You are on page 1of 14

1.0 PENGENALAN Belajar adalah suatu kegiatan yang tidak terpisah dalam kehidupan manusia.

Kegiatan belajar dapat mengembangkan potensi- potensi yang dibawa sejak lahir. Kompenan- kompenan yang ada dalam Pengajaran dan Pembelajaran ialah guru dan murid. Persekitaran yang menggalakkan akan mempercepat, perkembangan, keupayaan, kebolehan menguasai sesuatu yang pada akhirnya membawa kepada perubahan yang positif. Perubahan positif itu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Sejak kecil lagi, kita sentiasa mengalami proses pembelajaran yang berterusan tidak kiralah formal atau tidak formal. Justeru itu, suasana dalam belajar yang konduktif pastinya bergantung kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan yang dijalankan oleh guru di dalam bilik darjah atau luar bilik darjah. Penglibatan yang aktif dan interaksi yang baik perlu diwujudkan antara guru dan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dalam proses alam belajar ini, guru memainkan peranan penting untuk merangsang minat murid- murid seterusnya membawa kepada keberkesanan pembelajaran mereka. Terdapat pelbagai jenis pendekatan yang boleh dirancang oleh guru. Sebagai guru perlulah mengetahui dan arif tentang pendekatan pengajaran yang mutakhir yang merangkumi kecekapan berbahasa, menguasai sistem bahasa dan kebolehan menggunakan bahasa yang sesuai dengan konteks dan sosiobudaya.

Pendekatan haruslah berlandaskan kepada model, pinsip atau teori pembelajaran. Misalnya daripada konkrit kepada abstrak, daripada mudah kepada kompleks dan daripada keseluruhan kepada bahagia agar murid- murid dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa pendekatan pengajaran bahasa yang penting yang perlu dikuasai oleh guru iaitu pendekatan Induktif, Elektif, Tematik, Deduktif dan Intergratif.

2.0 PERBANDINGAN ANTARA PENDEKATAN INDUKTIF DAN PENDEKATAN DEDUKTIF 2.1 KONSEP INDUKTIF - Pendekatan induktif merupakan pendekatan mengajar yang melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi. - Pendekatan ini bersifat pemusatan murid dan lebih menekankan penglibatan mereka dalam pengalaman pembelajaran - Pendekatan induktif mengutamakan contoh penggunaan bahasa daripada undangundang atau peraturan bahasa. - Guru memulakan pengajarannya dengan memberikan contoh yang khusus tetapi mengandungi prinsip yang sama. - Berdasarkan kepada contoh- contoh yang diberikan, murid- murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contohcontoh khusus itu. -Kemudian berpandukan contoh- contoh yang dibuat guru akan memandu murid- murid supaya dapat membuat satu kesimpulan yang sesuai berdasarkan contoh- contoh yang diberikan - Pada akhir pengajaran guru perlu membuat generalisasi. Memerhati Contoh- contoh Khusus Mengkaji Mengenal pasti Mentaksir Membuat generalisasi

2.2 KONSEP DEDUKTIF - Pendekatan deduktif merupakan satu pendekatan mengajar yang mengasaskan pengajaran dan pembelajaran murid kepada hukum- hukum tertentu. - Pendekatan ini selaras dengan teori Pembelajaran Gestalt yang menjelaskan kita mempelajari sesuatu situasi secara keseluruhan sebelum mempelajari elemenelemen situasi itu. - Pendekatan Deduktif ini mengutamakan penguasaan undang- undang ataupun peraturan bahasa daripada penggunaan bahasa. - Guru memulakan pengajaran dengan memberitahu objektif pelajaran pada peringkat awal. - Murid dibimbing mengingati kembali hukum, prinsip, teori atau peraturan yag berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapatkan kesimpulan yang baru. Rumus, prinsip atau peraturan yang telah diketahui

Konsep Deduktif

Aplikasi rumus, prinsip, teori atau peraturan

Mendapatkan rumus, prinsip, teori atau peraturan yang baruatau peraturan yang baru.

2.3 PERBANDINGAN ANTARA KONSEP PENDEKATAN INDUKTIF DAN KONSEP PENDEKATAN DEDUKTIF PENDEKATAN INDUKTIF Khusus kepada umum Pengajaran mendapatkan hukum Banyak menggunakan contoh Bersifat pemusatan murid Mengutamakan penggunaan bahasa Memperkenalkan pengetahuan dan memberilan pengalaman PENDEKATAN DEDUKTIF Umum kepada khusus Pengajaran berdasarkan hukum Kemukakan generalisasi Bersifat pemusatan guru Mengutamakan penguasaan undang- undang atau peraturan bahasa Banyak menekankan aspek tulisan

2.4 RUMUSAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDEKATAN INDUKTIF

Murid Meneliti Contoh

Mengumpul data berdasarkan contohcontoh lain

Menganalisis dan mengkaji data yang dikumpulkan

Membuat generalisasi atau rumusan atau kesimpulan

2.5 RUMUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDEKATAN DEDUKTIF Guru mengemukakan generalisasi

Murid memahami generalisasi

Murid meniru contoh dan mengenal pasti contoh- contoh lain

3.0 PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN PENDEKATAN INDUKTIF - Guru harus menyediakan contoh- contoh yang sesuai untuk murid membuat generalisasi sebelum memulakan aktiviti P & P. - Soalan- soalan haruslah disediakan untuk membimbing murid mendapatkan kesimpulan. - Murid- murid dibimbing melalui aktiviti soal jawab untuk mendapat kesimpulan sendiri. - Guru tidak harus memberi keterangan atau menghuraikan isi pelajaran yang berkaitan dengan kesimpulan. - Contoh- contoh khusus harus dipelbagaikan tetapi mengandungi ciri- ciri yang sama serta mudah untuk murid mengenalpasti. - Contoh- contoh tersebut haruslah sesuai dan mencukupi. - Alat bantu mengajar hendaklah disediakan untuk membantu murid mendapatkan kesimpulan. - Kaedah ini hendaklah mengikut urutan yang tepat, iaitu daripada contoh- contoh spesifik kepada umum.

3.1 PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN PENDEKATAN DEDUKTIF - Peringkat permulaan, masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu. - Murid- murid hendaklah dibimbing mengingat kembali rumus generalisasi, prinsip atau teori agar mereka boleh menyelesaikan masalah. - Generalisasi, prinsip atau teori yang boleh hendaklah diketahui dan difahami dengan mendalam - Penggunaan pendekatan deduktif haruslah dilaksanakan mengikut prosedur dengan tepat. - Proses menyelesaikan masalah tidak terhad kepada menggunakan satu generalisasi, prinsip, teori atau rumus yang telah dipelajari. - Guru tidak perlu menunjukkan cara menyelesaikan masalah atau menghuraikan cara membukti hipotesis tetapi membimbing murid melalui aktiviti soal jawab sehingga mereka menjalankan aktiviti penyelesaian masalah sendiri.

4.0 Ciri-CIRI PENDEKATAN INDUKTIF - Matlamat pendekatan induktif ialah pembentukan kebiasaan. - Guna pengantaraan deria untuk mendapatkan pengetahuan. - Perlu kekerapan pengulangan dalam pelbagai konteks untuk kuasai sesuatu kemahiran. - Tekankan pengajaran berbentuk konkrit. - Beri peluang kepada murid belajar di bawah bimbingan guru. - Penglibatan murid secara aktif ditekankan. - Wujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan. - Bimbingan dan bantuan guru diperlukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. - Penekanan aspek lisan.

4.1 CIRI-CIRI PENDEKATAN DEDUKTIF - Pembelajaran mementingkan pengetahuan yang akan diperoleh oleh murid. - Pendekatan ini menggunakan pengantara fikiran untuk mendapatkan ilmu. - Penyusunan isi mestilah dimulakan daripada keseluruhan kepada yang lebih kompleks.

- Pembelajaran kefahaman lebih kekal daripada hafalan. - Bersifat ideasionalisme untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. - Memulakan pengajaran dengan generalisasi dan kemudian diikuti dengan contohcontoh. - Pembelajaran kefahaman lebih diutamakan.

5.0 APLIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PENGAJARAN DI BILIK DARJAH 5.1 PENDEKATAN INDUKTIF

Mata Pelajaran Tajuk Objektif

: Bahasa Melayu : Kata Kerja : 1. Murid dapat menyatakan empat kata kerja yang dilakonkan. 2. Membina ayat menggunakan kata kerja.

Langkah- langkah Pengajaran dan Pembelajaran i) Guru menunjukkan gambar sebuah keluarga yang sedang bepindah ke rumah baharu. ii) iii) Murid meneliti gambar yang dipaparkan. Guru memilih beberapa orang murid untuk melakonkan watak dalam gambar contoh mengusung peti sejuk, mengangkat kotak. iv) v) Murid- murid diminta menyatakan situasi- situasi yang dilakonkan oleh rakan. Berdasarkan jawapan murid- murid mengenai apa yang mereka lihat berdasarkan lakonan itu, guru memperkenalkan konsep kata kerja. vi) Kemudian murid- murid diminta memberi contoh- contoh kata kerja yang lain.

vii)

Murid- murid diminta membina ayat berdasarkan kata kerja yang diberikan.

6.0 APLIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH

6.1 Pendekatan Deduktif

Mata Pelajaran Tajuk Objektif

: Bahasa Melayu : Ayat Tunggal : 1. Murid dapat memahami ayat tunggal berdasarkan petikan teks. 2. Murid dapat menulis 3 daripada 5 ayat tunggal dengan betul.

Langkah- langkah Pengajaran dan Pembelajaran i) ii) Guru mengedarkan petikan dan meminta murid membaca kuat petikan. Guru memberikan penerangan berserta contoh tentang cara menulis ayat tunggal dengan betul.

iii)

Guru meminta murid mencari dan mengariskan ayat tunggal yang terdapat dalam petikan. Guru meminta murid memberi contoh- contoh lain ayat tunggal.

iv)

v)

Secara individu murid diminta membina ayat tunggal berdasarkan beberapa lembaran kerja yang disediakan.

7.0 IMPLIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH

7.1 Kelebihan Pendekatan Induktif - Murid mengetahui tujuan pembelajaran kerana guru memberi maklumat- maklumat yang akan memberikan gambaran awal terhadap P & P. - Guru membimbing murid sehingga pelajar faham P & P tersebut. - Pendekatan ini mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dengan murid bagi kefahaman murid. - Guru perlu mempunyai pelbagai corak persoalan bagi meningkatkan kefahaman pelajar. - Pelajar dapat berfikir dengan lebih kritis dan kreatif. - Merangsang kebolehan mental dan melibatkan pelajar secara aktif dalam P & P. - Sikap berdikari dalam usaha mempelajari dan memahami sesuatu konsep. - Dapat belajar cara menghadapi masalah, merancang strategi penyelesaian sehingga mencapai tahap membuat keputusan.

7.2 Kelemahan Pendekatan Induktif Terlalu bergantung kepada guru sepenuhnya . Guru perlu mempunyai kemahiran yang mandalam tentang soalan- soalan yang ingin ditanya. Bergantung kepada contoh- contoh yang guru timbulkan. Pembelajaran tidak dapat dijalankan apabila guru dan muridnya tidak suka membaca. Pendekatan ini sukar mendapat kerjasama daripada murid- murid Membazirkan masa kerana murid- murid dikehendaki memberikan contohcontoh yang banyak. Membebankan guru kerana perlu membuat perancangan dan persediaan yang rapi.

7.3 Kelebihan Pendekatan Deduktif - Memudahkan tugas guru kerana hanya perlu mengemukakan prinsip asal sahaja kemudian murid menggunakan prinsip berkenanaan. - Pendekatan ini cepat dan menjimatkan masa. - Sesuai untuk pelajar yang tidak membuktikan fakta dengan sendiri. - Tidak ada risiko mendapatkan hasil yang salah atau tidak sempurna. - Cara yang mudah untuk menyampaikan isi pelajaran. - Menjimatkan masa dan tenaga kerana guru tidak perlu membuat banyak persediaan.

7.4 Kelemahan Pendekatan Deduktif - Sesuai diajar kepada murid pandai sahaja sebab mereka mudah memahami dan mengikutinya. - Penyampaian pengajaran mengambil masa yang lama untuk guru memberi kefahaman kepada muris- murid - Pendekatan ini lebih menitikberatkan kepada kemahiran bertulis semata- mata. - Penglibatan murid agak pasif kerana pendekatan ini lebih kepada pemusatan guru. - Tahap kefahaman murid- murid dan kadar penyimpanan maklumat yang telah dipelajari lemah.

You might also like