You are on page 1of 5

PELAN MITIGASI BAGI HENTI TUGAS LOJI PEMBERSIHAN AIR (LPA) BATU 11 CHERAS DAN LPA BUKIT TAMPOI

12 FEBRUARI 2014

1.

LATAR BELAKANG

1.1 LPA Batu 11, Cheras yang berkeupayaan untuk memproses air sebanyak 27 juta liter sehari (JLH) telah beroperasi semula pada 2 Februari 2014, jam 8.45 malam hasil pelepasan air dari Empangan Langat yang membantu meningkatkan kadar pencairan. Namun, ianya dihenti tugas semula pada 4 Februari 2014, jam 8.00 pagi oleh kerana bacaan ammonia meningkat.

1.2 Pada 7 Februari 2014, tahap ammonia di LPA Batu 11, Cheras telah menurun kurang daripada 1.5 ppm. Ini sebahagiannya disebabkan oleh terdapatnya hujan di kawasan tadahan pada malam sebelumnya. Manakala LPA Bukit Tampoi dengan kapasiti 31.5 JLH masih belum lagi beroperasi disebabkan paras ammonia yang masih tinggi. Bacaan ammonia di muka sauk LPA Bukit Tampoi sehingga 11 Februari 2014 adalah 4.20 ppm.

1.3 Manakala LPA Bukit Tampoi yang berkapasiti 31.5 JLH merupakan LPA paling hilir bagi Lembangan Sungai Langat sebelum aliran Sungai Langat mengalir ke laut.

1.4 LPA Bukit Tampoi telah menghentikan operasi pada jam 3.15 petang, 29 Januari 2014 berikutan berlakunya peningkatan paras ammonia di Sungai Langat sehingga mencecah 7.4 mg/l. Bacaan ammonia terperinci adalah seperti di Lampiran. 1.5 Henti tugas operasi loji (Bkt Tampoi) ini telah memberikan impak kepada pengguna bagi kawasan di sekitar Kuala Langat diantaranya iaitu:

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. xv. xvi. xvii. xviii. xix.

Kampung Olak Lempit Kampung Bukit Changgang Kampung Labohan Dagang Taman Changgang Jaya Kompleks Perabot Olak Lempit RTB Bukit Changgang Bandar Seri Ehsan Bandar Mahkota Bandar Sungai Emas Taman Arked Taman Seri Dagang Taman Ambar Taman Langat Murni Taman Langat Utama Taman Murnimas Taman Sri Taman Sri Cheeding Sekolah Tamil Sungai Sedu Selangor Dredging

1.6 Antara faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku adalah kerana penurunan paras air sungai disebabkan ketiadaan hujan di sekitar kawasan tadahan Sungai Langat beberapa minggu yang lepas. Keadaan ini menyebabkan kadar pencairan (dilution) berkurangan di dalam sungai dan menyebabkan peningkatan kadar kepekatan

ammonia.

1.7 LUAS selaku urus setia Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor bersama agensi teknikal berkaitan telah mengambil tindakan segera dengan mengenal pasti punca-punca pencemaran yang berpotensi menyebabkan peningkatan ammonia.

1.8 Semakan turut dijalankan oleh pihak SPAN, JAS dan IWK di semua loji rawatan kumbahan (STP) awam dan persendirian di mana kualiti efluen di semua STP berhampiran mematuhi had piawaian yang ditetapkan.

2.

PERKARA YANG HENDAK DIMAKLUMKAN

2.1 Satu

mesyuarat

telah

diadakan

pada

Februari

2014

bagi

membincangkan kaedah penyelesaian masalah peningkatan ammonia ini. Antara langkah penyelesaian segera yang diambil adalah dengan meningkatkan kadar pengudaraan bagi merawat ammonia di 51 STP terpilih dan penggunaan bahan kimia untuk menurunkan kadar ammonia di dalam efluen dengan anggaran kos

RM350,000.00 sebulan yang hanya bersifat sementara.

2.2 Mesyuarat juga memutuskan bahawa langkah jangka panjang yang dicadangkan adalah menggantikan filter di LPA dengan media Sodium Aluminosilicate yang dapat mengurangkan kadar ammonia di dalam air mentah. Penggantian ini dicadangkan adalah bagi dua (2) LPA utama yang mengalami masalah pencemaran ammonia iaitu di LPA Batu 11 dan LPA Bukit Tampoi. Kos keseluruhan bagi cadangan ini adalah RM 5 juta dengan anggaran tempoh kerja penggantian dan pemasangan adalah 6 hingga 8 bulan. 2.3 LUAS juga dalam tindakan untuk menjalankan pembenihan awan di kawasan tadahan Sungai Langat dan masih menunggu keadaan yang sesuai berdasarkan kepada pandangan Jabatan Meteorologi Malaysia. Berdasarkan kepada laporan pemantauan kaji cuaca Jabatan

Meteorologi Malaysia, dijangkakan tiada hujan selama atau melebihi lima (5) hari berturut-turut bermula 11 Februari 2014 bagi kawasan Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kelang, Petaling dan Sepang. Walau bagaimanapun, hujan sementara dijangka boleh berlaku di beberapa kawasan pendalaman Selangor. Program pembenihan awan ini sedang dipertimbangkan untuk dilaksanakan dengan skala besar.

2.4 Lanjutan daripada mesyuarat pertama tersebut, satu mesyuarat susulan diadakan pada 11 Februari 2014 untuk membincangkan secara lanjut langkah-langkah yang telah diambil berdasarkan pada mesyuarat yang lalu. Pihak IWK memaklumkan tiga (3) loji telah dikenal pasti bagi penggunaan Sodium Aluminosilicate dan kini dalam proses

penerimaan bahan tersebut. pada 13 Februari 2014.

Rawatan ini dijangka akan dimulakan

2.5 Mesyuarat memutuskan untuk melihat cadangan bagi meningkatkan had piawaian kualiti air terawat parameter Ammoniakal Nitrogen daripada 1.5 mg/l kepada 2.5 mg/l atau had yang dipersetujui hanya pada waktu kritikal dan kecemasan. Namun perkara ini perlu dilihat dengan lebih terperinci oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

terutamanya dari segi kesannya kepada kesihatan pengguna. 2.6 Pihak Puncak Niaga memaklumkan tahap peratus simpanan air Empangan Sungai Langat adalah pada tahap 84% dan berupaya untuk bertahan selama 109 hari tanpa hujan. Pelepasan air empangan secara berlebihan akan menjejaskan jangka hayat takungan.

2.7 LUAS turut mencadangkan langkah segera yang lebih tertumpu pada LPA Bukit Tampoi dengan menggunakan kolam-kolam berhampiran Sungai Langat sebagai sumber air untuk menambah kadar aliran air sungai dan mencairkan kandungan ammonia. Langkah segera tersebut terbahagi kepada 2 opsyen :

i.

Opsyen 1

a.

Menggunakan dua buah Kolam dalam kawasan Warta Orang Asli Bukit Tampoi yang terletak bersebelahan Sungai Langat berhampiran LPA Bukit Tampoi sebagai langkah menurunkan kadar ammonia. LUAS

mencadangkan aliran Sungai Langat memasuki kolam 1 dan limpahannya akan memasuki kolam 2 di mana di

kolam ini akan diletakkan pam bagi mengepam air ke muka sauk LPA Bukit Tampoi.

b.

Anggaran isipadu kolam tersebut adalah 20,000 dan 37,500 meter padu. Daripada semakan awal kolam tersebut agak cetek dan tidak bersambung dengan akuifer yang dapat membekalkan air melalui air bumi. Berdasarkan kapasiti LPA kolam tersebut mampu

bertahan untuk 2 hari.

ii.

Opsyen 2

a.

Menggunakan

Kolam-kolam

dalam

kawasan

Warta

Orang Asli Bukit Jenuk yang terletak bersebelahan Sungai Langat sebagai langkah meningkatkan paras air sungai bagi mengurangkan kepekatan ammonia di dalam sungai. LUAS mencadangkan air daripada kolam sedia ada dialirkan keluar secara graviti ke dalam sungai.

2.8 Anggaran kos yang terlibat bagi cadangan penggunaan kolam adalah RM 360,400.00 sebulan.

2.9 Bagi kos penggunaan pam-pam yang akan digunakan dengan kerjasama KSSB, perkara ini akan dirujuk kepada pihak Pegawai Kewangan Negeri (PWN) untuk kelulusan.

3.

PENUTUP

3.1 Langkah segera yang dicadangkan ini merupakan tindakan yang dijangka
akan membantu menyelesaikan masalah ammonia menyebabkan henti tugas loji pembersihan air. Pemantauan punca-punca

pencemaran dan persampelan di lokasi berkaitan akan terus dijalankan dalam usaha menangani masalah gangguan bekalan air terawat ini.

You might also like