You are on page 1of 17

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN tingkatan 1

TEMA 6 CABARAN MASA DEPAN (kesinambungan kesejahteraan Rakyat)

KESEJAHTERAAN RAKYAT
Kesejahteraan rakyat merujuk kepada rakyat yang berbilang kaum dan agama yang hidup bersama dengan aman dan harmoni untuk memajukan negara.

Demi mengekalkan kesinambungan kesejahteraan rakyat pada masa hadapan, kita haruslah: (a) memiliki kesedaran sivik dan jati diri untuk menghadapi cabaran dan halangan;

(b) mempunyai daya empati terhadap golongan kurang bernasib baik dan golongan kurang upaya;

(c) mengamalkan dan meneruskan perpaduan kaum;

(d) menghargai dan menyayangi alam sekitar (kelestarian alam sekitar).

1. Individu yang mempunyai kesedaran sivik mempunyai perlakuan yang membantu mengekalkan norma-norma masyarakat dan mematuhi undang-undang. 2. Antara sikap orang yang mempunyai kesedaran sivik: (a) menjaga dan bertanggungjawab ke atas kemudahan yang disediakan; (b) mematuhi peraturan dan undang-undang; (c) memikirkan kepentingan kemudahan untuk faedah bersama.

Kesedaran sivik

3. Contoh individu yang tiada kesedaran sivik: a. Membuang sampah dimerata tempat

a. Merosakkan harta benda awam

c. Meludah merata ditempat awam.

d.Bertolak-tolak ketika Menaiki komuter dan Sebaganinya.

Perasaan Empati
1. Perasaan empati ialah kebolehan memahami perasaan orang lain contoh perasaan sedih, gembira, kesakitan, kesusahan dan sebagainya.

2. Sikap keprihatinan ini penting dalam setiap individu. 3. Sebagai individu yang prihatin,kita perlulah mempunyai sikap tolong menolong antara satu sama lain.

Perpaduan Kaum
Perpaduan kaum penting dalam situasi kehidupan masyarakat yang berbilang kaum seperti di Malayisa. Perpaduan kaum dapat membentuk identiti negara yang positif serta menyumbang ke arah kemajuan negara.

Jati diri yang kukuh penting sebagai benteng untuk menghadapi segala bentuk cabaran dalaman dan luaran yang boleh mengancam kesejahteraan diri, masyarakat, dan negara. Cara-cara jati diri dibina: (a) melalui pendidikan agama dan moral; (b) tindakan yang wajar serta bijak; (c) jalinan hubungan kemanusiaan yang baik; (d) aktiviti yang berfaedah.

JATI DIRI

Remaja yang rapuh jati dirinya mudah terpengaruh dengan aktiviti yang tidak sihat seperti meragut, merokok, menghisap dadah, terlibat dalam jenayah siber dan sebagainya.

KELESTARIAN ALAM SEKITAR


Lestari bermaksud mengekalkan alam semula jadi ciptaan Tuhan untuk manusia. Setiap individu bertanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar. Sebarang aktiviti yang mengganggu dan mencemarkan alam sekitar, mestilah dielakkan.

MASYARAKAT SEJAHTERA TAHUN 2020


* Masyarakat ICT * Memelihara kelestarian alam sekitar. * Sistem pengangkutan yang canggih.

You might also like