You are on page 1of 2

Sejarah perkembangan bahasa melayu.

Dari: nurul `ain binti md yasin

Perkataan bahasa Melayu dikesan melalui dalam sebuah kitab Hindu Purba iaitu
Purana. Perkataan Melayu juga ditemukan dalam tulisan China pada zaman Dinasti
Tang.Menyatakan bahawa orang Mo-lo-yeu kirim utusan ke Negara China untuk
mempersembahkan hasil bumi kepad Raja China.Istilah bahasa Melayu juga
terdapat pada catatan Rahib Buddha yang bernama I –tsing. I-Tsing mencatatkan
bahasa Melayu digunakan untuk sebagai bahasa penghantar dalam mengajar ahasa
Sanskrit dan falsafah agama Buddha.

Di percayai juga bahawa bahasa Melayu juga berasal daripada golongan


Austronesia,golongan ini terbahagi kepaa 2 .golongan pertama dikanali sebagai
melayu Proto.Berpindah ke asia tenggara pada abad 2500 sebelum masihi pada
zaman baru.Keturunannya ialah orang asli di semenanjung,Dayak diserawak dan
batak di sumatera.Golongan kedua ialah melayu Deutro.Berpindah ke asia tenggara
pada zaman logam pada abad 1500 sebelum masihi.keturunannya ialah orang
melayu di Malaysia.Mereka labih mahir daripada Proto.Mereka lebih pandai
bahagian pelayaran,penanaman, dan astronomi.

Istilah Melayu merujuk kepada bangsa yang dilihat dalam 2 pengertian iaitu
sempit dan luas.bagi pengertian luas ialah istilah Melayu berasal dari bahasa
Austronesia.manakala bahasa-bahasa Austronesia berasal dari austris.Selain
rumpun Austronesia ,terdapat rumpun austro-asia, dan rumpun Tibet-China.Rumpun
bahasa terbahagi kepada 4 iaitu bahasa
nusantara,polinesia,Melanasia,Mikronesia.Bagi bahasa nusantara contohnya ialah
bahasa melayu,Acheh,Jawa,Sunda,Dayak,Tagalog,solo.Bagi Polinesia ialah bahasa
Tonga ,Hawai,Haiti,Maori.bagi bahasa Malenesia ialah bahasa-bahasa di kepulauan
Fiji,Irian.Bagi Mikronesia ialah bahasa Gilbert,Marianna,carodina.

Ahli bahasa juga membahagikan perkembangan Melayu kepada tiga tahap iaitu
Melayu Kuno,Melayu Klasik, dan Melayu Moden.Bagi bahasa Melayu
Kuno,merupakan keluarga bahasa nusantara.Kegemilangannya berlaku pada abad
ke -7hingga ke 13-masihi pada zaman Srivijaya yang menggunakan bahasa lingua
franca dan bahasa pentadbiran.Penuturnya di semenanjung,kepulauan Riau dan
sumatera.Menggunakan bahasa lingua franca dan pentadbiran kerana bersifat
sederhana ,tidak terikat pada perbezaan susun lapis masyarakat,mudah terima
pengaruh luar,mempunyai system yang lebih mudah berbanding bahasa
Jawa.Banyak dipengaruhi bahasa Sanskrit dan dikenalpasti menyumbangkan
kepada kosa kata dan ciri –ciri keilmuan.Bahasa Melayu mudah dipengaruhi oleh
bahasa Sanskrit kerana pengaruh Hindu ,bahasa Sanskrit terlatak dalam kelas
bangsawan dimana mempunyai Hierarki yang tinggi,bahasa Melayu mudah dilentur
mengikut keadaan dan keperluan.
Bahasa Melayu Kuno pada abad ke-7 pada batu-batu bersurat ditulis huruf
pallava.Batu bersurat di Kedukan Bukit,Talang Tuwo,berada di Palembang.Kuala
Kampur di Pulau Bangka,Karan Berahi di daerah HUlu Jambi.Ciri-ciri bahasa Melayu
KUno ialah penuh dengan pinjaman bahasa Sanskrit,susunan ayat bersifat
Melayu,bunyi b ialah w dalam bahasa Melayu Kuno contohnya bulan ditukar kepada
wulan.bunyi e pepet tiada, Contoh dengan - dngan atau dangan ,awalan ber- ditukar
kepada mar-, contoh: berlepas-marlapas ,awalan di- kepad ni-, Contoh: diperbuat -
niparwuat)
ad bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh,th,ph,dh,kh dan h. Contoh:
sukhatshitta) huruf h hilang dalam melayu Moden. Contoh: semua-samuha, saya:
sahaya
Peralihan bahasa Melayu Kuno ke bahasa Melayu KLasik.Ini dikaitkan dengan
perkembangan agama islam yang semakin mantap di asia tenggara abad ke-
13.selepas itu bahasa melayu banyak mengalami perubahan dari segi kosa
kata ,struktur ayat dan tulisan.3 buah btu bersurat yang dijumpai merupakan
perkembangan bahasa Melayu iaitu Pagar Ruyung di Minangkabau,Minye Tujuh di
Acheh, Kuala Berang Terengganu.
Bagi perkembangan Melayu Klasik dibahagi kepad 3 zaman penting iaitu Melak
,Acheh, Johor-Riau.Penulis yang terpenting dalam perkembangan ini ialah Hamzah
Fansuri.Syamsuddin al-sumaterani,Syeikh Nuruddin al Raniri,dan Abdul Rauf al-
Sangkel.Ciri-ciri bahasa Melayu Klasik ialah bahasa yang panjang ,berbelit-
belit,wujud ketika wujudnya tulisan jawi dalam bahasa Melayu,menggunakan bahasa
istana,ayat songsang,banyak ayat pasif.
Bagi Melayu Moden dimana bermula pada abad ke -19,hasil karangan Musyi
Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.Sebalum
penjajahan British bahasa melayu sudah berada dalam kedudukan yang tinggi
dimana ia berfungsi sebagai bahasa perantaraan,pentadbiran,kesusasteraan dan
penghantar di dalam pendidikan agama islam.Selepas perang dunia kedua British
merubah dasar menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar dalam
system pendidikan.Persekutuan perlembagaan 152 juga menetapkan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Akta Bahasa kebangsaan 1963/1967
menetapkan bahasa sebagai bahaa rasmi.Laporan Razak mencadangkan bahasa
melayu sebagai bahasa penghantar dalam system pendidikan.

You might also like