You are on page 1of 8

1.

0 PENGENALAN

Model pembelajaran sosial adalah pendekatan pembelajaran yang menekankan hubungan individu dengan masyarakat atau orang lain. Model sosial ini direka cipta adalah bertujuan untuk membantu murid bekerjasama dengan individu lain secara produktif dan bagaimana dapat berfungsi sebagai ahli kumpulan atau pasukan. Selain itu, model ini juga dapat membantu memperkembangkan perspektif individu dalam memperjelas dan mengembangkan idea-idea. Secara tidak lansung, permikiran seseorang itu akan lebih terbuka kepada idea-idea orang lain.

Di samping itu, model ini juga boleh menyediakan pengajaran-pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif yang membawa maksud aktiviti pembelajaran sekumpulan murid, di bawah bimbingan guru, bertukar-tukar idea melalui perbincangan atau penyumbang kemahiran masing-masing dengan tujuan menyelesaikan masalah atau menjalankan sesuatu projek yang ditugaskan.

Dalam tugasan ini, saya telah menggunakan kaedah main peranan untuk melaksanakan rancangan pengajaran harian yang saya rancang dan tulis. Saya telah memilih Pendidikan Kesihatan Tahun 5 untuk menyelesaikan tugasan. Tambahan lagi, saya telah mengajar murid Tahun 5K tentang topik keselamatan di sekolah.

3.0 Penulisan Akademik 3.1 Implikasi dan Keberkesanan Kaedah Main Peranan

Main peranan merupakan lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa menggunakan sebarang skrip. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, saya telah mengguna kaedah main peranan sebagai suatu aktiviti yang membolehkan murid membayangkan situasi yang tidak selamat di sekolah. Saya telah menyediakan lima tugasan kumpulan kepada murid dan satu kumpulan akan mempersembahkan lakonan mereka manakala kumpulan lain akan membincang soalan-soalan yang saya kemukakan. Murid-murid adalah sangat gembira dan berharap kumpulan mereka boleh mendapat tugasan lokonan.

Bagi penerangan

kumpulan situasi

lakonan,

saya

membimbing berlakon.

mereka Saya

dengan

menyediakan mereka

yang

mereka

akan

menggalakkan

membayangkan situasi yang direka dan cuba melakonkannya secara spontan. Mula-mula, mereka menghadapi masalah berlakon dengan bertutur Bahasa Melayu. Namun, selepas perbincangan, mereka telah memilih perkataan yang senang untuk melakon. Daripada lakonan mereka, didapati murid-murid adalah sangat kreativiti dan mereka memang cuba sedaya upaya untuk mempersembahkan lakonan yang ter baik kepada merid-murid. Di samping itu, lokonan juga membantu mereka menguasai kemahiran-kemahiran seperti kemahiran bahasa daripada laras bahasa serta sebutan. Semasa mereka telah bertutur bahasa yang salah, mereka juga cuba mengulang perkataan yang betul. Amalan ini adalah sangat baik dan memang digalakkan.

Dengan menggunakan kaedah main peranan, didapati murid yang pasif juga melibatkan diri dalam aktiviti main peranan. Aktiviti lakonan telah membantu mereka membina keyakinan diri serta memupuk sifat-sifat sosial. Selain itu,

Tambahan itu, murid-murid juga diberikan peluang untuk mempelbagaikan perasaan mengikut situasi watak yang dimainkan, serta berbincang dan memikirkan masalah sendiri. Secara tidak langsung, aktiviti main peranan ini dapat melatih murid untuk mengawal perasaan dan emosi dalam pelbagai situasi. Secara kesimpulannya, dapat dilihat bahawa

melalui aktiviti main peranan ini proses pengajaran dan pembelajaran sebenarnya menjadi lebih menarik serta berkesan. Terdapat lima jenis main peranan iaitu:

1. Memerihal Satu cara berkomunikasi dimana peserta memerihal sesuatu situasi atau masalah. Contohnya, murid meminta kebenaran daripada guru besar untuk menganjurkan satu lawatan sambil belajar.

2. Demonstrasi Menunjukkan cara melakukan sesuatu tingkah laku atau perlakuan agar murid lain boleh mencontohi seperti cara bertutur yang betul dalam pelbagai situasi.

3. Latihan Melatih murid tentang penguasaan kemahiran tertentu seperti kemahiran berkomunikasi dengan meletakkan diri sebagai seorang pengerusi majlis atau menelefon pihak bomba kerana ada kebakaran di kawan tempat tinggal.

4. Cerminan Murid ditunjukkan bagaimana tingkah laku mereka dilihat oleh orang lain. Contohnya, bagaimana seorang murid memujuk seorang rakan untuk melakukan sesuatu untuknya. Murid belajar sendiri bagaimana untuk menghadapi sesuatu situasi.

5. Kepekaan Cara untuk memberikan kesedaran kepada murid tentang perasaan mereka terhadap satusatu situasi atau terhadap orang lain. Hal ini akan membantu murid untuk memahami perasaan orang lain dalam pelbagai situasi. Contohnya, murid memainkan peranan dalam sitiuasi di mana dia dirompak oleh seorang pencuri di jalan raya.

Secara kesimpulannya, main peranan ini boleh digunakan untuk semua murid pelbagai tahap dan semua aras pencapaian akademik. Di samping itu, aktiviti ini boleh digunakan bagi membolehkan murid-murid meneroka sebarang stuasi dan topik. Murid-murid akan belajar memahami tingkah laku orang lain dalam aktiviti main peranan ini. Selepas aktiviti main peranan dijalankan, penilaian serta rumusan terhadap prestasi para pelakon perlu dibuat oleh guru.

Peniruan melalui main peranan dan simulasi. Murid dapar meniru tingkah laku positif secara tidak lansung yang ditonjolkan oleh watak-watak dalam main peranan dan simulasi. Oleh yang demikian, main peranan dalam situasi bilik darjah perlu menggunakan situasi realistik. Selain itu, peranan guru sebagai rol model harus memastikan dan mempunyai tingkah laku serta perwatakan yang positif supaya murid dapat menirunya. Antara cirri yang perlu ada pada guru termasuklah cara pertuturan, cara berpakaian, ketepatan masa, personality dan konsep kendiri. Guru seharusnya mempamerkan perwatakan yang baik serta menunjukkan minatnya dalam mengajar mata muridan. Akhir sekali, implikasi yang dapat diterangkan ialah peniruan juga boleh dilakukan secara tidak lansung melalui televisyen dan filem. Maka, guru boleh menasihati murid tentang program yang sesuai ditoton dan tidak sesuai ditonton oleh mereka.

3.2 Pengurusan Murid

3.3 Komunikasi dan Interaksi Bilik Darjah

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan Muridan Matematik Tahun 5, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

ISI KANDUNGAN

1.0 2.0 3.0

Pendahuluan .................................................................................... 1 Fokus Kajian ................................................................................... 2 Objektif Kajian ................................................................................. 3 3.1 3.2 Objektif Am ........................................................................... 3 Objektif Khusus ..................................................................... 3

4.0 5.0

Kumpulan Sasaran .......................................................................... 3 Pelaksanaan Kajian ........................................................................ 4 5.1 5.2 5.3 5.4 Perancangan Langkah-Langkah Tindakan ........................... 4 Perancangan Cara Mengumpul Datda .................................. 5 Perancangan Menganalisis Data .......................................... 6 Perancangan Pelaksanaan Tindakan ................................... 7

RUJUKAN

LAMPIRAN

RUJUKAN

Alis Putih (2008). Kajian Tindakan Di Sekolah, Satu Pengenalan . Jitra : Pure Honey Enterprise.

Hassan Al. (1996). Mendidik Anak Pintar Cerdas. Kuala Lumpur : Utusan Publication And Distributors Sdn. Bhd.

Mazniyah Md Jaafar, Muhammad Hussin, S. L Choo, Mohd Zubir Embong, Aminuddin Mohd Sani, Zakiah Adris (1995). Modul Kajian Tindakan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Mok, S. S. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Siti Ana Hamdan. (2007). Penggunaan bahan bantu mengajar guru pelatih matematik. Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan.

You might also like