You are on page 1of 17

CHASIS & BODY

MINGGU 1 (10-11 SEPTEMBER 2013)

Pada perjumpaan pertama dimana ia lebih kepada pengenalan subjek secara keseluruhan. Pertemuan pertama ini yang memberi penerangan terperinci mengenai projek yang akan dilaksanakan pada semester ini iaitu menyahut cabaran Utemex, dimana memerlukan kami untuk menginovasi sebuah kereta yang menjimatkan minyak. Pertemuan pertama ini telah diperjelaskan mengenai segala spesifikasi penuh yang diperlukan. Pemerhatian pada casis yang dalam pembinaan juga dicatatkan dan diambil perhatian.

Meninjau contoh casis.

MINGGU 2 (17-18 SEPTEMBER 2013)

Pada minggu kedua, penghasilan lakaran casis dan body yang akan dibina. Ia melibatkan pencarian maklumat, lakaran awal, dan lakaran autocad yang lebih menyeluruh. Ini merupakan ilham pertama yang disepakati oleh ahli kumpulan.

MINGGU 3 ( 28 SEPTEMBER 2013)

Pada minggu ketiga, setelah lakaran penuh telah dihasilkan, proses pengukuran dan pemotongan bahan casisi dilaksanakan. Pemilihan bahan casis telah dibuat berdasarkan laporan senarai bahan yang telah ditentukan berdasarkan ukuran yang tepat.

MINGGU 4 (1-2 OKTOBER 2013)

Pada minggu keempat, terdapat perubahan kecil yang dilakukan pada rekabentuk casis berdasarkan nasihat pensyarah untuk mengukuhkan rangka casis kami. Atas nasihat beliau, kami telah membesarkan ukuran menambah bahan untuk memastikan casis kami kukuh. Proses pencantuman bahan juga telah dilaksanankan dengan menggunakan kimpalan MIG. Pada masa yang sama, untuk bahagian body, ketinggian dan kedudukan pemandu telah di ukur dan dicatat untuk kegunaan pembinaan body.

Proses mengukur ketinggian sebenar pemandu dan anggaran dibuat pada tinggi kereta yang akan dibuat

Chasis kereta

MINGGU 5 (8-9 OKTOBER 2013)

Pada minggu kelima, kerja-kerja penyantuman bahan diteruskan iaitu mengimpal bagaian asas iaitu tapak casis dan menambah bucket dengan melakukan kerja-kerja pemotongan plat-plat tambahan untuk mengukuhkan casis.

Proses menyiapkan casis dengan memastikan ukuran yang diambil betul dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan

MINGGU 6 (15-16 OKTOBER 2013) Kerja pembinaan casis dan body tidak dapat dijalankan kerana cuti Hari Raya Aidil Adha.

MINGGU 7 (22/23 OKTOBER 2013)

Setelah bercuti sempena Hari Raya Aidiladha, kerja-kerja pembinaan casis diteruskan pada minggu ketujuh. Bahagian kerangka hampir siap dan progres untuk memasukkan stering dengan mengukur ketinggian dan kedudukan strering agar sesuai dengan pemandu. Kedudukan dan saiz kerusi telah diukur dengan tepat agar bersesuaian dengan pemandu.

Proses mengambil ukuran yang sesuai untuk membuat bahagian stereng

MINGGU 8 ( 29-30 OKTOBER 2013)

Kerja-kerja penyambungan pemegang stering dengan badan casis dilakukan. Kerja ini memerlukan kerja pengimpalan kecil. Semasa mengimpal, kedudukan stering mestilah bersudut tepat 45 darjah dan memeberi keselesaan kepada pemandu semasa memegangnya. Seterusnya, kerusi dipasang dengan menyambungkan kepada tempat yang bersesuaian. Selepas diuji kedudukan kerusi dengan stereng mengikut keselesaan pemandu, kerja seterusnya iaitu memasang tayar dilakukan pada minggu berikutnya.

Proses mengimpal chasis. Pegangan perlu rapat bagi menghasilkan chasis yang lebih kukuh apabila dikimpal

Proses membuat chasis

MINGGU 10 ( 12-13 NOVEMBER 2013) Proses meletak enjin pada chasis

MINGGU 11 ( 19 NOVEMBER 2013)

Pada minggu ini, proses mengangtung enjin disambung lagi. Setiap bahagian chasis yang berperanan untuk memgang enjin dikimpal dengan baik supaya posisi enjin berada dalam keadaan yang baik dan kukuh. Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan :

Proses memperkukuhkan kedudukan enjin pada chasis iaitu mengimpal semula pada bahagian-bahagian yang belum sempurna.

Enjin motor Honda C70 dipasang pada chasis

Proses mengukur bahagian hujung depan chasis untuk membuat rod stereng

Perbincangan berkenaan lakaran bentuk body kereta dan dimensi ringkas dibuat

MINGGU 12 ( 20 NOVEMBER 2013) Pada minggu aktiviti menyiapkan bahagian dalaman body diteruskan iaitu dimulakan dengan pemasangan kerusi pemandu. Kerusi perlu ringan bagi memastikan keseluruhan kereta tanpa pemandu ringan dan menepati syarat-syarat pertandingan.

MINGGU 13 ( 26 DISEMBER 2013) Pada minggu ini, proses membuat body kereta dilakukan. Bahan yang digunakan ialah square hollow steel berukuran 1cm x 1cm luas permukaan. Bahan terlebih dahulu dipotong mengikut ukuran yang telah ditentukan menggunakan cut off machine. Setiap bahagian diukur dengan baik supaya setiap bahagian seimbang dan seragam.

Proses mengimpal bahagian-bahagian besi yang telah dicantum. Pembumian perlu dilakukan untuk mengelakkan berlakunya kemalangan ketika proses kimpalan dilakukan.

Setelah siap, body dicantum dengan chasis

Rangka body kereta

Proses mengecat rangka bodymenggunakan cat sembur Semua bahagian dan komponen yang dipasang pada chasis ditanggalkan bagi memudahkan proses mengecat.

Body yang telah siap dikimpal didirikan di atas stand untuk proses mengecat. Sebelum itu, proses membersihkan permukaan besi perlu dilakukan menggunakan berus untuk membuang habuk dan kotoran.

Rangka disembur dengan lapisan pertama

Proses penyemburan cat

Bahagian body yang telah siap disembur cat

Proses membuat body (bahagian yang menutup enjin)

Kepingan besi perlu dipotong mengikut ukuran yang telah diukur pada kereta.

Kepingan yang telah siap dipotong dipasang pada bahagian atas enjin

Bahagian enjin yang telah siap ditutup dengan kepingan besi disembur dengan cat

You might also like