You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT

PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN KALI KE-1, 2012


SK SUNGAI BAGING
Tarikh
Tempat
Masa

:
:
:

22 Disember 2011 (Khamis)


Bilik Gerakan, SK Sungai Baging
11.00 Pagi

Kehadiran

1. Ustaz Mohd Rizam B Yahya (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)


2. Ileas B Ibrahim
3. Zatil Aqmar Bt Mohammad
4. Noraidah Bt Hashim
5. Ku Masitah Bt Ku Wil

Turut Hadir

Jantan B Yasin (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)

Agenda
1

Perkara
Pembukaan / Ucapan Ketua Panitia
1. Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan surah
Al-Fatihah. Beliau mengucapkan terima kasih kepada
semua ahli mesyuarat kerana sudi hadir walaupun berlaku
sedikit kelewatan untuk mesyuarat kali ini .
2.

Pengerusi berharap semua ahli mesyuarat dapat


memikul semua tanggungjawab yang diberikan dengan
hati yang ikhlas dan mestilah saling bekerjasama sebagai
satu pasukan yang kukuh.

3. Selain itu, pengerusi juga berharap semua ahli mesyuarat


sentiasa memberi tunjuk ajar dan dorongan kepadanya
kerana beliau tidak mempunyai pengalaman yang cukup.
Segala tunjuk ajar yang diberikan akan dijadikan semangat
untuk terus mencapai kejayaan.
2

Tindakan

Ucapan Penolong Kanan

2.1 En. Jantan B Yasin mengucapkan terima kasih kerana sudi


mengudangnya sebagai wakil dari pentadbir untuk menjalankan
mesyuarat ini.
2.2 Beliau mengharapkan mesyuarat ini dapat dijalankan dengan
berkesan dan dapat menghasilkan satu keputusan yang positif.
2.3 Beliau mahukan segala aktiviti yang dirancang perlu diberi
perhatian dengan serius sehingga membuahkan berhasil.

Organisasi Panitia PJK 2012

Pengerusi
setiausaha

1. Pada tahun ini, guru Pendidikan Kesihatan Tahun 1


dan 2 di ajar oleh guru yang berbeza. Manakala
Pendidikan Jasmani di ajar oleh guru yang lain.
2. Berikut senarai guru yang mengajar PJ & PK sesi
2012 mengikut tahun.

Kelas
1 Bestari
2 Bestari
3 Bestari
4 Bestari
5 Bestari
6 Bestari

PJ
Zatil Aqmar
Zatil Aqmar
Mohd Rizam
Mohd Rizam
Ileas
Ileas

PK
Ku Masitah
Ku Masitah
Mohd Rizam
Mohd Rizam
Ileas
Ileas

Semua Guru
PJK
Pekerja

Huraian Sukatan Pelajaran PJK


1. Pengerusi menjelaskan HSP adalah perkara yang paling
utama dan sangat penting bagi semua guru kerana menjadi
panduan guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran. Pengerusi berharap semua guru yang
mengajar mestilah mempunyai sukatan dan dijadikan
rujukan yang paling utama.

Semua Guru
PJK

Guru Besar
2. Mesyuarat bersetuju supaya satu salinan HSP mestilah
dipegang oleh Pengerusi Panitia dan akan difotostat untuk
diberikan kepada guru yang mengajar PJK..
3. PKP mengharapkan semua guru yang mengajar PJ dapat
menghasilkan sukatan tahunan berdasarkan HSP supaya
memudahkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
4. Mesyuarat juga dimaklumkan supaya penggunaan Bahan
Bantu Mengajar mestilah digunakan dengan maksimum
dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Ini penting
2

Semua Guru

dalam meningkat tahap kecemerlangan murid.


5. Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah
atau singkatannya KSSR, dilaksanakan bagi murid Tahun
1 dan 2.
6. Bermula tahun ini, murid tahun 1 dan 2 akan dinilai
berdasarkan Penilaian Berasaskan Sekolah. Guru PJK
akan menilai berdasarkan Dokumen Standard Prestasi.
7. Waktu PJ bagi Tahap 2 adalah 1 waktu bersamaan 30 minit
manakala bagi Tahap 1 adalah 2 kali seminggu bersamaan
60 minit.
8. Waktu PK pula bagi Tahap 1 dan 2 ialah 1 waktu seminggu
bersamaan 30 minit.
Aktiviti Panitia PJK
1. Mengemas bilik sukan
Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan gotong-royong
mengemas bilik sukan supaya lebih kemas dan teratur.
2. Merekod penggunaan alatan dan pinjaman barang stor
sukan
3.

Menyeragamkan Pakaian PJK Murid


PKP menjelaskan bahawa pakaian PJK murid perlu
diseragamkan.

4. Memperbanyakkan Alat-alat PJK.


Pihak sekolah diminta membeli alat-alat bagi
menggantikan alat-alat PJK yang rosak dan yang tidak
mengcukupi.
Hal-hal Lain

Ustaz Mohd Rizam mengharapkan guru yang mengajar


PJK
pada tahun ini supaya mengajar mengikut
kemahiran yang ditentukan.

Ketua Panitia menjelaskan penggunaan huraian sukatan


adalah wajib iaitu buku panduan guru

Guru yang mengajar PJ hendaklah memakai pakaian


yang sesuai sewaktu sesi p & p.

Mesyuarat di tangguhkan pada pukul 12.00 tengahari.

Disediakan Oleh :
...............
(ZATIL AQMAR BT MOHAMMAD)
Setiausaha Panitia PJK
SK Sungai Baging

Disemak Oleh :
..
(ILEAS B IBRAHIM)
Ketua Panitia PJK
SK Sungai Baging

Disahkan Oleh :

(JANTAN B YASIN)
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
SK Sungai Baging

You might also like