You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASEK MUTIARA JALAN TASEK MUTIARA 5, BANDAR TASEK MUTIARA 14120 SIMPANG AMPAT.

SEBERANG PERAI SELATAN Tel : 04-5073885 Faks : 04-5082807 Web: www.myskbtm.blogspot.com E mel: eskbtm@gmail.com

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Rujukan kami: SKBTM 600-3/3/1 (1) Tarikh: 24 Disember 2013 Haliza bin Ahmad, Setiausaha Jawatankuasa Penaja Pergerakan Pengakap, Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara, 14120 Simpang Ampat, PULAU PINANG Melalui: Guru Penasihat/Pemimpin Jawatankuasa Penaja Pergerakan Pengakap. Tuan,

Permohonan Menubuhkan Pergerakan Pengakap Sekolah Bandar Tasek Mutiara


Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki berasaskan ____________________________________ bertarikh 2 Januari 2014..

Kebangsaan
surat tuan

2. Saya terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada tuan dan semua Ahli Jawatankuasa Penaja Pergerakan Pengakap yang berhasrat untuk menyemarakkan lagi Pergerakan Pengakap sekolah ini. 3. Sehubungan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21hb. Mei 1998, maka saya dengan sukacitanya meluluskan penubuhan Pergerakan Pengakap Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara dengan syarat pihak tuan mengemukakan kepada saya Pelembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan, Senarai Ahli Jawatankuasa, dan Senarai Aktiviti Utama dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh Mesyuarat Penubuhan yang akan pihak tuan adakan. 4. Sukacita juga dimaklumkan bahawa kelulusan ini bukan bermaksud Pergerakan Pengakap Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara sudah boleh bergerak sebagai sebuah persatuan yang sah dan berdaftar. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, .. ( ZAINEE BT OMAR ) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara, 14120 Simpang Ampat, SPS, Pulau Pinang

Pm bersama Pelembagaan Peraturan-Peraturan Persatuan Senarai Ahli Jawatankuasa Senarai Aktiviti Utama

You might also like