You are on page 1of 21

1. Bahasa Melayu mempunyai empat bentuk imbuhan. Nyatakan KEEMPAT-EMPAT bentuk imbuhan tersebut.

a) Awalan Imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan kata dasar. Cth. : berlari dan terkejut. b) Akhiran Imbuhan yang hadir selepas kata dasar. Cth. : jahitan dan seniman. c) Apitan Imbuhan yang hadir serentak. Cth. : perniagaan dan melalui. d) Sisipan Imbuhan yang hadir di celah kata dasar. Cth. : telunjuk dan gerigi. 2. Kata majmuk terhasil melalui proses pemajmukan. Berikan DUA bentuk kata majmuk yang terdapat dalam bahasa Melayu dan contoh untuk setiap satu bentuk. a) Rangkaian Kata Bebas Cth. : nasi minyak, air hujan dan Profesor Madya. b) Istilah Khusus Cth. : garis pusat, urus setia dan kertas kerja. 3. Winstedt (1927) merupakan salah seorang tokoh yang mengkaji golongan kata bahasa Melayu. Berikan EMPAT golongan kata bahasa Melayu yang disenaraikan oleh Winstedt dan contoh untuk setiap satu golongan. Winstedt(1927) membahagikan perkataan-perkataan bahasa melayu kepada dua golongan besar, iaitu : i. Golongan Major yang dibahagikan kepada tiga subgolongan ; a. Kata Namaan, b. Kata Adjektif, c. Kata Kerjaan. ii. Golongan Minor yang dibahagikan kepada enam subgolongan ; a. Ganti Nama b. Angka c. Kata Keterangan d. Kata Sendi dan Kata Depan e. Kata Hubung f. Kata Seru

4. Jelaskan secara ringkas DUA jenis kata ganda bahasa Melayu dan berikan contoh untuk setiap satu jenis. a) Penggandaan penuh : Cth. : buku-buku, murid-murid dan pegawai-pegawai. b) Penggandaan berentak : Cth. : cerai-berai, hingar-bingar, dan mandi-manda. 5. Kata penguat ialah sejenis kata tugas. Nyatakan DUA jenis kata penguat yang terdapat dalam bahasa Melayu dan contoh bersesuaian untuk setiap kata penguat. a) Penguat Hadapan: : Kata penguat hadapan ialah perkataan yang letaknya di hadapan kata adjektif. : Cth. : terlalu, paling, dan agak b) Penguat belakang: Kata penguat belakang ialah perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif Cth. : sekali, benar, dan nian
1

6. Subjek dan predikat merupakan unit yang terdapat dalam binaan peringkat klausa. Berikan definisi bagi subjek dan predikat. a) Subjek : Konstituen yang sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan. b) Predikat : Kumpulan perkataan yang terfolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek. Cth. pembahagian subjek dan predikat: Subjek Ali Adik bongsuku Pegawai kanan pejabat itu Rumah kediamannya Predikat guru sementara di sekolah itu. sedang tidur di serambi rumah. amat rajin dan cekap pula di Kampung Malaysia Tambahan dalam Wilayah Persekutuan.

7. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis ayat tunggal. Berikan DUA jenis ayat tunggal bahasa Melayu dengan contoh nya. a) Ayat Penyata Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan atau keterangan tentang sesuatu hal. Cth. : i. Jamaliah eksekutif. ii. Pokok di hadapan sekolah itu rendang. iii. Kucing itu sedang tidur. b) Ayat tanya Ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Ayat ini ditandai dengan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Ayat tanya boleh digolongkan kepada ayat tanya dengan kata tanya dan ayat tanya tanpa kata tanya. Cth. : i. Benda itu apa? (ayat tanya dengan kata ganti nama tanya) ii. Apakah benda itu? (penambahan partikel kah) iii. Apa benda itu? (pendepanan kata ganti nama tanya) iv. Gurunya siapa? (ayat tanya dengan kata ganti nama tanya) v. Siapakah gurunya? (penambahan partikel kah) vi. Siapa gurunya? (pendepanan kata ganti nama tanya) 8. Salah satu struktur frasa nama terdiri daripada binaan Inti + Penerang. Jelaskan konsep inti dan penerang dalam frasa nama. Inti ialah unsur yang diberi dari segi makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna, sementara penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu. Frasa Nama jenis ini boleh terbentuk daripada jenis-jenis hubungan yang berikut : (i) Inti + Penerang Nama Cth. : Askar Melayu Diraja berbaris di padang.
2

(ii) Inti + Penerang Bukan Nama Cth. : Orang itu bapa saya. 9. Dengan memberikan contoh, nyatakan EMPAT jenis frasa dalam bahasa Melayu. a) Frasa Nama Frasa nama ialah binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Binaan frasa nama adalah seperti berikut: (i) Inti + penerang nama : Cth. ayat : Guru sekolah agama itu guru saya. (ii) Inti + penerang bukan nama : Cth. ayat : Lima orang murid tidak hadir. (iii) Inti + inti : Cth. ayat : Keluar masuk untuk pelajar sahaja. b) Frasa Kerja Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya ialah kata kerja. Kata kerja tersebut boleh merupakan kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, sedangkan kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain. Cth. Frasa Kerja Tanpa Objek (Kata kerja tak transitif) : i. Ali berjalan. ii. Adik bongsuku sedang tidur. Cth. Frasa Kerja Mengandungi Objek (Kata kerja transitif) : i. Pegawai kanan ini mempengerusikan mesyuarat. ii. Gembala itu menghalau binatang ternakannya. c) Frasa Adjektif Frasa Adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif sebagai kata intinya. Cth. Frasa Adjektif dengan satu perkataan : i. Pelayan kedai Pak Amrin rajin. ii. Kawan-kawan Ahmad bijak. Cth. Frasa Adjektif dengan dua perkataan : i. Hidupnya riang gembira. ii. Mukanya pucat lesi. d) Frasa Sendi Nama Frasa sendi nama ialah binaan ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Frasa sendi nama dalam ayat terbentuk dalam binaan seperti berikut : a) kata sendi nama + frasa nama Cth. : Dia berdiri di jambatan. b) kata sendi nama + kata nama arah + frasa nama Cth. : Pak Akob menanam keladi di belakang rumahnya. c) kata sendi nama + (kata nama arah) + frasa nama + (frasa keterangan) Cth. : Malik ke utara negeri Jepun pada tahun ini.

10. Nyatakan DUA jenis ayat majmuk keterangan. Berikan contoh bagi setiap satu. a) Keterangan Musabab Keterangan musabab merupakan unsur yang menerangkan sebab-sebab sesuatu kejadian atau perbuatan berlaku. Antara Cth. kata hubung keterangan musabab ialah kerana, lantaran dan oleh sebab. Cth. : i. Oleh sebab hari hujan, perlawanan bola sepak itu terpaksa ditunda ke hari lain. ii. Saya tidak dapat menyiapkan tugasan itu kerana komputer saya rosak. b) Keterangan Syarat Keterangan syarat merupakan unsur yang menerangkan sesuatu tuntutan yang perlu dipenuhi. Kata hubung keterangan syarat ialah sekiranya, andai kata, jikalau, jika dan kalau. Cth. : i. Sekiranya dia lulus peperiksaan dengan cemerlang, ayahnya akan menghadiahinya sebuah basikal. ii. Andai kata terdapat bantahan daripada para perwakilan, pelaksanaan projek itu akan dibatalkan. 11. Terangkan konsep morfologi yang paling komprehensif (lengkap dan ringkas). Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. 12. Huraikan apa maksud morfem dan terangkan mengapa ada dua jenis morfem. Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Morfem boleh dibahagikan dua mengikut sifatnya iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Sebagai Cth., perkataan sekolah dan laut ialah morfem-morfem bebas, tetapi imbuhan ber - dalam bersekolah dan - an dalam lautan ialah morfem-morfem terikat, oleh sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar. 13. Jelaskan kedudukan imbuhan dalam kajian morfologi dan nyatakan jenis-jenis imbuhan dalam bahasa Melayu. Menurut Nik Safiah Karim dan rakan (1996), proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa merupakan proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan. Imbuhan bermaksud unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya dan boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan. 14. Huraikan bagaimana imbuhan asing masuk ke dalam bahasa Melayu dan berikan contoh imbuhan-imbuhan itu dalam perkataan dan nyatakan bahasa sumbernya. Sistem imbuhan asing telah dipinjam untuk menampung kemasukan bentuk-bentuk kata pinjaman terutamanya yang berkaitan dengan keperluan peristilahan. Imbuhan asing dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu mengikut bahasa asal seperti berikut :.
4

i. Imbuhan Sanskrit Cth. ; Awalan : maha-, dwi- dan tri-. Akhiran : -wan, -man, -wati, dan -nita. ii. Imbuhan Arab-Parsi Cth. ; Awalan : bi-. Akhiran : -wi, -iah, dan -at. iii. Imbuhan Yunani-Latin-Inggeris Cth. ; Awalan : pro-, anti-, sub-, dan supra-. Akhiran : -isme, -ik, -si, dan -al. 15. Terdapat empat bentuk perkataan dalam bahasa Melayu. Jelaskan bagaimana KEEMPAT-EMPAT bentuk itu terbina dan berikan contoh - contoh nya. a) Kata Tunggal Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata. Dengan berasaskan pelaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada dua jenis : i. Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri Cth.: Kamu, Sudah? dan Ini? ii. Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Cth.: di mana?, ke Kuala Lumpur dan dari Terengganu b) Kata Terbitan Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan sama ada : i. Awalan Cth.: dimakan, dan bertemu ii. Akhiran Cth. : tekanan, dan pamerkan iii. Apitan atau sisipan Cth. : gemuruh, dan pergaduhan c) Kata Majmuk Bentuk kata majmuk lahir melalui proses pemajmukan, iaitu proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. dan tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. i. Kata Majmuk Rangkai Kata Bebas Cth.nya: alat tulis, bom tangan, dan Perdana Menteri ii. Kata Majmuk Istilah Khusus Cth.nya: batu kapur, carta pai, dan kanta tangan iii. Kata Majmuk Maksud Kiasan Cth.nya: batu api, makan angin, dan ringan mulut d) Kata Ganda Proses penggandaan ialah proses yang menggandakan kata dasar. Tiga jenis penggandaan : i. Penggandaan penuh Cth. : guru-guru, rumah-rumah, dan sekolah-sekolah ii. Penggandaan separa Cth. : lelangit, sesiku, dan jejari
5

iii. Penggandaan berentak Cth. : bukit-bukau, anak-pinak, dan sayur-mayur. 16. Morfologi dan sintaksis merupakan bidang linguistik yang mendasari kajian tentang tatabahasa sesuatu bahasa. Beri takrifan anda tentang kedua-dua istilah tersebut. Dalam bahasa melayu, Morfologi ialah bidang yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan golongannya. Sintaksis pula bidang yang mengkaji ayat dari segi struktur, bentuk, dan binaannya. Morfologi merupakan kajian spesifik berfokuskan kata dan melalui sintaksis dapat dilihat bagaimana ayat dibina. Kedua-dua bidang ini berkait rapat dan saling bergantungan kerana sintaksis adalah pelengkap dan lanjutan pada kajian Morfologi. 17. Apakah yang anda faham tentang kata ganda? Beri TIGA bentuk kata ganda berserta takrifan dan contoh yang sesuai. # Rujuk soalan 15d 18. Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada DUA jenis. Dengan contoh ayat yang sesuai, jelaskan penyataan ini. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: a) Kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat aktif. Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran kan atau i. Cth. : i. Muhammad Syafiq menendang bola itu. ii. Murid-murid menyertai rombongan itu. b) Kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat pasif. Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. Cth. : i. Bola itu ditendang oleh Muhammad Syafiq. ii. Rombongan itu disertai oleh murid-murid. 19. Ayat majmuk ialah ayat yang terbentuk daripada gabungan dua atau lebih ayat tunggal. Berdasarkan cara ayat tersebut dibentuk, nyatakan jenis-jenis ayat majmuk dan bina satu ayat bagi setiap jenis. Ayat majmuk dapat dijeniskan kepada empat, iaitu: i. Ayat Majmuk Gabungan Cth. ayat : Peserta senam robik melompat-lompat, girang, berpeluh-peluh. ii. Ayat Majmuk Pancangan Cth. ayat : Bas yang dinaiki oleh para pelancong itu terbabas ke dalam gaung. iii. Ayat Majmuk Campuran Cth. ayat : Sofea sedang mengulang kaji pelajarannya, tetapi kawan-kawannya yang letih telah lama dibuai mimpi. iv. Ayat Majmuk Pasif Cth. ayat : Teater yang amat menyayat hati ditonton oleh mahasiswa.
6

20. Ayat tunggal dalam bahasa Melayu boleh juga wujud dalam susunan songsang. Nyatakan DUA bentuk susunan songsang tersebut dengan mengemukakan contoh ayat yang sesuai. a) Seluruh bahagian predikat dalam ayat dibawa ke hadapan Cth. ayat : i. Sudah pulang kawan-kawan kamu? ii. Sungguh cantik tulisan budak perempuan itu. b) Sebahagian predikat dalam ayat dibawa ke hadapan Cth. ayat : i. Ke sekolah mereka pergi untuk bermain bola jaring. ii. Berkejaran budak-budak itu di taman permainan. 21. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) menyatakan bahawa morfologi ialah kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuklah infleksi (pengimbuhan), terbitan dan pemajmukan. Dengan memberikan EMPAT contoh yang sesuai setiap satu nyatakan bentuk-bentuk imbuhan yang terdapat dalam bahasa Melayu bagi pembentukan kata. Cth.-Cth. Imbuhan: a) Awalan di-, per-, ter-, dan ber-. b) Akhiran -an, -kan, -man, dan -wati. c) Sisipan -el-, -er-, -em-, dan -ind) Apitan per-...-an, ke-...-an, me-...-kan, dan di-...-kan. 22. Kata adjektif boleh terbentuk berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk secara menerima imbuhan; sama ada imbuhan awalan, apitan, atau sisipan. Huraikan EMPAT cara mengikut pandangan Ideal, UPM bagaimana kita dapat memastikan kata adjektif sifatan atau keadaan. Kata adjektif sifatan atau keadaan ialah kata yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama. Kata adjektif jenis ini dapat dilihat melalui empat keadaan iaitu: a) Keadaan sifat atau rupa sesuatu benda yang dapat dilihat seperti menakjubkan, canggih, mempesonakan. b) Keadaan yang dipunyai oleh sesuatu (benda, orang) seperti cantik, mulia, bersedia, pagan. c) Tanda yang khusus untuk mengenal sesuatu benda. d) Pembawaan seseorang seperti perangai, tabiat atau watak seperti pemurah, pemarah, penyayang, pelupa, ramah. Sedap, lazat, kelat, pahit Molek, buruk, tampan, gagah Nyaring, mersik, garau, lunak Halus, kesat, lembap, licin Jenis Pancaindera 1) Sentuh 2) Pandang halus molek Cth. Berkaitan kesat buruk
7

3) Rasa 4) Dengar

sedap nyaring

lazat mersik

23. Sintaksis dalam bahasa Melayu ialah cabang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur, binaan, atau konstruksi ayat dan juga hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun di dalam ayat. (a) Berdasarkan kenyataan di atas, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan subjek dan predikat dalam binaan ayat bahasa Melayu. Subjek ialah konstituen yang sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan. Manakala Predikat pula merupakan kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek. (b) Setiap ayat yang mengandungi subjek dan predikat juga boleh disongsangkan, iaitu dengan meletakkan sama ada subjek dahulu dan kemudian predikat ataupun predikat dahulu dan kemudian subjek. Dengan berpandukan kenyataan ini, songsangkan ayat-ayat berikut: i. Ali guru mata pelajaran sains di sekolah itu. Guru mata pelajaran sains di sekolah itu Ali. ii. Adik sulungku sedang tidur di serambi rumah. Sedang tidur di serambi rumah adik sulungku. iii. Pegawai kerani di pejabat itu amat rajin dan cekap menggunakan komputer. Amat rajin dan cekap menggunakan komputer di pejabat itu pegawai kerani. iv. Rumah kediamannya di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Di Kampung Baru, Kuala Lumpur rumah kediamannya. 24. Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif. (a) Dengan merujuk kepada kedua-dua ragam ayat tersebut bincangkan DUA perbezaan antara ayat aktif dan ayat pasif dalam bahasa Melayu. Ayat Aktif Ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Terdiri daripada dua jenis ayat iaitu : i. Ayat aktif transitif ii. Ayat aktif tak transitif. Ayat Pasif Terbentuk daripada ayat aktif transitif dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Terbahagi kepada tiga iaitu: i. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif. ii. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua. iii. Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja. (b) Dengan memberikan contoh yang sesuai bina DUA ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja. Cth. : i. Pencuri itu kena tangkap oleh polis.
8

ii. Budak-budak itu kena kejar oleh anjing. 25. Pada dasarnya ayat-ayat dalam bahasa Melayu boleh juga dibahagian kepada dua jenis iaitu, ayat tunggal dan ayat majmuk. (a) Dengan memberikan contoh yang sesuai berikan definisi ayat tunggal dan ayat majmuk bahasa Melayu yang tercatat dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baru. Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Dari segi binaan ia menyamai binaan ayat dasar iaitu subjek mendahului predikat. Cth. : i. Dia guru. ii. Guru itu mengajar di Seremban. Walau bagaimanapun ada juga ayat tunggal di mana predikat mendahului subjek seperti dalam ayat songsang. Cth.: i. Guru dia. ii. Mengajar di Seremban guru itu. Kedua-dua ayat di atas ialah ayat tunggal. Ia bukan ayat dasar. Ia juga merupakan ayat songsang. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, (Nik Safiah Karim et. al. 2002), mendefinisikan ayat majmuk ialah ayat yang terbentuk daripada gabungan dua atau lebih ayat tunggal. Ayat majmuk juga disebut ayat berlapis. Ayat-ayat yang digabung menggunakan kata penghubung tertentu membentuk kelompok ayat yang besar. Cth. : Ayat tunggal 1 : Saya belajar bersungguh-sungguh. Ayat tunggal 2 : Saya berjaya melanjutkan pengajian di menara gading. Ayat majmuk : Saya belajar bersungguh-sungguh dan berjaya melanjutkan pengajian di menara gading. Berdasarkan Cth., penggunaan kata hubung dan membentuk ayat majmuk daripada dua ayat tunggal. (b) Huraikan DUA perbezaan antara ayat tunggal dan ayat majmuk bahasa Melayu Ayat Tunggal Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian iaitu: a. Subjek, b. Predikat. Ayat tunggal mempunyai dua bentuk susunan, iaitu: a. Susunan biasa, b. Susunan songsang. Terdapat empat jenis ayat majmuk iaitu; a. Ayat Majmuk Gabungan, b. Ayat Majmuk Pancangan, c. Ayat Majmuk Campuran, d. Ayat Majmuk Pasif. Ayat Majmuk Ayat majmuk ialah ayat yang terbentuk daripada gabungan dua atau lebih ayat tunggal.

HIMPUNAN SOALAN BAHAGIAN C 1. Ayat terbitan dalam bahasa Melayu terhasil daripada tiga proses. Nyatakan proses-proses itu dan huraikan secara mendalam satu daripada prosesnya dengan memberikan contoh- contoh ayatnya. Ayat terbitan terbentuk daripada ayat dasar melalui suatu proses gramatis. Proses gramatis ini melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat ataupun frasa. Ringkasnya, ayat terbitan ini terhasil apabila unsur-unsur struktur dalaman mengalami proses transformasi yang mengakibatkan: i.Pengguguran Merupakan satu proses transformasi yang berlaku ke atas struktur ayat. Proses ini melibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pengguguran: a) Pengguguran frasa nama sebagai subjek; b) Pengguguran frasa predikat; c) Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif; dan d) Pengguguran kata nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa nama. ii.Penyusunan semula Dalam proses transformasi ini, bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu. Proses ini akan mengakibatkan berlakunya perubahan ataupun pengguguran pada kata-kata tertentu, penggantian atau penambahan kata-kata lain tanpa membawa perubahan pada makna ayat yang diterbitkan.Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula iaitu: a) Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek. b) Penyusunan semula frasa nama sebagai objek. c) Penyusunan semula melalui ayat songsang. iii.Peluasan Proses transformasi ini boleh berlaku apabila adanya penambahan unsur-unsur dalam ayat yang baharu. Terdapat empat bentuk proses peluasan ayat iaitu: a) Peluasan frasa nama sebagai subjek Ayat bahasa Melayu yang mengandungi urutan Frasa Nama + Ayat boleh tertakluk kepada satu frasa nama dan jika ayat menguasai satu frasa nama yang sama dengan frasa nama dalam urutan Frasa Nama + Objek, maka frasa nama yang dikuasai itu akhirnya menjadi kata relatif yang seperti Cth. ayat: a. Rumah itu besar. b. Rumah itu telah roboh. c. Rumah yang besar itu telah roboh. Berdasarkan Cth., ayat yang gramatis terbentuk dengan penggunaan yang . Bagi ayat yang tidak sama fungsinya, maka ayat itu perlulah dipasifkan terlebih dahulu. Cth.: a. Kereta itu berwarna hitam. b. Encik Zaki membeli kereta itu. c. Kereta yang dibeli oleh Encik Zaki berwarna hitam. b) Peluasan frasa predikat
10

Cth. ayat yang menunjukkan proses peluasan frasa predikat adalah seperti di bawah: a. Hafsah membeli baju itu. b. Baju itu cantik. c. Hafsah membeli baju yang cantik itu. Dalam proses peluasan frasa predikat ini yang digunakan bagi menghasilkan ayat yang gramatis. c) Peluasan dengan kata hubung Ayat-ayat juga boleh diterbitkan melalui proses peluasan kata hubung dengan cara menggabungkan dua ayat atau lebih dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan lain-lain. Cth. ayat yang menunjukkan proses peluasan ini adalah seperti di bawah: a. Ibu bekerja di pejabat. b. Ayah bekerja di ladang. c. Ibu bekerja di pejabat tetapi ayah bekerja di ladang. Kata hubung tetapi menggabungkan ayat a dan ayat b. Ada kalanya, kata hubung digunakan dalam pembentukan ayat majmuk yang menggabungkan frasa bagi membentuk satu frasa nama majmuk seperti dalam Cth. ayat: a. Balkis makan nasi. b. Balkis menonton televisyen. c. Balkis makan nasi sambil menonton televisyen. Kata hubung sambil menggabungkan ayat a dan ayat b. 'Balkis' dalam klausa kedua (ayat b) digugurkan. d) Peluasan melalui proses komplementasi. Ayat yang diterbitkan melalui proses peluasan komplementasi melibatkan perubahan fungsi, iaitu daripada ayat menjadi frasa nama. Hal ini berlaku dengan memancangkan ayat berkenaan kepada ayat lain. Cara mudah untuk mengenali ayat jenis ini ialah wujudnya kata bahawa. Proses peluasan melalui proses ini melibatkan tiga keadaan, iaitu: i.Ayat yang dipancangkan berfungsi sebagai objek tepat. Cth. ayat yang dipancangkan berfungsi sebagai objek tepat ialah: a. Asmawi menyatakan b. Mazlina pergi ke kedai. c. Asmawi menyatakan bahawa Mazlina pergi ke kedai. Ayat a dan ayat b dihubungkan dengan perkataan bahawa. ii.Ayat yang dipancangkan berfungsi sebagai objek sipi. Cth. ayat yang dipancangkan berfungsi sebagai objek sipi ialah: a. Aini memberitahu b. Aina ada seutas rantai yang cantik. c. Aini memberitahu bahawa Aina ada seutas rantai yang cantik. Perkataan bahawa menghubungkan ayat a dan ayat b. iii.Transformasi komplementasi terhadap frasa kerja Cth. ayat bagi transformasi komplementasi terhadap frasa kerja ialah: a. Orang itu berdiri. b. Orang itu mengambil buku.
11

c. Orang itu berdiri mengambil buku. Frasa 'orang itu' dalam klausa kedua (ayat b) digugurkan.

2. Ayat majmuk pancangan mengandungi satu ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil yang dipancangkan kepada ayat induk itu. Huraikan kriteria yang digunakan untuk mengenal pasti tiga jenis ayat majmuk pancangan dengan memberikan contoh ayat bagi setiap jenis itu dan buat rajah pohon untuk menganalisis ayat-ayat itu. Dalam bahasa Melayu, Ayat Majmuk Pancangan dibahagikan kepada tiga jenis: i. Ayat majmuk pancangan relatif (ayat relatif) ii. Ayat majmuk pancangan komplemen (ayat komplemen) iii. Ayat majmuk pancangan keterangan (ayat keterangan) i. Ayat Majmuk Pancangan Relatif Ayat yang dipancangkan kepada ayat utama melalui penggunaan perkataan yang. Cth. ayat: Adik memakai baju yang berwarna kuning. Sebenarnya terdapat dua ayat iaitu: a. Adik memakai baju. b. Baju itu berwarna kuning. Dalam Cth. di atas, ayat Baju itu berwarna kuning dipancangkan kepada ayat induk Adik memakai baju. Perkataan baju yang diulang dalam kedua-dua ayat digugurkan dan digantikan dengan kata relatif yang. Hal ini dapat diperjelaskan melalui rajah pohon di bawah:

12

ii. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen Ayat yang dihubungkan dengan ayat induk menggunakan kata hubung komplemen bahawa dan untuk. Cth. ayat: Dia memberitahu bahawa lukisan itu cantik. Ayat di atas asalnya daripada ayat-ayat: a. Dia memberitahu sesuatu. b b. Lukisan itu cantik. Dalam ayat Dia memberitahu sesuatu, subjeknya terdiri daripada dia, manakala kata kerja transitif ialah memberitahu dan ayat lukisan itu cantik, seolah-olah menjadi objek kepada kata kerja transitif tersebut. Hal ini dapat diperjelaskan melalui rajah pohon di bawah:

iii. Ayat majmuk pancangan keterangan Merupakan ayat yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang tidak dapat berdiri sendiri. Kata-kata hubung seperti ketika, semasa, kerana, dan sewaktu menghubungkan ayat induk dengan ayat-ayat kecil yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Cth. ayat: Dia gagal dalam peperiksaan kerana dia tidak berusaha. Ayat di atas berasal daripada ayat-ayat: a. Dia gagal dalam peperiksaan. (Ayat Induk) b. Dia tidak berusaha. (Ayat Keterangan) Hal ini dapat diperjelaskan melalui rajah pohon di bawah:

13

3. Berdasarkan petikan di bawah, cari dan perturunkan LIMA jenis kata adjektif yang terdapat di dalamnya, beri huraian anda tentang jenis-jenis kata adjektif tersebut dengan Cth. ayat anda sendiri. Kemudian, beri takrif anda tentang kata adjektif dan jelaskan TIGA petunjuk cara-cara mengenali kata adjektif. Bagaimana? Seronok? Aku tidak segera menjawab, seakan membiarkan Seman berteka-teki. Man, apa yang kau tahu tentang diriku di sini? Tanyaku sambil menyarungkan baju panas nipis berwarna putih berleher bulat yang masih bersih menuju ke tempat tidur. Terlalu banyak untuk saya katakan. Tentu cikgu ingin satu-satu pandangan bagi satu-satu perkara yang khusus sahaja. Emm, ya, apa yang kau tahu mengenai aku dan Salwa? Dengan Salwa sahaja? Hmm Aku berasa bertambah minat. Ada orang lain? Masita. Aku betul-betul terperanjat. Perhubungan yang selama ini aku rahsiakan telah diketahui. Siapa yang memberitahunya? Atau dia sendiri pernah ternampak aku dan Masita? Masita? aku kaget sekali atas pengetahuannya. Ya. Masita dan Salwa. Bukankah mereka masing-masing mempunyai perhubungan dengan cikgu? Aku semakin mendekatkan diri hampir dengannya. Berminat dengan seribu kecurigaan. (Ubahsuai: Abdul Talib Mohd Hassan, 1995: 264-265) Lima jenis kata adjektif berdasarkan petikan ialah: Jenis Kata Adjektif Perasaan Waktu Ukuran Warna Bentuk i. Kata Adjektif Perasaan Jenis perkataan yang mempunyai makna konsep perasaan, sebagai penerang kata adjektif dan harus diikuti oleh kata sendi nama. Cth. ayat :
14

Perkataan seronok segera nipis putih bulat

Ikmal seronok kerana bapanya menghadiahkan sebuah buku cerita. ii. Kata Adjektif Waktu Jenis perkataan yang mempunyai pengertian konsep masa sebagai unsur keterangan. Cth. ayat: Kebanyakan makanan segera tidak berkhasiat. iii. Kata adjektif ukuran Jenis perkataan yang memberikan pengertian ukuran sebagai unsur keterangan. Cth. ayat: Buku yang nipis itu dipunyai adik. iv. Kata adjektif warna Terdiri daripada perkataan yang memberikan pengertian warna sebagai unsur keterangan. Cth. ayat: Pengantin itu memakai gaun putih. v. Kata adjektif bentuk Terdiri daripada perkataan yang memberikan pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan. Cth. ayat : Cermin yang dibelinya bulat. Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat. Kata adjektif dapat dikenalpasti melalui beberapa kriteria, antaranya: 1. Kata adjektif disertai dengan kata penguat seperti hebat, amat, paling cantik, laju betul, agak yakin, sangat tajam, gemuk amat, halus sekali, dan lain-lain. 2. Kata adjektif sering kali disertai dengan imbuhan ter yang bermaksud paling dan se yang bermaksud sama seperti terhebat (paling hebat), termanis (paling manis), terkasar (paling kasar), seindah (sama indah), seharum (sama harum), seberani (sama berani), dan lain-lain. 3. Kata adjektif digunakan selepas nama benda atau sesuatu perkara. Penggunaannya selepas nama benda adalah seperti berikut: tenunannya halus, ukirannya cantik, caranya menakjubkan, fikirannya tajam, dan lain-lain. 4. Berdasarkan petikan di bawah, senaraikan semua kata nama yang terdapat dalam petikan di atas dengan menyatakan golongan dan bentuk kata nama tersebut. Kemudian, beri takrifan anda tentang kata nama dan jelaskan golongan kata nama dan subsubgolongannya beserta Cth.-Cth. yang sesuai. Huraian anda hendaklah disokong dengan jadual, grafik atau rajah yang sesuai. Minumlah lagi, kata nenek sambil menuangkan lagi air ke gelas yang telah kosong. Ibu terus meneguk air itu tanpa banyak bicara. Aku tahu, aku pasti air ini tidak akan dapat menerobos tiub Fallopio yang sudah lama tersumbat dengan seribu satu pil-pil yang ditelan tanpa penat lelah selama lima tahun lalu. Segalanya sudah berceratuk keras di sini dan membuat aku pun kadang-kadang terus mendongak memandang istana aku dengan sebuah renungan yang benar-benar kosong. (Sritharanee Subramaniam, 2006:119) Kata nama berdasarkan petikan ialah: Jenis Kata Nama Kata Nama Am Kata Nama Khas Kata Ganti Nama Perkataan nenek, air, gelas, ibu, tiub, pil-pil, istana Fallopio aku, itu, ini
15

Kata nama ialah kata yang ditujukan pada benda, binatang, orang, tempat, bulan, bangunan, hari, waktu dan seumpamanya. Kata nama boleh digolongkan pada beberapa jenis, seperti: 1. Kata Nama Am Perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep secara umum. Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu nama am hidup dan nama am tidak hidup. i. Nama Am Hidup dibahagikan kepada dua subgolongan iaitu: a. Manusia b. Bukan Manusia ii. Nama Am Tidak Hidup dibahagikan kepada dua subgolongan iaitu: a. Institusi b. Bukan Institusi Bukan Institusi dibahagikan pula kepada dua kumpulan iaitu abstrak dan konkrit. Kumpulan abstrak dipecahkan kepada dua kumpulan kecil iaitu berbilang dan tidak berbilang. Cth. perkataan: Hidup Manusia Bukan Manusia Institusi Tidak Hidup Bukan Institusi Abstrak Berbilang ibu nenek doktor pesakit jururawat ikan ayam pokok burung nyamuk kolej sekolah institut universiti mahkamah mangga komputer mesin faks mawar donut Tak Berbilang pasir udara rumput angin cahaya rumah istana bandar hospital kampung Konkrit

2. Kata Nama Khas Perkataan yang merujuk pada nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undangundang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya secara khusus. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Kata nama khas dibahagikan kepada dua golongan iaitu nama khas hidup dan nama khas tidak hidup. i. Nama Khas Hidup dibahagikan kepada dua subgolongan iaitu: a. Manusia b. Bukan manusia Cth. perkataan: Hidup Manusia Asyraf Bukan Manusia Si Puyu Rabu
16

Tidak Hidup

Abdullah Nik Safiah Perdana Menteri Menteri Pelajaran 3. Kata Ganti Nama

Tompok Bunga Raya Sang Murai Sang Belang

The Mall Satria Neo Hospital Besar Kuantan Open University Malaysia

Perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama dibahagikan kepada dua golongan iaitu ganti nama diri dan ganti nama tunjuk. i. Ganti Nama Diri boleh dibahagikan kepada dua subgolongan iaitu: a. Ganti Nama Diri Orang b. Ganti Nama Diri Tanya Ganti nama diri orang dibahagikan pula kepada tiga kumpulan iaitu ganti nama diri orang: a. Pertama b. Kedua c. Ketiga Cth. perkataan: Ganti Nama Diri Ganti Nama Diri Orang Pertama saya aku beta kami ku Kedua anda awak tuanku kamu kau Ketiga dia beliau baginda mereka nya apa bila mana siapa kenapa ini itu Ganti Nama Tanya Ganti Nama Tunjuk

Gambarajah di bawah dapat menjelaskan penggolongan Kata Nama:

17

5. Proses penerbitan ayat dalam bahasa Melayu melibatkan pengguguran, penyusunan semula, dan perluasan. (a) Dengan memberikan Cth., huraikan apakah yang dimaksudkan dengan proses pengguguran dalam rumus transformasi ayat bahasa Melayu. Proses pengguguran ialah satu proses transformasi yang berlaku ke atas struktur ayat. Proses ini melibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu. Oleh itu pada peringkat struktur permukaan unsur yang digugurkan itu tidak lagi wujud. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pengguguran: i. Pengguguran frasa nama sebagai subjek Cth. ayat: Pergi dari sini! ii. Pengguguran frasa predikat Cth. ayat: Adik saya cerdik tetapi pemalu. iii. Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif Cth. ayat: Adik Ali dan sepupunya belajar di kampung. iv. Pengguguran kata nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa nama Cth. ayat: Yang biru itu pilihan saya. (b) Dengan menggunakan rajah pohon, tunjukkan bagaimana berlakunya pengguguran frasa nama sebagai subjek dalam ayat berikut:
18

i. Kamu tunggu di sini. Proses pengguguran frasa nama sebagai subjek dalam ayat di atas dapat digambarkan dalam bentuk rajah pohon berikut:

(c) Dengan memberikan Cth. ayat yang sesuai, huraikan bagaimana berlakunya pengguguran bagi keseluruhan frasa predikat berikut: i. frasa kerja yang serupa Cth. ayat bagi pengguguran frasa kerja yang serupa adalah seperti yang berikut: (a) Nazilatul belajar di perpustakaan dan Zaidi belajar di perpustakaan. (b) Nazilatul dan Zaidi belajar di perpustakaan. Cth. ayat (a) mengandungi pengulangan predikat frasa kerja yang serupa dalam ayat majmuk gabungan, iaitu belajar di perpustakaan. Oleh itu, predikat belajar di perpustakaan dalam klausa pertama ini telah digugurkan seperti dalam ayat (b). ii. frasa adjektif yang serupa Cth. ayat bagi pengguguran frasa adjektif yang serupa adalah seperti yang berikut: (a) Bunga melur harum baunya dan bunga kemboja harum baunya. (b) Bunga melur dan bunga kemboja harum baunya. Ayat (a) mengandungi frasa predikat, iaitu frasa adjektif harum baunya yang serupa dalam ayat majmuk gabungan. Oleh itu, frasa adjektif harum baunya dalam klausa yang pertama telah digugurkan seperti dalam ayat (b). iii. frasa sendi nama yang serupa Cth. ayat bagi pengguguran frasa sendi nama yang serupa adalah seperti yang berikut: (a) Adik saya masih di sekolah dan adik Zafri masih di sekolah. (b) Adik saya dan adik Zafri masih di sekolah. Dalam Cth. ayat (b), predikat frasa sendi nama di sekolah dalam klausa pertama telah digugurkan kerana mengandungi frasa predikat yang sama dalam ayat majmuk (a), iaitu frasa sendi nama di sekolah. Pengguguran frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama yang serupa dalam ayat majmuk perlu dilakukan untuk mengelakkan pengulangan frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama yang serupa dalam ayat. 6. Golongan kata mengikut Buku Tatabahasa Dewan boleh dibahagikan kepada empat, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas. (a) Dengan memberikan Cth. yang sesuai, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan kata adjektif bahasa Melayu.
19

Kata adjektif ialah kata menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif mudah dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat,sangat, sungguh, sekali, paling, agak, dan benar. Kata adjektif juga boleh terbentuk berdasarkan kata itu sendiri atau secara menerima imbuhan sama ada imbuhan awalan, apitan, atau sisipan. Berdasarkan makna kata adjektif dapat digolongkan kepada sembilan jenis seperti berikut: Jenis Kata Adjektif Sifatan atau Keadaan Warna Ukuran Bentuk Waktu Jarak Cara Perasaan Pancaindera Cth. Perkataan bijak, budiman, cemas, letih, tercanggih biru, hijau, merah, kuning, putih kerdil, rendah, renek, tebal, terpanjang bengkok, bulat, kempis, leper, lonjong awal, baharu, cepat, lampau, suntuk dekat, jauh, nyaris, berhampiran deras,gopoh, jelas, seiring, kelincahan angkuh, bahagia, benci, rindu, gembira masam, merdu,lawa, kasar, tenteram, wangi

(b) Huraikan jenis-jenis kata adjektif yang terdapat di dalam bahasa Melayu dan anda dikehendaki menulis ayat yang lengkap untuk menjelaskan setiap kata adjektif yang diberikan. Dalam bahasa Melayu terdapat sembilan jenis kata adjektif iaitu: i. Kata Adjektif Sifatan atau Keadaan Terdiri daripada kata yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama. Kata adjektif jenis ini dapat dilihat melalui empat keadaan iaitu: a. Keadaan sifat atau rupa sesuatu benda seperti menakjubkan, canggih, dan mempesonakan. b. Keadaan yang dipunyai oleh sesuatu benda atau seseorang, seperti cantik, mulia, dan bersedia. c. Tanda yang khusus untuk mengenal sesuatu benda. d. Pembawaan seseorang seperti perangai, tabiat atau watak seperti pemurah, pemarah, penyayang, pelupa, dan ramah. ii. Kata Adjektif Warna Terdiri daripada perkataan yang memberikan pengertian warna sebagai unsur keterangan. Cth. ayat: Bendera Kebangsaan negara kita berwarna merah, putih, biru, dan kuning. iii. Kata Adjektif Ukuran Jenis perkataan yang memberikan pengertian ukuran sebagai unsur keterangan. Cth. ayat: Abang sudah selesai membaca buku yang tebal itu. iv. Kata Adjektif Bentuk Terdiri daripada perkataan yang memberikan pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan. Cth. ayat : Bola yang dipegangnya lonjong. v. Kata Adjektif Waktu
20

Jenis perkataan yang mempunyai pengertian konsep masa sebagai unsur keterangan. Cth. ayat: Baju baharu adik berwarna-warni. vi. Kata Adjektif Jarak Jenis perkataan yang mempunyai makna konsep ruang antara dua benda atau keadaan sebagai penerang kata adjektif. Cth. ayat: Dia nyaris dilanggar oleh sebuah teksi. vii. Kata Adjektif Cara Jenis perkataan yang mempunyai makna konsep keadaan kelakuan atau ragam, sebagai penerang kata nama. Cth. ayat: Penerangannya tentang isi pelajaran itu sangat jelas. viii. Kata Adjektif Perasaan Jenis perkataan yang mempunyai makna konsep perasaan, sebagai penerang kata adjektif dan harus diikuti oleh kata sendi nama. Cth. ayat: Saya merasa rindu akan ibu dan bapa yang sudah meninggal dunia. ix. Kata Adjektif Pancaindera Jenis perkataan yang mempunyai makna konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh, atau gabungan kelima-lima indera, sebagai penerang kata nama. Cth. ayat: Wajahnya masam ketika saya tiba ke rumahnya.

21

You might also like