You are on page 1of 4

Perbahasan Faedah-faedah mempelajari komputer.

. Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, panel hakim yang arif lagi bijaksana, barisan pembangkang yang dihormati dan guru-guru serta rakan-rakan yang dikasihi. Pada pagi yang mulia ini, saya ingin menyampaikan satu perbahasan yang bertajuk Belajar Komputer Memang Memanfaatkan Kita. Sebagai pihak pencadang, saya tetap menyokong tajuk ini. Hadirin sekalian, Tajuk perbahasan saya hari ini ialah belajar komputer banyak mendatangkan kebaikan. Hal ini kerana dengan belajar komputer, kita dapat mempelajari pelbagai kemahiran. Antaranya adalah kemahiran menaip, melukis, mengarang dan sebagainya. Hasil kerja dengan menggunakan komputer juga tentulah lebih kemas, bersih dan cantik. Di samping itu juga, kita dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan dengan menggunakan komputer. Kemudahan internet di komputer memudahkan kita memperoleh maklumat dan pengetahuan berkenaan dengan pelajaran, pelancongan, kesihatan dan sebagainya. Oleh itu, ilmu pengetahuan kita akan bertambah luas. Hadirin yang dihormati, Penggunaan komputer menyebabkan dunia bagai di hujung jari. Hal ini kerana, apabila peristiwa dan berita yang terjadi di luar negara atau di dalam negara dapat diketahui dengan pantas melalui internet. Justeru, kita tidak lagi seperti katak di bawah tempurung. Selain itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan cara berfaedah agar tidak terjebak dalam aktiviti yang negatif. Mempelajari komputer banyak menyumbang bakti kepada kita khususnya murid-murid dalam pelajaran. Akhir sekali, benarlah bahawa belajar komputer banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan. Sebelum mengundurkan diri, saya mengucapkan sekian terima kasih. Sekali lagi saya menegaskan bahawa belajar komputer memang memanfaatkan kita. Di sini, izinkan saya menohon maaf sekiranya terdapat seberang ketelanjuran kata dalam perbahasan tersebut. Sekian, terima kasih.

Laporan Perkhemahan Pengakap di Hutan Pulai Pada 16 Mei, Persatuan Pengakap Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kok Meng telah mengadakan perkhemahan di pinggir Hutan Pulai. Rombongan kami terdiri daripada 25 orang ahli pengakap dan 3 orang guru pengiring. Perkhemahan ini diadakan untuk memupuk sifat berdikari dan semangat bekerjasama antara pengakap. Pada pagi hari tersebut, ahli-ahli pengakap berkumpul di dewan sekolah. Selepas guru memberikan taklimat, kami pun bertolak dengan bas yang disewa. Setibanya di destinasi, guru-guru mencari tempat yang berdekatan dengan sungai supaya mudah mendapat air. Murid-murid bergotong-royong membersihkan tapak perkhemahan lalu mendirikan khemah. Mula-mula, guru pengiring membahagikan tugas kepada murid-murid. Antaranya termasuklah memungut kayu api, menanak nasi, menjerang air dan sebagainya. Kami bekerjasama menjalankan tugas bagai aur dengan tebing. Walupun panas terik, kami masih bermandi peluh semasa menjalankan tugas. Pada waktu petang, kami menjamu selera bersama-sama. Selepas makan, ahli-ahli pengakap menjalankan aktiviti lasak. Antaranya termasuklah meredah hutan, mendaki bukit dan mengharungi sungai. Melalui aktiviti-aktiviti ini, kami dapat memupuk sifat berdikari dan semangat keyakinan. Selain itu, kami juga mengadakan pertandingan mencari harta karun. Akhirnya, Kumpulan Harimau memenangi pertandingan itu. Selepas itu, guru juga memberikan sijil kepada semua peserta. Pada waktu malam, ahli-ahli pengakap dan guru menyalakan unggun api. Kami telah mengadakan banyak persembahan seperti nyanyian, tarian, dan lakonan. Persembahan itu menarik hati. Semua murid memberikan tepukan yang gemuruh. Suasana di sana sungguh meriah. Pada keesokan harinya, semua ahli pengakap dan guru mengemaskan khemah untuk pulang. Dalam perkhemahan tersebut, ahli-ahli pengakap telah mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan. Kami berpeluang mengenali flora dan fauna di dalam hutan. Perkhemahan ini amat bererti kerana dapat mendedahkan ahli-ahli kepada alam sekitar. Laporan disediakan oleh, Ng Kim Leng (NG KIM LENG) Setiausaha, Persatuan Pengakap, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kok Meng. 23 MEI 2013

Laporan Sambutan Hari Kanak-kanak SJK (C) Zhi Ling Pada 2 Oktober 2013, SJK (C) Zhi Ling telah mengadakan sambutan Hari Kanakkanak. Tujuan sambutan itu diadakan adalah untuk menggembirakan kanak-kanak. Sebelum sambutan Hari kanak-kanak, murid-murid sibuk membuat persediaan untuk mencantikkan dewan sekolah. Antaranya termasuklah menyapu lantai, menghias pentas, menyusun kerusi dan sebagainya. Murid-murid bekerjasama menjalankan tugas bagai aur dengan tebing. Selepas itu, dewan sekolah kelihatan bersih dan cantik seperti istana. Pada hari tersebut, guru-guru dan murid-murid berkumpul di dewan sekolah. Keadaan di sana penuh sesak seperti ikan di dalam belat. Mula-mula, Guru Besar dijemput untuk memberikan ucapan kepada murid-murid. Dalam ucapan Guru besar, beliau menasihati murid-murid supaya belajar bersungguh-sungguh kerana usaha tangga kejayaan. Beliau juga mengucapkan Selamat Hari Kanak-kanak kepada murid-murid. Kemudian, beliau merasmikan sambutan Hari Kanak-kanak. Pelbagai persembahan pentas yang menarik telah dijalankan untuk menghiburkan hati para penonton. Antaranya termasuklah nyanyian, tarian dan lakonan. Persembahan kemuncak ialah pertunjukan silap mata yang dipersembahkan oleh seorang murid tahun 6, Mun Ket. Persembahannya berjaya mempesonakan perhatian para penonton. Para penonton bersorak-sorai dan memberikan tepukan yang gemuruh. Suasana yang meriah telah menyelubungi seluruh dewan pada ketika itu. Selepas 2 jam, persembahan pentas pun tamat. Murid-murid pun beratur balik ke kelas masing-masing untuk mengadakan jamuan. Murid-murid menikmati makanan dan minuman yang enak bersama dengan guru kelas mereka di dalam kelas. Murid-murid juga menjalankan banyak permainan di kelas. Akhirnya, guru kelas juga membahagikan bungkusan hadiah kepada murid-murid. Murid-murid berasa suka hati apabila menerima hadiah. Pada pukul 2.00 petang, sambutan Hari Kanak-kanak pun tamat. Murid-murid pun pulang ke rumah dengan puas hati. Sambutan Hari Kanak-kanak telah diadakan dengan berjaya pada tahun ini.

Pada cuti semester yang lalu, kamu sekeluarga telah pulang ke kampung. Tuliskan pengalaman kamu. Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga bercuti di kampung. Kami menaiki kereta bapa pulang ke rumah datuk. Dalam perjalanan, kami menikmati pemandangan yang indah. Jalan menuju ke kampung bengkang-bengkok seperti ular kena palu. Selepas tiga jam, kami tiba di rumah datuk. Datuk dan nenek menyambut kami dengan tangan terbuka. Di kampung, datuk mengajar saya dan adik bermain wau dan gasing.Saya dan adik berasa gembira. Datuk juga membawa saya dan adik memancing ikan di tepi sungai. Air sungai sangat jernih seperti cermin. Ada banyak ikan di dalam sungai. Kami memancing ikan sambil menikmati pemandangan yang indah. Udara di sana sangat nyaman. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Di kampung, kami sekeluarga mengikut datuk ke dusun durian. Kami berasa kagum seperti tusa masuk ke kampung kerana tidak pernah melihat durian yang begitu banyak. Kami menolong datuk mengutip durian yang gugur. Datuk mengopek durian lalu kami makan bersama-sama. Kami makan dengan gelojoh. Saya dan adik menolong datuk menjual durian. Kami melaung-laung untuk menarik perhatian pembeli. Kemudian, banyak orang datang membeli durian dengan kami. Mereka memuji durian datuk sangat sedap. Tidak lama kemudian, semua durian sudah habis dijual. Selepas lima hari, kami sekeluarga pulang ke rumah dengan berat hati. Saya berharap agar boleh bercuti di kampung lagi.

You might also like