You are on page 1of 9

BLACK AND WHITE RUSSIAN SQUARE CAKE

Kek Coklat Lembab Bahan A 300 gm tepung gandum 100 gm serbuk koko 1 sudu teh serbuk penaik 1 sudu teh soda bikarbonat Satukan semua bahan Kemudian ayak Ketepikan Bahan B 3 biji telur A saiz 400 gm gula kastor 1 sudu teh esen vanilla Bahan C 250 ml susu cair 250 ml minyak jagung Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.

Bahan D 250 ml air panas Satukan semua bahan B Pukul hingga putih Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis Pukul hingga sebati

Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula. Tambahkan air panas dan gaul rata Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar. Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih. Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika tidak tambahkan lagi masa membakar. Sejukkan kek atas redai setelah masak

Krim Keju Moca Bahan A 12 gm halal gelatin 60 gm air Bahan B 400 gm krim keju 2 sudu teh Nescafe segera ~ boleh juga letakkan pes Moca 60 gm gula icing

Bahan C 300 gm Krim Putar bukan tenusu Mula-mula kita cairkan gelatin dahulu. Satukan gelatin dalam air Kemudian cairkan secara kukusan Untuk kaedah mencairkan gelatin boleh rujuk di SINI, untuk cara dan step by step penyediannya.

Satukan bahan B Pukul hingga lembut Campurkan gelatin dan pukul hingga licin Dalam bekas lain, pukul krim putar bukan tenusu hingga kental Kaup balik krim putar dalam krim keju hingga bergaul sempurna Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais

Chocolate Ganache Bahan A 250 ml krim tenusu 40 gm sirap glukos ~ ita lupa nak letak dalam gambar *sirap glukos ada di jual di kedai jual bahan kek Bahan B 400 gm coklat masakan gelap 30 gm mentega 1 sudu besar pes hazelnut ~ jika suka

Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk Coklat masakan gelap di cincang halus Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata Masukkan mentega dan gaul sempurna Jika inginkan rasa ganache yang lebih enak tambahkan 1 sudu besar pes Hazelnut, jika tiada boleh letakkan Nutella sebagai ganti. Sejukkan Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais

Sirap Nescafe 1 sudu besar Nescafe segera 1/4 cawan air suam Satukan semua bahan dan kacau rata

Kaedah Penyediaan Kek yang telah sejuk dipotong kepada 4 kepingan Kaedah memotong kek boleh rujuk di SINI Letakkan 1 keping kek atas lapik kek Sapukan sirap Nescafe di atas permukaan kek rata. Boleh juga masukkan sirap dalam botol spray dan spraykan atas kek Ini bertujuan untuk melembabkan kek Paipkan di tengah-tengah kek secara menyerong, garnache coklat diikuti krim keju moca Lakukan berselang seli sehingga habis Letakkan pula sekeping lagi kek dan seperti yang pertama sapukan juga sirap Nescafe. Kemudian paipkan pula krim keju moca pula di tengah kek secara menyerong Ulang proses yang sama hingga habis semua lapisan kek

Kemaskan tepi kek Simpan sebentar dalam peti ais Kemudian salutkan atau lempa kek dengan baki krim keju moca pada keseluruhan kek Simpan semula dalam peti ais hingga krim keju mengeras Ambil lebihan Garnache dan cairkan dengan kaedah kukusan Double boiler Alihkan kek atas redai Alas redai dengan loyang supaya lebihan garnache tumpah ke dalamnya Tuangkan garnache atas di tengah kek, kemudian di tepi hingga ganache meleleh turun dan menyaluti keseluruhan kek Sendengkan ke kiri dan ke kanan loyang supaya ia rata Biarkan sebentar Kaedah mencurahkan garnache dan step by step boleh rujuk di SINI Alihkan Kek yang telah di letakkan ganache dari redai ke lapik kek semula Cara dan kaedah mengalihkan kek dari redai ke lapik kek boleh rujuk di SINI

Simpan kek dalam peti ais hingga ganache mengeras Hias kek mengikut kreativiti. Untuk Black and White Russian Square Cake, seeloknya potong sekeliling kek untuk menampakkan corak sesuai dengan nama yang diberikan padanya. Untuk kaedah dan cara memotong kek sila rujuk di SINI Untuk kek bentuk bulat boleh rujuk di SINI kaedah dan cara penyediaannya dengan step by step.

KEK MENTEGA MARMAR SUSU


By: Chef Zubaidah Rujukan : Buku Masakan Jamuan Kek 250 gm mentega 200 gm gula kastor 4 biji telur 290 gm tepung naik sendiri 50 gm susu pekat manis 100 g susu cair 1 sudu besar coklat emulco 1 sudu teh kapucino emulco 1 sudu teh esen vanilla ~ ita tambah Kepingan badam sebagai hiasan Panaskan oven pada suhu 150C Sediakan loyang ukuran 8 inc Sapukan butter dan alas dasar loyang dengan kertas kek Pukul mentega dan gula sehingga sebati Masukkan telur satu persatu Kemudian masukkan susu pekat manis Pukul sehingga adunan sebati Akhir sekali masukkan tepung naik sendiri berselang seli dengan susu cair Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung. Ambil 1/4 adunan Letakkan coklat emulco dan kapucino emulco Kacau rata

Letakkan esen vanilla didalam adunan plain dan kacau rata Tuangkan adunan plain ke dalam loyang Diikuti adunan coklat kapucino Buatkan bentuk marble dengan belakang sudu Hiaskan dengan taburan kepingan badam Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 1 jam 15 minit atau sehingga kek dimasak sempurna.

You might also like