ILMIAH dan TRC.

6
KEDUA-DUA PIHAK menurunkan tandatangan pada tarikh, bulan dan
tahun seperti yang dinyatakan dalam perjanjian ini.

Untuk dan bagi


TRULY RESOURCES CORPORATION SDN BHD ( No. Syarikat : 351457-M)

Ditandatangani oleh ) _______________________


Nama ) _______________________
No. Kad Pengenalan ) _______________________

Di hadapan
Ditandatangani oleh ) _______________________
Nama ) _______________________
No. Kad Pengenalan ) _______________________

Untuk dan bagi


ILMIAH BERJAYA SDN BHD( No. Syarikat : 594950-T )

Ditandatangani oleh ) _______________________


Nama ) _______________________
No. Kad Pengenalan ) _______________________

Di hadapan
Ditandatangani oleh ) _______________________
Nama ) _______________________
No. Kad Pengenalan ) _______________________

You might also like