You are on page 1of 33

FALKULTI SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER SEPTEMBER / TAHUN 2013 HBAE 2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN DIORAMA

NAMA NO. MATRIKULASI

: MAHADI BIN IBRAHIM : 730510115057001

NO KAD PENGENALAN : 730510115057 NO. TELEFON E-MEL : 0199241152 : madicobeng@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

: TERENGGANU LEARNING CENTRE

KANDUNGAN

1.0 2.0 2.1 2.2 3.0 4.0 5.0 6.0

PENGENALAN DEFINISI Kegunaan Diorama Dalam Kehidupan Jenis-jenis Diorama PENDEKATAN BERTEMA TENTANG DIORAMA PRINSIP-PRINSIP REKAAN DIORAMA BAHAN-BAHAN DALAM PENGHASILAN DIORAMA PERALATAN YANG DIGUNAKAN DALAM PENGHASILAN DIORAMA LAKARAN IDEA BAGI PENGHASILAN DIORAMA 7.1 Menentukan Subjek atau Tema KEPENTINGAN MENGHASILKAN DIORAMA KEPENTINGAN PENGHASILAN DIORAMA DARI SUDUT PERKEMBANGAN KANAK KANAK

7.0

8.0 9.0

10.0 KELEBIHAN DAN CABARAN DALAM PENGHASILAN DIORAMA

KESIMPULAN RUJUKAN DAN LAMPIRAN

DIORAMA

1.0

PENGENALAN

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Bidang ini juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Bidang kegiatan dan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi 9 aktiviti seperti Arca timbul, Arca asemblaj, Arca mobail, Arca stabail, Model, Diorama, Boneka, Topeng dan Origami. Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberikan kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Objek tiga dimensi bersifat konkrit dan mempunyai isipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah. Objek semula jadi, objek buatan manusia atau bentuk ilusi yang boleh disentuh, dilihat dan dirasa. Berbeza dengan bentuk ilusi yang hanya boleh lihat dan tidak dapat dirasa kerana berbentuk dua dimensi yang mungkin berupa lukisan atau ilustrasi. Bentuk ilusi dapat digambarkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, ton, jalinan, warna dan ruang.

2.0

DEFINISI

Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi ( 3D ) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yang ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan ataupun sisi. Objek yang hendak disusun boleh digantung, didirikan atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak / bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk

menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama. Bahagian tapak kotak pula dihiaskan dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama. Diorama merupakan gabungan catan besar yang mewujudkan persekitaran dan arca-arca figura di hadapannya bagi menghidupkan suasana catan besar tersebut. Catan ini digantung di dindingdinding bangunan untuk bahan tontonan orang ramai dan mula popular sekitar abad ke sembilan belas. Secara mudahnya diorama terdiri daripada dua dimensi dan arca figura tiga dimensi. Kontemporari ini, objek tiga dimensi ini diperluaskan lagi kepenggunaannya dengan karangan laut, figura haiwan, fiksyen, pensejarahan dan cerita rakyat. Tujuannya jelas, diorama dapat memperihalkan semula unsur-unsur naratif melalui penampilan imej 2 D dan 3 D dalam konteks diorama.

2.1

Kegunaan Diorama Dalam Kehidupan

1. Biasanya dipamerkan di dalam muzium untuk menceritakan peristiwa-peristiwa sejarah atau untuk tujuan pendidikan. 2. Dibina oleh penggemar model skala sebagais ebahagian daripada hobi yang berkaitan seperti permodelan kenderaan tentera, kereta, motosikal atau pesawat tempur.

2.2

Jenis-jenis Diorama

Terdapat banyak jenis diorama, tetapi jika diasingkan terdapat beberapa kategori skalayang penggemar sering gunakan iaitu skala 1/35, 1/48 atau 1/24. 1. Jenis: full size diorama 2. Miniature diorama

3.0

PENDEKATAN BERTEMA TENTANG DIORAMA

TEMA DIPILIH

KEPENTINGAN

Tema Persekitaran

Persekitaran Alam Semulajadi mengharapkan murid mengetahui dengan jelas tentang peranan dan kefahaman murid terhadap alam sekitar tempat tinggal dan global. Rasa cinta pada alam sekitar dan berusaha untuk menjaganya dengan sebaik mungkin. Persekitaran Buatan Manusia akan dapat membolehkan murid mengenal pasti kesan bahan kitar semula dan membuat demostrasi pergerakan manipulatif menggunakan bahan kitar semula. Persekitaran Teknologi adalah tema yang bercorak globalisasi, dunia tanpa sempadan, komunikasi internet dan sebagainya. Ianya memberian kesedaran kepada pelajar agar menghargai alam sumulajadi dan khazanah negara kita yang tidak ternilai harganya.

Tema Masyarakat

Terbahagi kepada masyarakat di zaman purba. Masyarakat di zaman batu. Masyarakat pada zaman kini. Bertujuan memperkembangkan daya kognitif, efektif dan psikomotor murid. Mengetengahkan dan menyatakan idea tentang pengetahuan budaya dan sejarah. Dapat memahami kesenian setiap budaya adalah dipengaruhi oleh idea-idea estetik dan sosial, politik, ekonomi dan sebagainya. Ada nilai-nilai murni pada diri yang perlu diterapkan dan diamalkan.

Tema Komunikasi

Terbahagi kepada 2 iaitu komunikasi verbal dan bukan verbal. Ianya dapat meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran murid serta fasih dalam berkomunikasi. Elemen-elemen bukan verbal seperti gerakan mata, sentuhan dan bahasa isyarat dapat dinaiktarafkan.

4.0

PRINSIP-PRINSIP REKAAN DIORAMA

Imbangan

Rentak

Pergerakan

Harmoni

APLIKASI PRINSIP REKAAN DIORAMA

Kesatuan

Warna

Kontra

5.0

BAHAN-BAHAN DALAM PENGHASILAN DIORAMA

aluminium, loyang, kepingan aluminium

cermin, kepingan kaca, tanah liat, polisterina, batu, pasir, plastesin

karangan laut, binatang, bunga, tulang binatang

PENGGUNAAN BAHAN
kepingan plastik

kertas tebal, playwood, kotak

dawai, gam uhu, tali

kepingan tembaga , bahan buangan dari ciptaan manusia

6.0

PERALATAN YANG DIGUNAKAN DALAM PENGHASILAN DIORAMA

GERUDI ELETRIK

PLAYAR PEMOTONG, MUNCUNG, PENGAPIT

TUKUL BESI, TUKUL KAYA DAN GANDEN KAYU

GUNTING DAWAI, ZINK, GERGAJI

ACUAN UNTUK MODEL

RAGUM APIT, RAGUM MEJA

PISAU, GUNTING, PEMBARIS KELULI

7.0

LAKARAN IDEA BAGI PENGHASILAN DIORAMA

Alam semulajadi dan persekitaran Perasaan dalaman, khayalan, dan imaginasi pelukis MENENTUKAN MENENTUKAN SUBJEK DAN ALAT DAN TEMA MEDIA MEMILIH SALAH SATU LAKARAN YANG TERBAIK

Penentuan subjek dan tema, tajuk diorama dan alat serta bahan

MEMBUAT THUMBNAILPRINT Mempunyai lakaran kecil, sketsa yang mantap dan hebat, gagasangagasan dan pengideaan melalui konsep

Memperincikan lakaran
Membuat karya diorama

7.1

Menentukan Subjek atau Tema


Alam semulajadi dan persekitaran

8.0

KEPENTINGAN MENGHASILKAN DIORAMA

Agar dapat memperihalkan semula unsurunsur naratif melalui penampilan imej 2D dan 3D

Memahami dan dapat menghasilkan karya diorama yang baik.

Memahami akan jalan penceritaan terhadap diorama yang dihasilkan

Membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni

Supaya pelajar akan dapat kemahiran, kesedaran dan pengetahuan untuk menghasilkan diorama yang kreatif KEPENTINGAN

Memahami seni itu sendiri dan hubungannya dengan sekeliling

Memahami dan mengambil tindakan terhadap nilai kreativiti dalam aspek seni visual

Mereka cipta diorama melibatkan proses latihan berfikir yang saling berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan

Menghasilkan karya (produk seni) yang asli dan tulin

Mengetahui betapa pentingnya nilainilai seni dalam kehidupan seharian kita

9.0

KEPENTINGAN PENGHASILAN DIORAMA DARI SUDUT PERKEMBANGAN KANAK KANAK

Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Bidang ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi. Bidang Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi perhatian kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.Kita juga dapat memilih alat dan bahan yang sesuai mengikut aktiviti yang dipilih. Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Daripada aktiviti membentuk dan membuat binaan ini kita akan dapat menghasilkan pelbagai jenis kraf terutamanya diorama.

Untuk setiap aktiviti, kita perlu menggunakan tema yang sesuai dengan peringkat perkembangan murid. Sekiranya dirancang dengan rapi, murid dapat melibatkan kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam proses penghasilannya. Selain daripada menggalakkan minat, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak, kita juga perlu fikirkan bagaimana tema tersebut dapat dikaitkan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak. Antara perkembangan yang boleh dilihat adalah melalui ;

9.1

Perkembangan Kognitif

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan diorama.

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga ia membesar.

Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Apabila aktiviti seni disusun dengan bijak dan tersusun, murid-murid akan boleh membuat penilaian dan bagus dalam membuat keputusan.

Selain itu, aktiviti seni visual juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak selain berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses pembelajaran kepada kanakkanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang unik.

9.2

Perkembangan Afektif

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Mereka boleh berfikir akan rekaan kotak diorama yang unik. yang baru dan mencipta sesuatu yang lebih kreatif. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti penghasilan diorama ini. Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek imaginasi mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir.

Oleh yang demikian, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam penghasilan karya.

9.3

Perkembangan Sosial

Umumnya para pelajar suka menarik perhatian guru dengan karya yang hebat dan menarik Proses pengkaryaan yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria kanakkanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka. Penghasilan diorama ini juga dapat memberi peluang kepada murid untuk bergerak secara bebas dalam bilik darjah.

Ruang yang disediakan dalam bilik darjah dapat menggalakkan interaksi murid dengan murid dan murid dengan guru. Aktiviti seni diorama ini merupakan aktiviti yang dapat membantu kanak-kanak mengenali sesuatu objek dengan lebih jelas selain membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka.

Selain itu, pemilihan diorama dalam aktiviti pengajaran seni dapat mewujudkan tahap komunikasi yang baik antara guru , rakan, ahli keluarga dan masyarakat. Pemilihan diorama juga dapat melahirkan semangat saling hormat -menghormati diantara satu sama lain, menghayati karya orang lain dan memupuk semangat toleransi dan nilai-nilai murni.

9.4

Perkembangan Komunikasi

Umumnya lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Oleh kerana pembelajaran merupakan proses komunikasi dan berlangsung dalam satu sistem, maka media pembelajaran seperti diorama menepati posisi yang cukup penting sebagai salah satu komponen sistem pembelajaran. Dengan menghasilkan diorama kita juga mengasah ketajaman berpikir, bertindak dan berusaha untuk meningkatkan komunikasi kita bersama rakan rakan. Penghasilan diorama seperti imej pokok, figura manusia, catan dan arca boleh memberikan tafsiran yang dapat membantu ahli psikologi untuk mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai masalah trauma. Membina diorama merupakan satu kaedah untuk penyampaian maklumat secara tersirat.

Setiap murid mempunyai keupayaan dan sikap yang berbeza terhadap sesuatu aktiviti yang akan dilaksanakan. Pengkaryaan merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui diorama ini, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.

9.5

Perkembangan Psikomotor

Penghasilan diorama merupakan satu kaedah pembelajaran yang sangat baik. Ini kerana dalam menghasilkannya pelajar perlu menggunakan otot-otot tangan dan akan lebih bergerak sendiri dengan lebih aktif. Selain dapat membina kekuatan otot, semua pacaindera terutamanya mata dan tangan akan bertindak balas dan mampu menghasilkan hasilan karya yang baik. Penggunaan pancaindera tersebut dengan memadan suai objek, bahan, batu, guli dan perhiasan untuk menghasilkan sebuah diorama yang cantik dan menarik.

9.6

Perkembangan Kreativiti

Pendidikan Seni Visual sekolah rendah lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini, murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.

Menurut ( Hopkins, 1937 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001 ). kreativiti mempunyai tahapnya tersendiri dan bergantung kepada rangsangan yang berbeza yang kita terima dalam kehidupan kita. Sumber kreativiti berada di hadapan kita. Kita hanya perlu tekun memerhati untuk mengenalinya. Kadang-kala sumber kreativiti berada di belakang kita. Apa yang perlu kita buat ialah hanya menoleh ke belakang sahaja. Darjah kreativiti juga bergantung kepada perkembangan perwatakan individu. Sumber kreativiti ada disekeliling kita. Ada antaranya sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita.

10.0

KELEBIHAN DAN CABARAN DALAM PENGHASILAN DIORAMA

Pendekatan bertema yang kita gunakan banyak memberi ruang dan pengalaman kepada pelajar. Karya yang terhasil adalah sangat menepati tema yang dibuat. Olahan diorama yang dibuat telah menjadikan pelajar berkomunikasi dan membuat penceritaan tentang diorama yang dihasilkan. Diorama yang baik adalah hasil daripada proses artistic yang diekspresikan melalui alat dan bahan, penguasaan unsur seni, prinsip seni dan rekaan seni yang baik. Ianya diolah secara sistematik dan melalui proses pertimbangan- pertimbangan yang baik sempurna dan teratur. Dalam penghasilan diorama oleh pelajar dapat dilihat banyak kelebihan berbanding kekurangannya. Antara kelebihannya adalah seperti berikut ;

10.1

Kelebihan

Pelajar dapat mengasah kemahiran belajar. Daya Kreativiti juga dapat diketengahkan. Pelajar dapat menambah dan meluaskan pengetahuan. Ia menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam pengalaman konkrit. Pelajar dapat belajar tentang penggunaan bahan dan kitar semula bahan. Pelajar boleh belajar tentang keadaan masa kini dan berpeluang belajar tentang budaya lain. Design yang menarik dapat memberikan keindahan dan menarik perhatian, serta memotivasi pengguna untuk mendapatkan pengalaman belajar yang lebih. Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar membuat rujukan kepada objek sebenar. Mahir dan menjadikan pelajar berkemahiran dalam mengaplikasikan alat, bahan dan teknik. Menjadikan seseorang pelajar itu lebih peka pada isu semasa dan sekeliling. Mengenal bakat dan potensi diri.

10.2

Kekuatan

Mengembangkan Persepsi Pelajar tentang Seni Tiga Dimensi Bahan binaan sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan.

Penghasilan diorama dipastikan kuat, kukuh dan selamat Mempunyai imbangan yang menarik sama ada simetri tulen atau tidak tulen. Menguasai prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra,warna, imbangan dan kesatuan yang menarik Asli, unik dan berketerampilan dari segi dapatan. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik dan strategik. Konsep yang betul dibina membolehkan murid melihat benda yang sebenar. Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar. Murid memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda dengan lebih baik. Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu. Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan. Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama lain. Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep pembelajaran melalui penyelidikan.

10.3

Cabaran

Sukar di perolehi di pasaran. Kekangan masa untuk membia model, doirama, atau objek tiruan. Perlu ada ruang yang luas utk menyimpan bahan 3D yang agak besar. Tidak menampilkan unsur gerak, maka diorama dapat menimbulkan salah pengertian atau salah tafsir.

KESIMPULAN

Berdasarkan tugasan kali ini, dapat saya simpulkan bahawa diorama ini tidak boleh dipandangsebelah mata kerana ia juga merupakan tunggak utama dalam membantu perkembangan kank-kanak terutamanya di peringkat sekolah rendah. Ciri-ciri diorama yang agak unik mampumembantu guru memperkembangkan lagi individu kanak-kanak ini dari segi kognitif, afektif,sosial, komunikasi dan psikomotor seterusnya merealisasikan hasrat Falsafah PendidikanKebangsaan (FPK) yang ingin melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi,rohani, intelek dan sosial. Akan tetapi, dengan hanya menggunakan diorama sahaja tidak mampuuntuk membantu perkembangan kanak-kanak ini. Ia juga harus disusuli dengan beberapa aspek yang perlu memberi sokongan dan dorongan bagi memperkembangkan kanak-kanak ini.Oleh itu, saya ingin mencadangkan ibu bapa juga berfungsi sebagai tunggak utama kepada penggerak proses perkembangan kanak-kanak yang sempurna. Hal ini kerana, kanak-kanak adalah lebih dekat tarikannya terhadap ibu bapa mereka terutama apabila mereka masih kecil.Ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mereka sentiasa terdedah dengan aktiviti perkembangan individu yang boleh mendorong mereka ke arah suatu kebaikan. Contohnya, banyakkan pendedahan anak-anak mereka kepada hidupan luar sama ada hidup mahupun bukanhidupan supaya mereka lebih banyak berfikir akan proses kejadian yang berlaku di sebalik itu.Guru juga boleh memainkan peranan mereka di sekolah dengan menggalakkan murid-muridkepada aktiviti atau kegiatan sihat seperti sukan serta nilai-nilai murni yang ditekankan disekolah. Untuk itu, murid-murid akan menjadikan apa yang dipelajarinya sebagai suatu amalandan rutin harian untuk digunakan dalam cara hidup yang sihat.

Membentuk dan membuat binaan dalam pendidikan seni perlu dipandang sebagai satu cabang ilmu yang boleh memberi pengalaman kepada para pelajar. Kefahaman yang mendalam tentang seni serta bidang-bidang ini paling penting dalam penghasilan karya yang bermutu dan bernilai tinggi. Seni melibatkan emosi dimana akan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk

meluahkan perasaan dan menerbitkan rasa gembira, sedih dan riang pada karya. Dari segi kognitif pula ia akan meningkatkan daya pendengaran, kefahaman serta kemahiran membezakan sesuatu yang baik atau tidak. Tahap keyakinan diri juga akan dapat dipupuk dimana mereka akan tampil ke hadapan untuk membentangkan hasil karya mereka.

Dengan membuat binaan diorama ini, murid dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan, terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.

Sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik. Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar. Selain itu guru berperanan memberi motivasi kepada pelajar. Motivasi bermakna seni praktik menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini. Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar supaya akan menyebabkan pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam tingkahlaku yang positif. Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar memperolehi pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktivitiaktiviti yang dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka.

RUJUKAN http://senivisual1.blogspot.com/2009/11/arca.html http://apa-itu-diorama.blogspot.com/2012/05/apa-itu-diorama.html http://en.wikipedia.org/wiki/Diorama Haslina Madon.(2011).HBEF1403 Menggambar OUM.Meteor Doc.Sdn. Bhd.

HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual.OUM. Meteor Doc. Sdn. Bhd

HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-Kanak .OUM. Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, (2006). Teknologi & Rekabentuk Grafik Digital, Kuala Lumpur: Venton Publishing.

Jemaah Nazir Sekolah.(2003). Pengurusan Pendidikan Seni Visual sekolah menengah dan rendah. KL:Kementerian Pendidikan Malaysia Kamarudin Hj. Husin (1993). Pedagogi 3. Penggunaan Psikologi Bilik darjah. Petaling Jaya: Longman Malaysia.

Kathleen Chee (2011) Focus SPM Tingkatan 4 dan 5 Pendidikan Seni Visual. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Selangor

Kathleen Chee.(2011) Siri Rujukan Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Selangor

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni Visual, KBSR. K.L.: DBP.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Modul pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,KBSR.K.L.: DBP.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Modul pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,KBSR.K.L.: DBP.

Mazlan.M.(1997) Pendidikan Seni 1:Prinsip Pendidikan Seni.KL: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Mohd Zairi Husain. (2011). HBAE2203 Membentuk Dan Menbuat Binaan .Open Universiti Malaysia. Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Prof. Dr. Haji Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat & Zuraimi Zakarial. (2011).

Rousliluddin Ambia, Mohd Jamel Hj, Mohd Taslim Abd Rahim & Manan Sarbani. (2011). . Zulkifli Yaakob & Mohd Jamel Ismail. (2008). HBAE1403 Seni Dalam Pendidikan.Open Universiti Malaysia. Meteor Doc. Sdn. Bhd.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL Mata Pelajaran Tahun Bidang Kegiatan Aktiviti / Teknik Tema Tajuk Masa Objektif Pengajaran : Pendidikan Seni Visual : Pendidikan Khas - Sinaran : 3. Membentuk dan Membuat Binaan : Menghasilkan Diorama : Flora dan Fauna : Taman Bunga : 1 jam ( 60 minit ) :

- Guru dapat mengajar murid untuk menghasilkan binaan diorama bertemakan taman bunga. Hasil Pembelajaran :

Pada akhir pembelajaran murid dapat :- Mengenali aktiviti menghasilkan diorama. - Memahami dan mengaplikasikan cara-cara menghasilkan diorama bertemakan taman bunga - Menceritakan proses untuk menghasilkan diorama bertemakan taman bunga. Penerapan Nilai Kemahiran Berfikir : Yakin, menghargai : Mengklasifikasi :

Pengetahuan Sedia Ada Murid

- Murid telah biasa melihat ataupun pergi ke taman bunga. - Murid pernah mewarnakan gambar taman bunga.

Hasil Pembelajaran Murid

Pada akhir pembelajaran murid dapat :- Menghasilkan binaan diorama bertemakan taman bunga menggunakan teknik yang betul. - Menyatakan langkah-langkah menghasilkan binaan diorama. Nilai Murni : Bersih, hormat menghormati, kerjasama

Unsur KBKK : Konstruktivisme BBM : Kotak kasut, gam, gunting, tali, kertas warna, pensil warna, double sided tape

PROSEDUR i. Guru menentukan aras pembelajaran supaya sesuai dengan tahap murid. ii. Guru merancang strategi pengajaran dengan teratur supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dengan menerapkan kemahiran-kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. iii. Memulakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan set induksi. iv. Guru memberi penerangan kepada murid cara-cara membuat binaan diorama bertemakan taman bunga. v. Memberi bimbingan kepada murid dalam menyiapkan binaan diorama. vi. Mempamerkan contoh hasil kerja yang telah siap. vii. Apresiasi dan refleksi. viii. Penutup - Sosial atau Kognitif

Jadual Pelaksanaan Catatan Perkara / Masa Isi Kandungan Aktiviti P&P (strategi / kaedah, ABM, nilai dan ilustrasi )

Set Induksi (3 minit)

Gambar taman bunga

Aktiviti Guru : - Guru menunjukkan gambar taman bunga. - Guru menarik perhatian murid berkaitan gambar yang ditunjukkan dengan mengajukan beberapa soalan.

Kaedah : Kelas

Strategi : Guru bersoal jawab dengan murid

ABM : Laptop LCD

Aktiviti Murid : - Murid melihat gambar yang ditunjukkan - Murid memberi respon dan menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru Konsep 5P : Penggabungjalinan kemahiran dalam Subjek Sains

Pengenalan Konsep Langkah 1 (5 minit)

Pengenalan tajuk aktviti pelajaran dan penerangan konsep

Aktiviti Guru : - Guru mengaitkan aktiviti di Set Induksi dengan tajuk/aktiviti yang akan

Kaedah : Kelas

Strategi : Penerangan guru

-Penerangan konsep Diorama

dipelajari - Guru menerangkan definisi dan konsep diorama ABM : Laptop

Perkembangan Langkah 2 (5 minit)

Aktiviti Guru :

LCD

- Guru menunjukkan contohcontoh diorama (paparan slide bergambar)

Aktiviti Murid : - Murid mendengar

penerangan guru - Murid menjawab soalansoalan berkaitan yang ditujukan oleh guru

Perkembangan Penerangan tentang tajuk, Langkah 3 (5 minit) bahan-bahan dan aktiviti yang akan dijalankan

Aktiviti Guru : - Guru memperkenalkan alat dan bahan yang akan digunakan untuk aktiviti hari ini - Guru menunjukkan hasil karya yang telah siap

Kaedah : Kelas

Strategi : Penerangan dan memberi contoh

ABM : Contoh hasil karya

Aktiviti Murid : - Murid mendengar penerangan guru berkaitan tajuk dan aktiviti yang akan dipelajari. - Murid melihat, meneliti dan memegang contoh hasil karya . Ilustrasi : Contoh Hasil Karya Nilai : Menghargai

Tunjukcara / demonstrasi

Aktiviti Guru : - Guru menunjukkan cara

Kaedah : Kelas

Cara penghasilan : 1) Menyediakan kotak / membalut kotak 2) Menghias bahagian dalam kotak / pemandangan belakang taman 3) Melukis, menggunting Langkah 4 (7 minit) dan menghasilkan bentuk-bentuk bunga 4) Melukis, mewarna dan menggunting gambar binatang kecil 5) Melakar dan menggunting bentukbentuk pokok 6) Menyusun atur dan menghias bahagian dalam kotan menggunakan hiasan yang telah dibuat

membina diorama taman bunga - Guru menunjukkan carta penghasilan diorama secara berperingkat - Guru meminta murid untuk turut serta dalam sesi tunjukcara.

Strategi : Penerangan dan tunjukcara ABM : Kotak Kasut, Kertas warna, Pensil. Warna, Gunting, Tali, Double SideTape

Aktiviti Murid : - Murid melihat tunjukcara yang ditunjukkan oleh guru.dan menyatakan langkah-langkah bagi membina diorama taman bunga - Murid turut serta dalam demonstrasi guru dengan bimbingan dan panduan guru Nilai : Kebersihan

Langkah 5 (30 minit)

Gerakerja murid

Aktiviti Guru : - Guru membimbing dan

Kaedah : Individu / Kelas

- menghasilkan binaan diorama

memberi panduan kepada murid semasa aktiviti dijalankan

Aktiviti Murid : - Murid menghasilkan diorama mengikut langkahlangkah yang telah ditunjukkan

Strategi : Bimbingan membina diorama ABM : Kotak Kasut, Kertas warna, Pensil. Warna, Gunting, Tali,

Langkah 6 (7 minit)

Penilaian hasil kerja murid dalam menghasilkan binaan diorama taman bunga

Aktiviti Guru : - Guru meminta beberapa orang murid menunjukkan hasil kerja mereka - Guru meminta murid lain membuat penilaian dan ulasan Aktiviti Murid : - Murid yang dipilih menceritakan serba sedikit tentang hasil karya mereka. - Murd-murid lain akan membuat ulasan bersamasama guru.

Kaedah : Individu / Kelas

Strategi : Mempamerkan hasil kerja yang siap Nilai : Menghargai Hormatmenghormati

TKP : Intrapersonal

Penutup (3 minit)

Membuat rumusan -Kognitif -Sosial

Guru membuat rumusan tentang teknik dan kualiti hasil karya murid dan menerapkan nilai-nilai murni

Kaedah : Kelas Strategi : Merumus hasil kerja murid. Nilai : Menghargai

DIORAMA YANG DIHASILKAN 1. Lakaran lukisan diorama yang dibuat.

2. Proses mewarna lukisan diorama yang dilakarkan.

3. Proses terakhir menyiapkan diorama / buat kerangka.

DIORAMA YANG TELAH DISIAPKAN

Tema dan Subjek

: Alam Semulajadi.

Tema ini dipilih kerana berkait rapat dengan kehidupan dan ianya dapat memudahkan pemahaman kita secara menyeluruh mengenai tajuk yang dipilih. Tema ini menonjolkan tentang pemandangan / keadaan di dasar laut yang menunjukkan kehidupan ikan-ikan dan tumbuhan yang hidup di dasar laut.

Tajuk

: Pemandangan di Dasar Laut.

Tajuk diorama ini pula adalah tentang pemandangan dan situasi di dasar laut. Kehidupan ikan pemangsa ( jerung ) yang bebas bergerak untuk mencari makanan ( mangsa ), berlainan pula dengan kehidupan ikan-ikan yang kecil, yang tidak bebas untuk bergerak kerana takut menjadi mangsa ikan-ikan yang besar ( pemangsa ). Tajuk ini juga menonjolkan hubungan kekeluargaan. Melalui penghayatan dalam tema ini, ianya mendapat pendedahan tentang hubungan kekeluargaan semasa keluar. Kepentingan pemilihan tajuk ini termasuklah untuk menyemai nilai-nilai murni kekeluargaan dalam diri.

You might also like