You are on page 1of 61

Diskripsi Prima

Tiada Jawapan Disediakan Untuk Soalan Di dalam Diskripsi Prima Tujuan soalan diberikan untuk menerangkan pecahan setiap seksyen. Untuk Soalan dan Jawapan, rujuk kepada komponenlain di "Contoh Soalan dan Jawapan setiap Seksyen"

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Faktor kegagalan Utama Calon Utamakan ke'berkat'an dalam ilmu. Jika anda mendapatkan naskhah ini secara 'haram' maka apa bakal terjadi dengan ilmu dan usaha anda? Fikir-fikirkan =)

Legal Notice
Ebook ini adalah hakmilik sepenuhnya www.tipsptd.com kelolaan Infokerjaya Resources (002091193-K) Sebarang aktiviti pengedaran semula atau menjual semula naskhah ini adalah DILARANG sama sekali dan ianya menyalahi Akta Hakcipta. Jika anda memperolehi Ebook ini bukan dari laman web www.tipsptd.com, sila laporkan kepada kami melalui email tipsptd@gmail.com dan ganjaran sewajarnya akan diberikan kepada anda Sebagai pembeli yang sah, anda layak menerima tip-tip penting untuk Assessment Center dan Temuduga di masa hadapan

Disclaimer
Seluruh kandungan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik ini adalah hakmilik di bawah tanggungjawab Infokerjaya Resources dari www.tipsptd.com. Ianya diterbitkan untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan Pakej ini tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang liabiliti kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam Pakej ini. Semua maklumat dalam Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik ini adalah tepat pada masa ianya diterbitkan.

Team Tips PTD, APRIL 2013


Edisi Pertama Januari 2010
1st revision: Mac 2010 (Gred 41) 2nd revision Oktober 2010 (PTD) 3rd revision Julai 2011 (PTD) 4th revision November 2011 (Pegawai Antidadah) 5th revision Januari 2012 (Penguasa Kastam) 6th revison Februari 2012 (Juruaudit) 7th revision Mei 2012 (PTD) 8th revision April 2013 (PTD)

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Update: APRIL 2013


Untuk tahun 2013, kita menjangkakan ianya tidak jauh beza dari tahun 2012. Pada tahun 2010 sahaja peperiksaan bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik disekalikan dengan peperiksaan bertulis 13 jawatan Gred 41 yang lain, tetapi untuk tahun 2011 dan 2012 ianya kembali kepada peperiksaan khusus PTD sahaja. Pada 5 sesi peperiksaan SPA yang lepas (PTD Julai 2011, Dadah November 2011, Penguasa Kastam Februari 2012 dan Juruaudit Mac 2012 juga PTD MEI 2012) tiada soalan khusus berkaitan SEJARAH dikeluarkan. Tetapi ini tidak bermakna persediaan berkaitan sejarah harus diabaikan kerana tidak mustahil ianya akan ditanya untuk sesi kali ini. Luangkan sedikit masa untuk membuat rujukan pantas berkaitan sejarah secara umum sejarah Malaysia Tingkatan 5 (tidak perlu terlalu tumpu) Soalan berkaitan 1Malaysia dan transformasi kerajaan menjadi tonggak penting soalan tambahan untuk 4 sesi ini. Rujuk semula nota Khas GTP (komponen bersama rujukan kali ini) dan harapnya nota tersebut menjadi senjata anda untuk peperiksaan 13 APRIL 2012.

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Selepas peperiksaan 13 APRIL 2013, rujukan ini tidak berguna lagi dan selaku pembeli sah anda akan mendapat UPDATE PERCUMA selepas ini. Abaikan rujukan ini selepas 13 APRIL 2013 kerana ianya pasti sudah 'obsolete'
Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 4

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Pendahuluan
UPDATE: VERSI INI SESUAI DAN RELEVAN hanya UNTUK sesi peperiksaan 13 APRIL 2013 sahaja Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis PTD ini adalah tambahan kepada ebook versi lama yang kali terakhir digunakan pada MEI 2012 yang lepas. Beberapa perubahan menyebabkan naskhah ini perlu kepada proses kemaskini. Selepas peperiksaan 13 APRIL ini, naskhah ini pasti akan ada perubahan dan anda boleh abaikan naskhah ini dan dapatkan versi update selepas ini. Pakej rujukan ini diterbitkan atas dasar memberikan satu maklumat yang komprehensif sebagai wadah untuk semua calon melakukan persediaan yang rapi. Untuk peperiksaan PTD sebelum ini, setiap tahun secara kasarnya terdapat 2 kali peperiksaan bertulis tetapi tahun lepas (2012) hanya satu sesi sahaja iaitu Mei 2012. Setiap sesi peperiksaan, puluhan ribu calon yang mengambil peperiksaan ini di seluruh negara. Tiadanya rujukan khusus yang boleh dijadikan persediaan sebelum menduduki peperiksaan adalah antara faktor kenapa calon GAGAL dalam peperiksaan ini dan betapa peningnya mendapat maklumat yang bercampur-baur dari internet. Kami yakin anda turut mengalaminya dan anda harus bersyukur kerana menjumpai laman tipsptd.com yang bakal mengenengahkan kepada anda bagaimana nak melakukan persediaan yang rapid an sekaligus LULUS dengan jayanya peperiksaan bertulis PTD ini nanti. Sekali lagi terima kasih dan tahniah untuk anda yang memilih untuk memiliki PRPBPTD ini, dan jadikanlah http://tipsptd.com/blog sebagai rujukan utama untuk kerjaya sebagai Pegawai Perkhidmatan Awam. Pembelian anda ialah sebahagian dari sumbangan dalam memastikan kesinambungan maklumat percuma di blog tipsptd dan anda boleh jadikan blog tersebut sebagai rujukan masa-masa genting anda untuk Assessment Center dan temuduga nanti. Diharapkan juga Pakej Rujukan ini bakal membantu persediaan anda untuk LULUS dan melayakkan diri ke sesi yang seterusnya nanti. Penghargaan kepada semua Team Infokerjaya dan juga editor, saudari Raha Arif yang bertungkus lumus menyiapkan Pakej Rujukan ini. Mudah-mudahan usaha ini dapat menyumbang kepada keputusan yang bagus anda semua dalam peperiksaan bertulis nanti. Anda boleh menulis dan berkongsi maklumat atau sebarang pertanyaan dengan kami melalui email tipsptd@gmail.com dan kami amat mengalu-alukan feedback dari anda. Salam kejayaan untuk anda dan selamat menduduki Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir dan Diplomatik! Pastikan anda membaca setiap helaian pakej ini kerana banyak tips dan strategi yang bakal anda ketahui. Jangan lupa, mulakan dengan bahagian Apa Yang Bakal ANDA Perolehi Team Infokerjaya - Muaz Hadi, Syed Faiz, Ikhwan Fahmi

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Apa Yang Bakal anda Perolehi


Sebelum memulakan langkah persediaan anda, suka untuk kami ringkaskan apa yang bakal anda perolehi dari Pakej Rujukan ini. Ianya akan diringkaskan seperti di bawah;

Pelan Tindakan

Penerangan Format

Pecahan Soalan Penerangan Seksyen Strategi Persediaan Contoh Soalan TANPA Jawapan (untuk penerangan pecahan) Ringkasan Menyeluruh

Senarai Semak

Penutup & Doa

Penerangan Format, Strategi Persediaan dan Contoh Soalan bagi Setiap Seksyen adalah PERKARA penting yang kami DEDAH kan kepada anda. Anda akan tahu bentuk soalan dan bagaimana untuk anda bersedia. Link khas disediakan untuk rujukan. Sebab itu ia dinamakan DISKRIPSI PRIMA

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Isi Kandungan
Tajuk Mukasurat

Plan Tindakan ebook DISKRIPSI PRIMA Perincian, Strategi dan Contoh Soalan Bahagian 1: Seksyen A Pecahan 1 Pecahan 2 Pecahan 3 Pecahan 4 Pecahan 5 Pecahan 6 Pecahan 7 Perincian, Strategi dan Contoh Soalan Bahagian 1: Seksyen B Pecahan 1 Pecahan 2 Pecahan 3 Pecahan 4 Perincian, Strategi dan Contoh Soalan Bahagian 1: Seksyen C Contoh Soalan Perincian, Strategi dan Contoh Soalan Bahagian 1: Seksyen D Contoh Soalan Tips Khas: Bagaimana Menulis Esei Dengan Baik Isu-isu yang perlu diberi perhatian dalam Seksyen D dan E Ringkasan Keseluruhan seksyen Senarai Semak Kenapa GAGAL Senarai Isi Kandungan buku Malaysia Kita Penutup dan Doa

8 9 13 16 18 20 23 25 28 30 32 35 37 41 44 45 47 49 50 51 54 55 56 59 61

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Plan Tindakan Ebook DISKRIPSI PRIMA


Kunci utama DISKRIPSI PRIMA ini adalah memperincikan setiap seksyen supaya mudah untuk anda melakukan persediaan tambahan. Contohnya seksyen A, jika anda membuat persediaan membuta tuli, anda tak akan dapat cover semua jenis soalan dan mungkin anda akan tertinggal bahagian-bahagian yang penting. Sama juga untuk setiap seksyen yang lain. Lihat juga format untuk setiap seksyen bagi memudahkan anda merancang strategi menjawab nanti Sebagai tindakan segera, nota Khas GTP adalah rujukan pantas anda untuk sesi APRIL 2013 ini kerana ianya adalah soalan teras pada beberapa sesi peperiksaan yang lepas. Timeline gerak perlaksanaan GTP 2010 2013 penting untuk anda lihat keseluruhan perlaksanaannya Kami senaraikan juga tajuk-tajuk tertentu yang terkandung dalam buku Malaysia Kita dengan tujuan anda tahu maklumat apa yang perlu anda cari sama ada melalui internet atau buku-buku yang lain yang ada dalam simpanan anda. Jadikan jadual Ringkasan pada mukasurat 59 itu sebagai rujukan dalam anda menyiapkan diri anda untuk menjawab soalan kertas peperiksaan ini. Jangan lupa layari semua link yang telah diberi untuk rujukan tambahan. Dalam pakej ini disertakan nota-nota isu semasa yang komprehensif mencakupi 4 sektor utama. Baca dan ambil tahu semua maklumat itu. Tiada jaminan soalan mengenai isu itu akan ditanya, tapi sedikit sebanyak akan membantu sekiranya ada soalan-soalan yang berkaitan. Ianya dirangka dengan memilih tajuk-tajuk spesifik yang anda tak boleh guna logik akal, bahkan memerlukan fakta. Jadi penuhkan benak kepala anda dengan fakta-fakta yang diberikan. Kami yakin anda akan tersenyum bila melihat soalan-soalan nanti dan percayalah, rasa cuak, nervous anda akan hilang sama sekali di dewan nanti kerana anda dah tahu bagaimana formatnya, anda dah sediakan diri anda dengan rapi dan terperinci atau dengan kata lain, anda tahu apa yang calon lain tidak tahu!

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Penerangan Format, Strategi Persediaan dan Contoh Soalan bagi Setiap Seksyen

Seksyen A: Pengetahuan Am Mengenai Malaysia

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Seksyen A: Pengetahuan Am Mengenai Malaysia


Penerangan Format
Ianya adalah seksyen pertama dalam kertas penilaian dan merupakan seksyen yang mempunyai paling banyak soalan. Anda diberikan masa 45 minit untuk menjawab 50 soalan. Ianya tertakluk kepada perubahan. Tapi secara umumnya itu adalah format yang digunapakai seperti yang telah dinyatakan dalam edaran umum SPA tahun 2013. Sedikit berbeza dengan peperiksaan bertulis jawatan lain sebelum ini (40 minit/50 soalan). Pada sesi terbaru Mei 2012 ianya adalah 60 soalan tetapi tahun ini dikurangkan menjadi 50 soalan dengan masa menjawab yang sama. Sekali lagi formatnya; Tempoh: 45 minit Jumlah Soalan: 50 soalan Soalan yang tercangkum dalam bahagian ini meliputi skop yang sangat luas dan seringkali berada di luar jangkaan. Ianya menuntut anda mempunyai pengetahuan asas yang luas dan sebenarnya ianya berpaksikan kepada sejauh mana anda peka dengan persekitaran. Itu adalah satu kriteria sebenarnya yang diuji dalam bahagian ini, bagaimana anda peka dan sensitif kepada isu-isu penting lebih-lebih lagi yang melibatkan isu-isu nasional. Tetapi melalui analisis yang mendalam, sebenarnya soalan-soalan mencakupi beberapa bahagian yang penting yang menjadi paksi kepada pembahagian soalan-soalan dalam bahagian ini. Kita akan menganalisis satu persatu bahagian yang dikemukakan soalan dalam seksyen A ini. Antara skop pengkhususan soalan dalam bahagian ini ialah; Struktur Pentadbiran Negeri dan Pusat Skop Tugasan Badan dan Perjawatan Isu Nasional Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 10

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Dasar Pentadbiran Negara Tarikh dan Fakta Penting Sejarah Malaysia (TIADA DALAM SESI 2011/12) Lain-lain di luar skop Ianya adalah pecahan berdasarkan pemerhatian dan feedback yang diterima oleh kami di tipsptd.com/blog sepanjang menyalurkan maklumat kepada pembaca-pembaca yang dahagakan maklumat mengenai peperiksaan PTD. Pecahan itu adalah sebagai panduan umum untuk memudahkan anda melakukan rujukan dan persediaan rapi dalam peperiksaan peringkat ini. Ianya bukanlah sesuatu yang rasmi, tetapi lebih kepada gambaran umum kepada anda. Dengan pembahagian ini, seharusnya anda akan jadi lebih jelas dan terarah dalam melakukan persediaan sebelum menghadapi peperiksaan bertulis. Ramai yang menyatakan seksyen A ini adalah satu seksyen yang sengaja diadakan untuk memerangkap calon dan ianya sama-sekali tidak masuk akal kerana skop yang dirangkumi oleh seksyen ini terlalu luas. Bahkan dalam penghuraian seksyen ini oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sendiri mereka menyatakan yang tiada rujukan khusus untuk persediaan seksyen ini. Dalam hebahan umum SPA menyatakan;

Di dalam kertas peperiksaan ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkaraperkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan perkara-perkara lain berkenaan dengan politik, ekonomi, sosial, sains, teknologi, sastera, kebudayaan, kesenian, muzik, sukan dan lain-lain perkembangan di seluruh dunia pada amnya dan khususnya yang ada kena mengena dengan Malaysia. Perkara ini terlalu umum dan tidak ada buku-buku teks yang tertentu untuk dibaca dan soalan-soalan akan disediakan begitu meluas. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda di dalam aneka lapangan akademik. Siswazahsiswazah yang selama ini mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan mudah menjawab soalan-soalan ini. Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya.

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

11

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Penerangan SPA untuk sesi kali ini

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi/kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan
Anda boleh lihat, skopnya sangat besar dan tiada rujukan khusus untuk persediaan seksyen ini. Tetapi kami tetap berusaha untuk memudahkan anda dan kami akan tunjukkan melalui pemerhatian yang dibuat bagaimana soalan-soalan ini dibentuk sebenarnya dan bagaimana menyediakan diri anda untuk menjawab soalan-soalan seksyen A ini. Kami akan huraikan satu persatu pecahan bahagian yang telah dinyatakan sebelum ini beserta contoh-contoh soalan yang menggambarkan pecahan tersebut. Dan sekali lagi diingatkan yang pecahan itu merupakan hasil pemerhatian kepada soalan-soalan yang lepas dan bukan soalan ramalan.

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

12

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Huraian Seksyen A: Pecahan 1 - Struktur Pentadbiran Negeri dan Pusat


Soalan pecahan ini ditanya dalam peperiksaan sebelum ini dan ada kemungkinan soalan pecahan Struktur Pentadbiran Negeri dan Pusat juga akan ditanya dalam peperiksaan kali ini Bahagian ini menuntut anda memahami secara umum tentang bagaimana pembahagian tugas peringkat negeri dan pusat. Pengetahuan bagaimana struktur jabatan-jabatan negeri dan bagaimana perhubungannya dengan kerajaan pusat. Di samping itu pengetahun tentang perlembagaan, bagaimana undang-undang dibuat dan proses parlimen, pengesahan dari badan eksekutif. Jika boleh diperincikan, ianya juga mencakupi sistem pemerintahan dan pentadbiran Negara. Rujukan yang sesuai ialah buku Sejarah Tingkatan 5, buku Malaysia Kita dan rujukan Pengajian Am Tingkatan 6. Anda boleh rujuk manamana yang mudah diperolehi atau sumber sedia ada. Berikut adalah contoh soalan sebenar peperiksaan dalam bahagian ini (tiada jawapan diberikan kerana tujuan soalan ini adalah untuk memberikan anda gambaran bagaiman soalan jenis ini ditanya. Untuk soalan dan jawapan rujuk komponen Contoh Soalan & Jawapan) ; 1. Sebuah badan induk pelaksana portfolio yang menjadi tanggungjawab seseorang menteri adalah; a. Jabatan b. Kementerian c. Parlimen d. Perbadanan e. Dewan Negara 2. Sistem kabinet di negeri Sarawak berbeza dengan negeri di

Semenanjung dan dinamakan; a. Majlis Kerajaan Tempatan b. Majlis Tertinggi Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 13

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

c. Kabinet Negeri d. Majlis Mesyuarat Tempatan 3. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang Ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan dia mestilah seorang yang a. Beragama Islam b. Pernah menjadi Menteri Kabinet c. Keturunan Melayu d. Menjadi warganegara mengikut operasi undand-undang e. Menjadi warganegara secara masukan 4. Pembahagian jabatan-jabatan di peringkat negeri secara umumnya ada dua bahagian dan ianya adalah; a. Jabatan Pusat dan Jabatan Negeri b. Jabatan Negeri dan Jabatan Daerah c. Jabatan Negeri dan Kementerian d. Jabatan Negeri dan Jabatan Persekutuan e. Jabatan Jabatan Negeri dan Cawangan Jabatan Persekutuan 5. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai: a. Penubuhan ASEAN b. Penubuhan kawasan aman, bebas, dan berkecuali di Asia Tenggara c. Penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN d. Keputusan Filipina berkenaan dengan pengguguran tuntutan

Kerajaan mereka ke atas Sabah e. Penubuhan pakatan Ketenteraan di antara Negara-negara ASEAN 6. Perlembagaan boleh dipinda dengan syarat tertentu yang antaranya sokongan 2/3 ahli dewan rakyat. Antara kepentingan pindaan 14

Perlembagaan yang harus dihayati: Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

a. Mengikut kesesuaian idealogi kerajaan semasa b. Membuang mana-mana perlembagaan yang dianggap berat sebelah c. Membentuk satu pembaharuan yang menyeluruh d. Melindungi kepentingan rakyat e. Supaya tiada percanggahan dengan dasar dan polisi baru 7. Bidang pentadbiran Negara adalah yang berikut kecuali: a. Ekonomi b. Sosial c. Agama d. Keselamatan e. Pendidikan 8. Setiap kementerian di kerajaan Pusat mempunyai agensi-agensi yang mempunyai bidang kerja di bawah skop kerajaan pusat. Bagaimana pulak keadaan agensi di negeri-negeri? 9. Berikut adalah langkah carta alir dalam perlaksanaan Pilihanraya Umum yang betul. 10. Yang manakah antara berikut merupakan tunjuk arah yang

betul dalam penyusunan hierarki kuasa dalam badan perundangan Negara? 11. dalam Kerajaan Negeri dan Pusat mempunyai peranan yang berbeza beberapa aspek tetapi juga mempunyai senarai tugasan

bersama. Manakah antara berikut termasuk dalam senarai tugasan bersama? 12. Komanwel ditubuhkan berdasarkan idea yang dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang dianggotai oleh Negara-negara Dunia Ketiga dan tujuan utamanya ialah:

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

15

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Jangan lupa juga untuk melihat kembali struktur kementerian yang dirangka di bawah pentadbiran Dato Seri Najib beserta menteri-menteri yang bertanggungjawab. Di samping itu beri perhatian yang lebih mengenai jabatan-jabatan negeri dan juga tugasan kerajaan tempatan. Apakah bidang tugas kerajaan negeri dan apakah hak eksklusif kerajaan negeri yang tidak boleh ada campur tangan dari kerajaan pusat secara umumnya. Untuk bahagian pentadbiran kerajaan pusat, ambil maklum tentang perjalanan Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan bagaimana fungsi kedua-dua dewan dalam melancarkan pentadbiran.

Huraian Seksyen A: Pecahan 2 - Skop Tugasan Badan dan Perjawatan


Dalam bahagian ini sebenarnya rujukannya adalah sama dengan pecahan struktur pentadbiran Negeri dan Pusat, cuma ianya lebih berfokus kepada fungsi jabatan dan jawatan tertentu. Atau lebih mudah, soalannya terus mengenai tugas jawatan dan jabatan. Tipnya ialah ambil tahu tugas-tugas umum jabatan kerajaan dan jawatan yang penting dalam gagasan pentadbiran kerajaan. Berikut adalah antara soalan-soalan yang akan membuatkan anda lebih faham apa yang dimaksudkan dengan pecahan bahagian ini (tiada jawapan diberikan kerana tujuan soalan ini adalah untuk memberikan anda gambaran bagaiman soalan jenis ini ditanya. Untuk soalan dan jawapan rujuk komponen Contoh Soalan & Jawapan) 1. Perbendaharaan Malaysia berfungsi untuk: a. Melaksanakan Persekutuan b. Mengutip cukai Kerajaan Pusat c. Membayar gaji kakitangan kerajaan d. Memberi pinjaman kepada kakitangan awam e. Menguruskan saluran dana kepada kerajaan Negeri dasar kewangan dan belanjawan Kerajaan

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

16

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

2. Berikut adalah skop tugasan kawal selia yang dijalankan bersama diperingkat negeri dan pusat kecuali: a. Perkhidmatan tempatan b. Cuti negeri c. Undang-undang negeri d. Parit dan tali air e. Tanah 3. Skop tugasan Suruhanjaya Pilihanraya mencakupi semua di bawah kecuali: a. Penetapan tarikh penamaan calon b. Semakan Manifesto parti bertanding c. Pembatalan keputusan pilihanraya d. Pengumuman keputusan pilihanraya e. Sebagai badan yang memerintah sementara 4. Organization of the Islamic Conference (OIC) ditubuhkan selepas kegagalan Liga Bangsa. Apakah tujuan utama OIC ditubuhkan? 5. Apakah peranan yang dimainkan oleh Raja-raja Melayu dalam sistem peperintahan Negara? 6. Bagaimana seorang Pegawai Daerah memainkan peranan dalam

menyelesaikan masalah-masalah yang dilaporkan melalui Penghulu

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

17

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Huraian Seksyen A: Pecahan 3 - Isu Nasional


Dalam bahagian ini sebenarnya strategi persediaan tidaklah begitu spesifik. Ianya lebih berfokuskan sejauh mana anda sensitif dengan isu-isu dalam negara seperti isu kenaikan harga gula, bencana alam dan sebagainya dan bagaimana kerajaan mengambil langkah proaktif dalam menanganinya. Jika anda seorang yang peka dan membaca akhbar secara rutin, bukanlah menjadi satu masalah untuk anda menjawab soalan berbentuk seperti ini. Jadi umumnya, persediaan untuk seksyen ini ialah, banyakkan membaca akhbar dan lazimi diri anda dengan mendengar berita setiap hari. Antara soalan yang sempat kami kumpul berkait dengan pecahan Isu Nasional ini adalah seperti di bawah (tiada jawapan diberikan kerana tujuan soalan ini adalah untuk memberikan anda gambaran bagaiman soalan jenis ini ditanya. Untuk soalan dan jawapan rujuk komponen Contoh Soalan & Jawapan); 1. Tahun 2009 menyaksikan keadaan ekonomi yang global yang berada dalam peringkat pemulihan sekaligus menyaksikan kenaikan harga barangan secara keseluruhannya. Antara yang menyumbang ke arah peningkatan harga barang adalah perkara di bawah kecuali: a. Keadaan keamanan dunia secara keseluruhannya b. Kenaikan harga minyak dunia c. Bencana alam di Negara-negara pengeluar barangan d. Kejatuhan matawang Amerika Syarikat e. Situasi inflasi dunia 2. Kenaikan harga minyak dunia memberi kesan kepada pelan subsidi minyak oleh kerajaan. Apakah langkah utama yang diambil oleh

kerajaan dalam mengukuhkan sistem subsidi minyak? a. Memansuhkan subsidi terus kepada minyak tetapi membayar rebat b. Memperkenalkan prima Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 18 penggunaan minyak RON95 sebagai penggunaan

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

c. Memperkuatkan kawalan penyeludupan minyak oleh Negara jiran d. Mengkaji semula kaedah pemberian subsidi minyak e. Menggalakkan penggunaan NGV sebagai alternatif bahan bakar 3. Isu graduan menganggur adalah sesuatu yang dipandang serius oleh kerajaan bahkan kerajaan telah merangka dan melancarkan pelbagai pelan dalam menangani masalah ini. Antara berikut yang manakah bukan langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menangani masalah pengangguran: a. Gesaan kepada industri supaya mewujudkan skim latihan

sementara untuk meningkatkan kualiti modal insan b. Latihan keusahawanan kepada graduan c. Menggalakkan graduan menyertai industri kecil melalui

peruntukan melalui agensi-agensi seperti MARA dan TEKUN d. Mengkaji semula silibus universiti supaya melahirkan graduan yang diperlukan oleh industri e. Menyediakan kemahiran 4. Dato Seri Najib mengumumkan pendekatan 1Malaysia, apa yang medium penambahan nilai melalui kursus-kursus

diumumkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi Perdana Menteri? 5. Antara perkara penting yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan

Ekonomi ialah Pembiayaan Pengajian Ijazah Lanjutan. Apakah pakej lain yang diperkenalkan yang bersangkutan dengan pendidikan

Negara? 6. Isu H1N1 yang melanda Negara ditangani dengan baik dan dalam kawalan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagaimanakah

tindakan Malaysia dalam menangani masalah ini?

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

19

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Huraian Seksyen A: Pecahan 4 - Dasar Pentadbiran Negara


Soalan yang kami klasifikasikan dalam pecahan ini merangkumi dasar-dasar kerajaan dan bagaimana kerajaan pusat khususnya menangani isu-isu dalam Negara mahupun luar Negara. Di samping itu, ianya juga memfokuskan tentang dasar-dasar baru kerajaan yang merangkumi slogan kerajaan, apa yang hendak dicapai contohnya dalam isu KPI dan sebagainya. Untuk persediaan dalam pecahan ini sebenarnya ia sama dengan persediaan pecahan Isu Semasa sebelum ini. Anda perlu peka dengan berita dan dasar-dasar baru kerajaan. Rujukan utama yang boleh disarankan ialah portal kerajaan di www.malaysia.gov.my yang mana merekodkan segala dasar-dasar baru kerajaan dan sewajarnya menjadi rujukan utama anda. Berikut adalah contoh soalan yang kami golongkan dalam pecahan Dasar Pentadbiran Negara (tiada jawapan diberikan kerana tujuan soalan ini adalah untuk memberikan anda gambaran bagaiman soalan jenis ini ditanya. Untuk soalan dan jawapan rujuk komponen Contoh Soalan & Jawapan) ; 1. Zon bebas di bawah Akta Zon Bebas 1990 menggariskan semua di bawah perkara yang perlu dikaji terlebih dahulu sebelum

pengisytiharan zon bebas kecuali: a. Kesesuaian kawasan b. Penyediaan kemudahan infrastruktur c. Populasi penduduk d. Langkah-langkah keselamatan bagi membenteras pelarian cukai e. Menentukan Pihak Berkuasa Zon dan keperluan berkaitan 2. Pengagihan kepada 3 anggaran bahagian perbelanjaan utama iaitu persekutuan tanggungan 2009 dibahagikan 11.6%,

sebanyak

pembangunan sebanyak 25.9% dan bekalan sebanyak 62.5%. Berapakah sebenarnya angka yang dianggarkan untuk urusan ini: a. RM207,899 juta Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 20

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

b. RM107,899 juta c. RM307,899 juta d. RM97,899 juta e. RM407.899 juta 3. Menteri Kewangan mempunyai bidang kuasa menambah dan mengeluarkan lebih peruntukan di bawah akta perbekalan, tetapi kebiasaannya peruntukan awal sudah memadai bagi setiap kementerian. Antara senarai kementerian di bawah, yang manakah mendapat peruntukan yang paling tinggi pada 2012? a. Kementerian Kesihatan b. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan c. Kementerian Pelajaran d. Kementerian Pengajian Tinggi e. Kementerian Pertahanan 4. Dasar Bioteknologi Negara yang diperkenalkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi masih diteruskan oleh Dato Seri Najib Tun Abd Razak dan ianya memfokuskan 9 Inisiatif Utama. Yang manakah antara

berikut tidak termasuk dalam 9 Perkara tersebut: a. Pembangunan Bioteknologi Pertanian b. Pembangunan Penjagaan Kesihatan Bioteknologi c. Pembangunan Modal Insaniah d. Pembangunan Bioteknologi Perangkaan Molekular e. Pembangunan Bioteknologi Industri 5. Langkah mengukuhkan integriti pentadbiran Negara dilakukan dengan begitu proaktif antaranya mengekang dan membendung gejala rasuah. Antara langkah penting yang diambil kerajaan ialah:

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

21

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

a. Penubuhan

Suruhanjaya

Pencegahan

Rasuah

Malaysia

(SPRM)

menggantikan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) b. Penubuhan Polis c. Pelantikan anggota SPRM yang bebas dan telus yang dipersetujui oleh majoriti ahli Dewan Rakyat d. Mempercepatkan urusan siasatan yang melibatkan rasuah terutama yang berprofil tinggi e. Memberi jaminan keselamatan kepada pemberi maklumat 6. Belanjawan tahun 1998 dalam keadaan ekonomi dan politik yang Suruhanjaya Diraja bagi menilai tahap integriti

kurang stabil telah mengemukakan 4 strategi utama. Manakah antara berikut tidak termasuk dalam strategi tersebut: a. Memperteguhkan asas ekonomi dan menstabilkan pasaran kewangan b. Mengekalkan pertumbuhan mapan c. Meneruskan proses deregulasi dan liberalisasi ekonomi d. Menghentikan besar e. Meneruskan menyeluruh 7. Pelan Induk Perindustrian Negara (PIP) 1986-1995 beberapa di bawah di Dasar bawah agenda sosial bagi pembangunan yang lebih sementara projek-projek yang menelan belanja

Perindustrian kecuali: a. Menjadikan

menggariskan

matlamat

sektor

perkilangan

sebagai

pemangkin

pertumbuhan

perindustrian Negara b. Menggalakkan sepenuhnya penggunaan sumber asli Negara c. Mengukuhkan tahap penyelidikan dan pembangunan d. Penubuhan dana khas untuk merancakkan perindustrian Negara e. Pembinaan asas tenaga mahir melalui R&D

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

22

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

UPDATE 2013: Rujuk Contoh Soalan dalam komponen Contoh Soalan & Jawapan Seksyen A (1-20)
Ianya adalah khusus untuk soalan berkaitan Government Transformation Program.

Huraian Seksyen A: Pecahan 5 - Tarikh dan Fakta Penting


Pecahan seksyen ini merupakan satu faktor yang boleh menyebabkan anda tergelincir. Anda tidak boleh menggunakan logik akal dalam pecahan ini. Ianya merupakan fakta yang harus diketahui. Selalunya ianya bersangkutan dengan tarikh-tarikh peristiwa penting yang besar dan juga fakta penting dalam Negara. Persediaan untuk pecahan ini hanyalah melalui pembacaan dan pengetahuan umum anda. Mungkin anda boleh melihat sedikit sebanyak mengenai penganjuran sukan Komanwel dan Olimpik di mana dan tahun berapa; sekadar memberi cadangan. Terkini 2012 mungkin akan ditanya soalan berkaitan lokasi sukan Olimpik yang dilangsungkan dan pencapaian pingat oleh Lee Chong Wei. Berikut adalah antara soalan pecahan ini yang pernah ditanya dalam soalan-soalan sesi lepas (tiada jawapan diberikan kerana tujuan soalan ini adalah untuk memberikan anda gambaran bagaiman soalan jenis ini ditanya. Untuk soalan dan jawapan rujuk komponen Contoh Soalan & Jawapan); 1. Di manakah lokasi Piala Dunia 2010 bakal diadakan? a. Afrika Selatan b. Brazil c. Copenhagen d. Perancis e. England

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

23

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

2. Siapakah pemenang pingat Olimpik pertama Malaysia? a. Rabuan Pit b. Razif/Jalani Sidek c. Cheah Soon Kit/Yap Kim Hock d. Nicol Ann David e. Malek Noor 3. Antara berikut, siapakah yang tidak pernah menjawat jawatan Ketua Hakim Negara a. Tun Mohamed Azmi Mohamed b. Tun Syed Sheikh Hassan Barakbah c. Tun Syed Ahmad Nasir d. Tun Abdul Hamid Omar e. Tun Abdul Hamid Mohamad 4. Bilakah Malaysia menjadi tuan rumah sukan Komanwel? a. Mei, 1998 b. Jun, 1998 c. Julai, 1998 d. Ogos, 1998 e. September, 1998 5. Di manakah ibu pejabat Sekretariat ASEAN? a. Jakarta, Indonesia b. Kuala Lumpur, Malaysia c. Singapura d. Bangkok, Tahiland e. Bandar Seri Begawan, Brunei

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

24

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

6. Singapura bersama Tanah Melayu pada tahun 1963 ketika gabungan Sabah dan Sarawak menjadi Malaysia tetapi selepas itu keluar dari Malaysia dan menjadi Negara Republik. Tahun berapakah peristiwa itu berlaku? a. 1964 b. 1965 c. 1966 d. 1963 e. 1968

Huraian Seksyen A: Pecahan 6 - Sejarah Malaysia


Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pada 5 sesi peperiksaan SPA yang lepas (PTD Julai 2011, Dadah November 2011, Penguasa Kastam Februari 2012, Juruaudit Mac 2012 dan PTD MEI 2012) tiada soalan khusus berkaitan SEJARAH dikeluarkan. Tetapi ini tidak bermakna persediaan berkaitan sejarah harus diabaikan kerana tidak mustahil ianya akan ditanya untuk sesi kali ini. Luangkan sedikit masa untuk membuat rujukan pantas berkaitan sejarah (tidak perlu terlalu tumpu) JIKA DITANYA untuk bahagian Sejarah Malaysia, persediaan anda, ABAIKAN bab-bab yang berhubungkait dengan isu-isu antarabangsa. Fokus kepada yang menjurus kepada yang berkaitan dengan Sejarah Malaysia. Boleh juga mendapatkan buku Sejarah Malaysia atau Malaysia Kita untuk memantapkan persediaan anda. Anda tak perlu risau sangat kerana semuanya sebenarnya sudah ada dalam benak fikiran anda kerana kita pernah melaluinya zaman persekolahan dahulu dan maklumat itu sebenarnya sudah pun tersimpan dalam memori kita. Apa yang kita perlukan ialah sedikit bacaan yang boleh mengingatkan kita semula. Jadi ianya tidaklah sesusah kita mengambil peperiksaan dahulu kerana semua itu adalah baru bagi kita ketika itu. Sebab itu anda perlu smart dalam persediaan kali ini. Cari buku-buku rujukan yang Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 25

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

ringkas (point system) yang hanya menekankan isi-isi penting sahaja. Jangan membaca rujukan yang seperti buku teks kerana ianya disediakan untuk menghuraikan dan memahamkan pembaca yang membaca untuk mengetahui fakta buat kali pertama. Situasi ini lain dengan anda, anda Cuma nak mengingat kembali apa yang pernah anda faham dan tahu satu ketika dahulu. Jadi jimatkan masa dan tenaga anda, hanya cari nota-nota yang bercirikan point form dan sudah barangtentu ianya akan menjimatkan masa anda. Jadi bagaimanakah soalan yang selalu ditanya yang berkaitan dengan Sejarah Malaysia? Ini adalah sebahagian soalan yang berkaitan (tiada jawapan diberikan kerana tujuan soalan ini adalah untuk memberikan anda gambaran bagaiman soalan jenis ini ditanya. Untuk soalan dan jawapan rujuk komponen Contoh Soalan & Jawapan); 1. Berikut adalah syarat-syarat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 yang ditandatangani oleh Francis Light setelah meneliti tawaran dari Sultan Abdullah kecuali? a. Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) harus melindungi Kedah b. SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah c. SHTI hendaklah membayar 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada Sultan Kedah sebagai pampasan d. SHTI hendaklah membantu Kedah sekiranya diserang musuh e. SHTI boleh mengambil sebahagian kawasan lombong jajahan Kedah 2. Ketika Sultan Abdullah menyerang untuk mengambil semula Pulau Pinang, baginda mendapat bantuan dari banyak pihak seperti; a. Temasek b. Acheh c. Riau d. Raja Thai e. British 3. Kenapa Kedah menjadi tarikan UTAMA British? Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

26

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

a. Kedudukan strategik Kedah di laluan antara timur dan barat b. Sebagai tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun untuk perdagangan dengan China c. Banyak barang dagangan di negeri Kedah yang dibawa dari Negara luar Seperti China d. Perkembangan Kuala Kedah sebagai pelabuhan entrepot di

Kepulauan Melayu e. Untuk dijadikan Pelabuhan persinggahan dan Pengkalan tentera 4. Penentangan Mat Salleh di Sabah pada tahun 1897 adalah rentetan peristiwa percubaan berunding pada tahun 1897 dengan Gabenor

Beaufort, C.V.Creagh mengenai masalah; a. Cukai yang tidak wajar b. Pembahagian kuasa jajahan daerah yang tidak adil c. Pengambilan hak penduduk keturunan Bajau dan Suluk d. Penindasan dan kekerasan pegawai SBUB e. Penguatkuasaan lesen perhutanan yang membebankan penduduk 5. Penentangan Dato Bahaman adalah disebabkan faktor.. a. Perlucutan gelaran oleh Hugh Clifford yang menjatuhkan maruah beliau sebagai orang besar jajahan b. Larangan mengutip cukai di daerah Temerloh c. Pembinaan Balai Polis di Lubuk Teruap yang merupakan kawasan Dato Bahaman d. Konflik kesetiaan kepada Raja e. Sultan Ahmad seperti dikuasai oleh British dan meminta bantuan Dato Bahaman 6. Apakah yang dimaksudkan dengan semangat Kebangsaan?

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

27

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

7. Perjuangan menuntut kemerdekaan melalui mata pena juga merupakan satu firqah yang berkesan yang menyumbang kepada kebangkitan

rakyat. Bagaimana ianya bermula? 8. Apakah Ibrahim yang Haji diperjuangkan Yaakob yang oleh Kesatuan Melayu Muda mereka pimpinan tersisih

akhirnya

menyebabkan

dalam pembentukan Tanah Melayu? Semua 10 soalan tersebut adalah soalan contoh yang merangkumi pecahan Sejarah Malaysia dalam Seksyen A. Harus diingatkan anda diberi pilihan jawapan yang hampir dan anda perlu berhati-hati dalam memilih jawapan. Pilihan jawapan selalunya 5 (a-e) berdasarkan format terdahulu, tetapi untuk kali ini tidak mustahil ada parubahan. Anda harus cepat dan pantas menjawab soalan-soalan ini. Jadi sebolehnya anda sediakan diri anda dengan pengetahuan yang komprehensif meliputi Sejarah Malaysia.

Huraian Seksyen A: Pecahan 7 - Lain-lain di luar skop


Pecahan ini merupakan pecahan yang boleh dikategorikan sebagai uncategorized. Soalansoalan dalam pecahan ini banyak yang membuatkan calon-calon terkedu. Ianya boleh merangkumi sejarah, budaya, muzik, sastera, peribahasa dan lain-lain. Ianya lebih kepada hakikat anda tahu, anda jawab atau either you know or you dont know. Jadi tiada persediaan spesifik yang boleh dilakukan untuk proses ini. Jika anda tahu maka ianya adalah satu bonus buat anda. Contoh soalan yang berjaya kami kumpulkan dalam pecahan ini (tiada jawapan diberikan kerana tujuan soalan ini adalah untuk memberikan anda gambaran bagaiman soalan jenis ini ditanya. Untuk soalan dan jawapan rujuk komponen Contoh Soalan & Jawapan);

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

28

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

1. Di antara senarai rancangan yang disenaraikan di bawah, rancangan televisyen yang manakah yang mendapat senarai ranking antara yang tertinggi oleh berita harian bagi tahun 2005? 2. Sekiranya artis antarabangsa ingin mengadakan persembahan di dalam negara, agensi-agensi apakah yang terlibat? 3. Sida adat adalah perkahwinan berlainan status sosial di kalangan masyarakat di Sarawak. Apakah istilah yang digunakan untuk perkahwinan sama status sosial oleh mereka? 4. Senarai di bawah menyatakan tentang filem Puteri Gunung Ledang. Pilih penyataan yg salah. 5. Maksud peribahasa Paksa tekukur padi rebah, paksa tikus lengkiang terbuka.. 6. Berikut adalah tarian suku kaum dari Sabah kecuali: 7. Selain berian, apakah bahagian penting lain dalam adat menuga 8. Undang Luak Johol, Undang Luak Jelebu dan Undang Luak Rembau adalah tiga dari Undang Empat di Negeri Sembilan. Kawasan manakah yang mempunyai Undang Luak yang keempat? 9. Maksud panjang usus adalah..

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

29

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Penerangan Format, Strategi Persediaan dan Contoh Soalan bagi Setiap Seksyen

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

30

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah


Penerangan Format
Seksyen B pula adalah berkaitan dengan daya menyelesaikan masalah yang perlu dijawab dalam masa 45 minit, sebanyak 40 soalan. Kebanyakan calon mengeluh yang masa yang diberikan sama sekali tidak mencukupi. Secara umumnya format yang digunapakai tahun 2013 adalah sama dengan format tahun-tahun sebelum ini sejak tahun 2009 lagi dan kali terakhir digunakan format yang sama pada MEI 2012 yang lepas. Sekali lagi, format tahun ini ialah; Tempoh: 45 minit Jumlah Soalan: 40 soalan Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, interpretasi dan analisis data serta konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam seksyen B ini kepada 4 bahagian utama iaitu; Penyelesaian Masalah Menginterpretasi Data Soalan Matematik Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test) Seperti pada huraian sekyen A, kita akan pergi kepada analisa yang lebih mendalam tentang bentuk soalan untuk setiap pecahan di atas dan setiap pecahan akan disertakan contoh dan tips bagaimana untuk anda melakukan persediaan. Ianya tidaklah sesusah yang disangka bahkan bagi kami, bahagian ini adalah satu bahagian yang paling menyeronokkan. Untuk sesi sehingga 2009 - 2012, anda tidak dibenarkan membawa kalkulator semasa peperiksaan ini, jadi kemahiran pengiraan cepat dan congak anda amat diperlukan di sini. Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 31

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Huraian Seksyen B: Pecahan 1 Penyelesaian Masalah


Dalam bahagian ini, soalan yang diberikan merupakan satu teks yang mengelirukan.

Anda mungkin perlu tulis isi penting dalam teks yang diberikan supaya tak cepat keliru. Baca dengan teliti dan cuba dengan pantas grab apa yang disampaikan.
Persediaan untuk bahagian ini ialah anda boleh cari set-set soalan yang khusus tentang penyelesaian masalah. Tapi secara umumnya ianya bukanlah susah, anda perlu sedikit masa dan proses reasoning yang waras untuk menjawab soalan ini. Ianya menguji daya logik anda dan kemahiran menyelesaikan masalah. Contoh soalan dalam bahagian ini ialah;

1. Sila pilih kenyataan-kenyataan yang boleh dipercayai yang telah diberikan oleh individu berikut: Peguambela: Yang dituduh tidak bersalah kerana dia tidak berada di tempat kejadian jenayah berlaku Jururawat: Jika anda makan ubat ini 3 kali sehari, anda akan sembuh dengan segera Profesor Ekonomi: Keadaan inflasi di Malaysia akan berkurangan dalam masa 2 tahun lagi memandangkan perkembangan ekonomi dunia sekarang Penganggur: Saya sudah memohon kerja di lima buah tempat, tetapi semua memberi jawapan tidak ada kerja kosong

a. Penguambela b. Jururawat c. Profesor ekonomi d. Penganggur Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 32

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

e. Peguambela dan Jururawat

Jawapan: D Rasional: Kenyataan peguambela tidak boleh diterima kerana ia adalah satu kenyataan sahaja, yang mungkin tidak berbukti, yang memutuskan peguambela secara sudah muktamad pasti adalah hakim. anak Tambahan pula,

menyebelahi

guamnya.

Kenyataan

jururawat juga tidak boleh diterima kena jururawat tidak dapat menjamin penyakit boleh sembuh.Kenyataan profesor ekonomi pula lebih kepada spekulasi yang atau boleh ramalan diterima sahaja. kerana Hanya ia kenyataan satu

penganggur

sahaja

adalah

kenyataan yang benar-benar berlaku padanya

2. Mengikut undang-undang perbuatan mencuri adalah mengambil harta orang lain dengan Pada tujuan suatu coklat melarikan hari Y harta itu daripada ke kedai dan yang dan telah

mempunyainya. mengambil

telah tidak

pergi

sebungkus

dengan

membayar

memakan coklat tersebut. Sehari kemudian Y berperasaan kesal dan telah balik ke kedai tersebut dan membuat pengakuan bahawa dia telah mengambil coklat itu. Dia juga meminta maaf dan sanggup membayar balik harga coklat itu. Tuan punya kedai itu tidak mahu menerima bayaran tetapi sebaliknya telah membuat laporan kepada Polis. Dalam keadaan ini mengikut petikan Undang-undang seperti di atas, Y adalah:

a. Tidak bersalah kerana dia sanggup membayar coklat tersebut. b. Bersalah kerana tuan punya kedai tidak memaafkannya. c. Bersalah kerana mengambil coklat itu tanpa bayaran d. Tidak bersalah kerana dia telah membuat pengakuan dia

mengambil coklat itu dengan sengaja. e. Tidak bersalah kerana dia telah meminta maaf.

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

33

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Jawapan: C Rasional: Persoalan pokok di sini ialah sama ada perbuatan Y itu dianggap sebagai mencuri atau tidak disisi Undang-undang. Nyata sekali Y telah mengambil coklat itu dan memakannya dan dengan itu, melarikan harta itu daripada yang mempunyainya. Dengan itu Y adalah bersalah. Oleh yang demikian jawapan yang boleh diterima ialah di antara B dan C. Y bersalah bukan kerana tidak dimaafkan oleh tuan punya kedai tetapi Y bersalah kerana telah mengambil coklat itu tanpa bayaran. Soal sama ada tuan kedai memaafkannya atau tidak, tidak timbul. Oleh yang demikian jawapan yang paling tepat ialah C. 3. Ali perlu menyiapkan tugasan sekolahnya. Ali menjadikan Pak Mat sebagai responden. Pak Mat memelihara kambing, ayam, arnab dan lembu.

Ali: Pak Mat, berapa ekor binatang peliharaan Pak Mat? Pak Mat: Tak banyak..Adala 60 kaki kambing, 20 kaki ayam, 40 kaki arnab, 80 kaki lembu.

Berapa ekorkah binatang peliharaan Pak Mat?

4. Terdapat 4 profesyen; pemaju perumahan, pengedar, pengilang dan peruncit. Terdapat 4 nama, yang setiap satunya tidak berturutan dengan profesyen tadi: Jamal, Jamil, Mazlan, Razali. Jamal dan pengedar adalah tidak sehaluan dgn peruncit. Mazlan dan pengilang adalah sehaluan dengan Razali. Peruncit dan Jamil adalah adik beradik kepada pemaju perumahan. Soalan: Siapakah Razali?

Agak mengelirukan bukan? Sekali lagi, tip yang penting ialah anda garis atau tulis semula isi penting semasa membaca soalan. Ianya penting kerana anda tak punya masa yang panjang untuk Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 34

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

berfikir. Kami sarankan anda mencuba set soalan melalui laman web di bawah. Ianya dalam bahasa Inggeris tetapi amat berguna untuk menajamkan potensi pemikiran pantas anda. Soalan-soalan di dalam web tersebut ringkas tetapi cukup membuatkan anda untuk berfikir. Jadi objektif latihan ini ialah mengaktifkan daya pemikiran logik anda semula. Layari;

http://www.scribd.com/doc/17020656/IQ-Test

Huraian Seksyen B: Pecahan 2 Menginterpretasi Data


Interpretasi data atau menafsirkan data yang diberikan merupakan aktiviti di mana anda diberikan data seperti jadual, graf, plot dan pernyataan yang kemudiannya disusuli dengan soalan yang menghendaki anda menganalisa data yang diberikan untuk mendapat jawapannya. Apa yang membezakannya dengan pecahan penyelesaian masalah ialah dalam pecahan tersebut anda menggunakan logik dan kecekapan menyerap informasi manakala dalam bahagian ini ianya adalah fakta semata-mata yang mana tiada unsur logik yang perlu dinilai.

Kebiasaannya, ianya mencakupi pengiraan, congakan dan unjuran melalui data yang diberikan. Contohnya, anda diberikan satu situasi pembayaran cukai tahun ini berserta peratusan yang perlu dibayar dan anda disuruh mengira berapa jumlah yang harus dibayar untuk tahun seterusnya pula. Untuk memudahkan pemahaman anda, di sini disertakan antara contoh soalan dalam bahagian ini yang menguji aspek bagaimana anda menginterpretasi data;

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

35

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Sila gunakan jadual berikut untuk menjawab soalan-soalan berikutnya :Kadar cukai Di Malaysia
0 - 5000 2,500 @ 6% + 2,500 @ 9% 5,000 - 7,500 5,000 + 2,500 12% 7,500 - 10,000 7,500 + 2,500 15% 10,000 - 15,000 10,000 + 5,000 20% 15,000 - 20,000 15,000 + 5,000 25% 20,000 - 25,000 20,000 + 5,000 30% 25,000 - 35,000 25,000 + 10,000 35% 35,000 - 50,000 35,000 + 15,000 40% 50,000 - 75,000 50,000 + 25,000 45% 75,000 - 100,000 75,000 + 25,000 50% = 150 = 225 = 375 = 300 = 675 = 375 = 1,050 = 1,000 = 2,050 = 1,250 = 3,350 = 1,500 = 4,800 = 3,500 = 8,300 = 6,000 = 14,300 = 11,250 = 22,500 = 12,500

1. Jumlah cukai yang dibayar bagi pendapatan bercukai yang berjumlah RM 8,500 ialah A. RM 815 B. RM 825 C. RM 820 D. RM 1,050 Jawapan - B

2. Pendapatan bercukai anda tahun ini ialah RM 20,000 dan pada tahun hadapan anda akan mendapat pendapatan bercukai sebanyak RM 23,000. Berapakah jumlah cukai tambahan yang harus anda bayar bagi tahun hadapan?

A. RM 200 B. RM 300 C. RM 900 Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 36

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

D. RM 1,500 E. RM 2,400 Jawapan - C

3. Jika anda membayar cukai RM 240 bagi tahun 1996 berapakah pendapatan bercukai anda bagi tahun tersebut?

A. RM 3,000 B. RM 5,000 C. RM 3,500 D. RM 4,500 E. RM 4,750 Jawapan - C

Contoh soalan di atas ialah soalan yang diedarkan oleh pihak SPA dan bertujuan memberikan gambaran awal bagaimana sebenarnya ianya disoal. Jadi bagaimana dengan anda sekarang? Sudah bersedia?

Huraian Seksyen B: Pecahan 3 Soalan Matematik


Soalan-soalan dalam seksyen B juga menerapkan masalah-masalah Matematik. Ianya mencakupi sehingga silibus Sijil Pelajaran Malaysia dan tidak lebih dari itu. Jadi adalah menjadi satu kelebihan jika anda sempat buat beberapa set soalan Matematik PMR dan SPM sebagai persediaan sebelum menduduki peperiksaan bertulis ini. Jika anda memilih untuk memiliki PAKEJ GOLD/PLATINUM, satu kelebihan untuk anda. Manfaatkan Koleksi Soalan Matematik yang dibekalkan. Ianya bukanlah soalan-soalan yang kompleks kerana anda harus ingat yang anda tidak dibenarkan membawa kalkulator, jadi ianya disesuaikan dengan keadaan anda yang tiada kemudahan kalkulator. Ianya lebih kepada asas Matematik dan logik dan diulangi sekali lagi dalam semua seksyen, anda harus pantas. Jangan luang terlalu banyak masa untuk satu soalan. Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 37

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Bagi bahagian matematik ini, mengikut 'feedback' yang diterima kebiasaannya soalan di bahagian tengah adalah soalan yang agak sukar atau agak melengahkan masa. Anda hanya akan membazirkan masa jika bersungguh-sungguh ingin menyelesaikan semua soalan mengikut turutan. Sebaiknya, selesaikan semua soalan yang ringkas dan mudah terlebih dahulu. Kami yakin yang anda tidak akan kesuntukan masa namun jika ini berlaku, operasi tembakan rawak boleh dijalankan. Tapi biarlah ianya menjadi senjata terakhir anda! Apa yang penting untuk seksyen ini ialah minda anda haruslah cekap mengira. Berikut adalah contoh soalan dalam pecahan soalan matematik bagi seksyen B; 1. Dalam satu pertandingan Bola Sepak sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain), berapakah jumlah perlawanan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut a. 28 b. 49 c. 56 d. 62 e. 64 Jawapan: A Pengiraan: Ada 8 pasukan yang mengambil bahagian. Tiap-tiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu tiap-tiap pasukan mesti bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8 x 7) permainan, tetapi satu pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali. Oleh itu untuk mengelakkan pengiraan dua kali permainan maka jumlah permainan ialah 8x7/2 = 28 2. Di dalam sebuah kelas ada 40 orang penuntut. 90% daripada mereka mengambil peperiksaan; 3/4 daripada yang mengambil peperiksaan itu telah lulus. Berapakah jumlah penuntut yang lulus? a. 27 b. 30 c. 33 d. 36 e. 37 Jawapan: A 3. Guru-guru dan ibubapa di SMKA Arau mengutip derma kilat untuk mangsa gempa bumi Indonesia mengikut nisbah 5:9. Ibubapa telah mengutip sebanyak RM4500. Kirakan jumlah derma yang dikutip. a. RM2000 Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 38

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

b. c. d. e.

RM2500 RM5000 RM7000 RM9000

4. Jarak antara pekan M dengan pekan N ialah 200KM. Sebuah bas meninggalkan pekan M dan tiba di pekan N pada jam 11.20 a.m dengan laju purata 80km/j. Pada pukul berapakah bas itu meninggalkan pekan M? a. b. c. d. e. 8.30 a.m 8.50 a.m 9.30 a.m 9.50 a.m 10.10 a.m

5. Cari median bagi taburan nombor ini: |23|25|23|23|24|25|24|25| a. b. c. d. e. 23.5 24 24.5 25 25.5

6. Cari markah min dari jadual di bawah Markah Kekerapan a. 28 b. 31 c. 32 d. 33 e. 35 20 3 25 6 30 4 35 7 40 5

7. Jadual di bawah menunjukkan nilai pembolehubah x dan y untuk fungsi y=2x2 3x - 2. Carikan nilai p x y a. b. c. d. e. -2 1 2 3 0 Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 39 -1 P 0 -2 1 -3 2 0

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013


8. x(x-2y)-(y-x)2 = a. y2 b. 2x2-y2 c. 2xy-y2 d. -2xy-y2 e. y2-x 9. Husna mempunyai 5 gulung tali. Panjang setiap gulung tapi adalah 3.5 meter. Dia menggunakan 3 gulung tali dan 145 cm daripada satu gulung yang lain. Cari panjang dalam meter, baki tali yang belum digunakan. a. 2.05 b. 5.55 c. 8.45 d. 10.55 e. 9.65 10. Bundarkan 309628 kepada ribu yang hampir a. 309000 b. 309600 c. 310000 d. 310600 e. 310028 Tak susah bukan? Kebanyakannya boleh dicongak dengan mudah dan sebahagiannya memerlukan anda melakukan sedikit pengiraan dan selebihnya berkaitan konsep matematik yang asas. Sekali lagi disarankan, anda cuba set-set soalan matematik PMR dan SPM bukan untuk belajar semula, tetapi mengasah balik kecekapan anda dalam matematik. Benda seperti ini bila ditinggalkan dan kita pula selalu dengan penggunaan kalkulator akan membuatkan daya congakan kita sedikit tumpul. Jadi tajamkan semula dengan melihat set-set soalan peperiksaan.

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

40

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Huraian Seksyen B: Pecahan 4 Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)


Dalam pecahan ini sebenarnya anda dikehendaki menggunakan kepintaran anda dalam memerhati dan berfikir. Anda akan diberikan pelbagai masalah yang mencakupi gambarajah dan soalansoalan berbentuk penyelesaian fikiran. Ianya kadang lebih kepada logik berfikir anda sendiri. Untuk persediaan bahagian ini kami akan sertakan link untuk anda buat latihan sendiri. Tapi sebelum itu, antara contoh soalan yang mencakupi pecahan ini ialah;

1. Manakah antara lima binatang di bawah sangat berbeza dari empat ekor yang lain? a. Kuda b. Rusa c. Kangaroo d. Lembu e. Monyet

2. Apakah

nombor

yang

seterusnya

selepas

susunan

ini:

|144|121|200|81|64| a. 17 b. 19 c. 36 d. 49 e. 50

3. Afraha suka 400 tetapi tidak suka 300; dia suka 100 tetapi tidak suka 99; dia suka 3600 tetapi tidak suka 3700. Yang mana satu dia suka?

a. 900 b. 1000 Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 41

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

c. 1100 d. 1200 e. 800

4. Soalan berikut diambil dari tickle.com

5. Soalan berikut diambil dari tickle.com

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

42

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

6. Soalan berikut diambil dari tickle.com

7. Soalan berikut diambil dari tickle.com

Harap anda dapat gambaran bagaimana soalan dalam pecahan terakhir seksyen B iaitu Pemerhatian dan Logik. Anda boleh lakukan sedikit latihan untuk jenis soalan ini di website di bawah. Luangkan sedikit masa anda untuk lakukan latihan;

http://www.iqtestforfree.com/ http://www.quickiqtest.net/
Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 43

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Penerangan Format, Strategi Persediaan dan Contoh Soalan bagi Setiap Seksyen

Seksyen C: Esei Bahasa Melayu

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

44

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Seksyen C: Esei Bahasa Melayu


Penerangan Format
Seksyen ini menghendaki anda mengarang sebuah esei dari 3 tajuk pilihan yang diberikan. Anda hanya perlu pilih satu sahaja. Anda diberikan masa 60 minit untuk menyiapkan esei tersebut dan ianya tertakluk kepada perubahan. Tapi secara umumnya itu adalah format yang digunapakai sejak tahun 2009. Sekali lagi formatnya untuk APRIL 2013 ini; Tempoh: 60 minit Jumlah Soalan: 3 soalan Pilih 1 sahaja Panjang esei: 300 hingga 500 perkataan sahaja

Seksyen ini menguji penguasaan Bahasa Melayu anda dan tujuan utama ialah melihat bagaimana anda melontarkan idea. Tajuk-tajuk yang diberikan selalunya menggalakkan anda memberi pandangan dan pemikiran terhadap masalah atau isu yang ditimbulkan. Selain itu ianya juga menguji kepekaan anda terhadap sesuatu isu ataupun lebih senang dikatakan ianya berkaitan dengan isu semasa. Jika anda tahu isu yang dinyatakan, anda akan lebih mudah merangka dan mula mengarang.

Sedikit tip dari kami, menulislah dengan menggunakan idea yang anda dapat dari pembacaan sumbersumber prima (Berita Harian/Utusan Malaysia) ataupun yang selari dengan kehendak pemerintah. Anda boleh melakukan counter argument jika nak, tapi sebaiknya susunlah isi-isi anda dengan penuh tersusun dan ianya melambangkan kebijakan dan bukan emosi anda. Antara contoh soalan esei yang PERNAH KELUAR;

Kesesakan lalulintas di Malaysia terutama di Bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur sentiasa menjadi masalah kepada penduduk. Bincangkan cara-cara menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas. Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 45

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Wabak H1N1 yang melanda Negara ketika ini mencetuskan satu fenomena yang mencemaskan. Bagaimana membendung penularan wabak penyakit berjangkit seperti? Cadangkan langkah yang perlu diambil untuk pemuliharaan khazanah Negara yang menjadi nadi Malaysia terutama dalam industri Pelancongan. meningkatkan dan identiti

Bioteknologi merupakan cabang baru yang mampu membina ekonomi Negara seperti yang dibuktikan oleh Netherland. Dengan kepercayaan dan potensi itu, bagaimana Dasar Bioteknologi yang dilancarkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan diteruskan oleh Dato Seri Najib dapat menyumbang ke arah peningkatan ekonomi Malaysia? Apakah kesan Bajet 2008 kepada pembangunan modal insan Negara? Antara peranan penting yang dimainkan oleh media ialah untuk memupuk integrasi nasional. Bincangkan bagaimanakah unsur-unsur integrasi nasional ini dizahirkan dalam rancangan di media elektronik dan beri contoh yang sewajarnya. Peningkatan kadar jenayah di Malaysia amat membimbangkan. Bincangkan cara-cara mengurangkan kadar jenayah di Malaysia. Konsep e-kerajaan dibangunkan selari dengan perkembangan dan pelancaran Multimedia Super Coridor (MSC). Bagaimana membina kesedaran rakyat tentang kemudahan ini dan bagaimana ianya menyumbang kepada keberkesanan perkihidmatan ini kepada rakyat. Dengan perkembangan pesat bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), internet dan e-mel bukan sahaja dapat diakses melalui komputer tetapi juga melalui telefon bimbit dan televisyen. Hal ini meningkatkan nilai komersil internet dan emel dalam perniagaan siber. Bincangkan kesan-kesan penggunaan internet dan e-mel secara meluas ini.

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

46

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Penerangan Format, Strategi Persediaan dan Contoh Soalan bagi Setiap Seksyen

Seksyen D: Esei Bahasa Inggeris

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

47

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Seksyen D: Esei Bahasa Inggeris


Penerangan Format
Seksyen ini menghendaki anda mengarang sebuah esei dalam Bahasa Inggeris dari 3 tajuk pilihan yang diberikan. Anda hanya perlu pilih satu sahaja. Anda diberikan masa 60 minit untuk menyiapkan esei tersebut. Yang membezakannya dari Esei Bahasa Melayu ialah jumlah perkataannya kurang sedikit dari esei Bahasa Melayu. Ringkasan formatnya;

Tempoh: 60 minit Jumlah Soalan: 3 soalan Pilih 1 sahaja Panjang esei: 200 hingga 300 perkataan sahaja (tahun 2009 2012)

Objektif utama selain apa yang disebut dalam seksyen esei Bahasa Melayu ialah ianya untuk menguji kemahiran Bahasa Inggeris anda kerana itu adalah satu kekuatan yang perlu ada kepada seorang pegawai Perkhidmatan Awam lebih-lebih lagi Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Tip bagaimana menulis dan generate idea akan diterangkan selepas ini. Apa yang penting ialah anda cuba tulis dan tunjukkan kemahiran menulis dalam berbahasa Inggeris anda berada pada tahap yang baik. Jangan lupa etika melontarkan idea dan seperti yang telah disebutkan, biarkan idea itu selari dengan hasrat kerajaan dan jangan melawan arus. Satu point contradiction mungkin boleh dimasukkan dalam perenggan counter argument untuk menunjukkan yang anda sentiasa terbuka.

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

48

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Contoh soalan esei Bahasa Inggeris adalah seperti berikut; The Government is taking the problem of corruption seriously and they are taking steps to eradicate it. Discuss the measures the Government has taken to deal with this problem. What preventive measures have the Government taken with regard to natural disasters such as landslides and flooding? The stimulus package announced by the Government has had a

positive effect on the country. How has this made an impact on our country's Human Capital development? The standard of sport in the country is unsatisfactory. Discuss on what are the measures that can be taken to improve the

standard? The Malaysian governmenrt is tackling the problem of unemployment by introducing various schemes and programmes for unemployed

graduates. What else do you think that can be done to tackle this problem?

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

49

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Tips Khas: Bagaimana Menulis Esei Dengan Baik?


Untuk menulis esei dengan baik, anda harus merancang bagaimana flow esei anda. Tapi terlebih dahulu, anda kena faham dan tahu tajuk yang anda pilih berdasarkan isu yang anda sendiri pernah baca dan maklumi. Pilih tajuk berdasarkan apa yang anda tahu dan bukan apa yang anda suka. Kemudian mulalah merancang penulisan anda. Mulakan dengan sesi brainstorming menggunakan teknik 5 Wives, 1 Husband iaitu What, Why, Where, Who, When, dan How. Kami perincikan ianya seperti di bawah; Contoh soalan; Bagaimana anda melihat isu penderaan pembantu rumah yang hangat diperkatakan pertengahan tahun ini yang melibatkan hubungan MalaysiaIndonesia? Bincangkan.

What : Apakah masalah sebenarnya, contoh kes (kes amah lambung bayi yang tersebar di Youtube dan jadi kes polis baru-baru ini) Where: Di mana ianya berlaku? When: Bila masalah ini berbangkit? Who: Melibatkan siapa? Menteri luar? Why: Punca Masalah penderaan ini, salah agensi? Majikan? How: Penyelesaian Masalah penderaan ini, perlu kepada akta baru?

Setelah itu rancang pemerengganan esei anda. Hal ini sangat penting dan ianya menunjukkan yang anda seorang yang kemas dan teratur. Jika boleh dicadangkan sistem pemerengganan yang ideal; Perenggan Perenggan Perenggan Perenggan 1: Pendahuluan 2-4: Isi dan huraian + contoh 5: Counter argument 6: Penutup

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

50

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Peruntukkan 10 minit awal untuk merangka esei anda supaya ianya kemas dan teratur. Tunjukkan kematangan anda semasa melontarkan idea dalam perenggan counter-argument dalam perenggan khas sebelum penutup yang menunjukkan anda terbuka untuk perbincangan dan rasional dalam menerima pendapat.

Isu-isu yang perlu diberi perhatian dalam seksyen C dan D


p/s Ini bukan soalan BOCOR/RAMALAN. Sekadar idea untuk persediaan anda
Kalau nak dibicarakan isu-isu yang perlu diberi perhatian, boleh dikatakan tidak mampu untuk disenaraikan, terlalu banyak dan terlalu umum. Anda harus berusaha sendiri ke arah itu. Tapi diharapkan supaya penyenaraian ini memberikan sedikit impak terhadap persediaan anda. Isu Sukan o Mutu bolasepak o Pingat Emas Olimpik yang tidak kesampaian (Chong Wei tewas) o Pencapaian Sekolah Sukan o Masalah kewangan persatuan sukan Isu Pendidikan o NKRA Pendidikan o Sistem Penilaian Baru sekolah menggantikan sistem sedia ada o Sispem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) Isu Politik o Perhimpunan haram o Kesepaduan kerajaan pusat dan negeri o Pemansuhan ISA o SPR yang telus dan bersih Isu Kesihatan o Selsema burung o Selsema babi o Kawalan kemasukan pintu sempadan o Mutu perkhidmatan kesihatan Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 51

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Isu Sosial o Along o Isu perkauman o Masalah remaja o Rokok tegar o Penderaan pembantu rumah Isu Nasional o Pencerobohan Lahad Datu o Mutu pengangkutan awam o Masalah banjir o Kesesakan trafik o Isu kadar tambang bas dan teksi o Isu minyak o Kenaikan harga barang o 1Malaysia Isu Dasar luar o Keamanan di Indonesia o Pelancongan lumpuh kerana H1N1 o Dasar luar Amerika di bawah Barack Obama Isu ekonomi o Pakej rangsangan ekonomi o Bajet untuk GTP o Keadaan ekonomi serantau Isu alam sekitar o Jerebu o Pencemaran alam sekitar o Pencemaran sungai o Peruntukan khas kempen Recycle Ini adalah antara isu-isu yang yang boleh diberi perhatian. Semudahnya anda lakukan penyenaraian mengikut kategori seperti di atas, jadi pembacaan suratkhabar dan berita anda akan menjadi lebih spesifik dan pengumpulan maklumat anda akan menjadi lebih tersusun. Satu lagi pastikan yang esei anda nanti berdasarkan sumber-sumber prima yang selari dengan hasrat kerajaan. Anda boleh membaca pendapat umum dari bloggers tapi anda harus ingat yang pendapat dalam esei lebih kepada fakta dan huraian yang berpadanan dengan polisi dan kehendak kerajaan. Anda boleh rujuk dari sumber-sumber di bawah untuk isu-isu nasional; Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 52

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

http://www.iim.com.my/index.php (Integriti Malaysia) http://www.malaysia.gov.my/ (Semua isu penting Negara, Bioteknologi etc) http://www.pmo.gov.my/ (Koleksi ucapan, dasar, menteri etc) http://www.1malaysia.com.my (Laman web integrasi 1Malaysia) Kami telah memilih beberapa tajuk penting dan nota disediakan untuk anda bersama Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik yang anda miliki ini. Mudah-mudahan ianya memudahkan persediaan anda. Tetapi oleh sebab isu semasa ini satu skop yang luas, kami sarankan agar anda membuat sedikit homework atau cuba baca akhbar setiap hari mulai sekarang. Masih belum terlambat untuk anda memulakan langkah ini!

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

53

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Ringkasan Keseluruhan Seksyen


Seksyen -AJumlah Soalan/ Masa Perincian Soalan Sejarah Malaysia (mungkin?) Struktur Pentadbiran Negeri dan Pusat Skop Tugasan Badan dan Perjawatan Isu Nasional Dasar Pentadbiran Negara Tarikh dan Fakta Penting Lain-lain di luar skop Rujukan Persediaan

Buku sejarah PMR & SPM Buku Malaysia Kita Pengajian AM Akhbar http://www.malaysia.gov.my/

Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling

50 soalan 45 minit

-BDaya Menyelesaikan Masalah Penyelesaian masalah Menginterpretasi Data Soalan Matematik Pemerhatian dan logik

Set soalan Matematik PMR & SPM http://www.iqtestforfree.com/ http://www.quickiqtest.net/


http://www.scribd.com/doc/17020656/IQ-Test

45 soalan 40 minit

-CEsei Bahasa Melayu -DEsei Bahasa Inggeris 3 pilih 1 60 minit

Akhbar dan Berita Nota Esei dalam Pakej ini Akhbar dan Berita 3 pilih 1 60 minit Nota Esei dalam Pakej ini

Rujukan Rasmi lain; http://www.iim.com.my/index.php (Integriti Malaysia) http://www.malaysia.gov.my/ (Semua isu penting Negara, Bioteknologi etc) http://www.pmo.gov.my/ (Koleksi ucapan, dasar, menteri etc) http://www.1malaysia.com.my (Laman web integrasi 1Malaysia)

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

54

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Senarai Semak
Anda perlu semak semua kelengkapan anda untuk menduduki peperiksaan yang penting ini untuk mengelakkan sebarang masalah nanti. 1. Pastikan anda bawa kad pengenalan dan surat panggilan peperiksaan 2. Pastikan pensel, pen dan pemadam yang dibawa adalah betul-betul mencukupi untuk keseluruhan peperiksaan pada hari tersebut. Jangan berharap agar calon lain akan meminjamkan alat tulis mereka kepada anda. Bawa juga kelengkapan lain yang dirasakan perlu. 3. Kelengkapan peribadi anda seperti pakaian solat dan lain-lain memandangkan ianya akan dilakukan sepanjang hari dari pagi sehingga petang 4. Bekal makanan supaya anda tidak kalut mencari makanan tengah hari. Tiada makanan dari pihak SPA dan kemungkinan cafe/kantin sesak dan anda akan buang masa sekiranya anda menunggu lama untuk membeli makanan disamping menambahkan kekalutan anda. 5. Survey dahulu di mana letaknya pusat peperiksaan anda (jikalau boleh sebelum hari peperiksaan) dan pastikan anda sampai 15 - 20 minit sebelum peperiksaan bermula bagi mengelakkan sebarang kelewatan. 6. Gunakan masa untuk memenuhkan butiran diri serta hitamkan butiran diri pada kertas OMR bagi memastikan anda punya lebih banyak masa terluang selepas itu. 7. Mengikut pengalaman yang lepas, anda tidak boleh menggunakan kalkulator, jadi bersedialah untuk itu.

Beri perhatian kepada 7 perkara ini dan mudah-mudahan anda tidak tertinggal barang penting dan menjawab soalan dengan tenang dan yakin tanpa gangguan yang menyebabkan anda kalah sebelum bersilat
Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 55

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Kenapa GAGAL?
Ada beberapa sebab yang menyumbang kepada kegagalan calon-calon ujian bertulis ini tak kiralah PTD atau skim-skim yang lain. Anda boleh rujuk dalam ebook PERCUMA 27 Sebab kenapa Calon GAGAL Ujian PTD yang diedarkan secara percuma di blog http://tipsptd.com/blog Kenalpasti sebab gagal dan anda cuba pastikan ianya tidak berlaku pada anda. Anda harus baca ebook tersebut! Untuk tindakan pantas, kami senaraikan beberapa sebab penting yang mana antara lainnya, calon gagal sebab terlalu gemuruh! Apabila terlalu gemuruh, maklumat yang ada di kepala anda hilang dan tidak keluar. Anda mungkin memandang remeh isu ini tetapi inilah hakikat yang berlaku. Seringkali ada sahaja calon yang berpeluh satu badan dan tak senang duduk semasa exam lantas pulang awal sebab tak mampu lagi meneruskan exam tersebut. Kenapa mereka gemuruh? Kalau ianya memang satu symptom kebiasaan anda, anda perlu kepada ubat. Ada beberapa ubat penenang yang anda boleh dapatkan di farmasi untuk tindakan pantas. Tapi untuk jangkamasa panjang, kami sarankan anda mengambil ubat penenang yang merupakan tissue salt dari klinik perubatan homeopathy. Perubatan homeopathy memberikan tindakbalas yang sedikit lambat, tapi jika anda mengalami masalah gemuruh, eloklah mengamalkannya dan ianya selamat serta tiada kesan sampingan berbanding ubat penenang yang dijual di farmasi. Sebab lain yang menyumbang kepada gemuruh ini ialah disebabkan kecuaian calon tersebut. Calon tersesat dan tak jumpa jalan ke tempat peperiksaan ataupun tersekat dalam traffic jam lalu lewat ke tempat peperiksaan. Ada juga lupa peralatan yang diperlukan termasuk IC dan lain-lain, tersilap masuk dewan peperiksaan, berada ditempat yang salah dan lain-lain. Semua ini perkara remeh dan tak sepatutnya berlaku kepada anda. Siapkan diri anda awal-awal, ini adalah persediaan fizikal yang perlu diselesaikan awal. Kalau boleh anda pergi melihat tempat peperiksaan sehari awal atau sebelum peperiksaan, jadi anda tak gelabah tersesat dan sebagainya. Tolong ambil perhatian perkara ini kerana ianya penting dan selalu diabaikan. Pastikan semua kelengkapan alat tulis ada, IC dan surat panggilan juga ada. Cuba tiba awal di pusat peperiksaan dan biarkan diri anda berasimilasi dengan suasana pusat peperiksaan tersebut. Amik nafas dalam-dalam dan cuba bermeditasi seketika. Bacalah doa-doa yang Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 56

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

anda belajar untuk menenangkan diri. Kami ada kongsikan doa di blog tipsptd untuk anda amalkan sebelum peperiksaan. Faktor kegagalan yang lain ialah anda terperanjat dengan soalan yang ditanya. Soalan terlalu banyak, diluar jangkaan, masa terhad dan sebagainya. Dalam kata lain ianya disimpulkan sebagai calon gagal sebab tak tahu format dan bentuk soalan yang bakal ditanya. Kami yakin setelah anda membaca nota Diskripsi Prima ini, masalah terkejut ini sudah tiada harapnya sebab anda tahu apa yang bakal anda lalui. Fahami dan tahu apa skop yang bakal ditanya juga jumlah soalannya supaya anda dapat bajet masa anda untuk peperiksaan ini. Jangan ambil ringan isu ini, walaupun anda lulusan universiti, tetapi itu tidak menjamin anda tenang setelah melihat soalan-soalan yang bakal ditanya. Jadi bersedialah lebih awal, tahu format, tahu skop yang bakal ditanya dan harapnya kejayaan menanti anda. Tiada persediaan rapi adalah faktor umum kegagalan anda dalam apa bidang sekalipun. Terlalu yakin atau sekadar pergi mencuba nasib merupakan attitude yang berbeza tapi menyumbang ke satu natijah yang sama iaitu KEGAGALAN. Satu fakta yang anda kena tahu ialah, jumlah calon yang layak menduduki peperiksaan bertulis untuk skim PTD sahaja setiap tahun ialah lebih kurang antara 70 ribu ke 80 ribu orang dan calon yang dipanggil ke sesi PAC adalah sekitar 6 ribu ke 7 ribu calon sahaja. Jadi soalan yang dirangka ialah untuk menyingkirkan hampir 90% calon yang menduduki peperiksaan!! Anda akan dapati ada soalan yang tak masuk akal langsung seperti pengatahuan tentang jenis gendang kaum Penan dan sebagainya. Apa yang kami cuba sampaikan ialah tidak kiralah anda graduan kelas pertama ke kelas ketiga ke, anda tiada kelebihan masa itu. Anda perlu bersaing dengan semua orang yang dipanggil ke peperiksaan tersebut. Kebanyakan calon terlalu yakin dan pergi tanpa persediaan yang rapi. Kenapa anda harus jadi seperti mereka? Buat persediaan rapi, siapkan diri anda dengan maklumat yang diperlukan, hampir pasti anda bakal berada dalam kelompok yang bakal dipanggil ke PAC. Sekali lagi kami suka tegaskan, anda perlu bersedia, jangan pergi untuk sekadar mengambil peperiksaan sahaja, tapi pergi dengan persediaan yang rapi, ilmu penuh di dada dan untuk berjaya, bukan untuk menjadi calon kebanyakan! Faktor lain ialah, sangkut pada ujian Matematik. Tentang ujian Matematik, untuk graduan aliran Sains, tidak menjadi masalah utama, tapi untuk graduan aliran Sastera, ada sedikit masalah. Soalan bahagian ini sebenarnya tidak memerlukan anda memiliki kemahiran matematik yang tinggi, silibus nya Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 57

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

hanya sekadar matematik tingkatan 5 yang anda lulus dengan cemerlang 5-10 tahun yang lalu. Itu yang dinyatakan oleh pihak SPA, tapi bagi kami soalan hanya mencakupi silibus tingkatan 3, (campur, tolak, darab, bahagi, pecahan) dan tambahan kepada skil penyelesaian masalah. Yang selebihnya adalah analytical yang tak memerlukan anda membuat pengiraan langsung. Tak usah gelabah, anda baca soalan matematik tersebut dengan sedikit teliti dan kami pasti anda boleh menjawabnya. Jawab soalan dibahagian IQ dengan pantas dan luangkan lebih masa untuk bahagian matematik. Buatlah satu dua set ujian peperiksaan PMR dan cari beberapa soalan analitikal penyelesaian masalah dari internet. Tak susah, percayalah! Faktor lain ialah gagal menjawab soalan esei. Ini faktor kritikal, anda harus tahu isu semasa untuk menjawab soalan esei ini. Banyakkan membaca akhbar dan ambil peduli tentang isu-isu nasional sekarang. Luangkan masa menonton berita setiap malam mulai sekarang. Penting untuk anda mengetahui isu semasa, jangan main hentam sahaja dan akhirnya anda memberikan satu gambaran yang salah tentang isu tersebut. Sebolehnya kami tak nak membebel tentang isu ini, anda seorang graduan universiti, jadi anda harus tahu apa yang perlu anda lakukan untuk memperkayakan diri anda dengan maklumat-maklumat ini. Dalam Diskripsi Prima ini dilampirkan juga bagaimana menulis esei dengan baik dan senarai tajuk-tajuk yang telah diperincikan mengikut kumpulan tertentu dan semua ini terserahlah kepada anda untuk ambil tindakan.

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

58

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Tambahan: Isi Kandungan buku Malaysia Kita


Buku Malaysia Kita adalah rujukan yang diakui memainkan peranan penting dalam penstrukturan soalan peperiksaan bertulis SPA. Dari feedback yang diterima, kebanyakan calon beranggapan cukuplah sekadar membaca buku ini untuk lulus dalam ujian bertulis ini. Buku ini telah diulang cetak beberapa kali kerana ianya menjadi sumber rujukan primer untuk semua peperiksaan penilaian. Anda boleh dapatkannya di kedai-kedai buku utama. Ada kemungkinan ianya habis dijual di waktui-waktu puncak dan kami memilih untuk menyenaraikan tajuk-tajuk yang terkandung dalam buku tersebut. Tujuannya hanya satu, supaya anda teliti dan cuba cari maklumat yang berkaitan dengan kandungan buku ini sekiranya anda gagal mendapatkannya di pasaran. Seeloknya anda cuba dapatkannya dan ini adalah satu pelaburan penting anda sepanjang sekiranya anda menjawat jawatan kerajaan kerana anda pasti akan menggunakannya semula nanti. Senarai tajuk ini adalah versi Buku Malaysia kita yang agak lama sedikit, tapi yang penting ialah anda pastikan yang anda ada maklumat dari bab 4 dan bab 6.
Bab 4: Sistem Pemerintahan dan pentadbiran Malaysia Sistem pemerintahan Malaysia Sistem kerajaan berparlimen Susunan jentera pentadbiran kerajaan persekutuan Sistem pentadbiran kerajaan negeri Agensi-agensi kerajaan Perlaksanaan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan Kaedah kecemerlangan mutu perkhidmatan awam Tatatertib dalam perkhidmatan awam Etika perkhidmatan awam Malaysia Pembaharuan pentadbiran untuk pembangunan negara

Bab 6: Rancangan pembangunan negara dan dasar-dasar utama negara Malaysia Rancangan pembangunan Malaysia lima tahun Dasar pembangunan nasional Dasar perindustrian negara Dasar pensyarikatan Malaysia Dasar penswastaan Dasar pertanian negara

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

59

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Jadi untuk yang tidak memiliki buku ini, semak pengetahuan anda melalui tajuk-tajuk ini, sekiranya anda tidak tahu, cari di internet tentang maklumat yang berkaitan! Pencarian anda semestinya lebih terarah dengan adanya tajuk-tajuk yang disenaraikan tadi. Salam kejayaan untuk anda!

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi

60

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA 2013

Penutup
Mudah-mudahan perkongsian ini memberikan anda lebih keyakinan untuk menduduki peperiksaan bertulis kemasukan Pegawai Tadbir Diplomatik pada 14 APRIL 2013 nanti. Ambil tindakan dan mulakan langkah anda secepat mungkin. Lagi cepat anda bermula, lagi cepat anda yakin pada diri anda. Gunakan sepenuhnya semua sumber rujukan yang diberikan dan yakinlah dengan melakukan itu anda sudah SERATUS LANGKAH melebihi calon-calon yang lain! Akhir sekali untuk yang beragama Islam, percaya pada rezeki yang dikurniakan olehNya kerana kadangkala usaha yang bersungguh-sungguh tanpa tawakkal dan percaya pada kurniaanNya pun, tidak akan membawa apa-apa makna. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh dan penuh harapan. Cubalah sebaik mungkin dan semoga berjaya! Jangan lupa juga tawakal dan berserah kepada Tuhan. Anda harus sedar semuanya datang dari Allah dan yang penting sepanjang peperiksaan bertulis ini ialah ketenangan, kelancaran dan buah fikiran yang datang mencurah-curah. Bacalah doa-doa dan ayat quran terpilih untuk tujuan itu. Antara amalan biasa yang selalu dibaca untuk menenangkan diri dan bersesuaian dengan peperiksaan ini ialah;

Surah Al-Inshirah Doa dipermudahkan Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki

Salam kejayaan untuk anda semua!! Sukses selalu dari Team Infokerjaya. Layarikan blog tipsptd di http://tipsptd.com/blog dan forum Kerjaya di http://sembangKerjaya.com untuk perkongsian terbaru dan berkongsi pengalaman dan pendapat dengan rakan-rakan yang lain. Kami menanti anda di sana! Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 61

You might also like