You are on page 1of 6

1.0 Pengenalan Falsafah Pendidikan berasal daripada dua istilah asas, iaitu falsafah dan pendidikan.

Falsafah boleh didefinisikan suatu usaha pemikiran ilmiah yang cuba mengusahakan kebenaran yang umum dan asas kerana pada asalnya ia bermaksud cinta kepada hikmah manakala pendidikan merupakan sesuatu proses atau aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Pada asasnya, konsep falsafah pendidikan adalah berbeza dengan konsep falsafah dan pendidikan. Secara ringkasnya, falsafah pendidikan ialah kajian tentang pendidikan dari sudut makna, tujuan dan kaedah. 2.0 Falsafah Pendidikan Sendiri Pendidikan merupakan usaha yang konkrit dan berpanjangan untuk mengembangkan potensi individu secara sejagat dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan emosi. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, patriotik, berbudi bahasa, berdisiplin, bersifat penyayang, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan pembangunan dan kemajuan negara. 3.0 Tujuan Pendidikan Pendidikan bertujuan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan emosi. Insan yang seimbang dan harmonis bermaksud insan yang memiliki dan menghayati ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan dan keyakinan teguh kepada Tuhan, mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram, tubuh badan yang sihat dan cergas serta dapat bekerjasama dengan orang lain. Seorang insan yang seimbang dan harmonis dapat diwujudkan dan dicapai melalui pendidikan yang berterusan, holistik dan menyesuaikan kehendak-kehendak masyarakat atau pelajar. Dari unsur intelek, seseorang dapat mempelajari kemahiran asas 3M, berfikir secara kritikal, kritis dan kreatif serta meningkat dan menyebar ilmu melalui pendidikan. Melalui pendidikan, seseorang dapat menyedari dan menginsafi adanya Pencipta, menghargai dan mensyukuri segala yang diperoleh, memupuk dan membina disiplin kendiri dan membentuk akhlak mulia. Sementara itu, seseorang yang menerima pendidikan dapat mengawal emosinya, sentiasa berasa tenang dan memiliki semangat

kekitaan dan perpaduan, dan menghargai serta menilai keindahan dan kesenian. Unsur jasmani juga dipentingkan dalam pendidikan untuk melahirkan seseorang yang sihat tubuh badan dan dapat menggunakan tenaga fizikal untuk melakukan sesuatu agar dapat menyumbang tenaga kepada masyarakat dan negara. Tujuan pendidikan adalah untuk mengembangkan potensi individu seluas-luasnya untuk menjadi harapan bangsa. Individu yang berpendidikan boleh menyumbang kepada kesejahteraan diri sendiri. Seseorang individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi. Melalui pendidikan, kelebihan dan bakat seseorang individu dapat dicungkil dan dikesan turut memberikan kejayaan kepada diri sendiri dan organisasi yang dianggotainya. Usaha untuk mencungkil, memupuk, memperkembangkan dan meningkatkan potensi individu perlu dirancang dan dilaksanakan dengan bersungguhsungguh supaya setiap potensi dapat berkembang ke tahap cemerlang jika diberikan peluang yang secukupnya. Tujuan Pendidikan adalah melahirkan rakyat Malaysia yang berdisiplin, patriotik, bertanggungjawab selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara. Malaysia merupakan tanah air dan ibu pertiwi kepada setiap warganegara. Setiap rakyat haruslah berdisiplin diri, bertanggungjawab dan cinta akan negara sejak kecil lagi. Melalui pendidikan, nilainilai murni dan ideologi kebangsaan Malaysia dapat dipupuk dan ditanam dalam setiap tonggak negara pada masa depan dan mereka dapat berusaha dan berdaya upaya untuk menceburi aktiviti-aktiviti pembangunan dan perkembangan negara agar negara kita dapat mencapai tahap kemajuan yang tinggi dan merealisasikan Wawasan 2020. 4.0 Kehendak Pelajar Perkembangan potensi individu penting kepada setiap pelajar. Seseorang individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi. Potensi merupakan kebolehan dan keupayaan semula jadi yang dimiliki oleh seseorang sejak kecil lagi. Bakat ini adalah kurniaan dan tuhfah daripada Tuhan dan mungkin terpendam. Bakat yang dimaksudkan merangkumi aspek-aspek seperti jasmani, emosi, rohani dan intelek. Potensi individu ini perlu dicungkil, digilap, diperkembangkan dan ditingkatkan kerana potensi dan bakat seseorang amat bermanfaat dan tidak dapat ternilai untuk pembangunan negara. Pendidikan yang dilaksanakan sepatutnya memberi peluang kepada semua pelajar untuk mencungkil dan memupuk bakat atau kebolehan mereka. Sebagai contoh,

pertandingan lukisan dianjurkan untuk memberi peluang kepada pelajar menunjukkan bakat kesenian mereka. Manusia sentiasa berusaha menjadi seorang yang seimbang dan harmonis agar dapat menjadi insan yang berguna serta berupaya memberi sumbangan kepada negara. Unsur rohani, emosi, jasmani dan intelek menjadi asas kepada kewujudan insan yang seimbang. Setiap individu haruslah bersyukur dan mempercayai kepada Tuhan sebagai pencipta alam yang agung. Sebagai insan yang baik, akhlak dan nilai-nilai harus dimartabatkan dan diamalkan bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni. Emosi yang stabil dan kukuh akan menjadikan seseorang itu tabah dan tidak mudah berputus asa. Emosi yang matang dan positif dapat mendorongkan dan merangsangkan seseorang untuk hidup dengan semangat dan aktif. Unsur jasmani juga amat penting bagi seseorang supaya seseorang individu memiliki kesihatan dan kecergasan fizikal untuk berbakti kepada masyarakat dan negara. Seseorang perlulah mempunyai kemahiran asas iaitu membaca, mengira dan menulis. Seseorang haruslah belajar secara berterusan untuk menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam sepanjang hayat. Tambahan pula, individu juga perlu berfikir secara kritikal, kreatif dan progresif terhadap sesuatu untuk menyempurnakan kehidupan masa depan. Keseimbangan dan keselarasan antara keempat-empat unsur berkenaan dapat menghasilkan seorang pelajar yang mampu hidup secara harmonis serta aman dengan diri dan orang lain. Nilai-nilai murni merupakan prinsip-prinsip hidup seseorang. Setiap individu haruslah menjadi seorang yang berpegang kepada nilai-nilai murni sebagai prinsip hidup. Nilai moral dan sifat rasional perlu diamalkan untuk menjamin kehidupan yang harmonis dan menjauhi daripada sikap yang buruk, fikiran yang kolot dan gejala sosial. Pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan dalam kehidupan seharian supaya boleh berinteraksi dengan baik antara satu sama lain. Terdapat berbagai-bagai nilai murni yang perlu diserapkan oleh pelajar. Contohnya, nilai kerajinan dalam diri seseorang telah mendorong seseorang mengingati dan melaksanakan tanggungjawab secara inisiatif tanpa suruhan sesiapa. 5.0 Kehendak Masyarakat Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Mewujudkan hubungan silaturahim dan perpaduan dalam kalangan masyarakat telah dipentingkan. Kestabilan dan kekukuhan sesebuah negara dapat dimantapkan jika rakyat negara itu bekerjasama, 3

bertolak ansur bagai aur dengan tebing, menjalin hubungan yang mesra dan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat. Negara kita terdiri daripada kaum yang berbeza-beza dan mempunyai kebudayaan tersendiri. Keadaan ini merupakan keistimewaan negara kita, kita harus memeliharanya dengan hidup secara harmoni, saling membantu dan hormat-menghormati. Perpaduan rakyat merupakan senjata yang terunggul bagi negara kita untuk menjadi negara yang kaut dan maju. Seseorang dapat mengetahui dan lebih memahami kaum lain dengan melalui pendidikan. Kejadian serang hendap oleh Tentera Sulu ke atas Sabah telah memberi kesan yang negatif dan mengejutkan setiap lapisan masyarakat. Hal ini demikian kerana negara kita sering berada dalam keadaan yang aman dan tenteram. Oleh itu, kita haruslah mewujudkan masyarakat yang harmoni, aman dan tenteram. Setiap individu haruslah berpanjangan jauh, berinisiatif dan berkebolehan untuk menjalankan tanggungjawab dengan sempurna dan tepat pada masanya bagi menjaga dan mempertahankan keamanan dan ketenteraman masyarakat dan negara. Melalui pendidikan yang sewajarnya, kita dapat memahami sebab masalah dan berusaha mencari cara penyelesaian. Di samping itu, gejala sosial yang membimbangkan orang juga harus dihapuskan dengan bersungguh-sungguh untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni dan indah. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berbudi bahasa, berdisiplin, bersifat penyayang, bertanggungjawab dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Sesebuah negara yang maju dan berjaya berpandukan mutu dan kaliber rakyat kerana tiada rakyat tiada negara. Falsafah Pendidikan tersebut melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan untuk memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara. Peningkatan jumlah rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan telah mengurangkan kadar buta huruf dan membantu memperkembangkan ekonomi negara. Seseorang haruslah berdisiplin dan

bertanggungjawab sebagai warganegara yang cinta akan negara dan mematuhi segala peraturan dan undang. Setiap individu dididik untuk memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. 6.0 Peranan Guru Peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap individu itu. Peranan dan tanggungjawab yang digalas oleh 4

guru semakin mencabar seiring kehendak pelajar dan masyarakat. Guru sebagai rol model dan teladan yang baik. Pelajar masa kini mempunyai perasaan ingin tahun yang kuat, mereka sering memerhati apa telah dituturkan dan dilakukan oleh guru. Oleh itu, guru haruslah sentiasa bermoral, beretika, bersifat profesional dan berdisiplin diri. Peranan guru sebagai pendidik yang dedikasi. Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran serta pengetahuan ikhtisas keguruan. Guru bertanggungjawab menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan untuk merangsang perkembangan pelajar. Di samping itu, guru perlulah menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar. Guru merupakan mentor kepada pelajar. Mentor merupakan pembimbing atau penasihat yang arif dan berpengalaman seseorang dalam bidang sesuatu, misalnya bidang pendidikan. Pelajar-pelajar sering menghadapi pelbagai masalah pembelajaran serta masalah sosio-emosi. Selain mengajar, guru dikehendaki memainkan peranan sebagai pembimbing untuk membantu pelajar-pelajar mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka dan membina sifat keyakinan diri semula jika menghadapi masalah sosioemosi. Guru sebagai penggilap potensi. Setiap pelajar merupakan batu asal pada

mulanya, mereka haruslah dicungkil, diasah dan dijaga agar menjadi berlian yang mengilat dan mengilap. Guru haruslah memastikan asas kemahiran dalam penerokaan ilmu dikuasai oleh pelajar, iaitu asas kemahiran bertutur, membaca, menulis dan mengira. Tanpa kemahiran asas ini peluang untuk pelajar menggilap potensi diri mereka akan terhalang dan terbatas. Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada seseorang individu mengikut norma dan nilai masyarakat. Guru sebagai agen perubahan. Pada masa kini, guru yang bersifat dinamik bertanggungjawab untuk menghasilkan perubahan ke atas kendiri pelajarnya. Guru juga haruslah mengubah teknik pengajaran dari Chalk and talk hingga penggunaan ICT untuk menyampaikan kuliah mengikut peredaran masa. Peranan dan tanggungjawab guru bukan setakat sini sahaja maka guru juga sebagai fasilitator, pembentuk akhlak, agen sosialisasi, pengurus, pengelola dan sebagainya. Guru telah memainkan peranan yang mustahak dalam proses pendidikan. Jika hanya wujudnya sistem pendidikan dan tiada kewujudan guru maka proses pendidikan tidak akan berjaya!

7.0 Kesimpulan Falsafah Pendidikan merupakan satu ideologi negara yang dirangka dan dirancang untuk mencapai sesuatu matlamat dengan melalui pendidikan. kita dapati kerajaan bersungguh-sungguh memajukan rakyat dan negara. Usaha melaksanakan kemajuan itu digerakkan melalui pelbagai dasar dan perancangan, termasuklah melalui pembinaan falsafah pendidikan dan sebagainya. Bak kata pepatah Cina, perjalanan beribu batu bermula dari langkah pertama. Maksud langkah pertama ialah memajukan insan seawal usia melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

You might also like