You are on page 1of 16

Pengenalan.

Berdasarkan tajuk tugasan yang perlu dibincangkan merujuk kepada mata pelajaran Teknologi Pengajaran yang telah dipelajari, perkara yang perlu dikupas terlebih dahulu bagi memahami dengan sejelas-jelasnya konsep sebenar, sebelum penerangan terperinci dilakukan ialah berkenaan dengan prinsip teknologi pengajaran dan media pengajaran, pemilihan media serta penghasilannya. Huraian yang dibuat adalah merujuk kepada beberapa sumber bahan rujukan yang dikenalpasti dapat membantu penghasilan media pengajaran yang lebih baik dan berkualiti serta berkesan kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Apakah kesan teknologi pengajaran terhadap kurikulum dan pengajaran. Teknologi pengajaran mempunyai kesan yang signifikan terhadap struktur pendidikan terutama kurikulum dan pengajaran. Mengikut AECT (1979), kesan teknologi pengajaran boleh diperhatikan melalui tiga cara iaitu:

i. ii.

Teknologi pengajaran mengubah peringkat membuat keputusan. Teknologi pengajaran membentuk empat jenis pola pengajaran iaitu: 1) 2) 3) 4) Hubungan antara guru dengan pelajar Guru dengan bahan pandang dengar Guru dengan sistem pengajaran dan media Media pengajaran sahaja (tiada peranan guru)

iii.

Teknologi pengajaran mengubahkan sistem atau pendekatan pendidikan.

iv.

Teknologi pengajaran juga boleh mengubah cara pengajaran dirancang dan disusun.

Reka Bentuk Pengajaran.

Reka bentuk pengajaran dan pembinaan bahan adalah merupakan satu disiplin khusus.Terdapat dua keadaan atau situasi dimana masih terdapat guru yang masih keliru atau kurang jelas tentang reka bentuk pengajaran kerana komponen-komponen pengajaran yang terdapat dalam reka bentuk pengajaran tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya oleh guru. Situasi yang dimaksudkan oleh beliau ialah:

i.

Semasa pengajaran dilakukan, ada di antara mereka yang mengajar tidak mengikut objektif pembelajaran yang harus dicapai oleh pelajar selepas tamat pengajaran, dan

ii.

Ada pula yang memberi ujian tanpa berlandaskan kepada objektif pembelajaran.

Apabila membina bahan ia melibatkan proses reka bentuk pengajaran dan proses pengembangan pengajaran.Ia menggunakan spesifikasi reka bentuk untuk membina bahan teknologi cetak, teknologi pandang dengar, teknologi berasaskan komputer, dan teknologi bersepadu. Reka bentuk pengajaran adalah lebih kecil daripada pengembangan pengajaran kerana reka bentuk pengajaran adalah salah satu daripada beberapa peringkat reka bentuk dalam pembinaan atau pengembangan pengajaran. Satu cara sistematik untuk mereka bentuk, membina, menilai dan menggunakan seluruh sistem pengajaran. Satu disiplin memberi kepentingan kepada kefahaman, peningkatan dan aplikasi kaedah-kaedah pengajaran. Menumpukan kepada pernyataan kaedah-kaedah pengajaran iaitu menetapkan spesifikasi dan kriteria yang diperlukan untuk meningkatkan proses pengajaran ke tahap yang diharapkan.

Memberi kepentingan kepada kefahaman, peningkatan dan aplikasi kaedah-kaedah untuk membina pengajaran. Menumpukan kepada cara-cara membina pengajaran yang akan menunjukkan langkah atau prosedur untuk membina atau menghasilkan bahan pengajaran atau seluruh sistem pengajaran Di dalam kajian tugasan taksiran atau kerja kursus pendek ini tumpuan utama yang diambil kira dalam menentukan pemilihan media yang berkesan ialah dengan merujuk kepada model yang berorientasikan bilik darjah memandangkan tugas guru adalah sebagai pelaksana sistem. Oleh yang demikian, guru tidak perlu merancang dan menggubal kurikulum, tetapi perlu memilih media atau bahan sumber yang sesuai untuk melaksanakan kurikulum tersebut. Antara beberapa contoh model reka bentuk pengajaran yang berorientasikan bilik darjah ialah model Gerlach dan Ely (1980), model ASSURE (1996), model Kemp (1985), dan model Dick dan Reiser (1989). Hasil kajian dan analisa yang dibuat mendapati bahawa model ASSURE (1996) yang dikemukakan oleh Heinich et al. (1982) merupakan model yang paling sesuai digunakan untuk merancang pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah. Semua guru dapat memanfaatkan dan menggunakan model ini untuk merancang pengajaran-pembelajaran yang efektif. Berikut adalah perbezaan maksud dan konsep bagi menerangkan reka bentuk pengajaran dalam bilik darjah berdasarkan beberapa model yang tersebut : Model ASSURE (1996) Terdapat 6 langkah iaitu: 1. 2. 3. 4. 5. A - Analyse Leaner (analisis ciri pelajar) S State Objectives (nyatakan objektif) S Select Method, Media and Materials (pilih kaedah, media dan bahan) U Utilise Media and Materials (gunakan media dan bahan) R Require Learner Response/ Participation (libatkan pelajar dalam proses pembelajaran) 6. E Evaluate and Review or Revise Materials ( nilai serta semak semula bahan) Model ADDIE Model Dick dan Reiser (1989)

Terdapat 5 peringkat: 1. 2. 3. 4. 5. A Analysis (analisis) D Design (reka bentuk) D Development (perkembangan) I Implementation (pelaksanaan) E Evaluation (penilaian) Terdapat 8 langkah:

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Tentukan matlamat Analisis ciri pelajar Tulis objektif Pilih/semak buku teks Bina ujian Bina aktiviti pengajaran Pilih media pengajaran Laksana pengajaran

Media Pengajaran Istilah media pengajaran membawa maksud sebagai peralatan atau perkakasan dan bahan (perisian) media yang telah dikenal pasti (dipilih), dibina atau dipinda untuk menyokong atau mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran. Media dalam pengajaran memainkan peranannya dalam menyokong proses pengajaran dalam bilik darjah. Media merupakan alat yang dapat membantu guru meningkatkan proses pengajaran dan menyediakan bahan untuk pembelajaran murid. Gabungan kombinasi guru dan media merupakan medium perantara yang paling berkesan bagi memastikan objektif pengajaran dapat disampaikan kepada pelajar.

Reka bentuk mesej adalah sangat penting bagi memastikan mesej tersebut benar-benar dapat difahami dan ianya bergantung kepada jenis pemilihan media yang dipilih dan dibuat. Media yang sesuai digunakan bermula daripada pengalaman langsung hingga kepada penerangan verbal atau bahasa yang digunakan.

Gagne dan Briggs (1974) pula berpendapat bahawa pemilihan media yang sesuai berdasarkan kepada rangsangan fizikal media berkenaan dapat dibahagikan kepada enam kategori iaitu: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Perkataan / struktur bahasa Bentuk bunyi bukan bahasa Perkataan bercetak Gambar statik Gambar bergerak Sampel sebenar

Pemilihan media dan bahan sumber.

Pemilihan media melibatkan perancangan pengajaran yang baik dan terancang serta proses-proses pemilihan media yang merangkumi beberapa perkara, antaranya ialah: i. ii. iii. iv. v. vi. Penentuan kaedah Pemilihan format media Pemilihan bahan sumber Gunakan media dan bahan sumber Libatkan pelajar dalam pembelajaran Nilai dan semak semula

Model ASSURE

Model ASSURE melihat media sebagai satu bahan sumber yang paling penting bagi memastikan setiap objektif pelajaran mahupun maklumat dapat disampaikan terus kepada pelajar secara berkesan dan pelajar faham tanpa rasa ragu. Bagaimanapun, ianya memerlukan perancangan yang sangat rapi dan teliti dari sudut susun atur pengajaran ke arah proses pembelajaran yang lebih berstruktur dan dinamik. Ini selaras dengan pandangan Gagne (1985) yang menyatakan bahawa pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang dan ianya perlu disusun secara berperingkat-peringkat.

Untuk itu, bagi menghasilkan satu bentuk rancangan pengajaran dan pembelajaran dalam memanfaatkan penggunaan media yang lebih baik melalui model ASSURE ini, guru perlu mengaplikasikan bersama-sama sembilan peringkat penyampaian pengajaran selaras dengan proses pembelajaran yang dikenali sebagai Events of Instruction seperti mana yang terkandung dalam teori Gagne (1985). Peringkat-peringkat berkenaan adalah sebagaimana yang berikut:

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Tarik perhatian pelajar Beritahu pelajar objektif pembelajaran Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar Sampaikan isi pelajaran/bahan pengajaran dan pembelajaran Bimbing pembelajaran pelajar Uji penguasaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar Taksir pencapaian pembelajaran Tingkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran.

Dalam menyediakan reka bentuk pengajaran berasaskan bilik darjah berdasarkan model ASSURE, semua guru perlu mengambil kira proses penyampaian pengajaran yang dikemukakan oleh Gagne (1985). Ini adalah kerana proses penyampaian yang sempurna akan bermula dengan menganalisis keperluan pelajar untuk menjamin penyampaian yang boleh membawa kepada pencapaian matlamat. Model ASSURE ini antara lainnya menumpukan kepada perancangan pengajaran pembelajaran sebenar dalam bilik darjah. Model ini akan dapat membantu guru merancang pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing. Dengan kata lainnya, model ASSURE ini sangat berguna kepada guru dalam proses menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi setiap mata pelajaran.

Maklumat kelas seperti berikut : Nama Kelas Bilangan Pelajar Tahap Akademik Lokasi Sekolah Jenis Sekolah Mata Pelajaran Tajuk Pengajaran Masa Pengajaran : Tahun 4 Orkid : 22 orang : Sederhana : Bandar : Sekolah Kebangsaan : Sains : Haiwan beranak dn bertelur. : 60 minit.

1.

Analisis Pelajar

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh guru ialah menganalisis pelajar. Proses ini dilakukan bagi memilih strategi, bahan sumber, dan media yang paling wajar digunakan dan dilaksanakan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dalam situasi pembelajaran yang sebenar. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan kepada aspek-aspek berikut:

1.1

Ciri-ciri Umum Pelajar

Pemilihan media yang dibuat adalah sangat bersesuaian dengan ciri-ciri umum pelajar berdasarkan kepada umur pelajar tahun 4 sekolah rendah. Sukatan dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran dirangka untuk semua pelajar tahun 4 dari semua aliran kelas dan pelbagai kaum serta bangsa, baik lelaki dan perempuan. Ianya melibatkan semua pelajar bandar yang datang dari segenap lapisan masyarakat tanpa mengira taraf sosioekonomi pelajar-pelajar tersebut kerana guru perlu membimbing pelajar tanpa mengira pangkat atau darjat, ras mahupun jantina mereka. Bagi melaksanakan aktiviti ini, pemilihan kaedah pengajaran menggunakan media berbentuk power point dan video pendek berkenaan topik yang diajar iaitu pembiakan haiwan dijangka dapat membantu pelajar memahami isi kandungan pengajaran dengan lebih jelas melalui penggunaan bahasa yang mudah difahami, gambar-gambar yang jelas menunjukkan kaedah pembiakan sesuatu haiwan sebagai bukti konkrit kepada tayangan video sebenar pembiakan yang dilakukan. Penggunaan media sebagai alat bantu mengajar (ABM) ini penting bagi pemahaman murid semasa menerangkan isi pelajaran Ini dapat memudahkan dan melancarkan lagi tugas-tugas guru sebagai pemudah cara. Secara tidak langsung, aktiviti dalam bilik darjah ini dapat menarik minat pelajar dan merangsang minda mereka bahawa setiap maklumat yang murid dapat akan membawa maksudnya yang tersendiri.

1.2

Pengetahuan / Pengalaman Sedia Ada

Sebelum pembelajaran dilakukan, guru menguji pelajar dengan cara menyoal pelajar mengenai tajuk pembiakan haiwan yang dpilih, seekor ayam bermula dari telur atau ayam dewasa yang diajar dan disampaikan di dalam kelas. Proses ini dapat membantu guru untuk mengenalpasti sejauhmana tahap pengetahuan semasa pelajar berdasarkan kepada pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar mengenai pembiakan haiwan yang pernah dipelajari sebelum ini. Ia dapat membantu guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran yang paling sesuai dan kaedah yang berkesan.

1.3

Gaya Pembelajaran Pelajar

Melalui gaya pembelajaran pelajar, guru dapat mengenalpasti tahap keupayaan pelajar dalam memahami konsep pembiakan . Setiap orang pelajar adalah berbeza-beza dari sudut pemprosesan dan kecerdasan mereka menerima rangsangan maklumat yang disampaikan. Interaksi antara guru dan pelajar sangat penting bagi guru untuk memahami emosi pelajar dalam persekitaran pembelajaran bilik darjah. Keadaan ini akan mempengaruhi cara pelajar tersebut memproses maklumat dan membentuk persepsi, seterusnya menjadikan pembelajaran lebih lancar dan efektif.

Nyatakan Objektif / Hasil Pembelajaran

Objektif pengajaran dan pembelajaran mestilah spesifik iaitu jelas. Objektif utama guru bagi tajuk pembiakan haiwan ini ialah, pada akhir pembelajaran;

a.

Pelajar dapat mengenalpasti dan menyenarai nama haiwan

mengikut kaedah pembiakan masing-masing. b. Pelajar dapat memahami dan menyebut dengan jelas maksud

lokomotor. c. Di akhir pembelajaran, pelajar dapat menyatakan serta

menyenaraikan dan menulis dengan jelas sekurang-kurangnya tiga daripada lima kaedah pembiakn haiwan melalui sesi soal jawab antara guru dengan pelajar hasil daripada penggunaan media yang dipilih iaitu persembahan slaid power point dan tayangan video pendek pembiakan haiwan yang mana bahan pengajaran dan pembelajaran tersebut dibina dan dibuat sendiri oleh guru. Walaupun pada dasarnya, merujuk kepada konsep bilik darjah yang mana guru hanya perlu memilih bahan bukan membina bahan yang lebih berpusatkan kepada sistem, pembinaan bahan ini dibina adalah disebabkan oleh faktor pelajar yang mendorong guru berusaha sedaya upaya bagi menyampaikan pengajaran yang lebih berkesan kepada pelajar Tahun 4 Orkid

Pernyataan objektif yang jelas secara tidak langsung dapat membantu guru memilih media dan kaedah penyampaian yang sesuai. Seterusnya guru dapat menentukan langkah-langkah dalam merangka aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dengan itu, guru dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat merangsang minda pelajar. Pada akhirnya, guru dapat membuat penilaian terhadap pencapaian pelajar-pelajar.

2.1

Siapakah yang Akan Mencapai Objektif ?

Tumpuan utama yang perlu diberi perhatian ialah semua pelajar-pelajar dalam kelas Tahun 4 Orkid. Ini adalah kerana objektif yang dimaksudkan adalah berkait dengan pembelajaran dalam bilik darjah bukan pengajaran oleh guru. Kejayaan ini hanya dapat dicapai melalui aktiviti yang yang dilakukan oleh guru dalam bilik darjah dan pelajar-pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti tersebut.

2.2

Bentuk Tingkah Laku Baharu

Merujuk kepada apa yang hendak dicapai oleh guru dalam pengajarannya dalam kelas Tahun 4 Orkid ialah melalui perkataan penegasan yang menggambarkan nilai atau nisbah ukuran yang berjaya dicapai oleh murud bagi maksud kejelasan isi dan bahan media yang disampaikan dan digunakan oleh guru benar-benar berkesan. Perkataan penegasan dalam objektif guru bagi tajuk pembiakan ialah menyebut, menyatakan, menyenaraikan contoh haiwan yang terlibat.

2.3

Situasi atau Syarat Perlakuan

Ianya berdasarkan kepada bagaimana sesuatu objektif yang dinyatakan oleh guru pada awal pengajarannya dapat dicapai pada akhir pembelajaran pelajar. Selepas penggunaan media power point atau media tayang tidak bergerak di persembahkan kepada pelajar, pelajar seterusnya dapat memahami kaedah pembiakan sebenar sepertimana yang ditunjukkan dalam video pembiakan haiwan yang dipilih dan guru mengharapkan penggunaan media-media ini lebih membantu murid untuk lebih mudah faham.

2.4

Darjah Tahap Pencapaian Minimum Perlakuan

Jelas dinyatakan dalam huraian objektif guru iaitu Di akhir pembelajaran, pelajar dapat menyatakan serta menyenaraikan dan menulis contoh haiwan dengan jelas sekurang-kurangnya tiga contoh haiwan

Pemilihan Kaedah Media dan Bahan Sumber

Langkah ketiga ialah penggunaan media yang dipilih dengan teliti secara sistematik dan terancang oleh guru berdasarkan tahap pencapaian dan kecerdasan pelajar Tahun 4 Orkid, pengajaran dan pembelajaran bilik darjah adalah satu perancangan yang sangat baik dan sangat membantu guru dan pelajar. Proses ini memerlukan penumpuan yang jitu berikutan faktor keadaan pelajar yang sememangnya berada pada tahap sederhana yang memerlukan pendekatan yang lebih mudah dan ringkas dalam pengajaran dan pembelajaran. Proses pemilihan kaedah media dan bahan sumber ini melibatkan tiga langkah berikut ;

3.1

Penentuan Kaedah

Kaedah yang dipilih ini adalah bersesuaian dengan pelajar Tahun 4 Orkid berdasarkan analisis awal yang telah dibuat oleh guru mata pelajaran. Analisis awal yang dimaksudkan meliputi ciri-ciri pelajar, pengalaman sedia ada mereka dan gaya pembelajaran pelajar. Guru telah sedia maklum bahawa tidak semua pelajar-pelajar boleh membaca dan menulis dengan baik. Maka dengan itu, kaedah pengajarana berbentuk gambar dan video adalah merupakan satu simulasi dan tunjuk cara yang paling sesuai dengan tahap pengetahuan dan pengalaman pelajar.

3.2

Pemilihan Format Media

Format media yang diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas Tahun 4 Orkid ini dijangka dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan menumpukan perhatian dalam bilik darjah. Terdapat dua format media yang dipilih dan digunakan oleh guru iaitu power point dan video pendek. Kumpulan sasaran guru adalah pelajar Tahun 4 Orkid yang mempunyai bilangan pelajarnya seramai 22 orang.

3.3

Pemilihan Bahan Sumber

Gambar-gambar kumpulan haiwan yang dirbinasendiri oleh guru digunakan sebagai bahan utama bagi sesi penyampaian dan penerangan tajuk pergerakan lokomotor kerana ianya dapat menarik minat pelajar dan pelajar dapat menumpukan perhatian sepenuhnya di dalam bilik darjah. Gambar-gambar tadi kemudiannya disusun dan dibina semula dalam bentuk video dan bergambar untuk tayangan kepada pelajar di dalam kelas. Kos bahan yang dilibatkan adalah sangat berpatutan walaupun pada dasarnya guru tidak digalakkan untuk membina sumber kerana ditakuti ianya akan melibatkan kos yang tinggi. Guru hanya perlu menyumbang tenaga, keringat dan masa bagi menjadikan fantasi itu satu realiti dan menjadi satu kepuasan bilamana objektif pengajaran guru di dalam kelas tercapai.

Gunakan Media dan Bahan Sumber

Guru dan pelajar bersama-sama dapat memanfaatkan sepenuhnya penggunaan media dan bahan sumber ini serta berjaya menggunakan media yang dipilih ini dengan sebaik mungkin bagi kegunaan pelajar dalam proses pembelajaran dan bagi kemudahan guru dalam proses pengajaran. Media ini digunakan dengan cara tayangan slaid power point kepada pelajar. Di dalam slaid power point ini, guru menyusun gambar-gambar secara berturutan menceritakan kumpulan

haiwan mengikut kumpulan cara pembiakan haiwan. Kemudiannya, pelajar akan dipersembahkan tayangan satu tayangan video bergerak yang menceritakan semula proses pembiakan haiwan. Penentuan kejayaan penggunaan media dan sumber yang dipilih oleh guru serta proses menulis refleksi bergantung kepada tindakan-tindakan awal guru sepertimana yang berikut;

4.1 Semak / pratonton / aji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas 4.2 4.3 4.4 4.5 Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas Sediakan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar

Libatkan Pelajar dalam Pembelajaran

Penerangan pengajaran dalam bentuk media iaitu power point dan video ini dikendalikan oleh guru sepenuhnya semasa di dalam kelas. Pelajar diajar melalui gambar-gambar pergerakan dalam tayangan slaid power point. Guru melibatkan pelajar dalam kelompok yang kecil dan besar bagi setiap aktiviti termasuklah semasa sesi soal jawab dan perbincangan. Dalam erti kata lain, pelajar dikehendaki melakukan aktiviti yang mudah secara berkumpulan. Ini akan membentuk pelbagai variasi dan rangsangan yang diterima oleh pelajar.. Tayangan video yang dibina dan dibuat oleh guru diterjemahkan kedalam bentuk slaid power point dan pelajar sepatutnya boleh menyebut dengan jelas contohcontoh nama mengikut cara pembiakan.. Langkah akhir dalam Model ASSURE ini adalah merupakan peringkat paling penting bagi menilai keseluruahan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dipilih, ditetapkan dan dilaksanakan. Di sinilah refleksi sebenar akan dibuat oleh guru hasil daripada pengajaran yang dilakukan dalam bilik darjah terhadap tahap keupayaan pelajarnya dan tahap keberkesanan pengajarannya.

Setiap tindak balas positif mahupun negatif yang ditunjukkan oleh pelajar hendaklah dikaji secara mendalam bagi memperbaiki dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran guru. Refleksi yang dibuat dapat membantu guru untuk melakukan penambahbaikan dan seterusnya menyediakan satu set perancangan lain yang lebih efisyen, efektif, tersusun dan seterusnya memperbetulkan apa-apa jua kesalahan dan kesilapan yang telah guru lakukan di setiap peringkat proses berdasarkan kepada model ASSURE ini.

Penutup

Berdasarkan kepada pemahaman saya berkenaan model ASSURE ini ialah persediaan dan perancangan awal guru adalah sangat penting dalam menyediakan bahan pengajaran yang menarik agar ianya dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan membantu guru memudahkan tugas-tugasnya dalam mereka bentuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Bahan atau media hendaklah dibina terlebih dahulu sebelum reka bentuk perancangan pengajaran dilakukan. Gabungan antara keduanya iaitu pembinaan atau pemilihan bahan dan reka bentuk sistem pengajaran akan dapat memudahkan tugas guru dalam merangka program pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang berkesan. Penyampaian maklumat akan menjadi lebih mudah, menarik dan berkesan.

Guru perlu kreatif mencipta idea-idea baru bagi menarik minat dan citarasa pelajar masa kini yang rata-ratanya cenderung dalam teknologi-teknologi baru. Oleh yang demikian, guru perlu memantapkan diri, mempelajari dan mempraktikkan kemahiran tersebut seiring dengan minat pelajar masa kini yang lebih moden. Hasil kemajuan negara haruslah seiring dengan profesyen perguruan masa kini bagi melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu, dan cemerlang dari pelbagai sudut.

Rujukan

BUKU

Muhamad Hasan Abdul Rahman. (Cetakan Kedua 2003). Media Pengajaran; Penghasilan Bahan Pengajaran Berkesan. AREMES (M) Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). KBSR, Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun Dua. Bahagian Pembangunan Kurikulum.

You might also like