You are on page 1of 12

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSIT

SHAARI OMAR IPG KAMPUS KOTA BHARU

Amali 4 Mengukur dan Membandingbeza Kepelbagaian Spesis Pengenalan: Pada awal amali kita menguji beberapa kesukaran yang ditemui apabila kita cuba menempatkan individu-individu ke dalam taburan taxa, atau spesies, berdasarkan morfologi mereka sahaja. Dalam amali ini kita akan melihat satu contoh , di mana kita menggunakan morphospecies dari pengumpulan kupu-kupu dari tiga pulau bagi membuat perbandingan kepelbagaian spesis , dan kemudian membuat beberapa cadangan berkenaan keutamaan pemuliharaan berdasarkan bandingan. (Apakah dia morphospecies?) Membanding Kepelbagaian Spesis Kupu-Kupu Asia Tenggara Invertebrata seringkali digunakan sebagai penunjuk biodiversiti kerana, secara takonominya mereka mempunyai banyak spesis, dan secara ekologinya mereka sangat berguna menentukan jenis-jenis habitat, nich dan dari segi strategi-strategi. Beberapa kumpulan, seperti kumbang, semut dan kupu-kupu dan juga rama-rama secara bandingannya mudah digolongkan ke dalam morhospecie dengan hanya menggunakan ciri-ciri morfologi luaran mereka. Tugasan Kupu-kupu dalam amli ini didatangkan dari tiga pulau iaitu Pulau Sipadan, Pulau Talang-Talang dan Pulau Redang. Ia dibeli oleh Dr.Dale bagi kegunaan mengkaji perbezaan dalam kepelbagaian spesis yang secara rasionalnya pengembalian untuk ekologi mengutamakan bagi pulau-pulau program tersebut.

Terdapat banyak petunjuk kepelbagaian yang boleh dikira dan dibuat perbandingan dengan menggunakan Indeks Kepelbagaian Simpson (Simpsons Diversity Index).

Baca penerangannya pada akhir amali ini. Pertama, anda mesti susun semua kupu-kupu ke dalam kumpulan-kumpulan. Gunakan ciri-ciri yang biasa ada pada semua kupu-kupu, tetapi ada kepelbagaian masing-masing. Sebagai contoh, panjang antena, warna kepak, tanda corak kepak, saiz abdomen atau thorax atau bentuk dan ciri-ciri lain

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSIT


SHAARI OMAR IPG KAMPUS KOTA BHARU

yang berguna, tetapi bukan jumlah kaki! Saiz juga bukan ciri-ciri yang baik untuk digunakan (mengapa?). Unit operasi taksonomi (operational taxonomic units or OTUs), yang anda definisikan (kumpulan) boleh diertikan sebagai spesis pecahan Beri nama unik bagi setiap spesis untuk memudahkan perbincangan.(apa yang dibuat oleh para taksonomis). Pertama, ambil satu spesis kupu-kupu, bandingkan dari semua ketiga-tiga pulau pada masa yang sama, dan warnakan atau tanda semua individu yang anda fikir dari kumpulan yang sama(spesis). Kemudian ambil spesis kupu-kupu seterusnya mengikut prosedur., sehingga semua kupu-kupu telah diletakkan dalam kumpulan masing-masing. Kedua, kira berapa banyak individu antara setiap spesis dari setiap pulau dan masukkan nilai ke dalam jadual yang disediakan Kemudian, kirakan kepelbagaian spesis dari setiap pulaudengan menggunakan Indeks Simpson D. anda boleh kira secara manual atau guna kalkulator dari laman web. Terdapat arahan pada akhir amali. Jika anda menggunakan kalkulator dalam talian (online calculator), anda akan lebih mudah mengira kekayaan spesis dan kesamarataan spesis.

Laporan Anda Anda akan berbincang berdasarkan isi-isi dibawah dan laporan bercorak essei (lebih kurang 600 perkataan). Berikan Tajuk, pengenalan, dan sertakan jadual kekayaan, kesamarataan dan Nilai D bagi setiap spesis kupu-kupu, dan keutamaan anda untuk memulihara ketiga-tiga pulau tersebut.

Panduan Laporan Anda . Apakah asas binaan (basic building blocks) atau Unit Operasi Taksonomi (operational taxonomic units) dari kepelbagaian (biodiversity) ? Terangkan. Huraikan apakah maksud (1) kekayaan spesis dan (2) kesamarataan spesis. Pulau manakah paling tinggi , sederhana dan paling rendah kepelbagaiannya? Pulau yang manakah anda hendak utamakan pemuliharaan? adakah mengikut nilai kepelbagaian? Apakah faktor-faktor yang boleh anda ambil kita dalam menentukan keutamaan program pemuliharaan? Jika kita tidak mempunyai sumber bagi melindungi semua spesis, apakah kriteria yang boleh digunapakai untuk menentukan usaha-usaha pemuliharaan ini terus dilakukan?

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSIT


SHAARI OMAR IPG KAMPUS KOTA BHARU

Tarikh Akhir : Semak fail penilaian bagi menentukan tarikh akhir. Laporan ini meliputi 10% dari jumlah markah anda.

Jadual 1. Jumlah spesis dan jumlah individu dari setiap spesis bagi tiga pulau Malaysia. D = Indeks diversiti Simpson. P = kedudukan keutamaan bagi pemulihan; 1= paling mendesak,2= mendesak, 3=kurang mendesak. Species Pulau Sipadan Pulau Talang Talang- Pulau Redang

kekayaan spesis kesamarataan spesis Index Simpson (D)

Keutamaan untuk Pemuliharaan

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSIT


SHAARI OMAR IPG KAMPUS KOTA BHARU

Memahami Indeks Diversiti Simpson Berikut adalah beberapa laman sesawang yang baik untuk menerangkan bagaimana untuk membandingkan kepelbagaian spesis secara kalkulator dalam talian (online calculator). http://www.countrysideinfo.co.uk/simpsons.htm http://www.umanitoba.ca/institutes/natural_resources/biodiversity/biodiversity.html Indek Diversiti Simpson adalah untuk mengukur kepelbagaian. Dalam ekologi ia sering digunakan untuk mengukur biodiversiti dalam sesuatu habitat. ia digunakan untuk mengira jumlah kehadiran spesis maupun kelimpahan sesuatu spesis. Kepelbagaian Biologi (Biological Diversity - the great variety of life) Kepelbagaian biologi boleh diukur dengan banyak cara. Dua faktor utama diambilkira semasa mengukur kekayaan dan kesamarataan kepelbagaian (diversiti). Kekayaan adalah ukuran jumlah kehadiran organisma yang berbeza jenis dalam sesuatu kawasan tertentu. Sebagai contoh, kekayaan spesis adalah jumlah kehadiran spesis yang berbeza. Walau bagaimanapun diversiti bukan hanya bergantung kepada kekayaan tetapi juga kepada kesamarataan. Kesamarataan pula membandingkan persamaan saiz populasi bagi setiap jenis spesis yang ada dalam sesuatu kawasan. 1. Kekayaan Spesis (Species Richness) Jumlah spesis setiap sampel adalah ukuran bagi kekayaan. Lebih banyak spesis yang ada dalam satu sampel, menunjukkan sampel itu kaya. Kekayaan spesis sebagai satu ukuran tersendiri tidak mengambilkira jumlah individu yang ada bagi setiap spesis. Ia memberikan pemberatan kepada semua spesis di mana individu yang sedikit sama dengan individu yang banyak. Contohnya satu bunga daisy mempunyai banyak pengaruh ke atas kekayaan sesuatu kawasan yang mempunyai 1000 bunga buttercups. 2 . Kesamarataan Spesis (Species Evenness) Kesamarataan adalah satu ukuran dari bandingan kelimpahan dari spesis yang berbeza yang membina kekayaan sesuatu kawasan. Sebagai contoh, kita mungkin ada

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSIT


SHAARI OMAR IPG KAMPUS KOTA BHARU

dua sampel bungaan liar dari lapangan berbeza. Sampel dari lapangan pertama mengandungi 300 bunga daisy, 335 bunga dandelion dan 365 buttercup. Sampel dari lapangan kedua mengandungi 20 daisy, 49 dandelion dan 931 buttercup (lihat jadual di bawah). Kedua-dua sampel sama kekayaannya (3 spesis) dan sama jumlah individu (1000). Bagaimanapun , sampel pertama lebih kesamarataan berbanding dengan sampel kedua. Ini kerana jumlah individu dalam sampel pertama diserakkan secara rata antara 3 spesis. Dalam sampel kedua , kebanyakkan individu adalah buttercup, dengan hanya sedikit daisy dan dandelion yang ada. pelbagai (diversiti) berbanding Sampel 1. Oleh itu Sampel 2 kurang

Bilangan Individu Spesis Bungaan Daisy Dandelion Buttercup Jumlah Sampel 1 300 335 365 1000 Sampel 2 20 49 931 1000

Satu komuniti yang didominasi oleh satu atau dua spesis dikatakan kurang kepelbagaian (diverse) berbanding satu dari beberapa spesis yang berbeza yang mempunyai kelimpahan spesis yang sama. Jika kekayaan spesis dan kesamarataan spesis meningkat, maka kepelbagaian meningkat .Index Diversiti Simpson mengukur kepelbagaian yang mengambilkira kedua-dua kekayaan dan kesamarataan. Jika kepelbagaian meningkat, maka nilai Indek D Kepelbagaian Simpson (Simpsons Diversity Index D) meningkat..

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSIT


SHAARI OMAR IPG KAMPUS KOTA BHARU

Mengira Indeks Diversiti Simpson Secara Dalam Talian Langkah 1. Hidupkan komputer anda dan susurkan laman web berikut http://www.umanitoba.ca/institutes/natural_resources/biodiversity/biodiversity.html Anda akan paparan berikut di skrin.

Langkah 2. Klik pada tag kalkulator dan perkara berikutnya dipaparkan.

Langkah 3. Pada skrin terdapat borang kemasukan data, taip jumlah individu setiap spesis kupu-kupu yang dijumpai dari pulau pertama. Nilai mesti dijarakkan. Skrin menunjukkan contoh dimana terdapat tujuh spesis . Spesis pertama 10 individu dan spesis ketujuh 12 individu.

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSIT


SHAARI OMAR IPG KAMPUS KOTA BHARU

Langkah 4. Klik butang calculate diversity dan kotak keputusan akan dipaparkan seperti di bawah.

Langkah 5. Dalam jadual 1, rekodkan Nilai D Simpson (2 titik perpuluhan sahaja), Nilai Kekayaan Spesis dan Kesamarataan Spesis Shannon . Dari contoh di atas D=0.82, Kekayaan=7 dan Kesamarataan=0.92.

Langkah 6. Ulangi pengiraan bagi dua pulau yang lain.

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSIT


SHAARI OMAR IPG KAMPUS KOTA BHARU

Mengira Indek Diversiti Secara Manual Indek dikira dengan formula berikut: D = 1/ pi2 Dimana pi = pecahan kelimpahan spesis ith atas pulau. Sebagai contoh jika anda ada sampel dari dua spesis iaitu 5 individu dari spesis pertama dan 8 individu dari spesis kedua (jumlah 13 individu) D = 1 / (5/13)2 + (8/13)2) = 1 / (0.38)2 + (0.62)2) = 1/(0.52) D = 1.92 jadi, nilai D meningkat, inilah diversiti. Contoh Mengira Indek Kepelbagaian Simpson

Spesis

Pulau Sipadan

Pulau Talang-Talang

Pulau Redang

1. 2. 3. 4.

5 8 9

5 7 2 6

Jumlah individu Indek Simpson (D)

22 2.8

20 3.6

Pulau Sipadan D = 1/((5/22)2 + (8/22)2 + (9/22)2) = 1/(0.23)2 + (0.36)2 + (0.41)2) = 1/(0.05 + 0.13 + 0.17) = 1/0.35 D = 2.8 Pulau Talang-Talang D = 1/((5/20)2 + (7/20)2 + (2/20)2 + (6/20)2) = 1/(0.25)2 + (0.35)2 + (0.10)2 + (0.30)2) = 1/0.06 + 0.12 + 0.01 + 0.01) = 1/0.28 D = 3.6 Oleh itu, D = 3.6 lebih besardari D = 2.8 . Kita boleh katakan bahawat Pulau TalangTalang mempunyai lebih kepelbagaian (diversity) dari Pulau Sipadan.

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSIT


SHAARI OMAR IPG KAMPUS KOTA BHARU

Kupu-kupu Asia Tenggara

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSIT


SHAARI OMAR IPG KAMPUS KOTA BHARU

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSIT


SHAARI OMAR IPG KAMPUS KOTA BHARU

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSIT


SHAARI OMAR IPG KAMPUS KOTA BHARU

You might also like