You are on page 1of 29

PEMBENTANGAN KURSUS PENGAKAP 3B

TAJUK: BANTUAN-BANTUAN KECEMASAN


Disediakan Oleh:
Solehah binti Roslan PISMP Semester 5 RBT 2

DEFINISI BANTUAN KECEMASAN


Bantuan Kecemasan ialah bantuan awal atau rawatan yang diberikan kepada orang yang sakit atau orang yang cedera (dipanggil pesakit ) sebelum ketibaan ambulans atau pakar yang berkelayakan.

OBJEKTIF BANTUAN KECEMASAN

Untuk menyelamatkan nyawa Untuk mengelakkan kecederaan menjadi bertambah teruk Untuk mendapatkan bantuan kecemasan

PERATURAN AM BANTUAN KECEMASAN


Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa; hanya sekadar melonggarkannya sahaja dengan tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.

SKOP BANTUAN KECEMASAN


Diagnosis

Tentukan bentuk & tahap rawatan yang diperlukan, mulakan rawatan bantuan.

Menyediakan mangsa untuk dipindahkan ke pusat perubatan

DIAGNOSIS
SEJARAH
Mendapatkan keterangan mengenai sesuatu kemalangan atau penyakit. Keterangan daripada: mangsa, saksi, bukti persekitaran.

SIMPTOM

Simptom-simptom merupakan perasaan yang dilaporkan oleh mangsa Contoh: sakit, pening kepala, loya, dahaga.

TANDATANDA

Tanda-tanda merupakan perubahan daripada normal pada mangsa yang boleh dikesan. Contoh: pucat, peningkatan suhu badan, denyutan nadidengan pantas.

RAWATAN

KEBAKARAN

PENGSAN/PITAM

LUKA

PATAH

KEBAKARAN
Pertolongan cemas hanya boleh diberi kepada mangsa dengan kecederaan darjah pertama (1st. degree burning), yang mana simptomnya adalah keradangan sederhana dan pembengkakan yang tidak serius

LANGKAH-LANGKAH BANTUAN KECEMASAN: KEBAKARAN


1. 2. 3. 4. Hentikan kebakaran Periksa keadaan mangsa Periksa tahap kebakaran Rawatan kecemasan:
SEJUKKAN: letakkan bahagian anggota yang cedera ke dalam air sejuk yang mengalir secara perlahan. BEBATKAN: Bebatkan (cover) dengan kain yang dibasahkan. PEMINDAHAN: Hantarkan ke hospital dengan serta merta.

PENGSAN/PITAM
Pitam mungkin disebabkan mendengar berita buruk, tersangat gembira, tersangat panas atau berdiri terlalu lama. Pesakit kelihatan terperanjat, denyutan nadi lemah, merasa pening dan berpusing dan mungkin rebah.

LANGKAH-LANGKAH BANTUAN KECEMASAN: PENGSAN/PITAM


Rawatan yang paling berkesan ialah baringkan pesakit di lantai dan tinggikan kakinya.

Longgarkan pakaian yang ketat di bahagian leher dan pinggang.


Makanan atau minuman sama sekali TIDAK BOLEH diberikan sehingga betul-betul pulih seperti sediakala.

Periksa reaksi pesakit bila anda bercakap dengannya.


Jika ia tidak sedar diri,baringkan pesakit dalam posisi pemulihan dan pastikan saluran udaranya terbuka.

LUKA & PENDARAHAN


Luka Terbuka
Pengaliran darah daripada luka melalui kulit. Luka terhiris Luka terkoyak Luka tusukan Calar balar

Luka Tertutup
Pendarahan hanya berlaku didalam tubuh. Darah mungkin keluar melalui permukaan-permukaan semulajadi dalam tubuh seperti melalui hidung, mulut, telinga,melalui najis, air kencing atau pun muntah. Kadangkala kelihatan tanda-tanda luaran seperti lebam atau darah terkumpul dibawah kulit.

LANGKAH-LANGKAH BANTUAN KECEMASAN: LUKA


Bersihkan luka daripada kotoran. Bersihkan bahagian luka pada air yang mengalir jika boleh sehingga bersih. Hentikan pengaliran darah dengan menekan ke ruas atas luka, atau tautkan rapat-rapat bahagian yang terpotong. Letakkan kain bebat yang tebal kemas-kemas di atas bahagian yang luka jika kain bebat yang sesuai tidak diperolehi, gunakan sebarang pembalut seperti kertas tisu. Berikan tekanan yang kemas untuk 10 minit dan seboleh-bolehnya terlentangkan pesakit itu. Jika luka berlaku pada anggota tangan atau kaki, tinggikan bahagian yang cedera untuk meredakan pendarahan. Selesa dan yakinkan pesakit.

CONTOH LUKA

PATAH
Tulang yang retak ataupun terpisah dipanggil PATAH. Biasanya amat sukar untuk mengenalpasti sama ada tulang itu patah atau tidak. Jika merasa sangsi, kecederaan itu mestilah di rawat seperti mana rawatan untuk patah.

Terdapat 2 jenis patah: Patah Terbuka Patah Tertutup

AWAS
Jangan pindahkan mangsa. Jangan gerakkan bahagian yang tercedera. Jangan masukkan tulang yang tersembul. Jangan balut ketat.

LANGKAH-LANGKAH BANTUAN KECEMASAN: PATAH


Tenangkan mangsa. Topang dibahagian yang cedera dan cegah gerak bahagian tersebut. Tutup mana-mana luka dengan kain bebat yang telah disucihamakan. Rehatkan bahagian lengan yang patah dengan bantal atau kusyen. Gunakan selimut yang digulung dan apitkan di sisi sepanjang anggota yang patah. Gunakan bahagian anggota yang tidak cedera sebagai sokongan. Contohnya, bebatkan jari yang patah kepada jari yang disebelahnya. Dapatkan bantuan seberapa segera yang boleh

PEMBALUT & ANDUH


PEMBALUT SEGI TIGA Sejenis kain putih yang berukuran lebih kurang140 cm x 90 cm x 90 cm. Boleh digunakan bagi menuap atau menjauhkan bahagian yang patah daripada bengkak, menyapu

bahagian yang cedera, menahan darah keluar


dan menolong mengangkat atau membawa pesakit. Kegunaannya bergantung kepada perkara di atas dan dapat diubahsuaikan saiznya dengan penggunaannya

ANDUH
Anduh digunakan untuk mengampu dan merehatkan anggota atas serta menjauhkan anggota atas daripada menarik atau menggerakkan dada, bahu dan leher.

CARA MENGIKAT ANDUH SEGI TIGA

PEMBALUT CINCIN Balutan ini digunakan apabila cedera terkena atau tertusuk objek tajam. Digunakan untuk menutup luka.

PEMBALUT CINCIN Anduh kecil/ Anduh pergelangan tangan Balutan ini digunakan apabila cedera Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , terkena atau tertusuk objek tajam. kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas Digunakan untuk menutup luka. tangan. Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.

BALUTAN UNTUK KEPALA

BALUTAN UNTUK KAKI

PEMINDAHAN MANGSA
Pemindahan mangsa kemalangan boleh dilakukan dengan berbagai-bagai cara dan teknik bergantung kepada kecederaan yang dialami serta keadaan tempat kemalangan.

JENIS USUNGAN
1.Membawa mangsa dengan mendukung. 2.Membawa mangsa dengan memapah. 3.Mengangkat mangsa dengan menggunakan dua tangan (Jika dua orang). 4.Membawa mangsa dengan menjulang

TEKNIK USUNGAN 4 ORANG

Sumber bantuan kecemasan


polis bomba hospital klinik pasukan sukarela penduduk setempat

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like