You are on page 1of 11

PERLAKSANAAN PROGAM INKLUSIF DI SEKOLAH TAMAN CEMPAKA

Berikut disenaraikan langkah-langkah yang telah dijalankan dalam perlaksanaan Pendidikan Inklusif di sekolah ini. 3.7.1-Sebelum Program 1. Penubuhan Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif . 2. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif di peringkat sekolah membuat pemilihan murid berdasarkan hasil laporan penilaian pencapaian serta ujian diagnostik yang dijalankan oleh guruguru yang telah dipertanggungjawabkan. 3. Mengumpul ,menganalisis data dan maklumat murid-murid khas yang akan mengikuti Program Inklusif. 4. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif bermesyuarat dengan semua guru Pendidikan Khas dan PPM . 5. Penolong Kanan Pendidikan Khas mengadakan perbincangan dengan pentadbir dan guru-guru aliran perdana yang terlibat.Setiap guru telah mendapat taklimat yang jelas dan telah menyebabkan mereka berasa yakin untuk mengajar murid-murid Pendidikan Khas tersebut. 6. Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga.Ibu bapa dipanggil untuk diterangkan tujuan dan kepentingan program ini terhadap anak-anak mereka.Ibu bapa yang bersetuju diminta menulis surat kebenaran sebagai bukti membenarkan anak mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa. 7. Membuat perjumpaan dengan semua murid yang berkenaan. 8. Menyediakan sebuah kelas persediaan yang mempunyai sukatan dan mata pelajaran yang sama dengan aliran perdana iaitu di kelas PKB1. 9. Menyediakan jadual kelas yang sama dengan aliran perdana. 10. Penolong kanan PKB1 memaklumkan pada semua murid aliran perdana dan warga sekolah pada perhimpunan rasmi sekolah.Penerangan dan taklimat telah diberikan secara fomal dan tidak fomal .Pihak sekolah turut memaklumkan kepada ibu bapa melalui PIBG mengenai implementasi Program Inklusif dijalankan. 11. Murid berkeperluan khas ditempatkan di kelas yang paling pandai iaitu di kelas 6Perdana dan 5 Amanah .Tiada perubahan atau penyesuaian fizikal atau bahan bantuan mengajar di buat ke atas kelas yang dipilih.Namun demikian,guru-guru PPKI serta PPM bertindak sebagai mentor kepada mereka. 12. Kedudukan murid berkeperluan khas ini diletakkan di bahagian hadapan dalam satu-satu kelas .Penglihatan mereka tidak terganggu untuk melihat guru atau papan hitam dan memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan guru dan sebaliknya. 13. Semua mata pelajaran diinklusifkan kecuali matapelajaran Moral,Pendidikan Jasmani dan PSV (pendidikan seni visual)

14. Meninjau sejauhmana kemahiran yang telah diajar di kelas normal. 15. Guru Pendidikan khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan murid khas semasa di dalam kelas persediaan iaitu di kelas PKB1.

3.7.2- Semasa Program 1. Membuat pemerhatian dari semasa ke semasa. 2. Guru pendamping mendapatkan maklumbalas dan berbincang dengan guru-guru yang terlibat serta mengambil tindakan susulan. 3. Murid khas mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan murid lain.Terdapat juga beberapa orang murid khas yang aktif melibatkan diri dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah seperti Pertandingan Bercerita,Penulisan Khat dan Jawi,Hafazan.Malah terdapat juga yang aktif dalam kokorikulum seperti Pertandingan Bowling sehingga ke peringkat kebangsaan dan mendapat tempat. 4. Semua murid khas membuat kerja kursus walaupun mereka dikecualikan.Ini juga menjadi faktor menyumbang kepada kelulusan yang lebih baik. 5. Semua guru menggunakan bahan bantu mengajar yang sama dengan murid lain dan diberikan tugasan yang sama .Murid khas yang tiada masalah akan terus melakukan tugasan yang diberikan tanpa merujuk kepada mentor.Ini membuktikan murid Khas ini tidak bergantung sepenuhnya kepada guru pendamping sahaja.Mereka telah berdikari dan hanya memerlukan bantuan kepada guru khas sekiranya diperlukan. 6. Dari segi sosialisasi dan komunikasi,murid-murid ini sudah boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan murid-murid lain menggunakan cara komunikasi biasa.Mereka boleh bersosialisasi dengan murid-murid lain dan juga sebaliknya.Komunikasi dua hala sentiasa berlaku di sekolah malah di luar sekolah. 7. Sikap tolenrasi dan keprihatinan guru-guru mata pelajaran telah memberikan impak positif kepada pembelajaran murid khas.

3.7.3- Program Mentor Mentee 1. Program Mento Mentee diadakan bagi membantu pelajar berkeperluan khas yang terlibat semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran . 2. Guru Pendidikan Khas bertindak sebagai pendamping dan mentor kepada murid. 3. Mentor bertanggungjawab dengan memberikan bimbingan serta penerangan tambahan yang diperlukan . mengadakan kelas tambahan. 4. Guru khas sebagai mentor juga membantu pelajar ini menyediakan bahan-bahan rujukan seperti keratan akhbar,buku rujukan ,laptop untuk pencarian sumber maklumatbagi memastikan kerja kursus pelajar khas yang terlibat berjalan dengan lancar. 5. Di samping itu,penerapan kaunseling dan motivasi oleh mentor sentiasa dilakukan telah memberi kesan dan impak yang mendalam kepada pelajar khas yang terlibat dalam membentuk masa depan yang cemerlang.

Dua orang murid pendidikan khas SKTC iaitu Mohd Akmal Bin Mutalib dan Mohd Fakhry Bin Abdul Rahman dimasukkan ke dalam program inklusif iaitu pembelajaran bersama murid aliran perdana. Pada tahun ini, Mohd Fahkry akan menduduki Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR). Pendidikan Inklusif merupakan program yang mengintegrasikan murid berkeperluan khas ke dalam sistem persekolahan biasa. Inklusif boleh didefinisikan sebagai proses memasukkan murid secara fizikal dan sosiologikal ke dalam kelas biasa dan diberikan pendidikan mengikut keperluan masing-masing . Tujuan pendidikan inklusif adalah untuk : 1. Memberi peluang kepada murid khas untuk menerima pengajaran, pembelajaraan. 2. Menyertai semua aktiviti bersama murid normal. 3. Membantu murid pendidikan khas menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan dan menjadikan mereka lebih berupaya, mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang. Objektif Pendidikan Inklusif : 1. Meningkatkan kesedaran murid normal tentang murid berkeperluan khas bahawa mereka juga sebahagian daripada ahli masyarakat. 2. Memberi peluang kepada murid berkeperluan khas utuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang disediakan untuk mereka. 3. Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada murid khas yang berpotensi supaya dapat meningkatkan konsep kendiri dan berkeyakinan diri mereka.

Mohd Akmal dan Mohd Fakhry yang dimasukkan ke dalam program pendidikan inklusif dan juga dilantik menjadi pengawas. Biodata pelajar kelas Inklusif

Nama Umur Kategori

: : :

Mohd Akmal Bin Mutalib 12 Tahun Slow Learner

Hobi Cita-cita Alamat

: :

Bermain Pegawai Perhutanan No 2 Lrg 14 Taman Cempaka Johor Bahru

Nama Umur Kategori Hobi Cita-cita Alamat

: Mohd Fakhry Bin Abd Rahman : 12 Tahun : Bermasalah Pendengaran : Bermain : Polis Lot 126 Jalan Rambai 7 Kg Dahlia 34000 Johor Bahru

Selepas Program 1. Guru pendamping menilai kemajuan murid dan mencatatkan pencapaian akademik dan perkembangan kemahiran ke dalam Rekod Prestasi Murid. 2. Penilaian keberkesanan program terhadap murid khas sentiasa dijalankan secara berperingkatperingkat. 3. Guru Pendamping memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada murid. 4. Guru Pendamping memaklumkan perkembangan murid kepada ibu bapa atau penjaga. 5. Keputusan peperiksaan murid Pendidikan Khas berkenaan dihantar ke Unit Pendidikan Khas ,Jabatan Pelajaran Negeri dan Salinan kepada Pejabat Pelajaran Daerah.

-LAPORAN PENCAPAIAN 1 . Pencapaian dari segi akademik (Rujuk di bawah) 2 . Pencapaian pelajar dari segi kokurikulum -Mohd Fakhry telah mewakili negeri Johor bagi Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan di Pahang.Beliau juga mewakili sekolah dalam Pertandingan Bowling Terbuka yang dianjurkan oleh SMK Majidi Bahru. 3.Pencapaian pelajar di bidang kurikulum Mohd Akmal bin Mutalib telah Johan Pertandingan Bercerita Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor. Johan dua tahun berturut-turut bagi Pertandingan Hafazan . Johan dua tahun berturut-turut bagi Pertandingan Khat dan Jawi . Tempat Ketiga dalam Pertandingan Spelling Terbuka pada Minggu Bahasa peringkat sekolah. 3. Dua pelajar berkeperluan khas telah mula berdikari ,bersosialisasi dan berkeyakinan. Laporan akdemik bagi kedua-dua pelajar juga memberangsangkan, terdapat peningkatan positif yang di lihat oleh kedua-dua mereka pada tahun lepas, penigkatan yang positif ini juga menunjukan hasil program yang di rancang. Implikasi yang postif bagi dua pelajar ini di lihat bukan sahaja dari segi akademik,malah dari segi pengelibatan social mereka di dalam bilik darjah dan luar bilik darjah.

SK TAMAN CEMPAKA JOHOR BAHRU

ANALISA KEPUTUSAN UJIAN & PEPERIKSAAN BAGI TAHUN 2012

Nama No. KP

: MOHD AKMAL BIN MUTALIB : 010515060854

Darjah Jantina

: D5 : LELAKI

UJIAN 1 Bil Mata Pelajaran

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN UJIAN 2 TAHUN Gred B B

PEPERIKSAAN PEPERIKSAAN AKHIR PERCUBAAN TAHUN UPSR Gred Markah B B Gred

Markah Gred Markah 1. 2. BAHASA INGGERIS BAHASA MELAYU PEMAHAMAN BAHASA MELAYU PENULISAN 80 75 A B 75 78

Markah Gred Markah 76 75

3.

73

67

75

4. 5. 6. 7.

KEMAHIRAN HIDUP KAJIAN TEMPATAN MATEMATIK PENDIDIKAN KESIHATAN PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN MORAL 82 A 79 B

58 74 72 74

C B B B

38 52 59 53

D C C C

8. 9.

80 94 84 80 A 80

A A A A

80 74 83 76

A B A B

10. PENDIDIKAN MUZIK 11. PENDIDIKAN SENI PENDIDIKAN SIVIK 12. DAN KEWARGANEGARAAN 13. SAINS KDK KDD PERATUS 64 18/34 18 / 100 74.2 B

83

82

68 24/34 27 / 102 72

B / /

58 32/35 42 / 101 68.6

C / /

SK TAMAN CEMPAKA JOHOR BAHRU

ANALISA KEPUTUSAN UJIAN & PEPERIKSAAN BAGI TAHUN 2012

Nama No. KP

: MOHD FAKHRY BIN ABD RAHMAN : 010917010752

Darjah Jantina

: D5 INOVATIF : LELAKI

UJIAN 1 Bil Mata Pelajaran

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN UJIAN 2 TAHUN Gred D D

PEPERIKSAAN PEPERIKSAAN AKHIR PERCUBAAN TAHUN UPSR Gred Markah D D Gred

Markah Gred Markah 1. 2. BAHASA INGGERIS BAHASA MELAYU PEMAHAMAN BAHASA MELAYU PENULISAN 13 15 E E 24 35

Markah Gred Markah 34 23

3.

42

38

30

4. 5. 6. 7.

KEMAHIRAN HIDUP KAJIAN TEMPATAN MATEMATIK PENDIDIKAN KESIHATAN PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN MORAL 36 D 13 E

33 22 14 45

D D E C

20 20 19 23

D D E D

8. 9.

40 52 60 45 C 80

C C B A

60 30 50 95

B D C A

10. PENDIDIKAN MUZIK 11. PENDIDIKAN SENI PENDIDIKAN SIVIK 12. DAN KEWARGANEGARAAN 13. SAINS KDK KDD PERATUS 10 30/34 94 / 100 18.6 E

21

64

22 30/35 95 / 102 26.6

D / /

14 28/34 92 / 101 24

E / /

RUMUSAN PROGRAM

Kejayaan perlaksanaan program ini di SK Taman Cempaka adalah berdasarkan perancangan yang telah diatur dan dibincangkan.Usaha yang berterusan perlu bagi memastikan program ini terus dijalankan dengan teratur dan berjaya.Guru- guru haruslah peka dan sensitif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Program Pendidikan Inklusif di sekolah berjaya dan mendapat kerjasama warga sekolah kerana penglibatan semua guru.Guru Besar, guru-guru penolong kanan hingga guru-guru mata pelajaran telah memainkan peranan yang penting. Semua guru telah diberi kursus dan penerangan sebelum murid-murid autistik memulakan program ini.Kursus yang dihadiri telah menaikkan keyakinan mereka untuk menghadapi dan mengajar murid-murid autistik.Di samping itu mereka telah diberikan garis panduan pelaksanaan program ini dan menyebabkan mereka tahu bidang tugas masing-masing. Sikap toleransi dan prihatin guru-guru mata pelajaran telah memberi impak yang positif kepada tabiat pembelajaran murid-murid autistik. Seterusnya ini telah meningkatkan kejayaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah. Dalam Pendidikan kita mampu membentuk pelajar ini menguasai ilmu pengetahuan seterusnya mempertingkatkan martabat diri,agama dan masyarakat dan juga mampu untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat global di luar sana. Hasil dari program tersebut mendapati perspektif baru program pendidikan khas sedang beransur-ansur bergerak maju. Usaha yang berterusan perlu bagi memastikan program ini terus dijalankan dengan teratur dan berjaya. Kita dapat meningkatkan murid-murid khas ini dari satu liabiliti menjadi satu asset yang penting dan berguna kepada negara. Mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti.

You might also like