You are on page 1of 31

1

Cetakan pertama 2014 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Diterbitkan oleh: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Susun Atur & Dicetak: Reka Cetak Sdn Bhd No. 12 & 14, Jalan Jemuju Empat 16/13D, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03 5510 4254 / 03 5510 4758
2

KANDUNGAN

MUKADIMAH 5 PERISTIWA, SEJARAH DAN IKTIBARNYA


Nasab Keturunan dan Nama Baginda SAW 6 Nama dan Gelaran Rasulullah SAW 7 Gelaran dan Maulid Rasulullah SAW 8 Tempat Lahir Rasulullah SAW 10 Rasulullah SAW sebagai Anak Yatim 12 Penyusuan Rasulullah SAW 13 Hidup Di Perkampungan atau Badawah 14 Pengembala Kambing 15 Rasulullah SAW dalam Keadaan Ummi 16 Sifat Fizikal Nabi SAW 18 Akhlak Rasulullah SAW 21 Sifat Asas Rasulullah SAW 24

WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH

25

PENUTUP 29

MUKADIMAH

Peri Pentingnya Umat Islam Mengenali Rasulullah SAW Pesanan dan wasiat seorang sahabat nabi yang bernama Saad bin Abi Waqas RA. Antara lain katanya: Kita hendaklah mengajar anak-anak kita peperangan Rasulullah SAW sepertimana kita mengajar mereka surah-surah al-Quran. Kenyataan ini jelas menunjukkan betapa Rasulullah SAW begitu hampir dalam kehidupan kita kecuali kabus kemewahan dan kelalaian telah menjadi hijab untuk kita mengenali Rasulullah SAW yang sewajibnya kita beriman dan mencintainya. Mengikut riwayat al-Tabarani, daripada Saidina Ali RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Didiklah anakmu atas tiga sifat, cintakan Nabimu, cintakan keluarganya dan membaca al-Quran. Ini kerana pembawa al-Quran berhak mendapat bayangan lindungan Arasy Allah SWT pada hari tiada sebarang lindungan kecuali lindungannya bersama para nabi dan orang-orang yang dipilihnya. Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan yang bertemakan Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah, penulis mengkaji dengan mengimbaskan sejarah kelahiran serta iktibar yang mungkin dapat dipetik dalam peristiwa yang agung ini. Semoga sedikit paparan dengan rujukan kitab-kitab sirah dan sejarah sama ada bersifat turath atau moden dapat memberi sebuah gambaran yang nyata berkenaan hakikat ini. Jelas terbukti dengan kesungguhan ilmuan Islam menggarap tulisan dan ilmu untuk difahami oleh masyarakat sejagat.

PERISTIWA, SEJARAH DAN IKTIBARNYA

1. Nasab Keturunan dan Nama Baginda SAW1 Rasulullah SAW bernama: Muhammad SAW bin Abdullah bin Abd al-Muttalib2 bin Hashim3 bin Abdu Manaf4 bin Qusay5 bin Kilab bin Murrah bin Kaab binLuay bin Ghalib bin Fihr6 bin Malik bin al-Nadr7 bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah8 bin Ilyas bin Mudar bin Nizar bin Maad bin Adnan. Iktibar dan Hikmah Keturunan yang mulia. Keturunan Nabi Ibrahim. Keturunan daripada nikah yang sahih. Daripada susur galur pemimpin kaum. Berkenaan nasab melebihi Adnan terdapat banyak pandangan, antaranya: - Ibn Qayyim berkata: Nasab yang sampai kepada Adnan telah dimaklum kebenarannya, sedangkan yang di atas daripada itu menjadi khilaf. - Begitu juga pendapat al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah 13/193 menyatakan: Tidak sah sebarang nasab melebihi Adnan. - Ibn Sad dalam Tabaqatnya berkata: Di sisi kita hendaklah berpegang dan tidak membicarakan melebihi Adnan kepada Nabi Ismail.
1

3 4 5 6 7 8
2

Mengikut riwayat Imam al-Bukhari 7/205-206 Nama sebenarnya ialah Syaibah Nama sebenarnya ialah Amru Nama sebenarnya ialah al-Mughirah Nama sebenarnya ialah Zayd Yang digelar dengan gelaran Quraisy dan melaluinya dinisbahkan kabilah Quraish Nama sebenarnya ialah Qays Nama sebenarnya ialah Amir

- Urwah bin al-Zubair berkata:Tiada kami dapati siapa yang menyebut selepas Adnan dan Qahtan kecuali bohong. - Al-Zahabi berkata: Adnan adalah dari keturunan Ismail bin Ibrahim dengan ijmak, kecuali mereka khilaf berapa bilangan bapa antara mereka. Rasulullah SAW berasal daripada dua anak yang disembelih (Ibn al-Zabihaini) iaitu Nabi Allah Ismail AS dan Abdullah. Sifat kepimpinan sudah wujud kepada mereka yang dialirkan kepada Rasulullah SAW. Ini menunjukkan sifat qiadah sudah sebati dalam jiwa Baginda SAW. 2. Nama dan Gelaran Rasulullah SAW Nama sebenarnya ialah Muhammad dan gelarannya al-Amin. Iktibar dan Hikmah Nama tersebut adalah asing bagi orang Arab, seolah-olah ianya dipelihara oleh Allah SWT. Nama Rasulullah SAW disebut dalam Kitab Taurat dan Injil. Begitu juga dengan al-Quran. Nama Muhammad sebagai tafaul. Dinamakan dengan nama Muhammad supaya dipuji penduduk langit dan bumi. Nama sebagai doa dan juga sebagai motivasi perubahan. Nama membentuk identiti tersendiri. Antara namanya yang lain ialah Ahmad (amat dipuji), al-Hamid (pemuji), al-Aqib (kesudahan), al-Mahi (penghapusan), al-Hasyir (yang menghimpunkan). Gelaran kebaikan menzahirkan watak seseorang. Nama seseorang boleh mempengaruhi sifat-sifatnya.

Nabi Isa menyifatkan Rasulullah SAW dengan al-Farqalib, iaitu dia mencela dunia dan kesalahan yang dilakukan, seperti maksiat dan keengganan umat manusia menyembah Allah SWT. Nama Thaha tidak pernah dithabitkan oleh ulama Ahli Sunnah wa al-Jamaah sebagai salah satu daripada nama Rasulullah SAW, meskipun ada sebahagian ulama yang memperkatakan demikian. 3. Gelaran dan Maulid Rasulullah SAW Nabi Rahmat. Al-Muqaffa (kesudahan nabi). Nabiyu al-Taubat. Nabiyu al-Marhamah. Rahmah muhdah. Sayyid walad Adni. Al-Muhatan Al-Daie kepada Allah SWT. Al-Mubasyir. Al-Sodiq. Al-Masduq. Al-Munzir. Al-Syahid. Al-Nur. Al-Haq. Al-Urwah al-Wusthqa. Al-Mudassir. Al-Muzammil.
8

Al-Hadi. Al-Kerim. Qadam sidq. Al-Najm al-Thaqif. Ulama telah khilaf berkenaan banyaknya nama Baginda SAW. Imam al-Nawawi berkata: Sebahagian yang disebut adalah sifatnya. Maulid atau kelahiran Rasulullah SAW merupakan berita gembira yang telah disampaikan oleh Nabi Isa AS. Kelahirannya dengan berkat doa Nabi Ibrahim. Ahli sejarah telah khilaf berkenaan dengan tarikh kelahiran dan maulid Rasulullah SAW kepada lima pendapat: Pertama: 12 Rabiul Awal pada Tahun Gajah, 531 M. Inilah pendapat Ibn Ishak, al-Zahabi dan al-Tabari. Kedua: 9 Rabiul Awal pada Tahun Gajah, 571 M. Ketiga: 2 Rabiul Awal. Inilah pendapat al-Waqidi. Keempat: 10 Rabiul Awal. Kelima: 8 Rabiul Awal. Ini berdasarkan pendapat dalam Sifat al-Safwah. Ini juga pendapat Ibn Abdi al-Bar, Imam al-Nawawi dan al-Baihaqi. Iktibar dan Hikmah Berdasarkan kenyataan di atas, dibahagikan kepada beberapa masa: Pertama: Tahun kelahiran Tahun yang disepakati ialah Tahun Gajah. Mereka khilaf berapa hari selepas serangan bergajah.Ada yang menyatakan 40 hari dan ada yang mengatakan 50 hari.
9

Kedua: Bulan Kelahiran Tarikh yang disepakati ialah pada bulan Rabiul Awal.Ada juga pendapat pada bulan Safar tetapi amat lemah. Ketiga: Hari kelahiran Hari yang disepakati ialah pada hari Isnin. Keempat: Bulan Kelahiran Berkenaan dengan tarikh 9 Rabiul Awal, bersamaan 20 April 571 M yang juga tahun pertama serangan tentera bergajah. Pendapat ini disokong oleh Syeikh Muhammad Sulaiman al-Mansurfuri dan Ahli Falak terkenal, Mahmud Basha. Begitu juga yang dinyatakan dalam Nur al-Yaqin. Kelima: Masa kelahiran Terdapat dua pandangan berkenaan dengan masa kelahiran Baginda SAW: - Ketika fajar hampir menyingsing. - Pada waktu pagi. Peristiwa yang berlaku selepas kelahiran: Mengikut riwayat al-Baihaqi, terdapat keluarbiasaan berlaku atau disebut irhas. Antaranya: Empat belas lengkungan gerbang istana Kisra telah gugur. Api sembahan orang Majusi terpadam. Gereja di sekitar Bahirah Sawah telah runtuh. Walaupun begitu, Syeikh Muhammad al-Ghazali, pengarang kitab Fiqh al-Sirah, tidak bersetuju dengan pendapat di atas. Namun begitu, kelahiran Rasulullah SAW diambil prihatin dan cakna oleh Rahib dan Rabai (Pendeta) Yahudi. 4. Tempat Lahir Rasulullah SAW Rasulullah dilahirkan di Kota Makkah. Baginda SAW dilahirkan di rumah Abi Talib di Syib Bani Hasyim. Bidan yang menyambut
10

kelahirannya pada ketika itu ialah al-Syifa, ibu kepada Abdul Rahman bin Auf. Iktibar dan Hikmah Wujudnya Kaabah sebagai kiblat yang pertama. Hubungan sejarah yang bersilsilah sehingga ke Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail AS. Pilihan Kota Makkah kerana ia berada di tengah kawasan dunia, seperti nas yang dinyatakan di dalam firmanNya yang bermaksud: Aku bersumpah dengan negeri (Makkah) ini. Sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas). (Surah al-Balad: 1 2)

Pemeliharaan Allah SWT pada bumi Makkah dengan dihancurkan tentera bergajah, seperti dalam firmanNya yang bermaksud: Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? Dan ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung secara berpasukan.Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras. Lalu, ia menjadikan mereka hancur berkecai, seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat. (Surah al-Fil: 1 5) Ibn al-Qayyim berkata: Hari kelahiran Baginda adalah pada Tahun Gajah (Am al-Fil). Perkara gajah merupakan hadiah yang diberikan Allah SWT bagi Nabi dan rumah-Nya. Ini kerana tentera bergajah merupakan

11

tentera dari kelompok Nasrani Ahli Kitab, di mana agama mereka lebih baik daripada agama penduduk Makkah pada waktu itu. Ini kerana mereka adalah orang-orang yang menyembah berhala, maka Allah SWT memberikan pertolongan kepada mereka untuk mengalahkan Ahli Kitab dengan pertolongan yang tidak pernah diberikan untuk manusia lain. Hal ini merupakan mukjizat dan hadiah yang diberikan kepada Nabi SAW yang telah dilahirkan di Makkah dan juga untuk mengagungkan Bait al-Haram. Sayyid Qutb dalam Fi Zilal al-Quran berkata: Tepat dengan iradatNya hendak membinasakan bala tentera pemimpinnya iaitu Abrahah, Allah SWT telah melepaskan pasukan-pasukan burung yang melontar anak-anak batu ke atas mereka dan membinasakan mereka, seperti daun-daun kering yang reput, sebagaimana diceritakan oleh al-Quran. Tubuh Abrahah sendiri telah dibawa keluar dari sasaran anak-anak batu itu dan ia menderita parah. Oleh kerana itu, ia telah dibawa keluar dari Makkah bersama-sama tenteranya, sedangkan jari jemarinya gugur sebatang demi sebatang sehingga sampai ke Sana, ibu kota Yaman. Beliau tidak mati sehingga dadanya berlubang menampakkan jantungnya. 5. Rasulullah SAW Sebagai Anak Yatim Mengikut riwayat, Rasulullah SAW dilahirkan selepas dua bulan kematian bapanya.Ada juga pendapat mengatakan, Rasulullah SAW dilahirkan dan selepas itu, barulah bapanya meninggal dunia. Iktibar dan Hikmah Syeikh Abdul Hamid Kiysk berkata: Supaya Nabi menyebut Tuhannya. Supaya Allah SWT secara langsung mentarbiah dan mendidik Rasulullah SAW tanpa campur tangan manusia. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Aku dididik oleh Tuhanku, yang mendidikku dengan sempurna.
12

Supaya Rasulullah SAW hanya bertawakkal dan bergantung kepada Tuhannya. Syeikh al-Buti berkata: Berlaku keyatiman bukan secara kebetulan, tetapi mengikut takdir Ilahi dan hikmahnya. Antaranya ialah menjauhkan tangan-tangan yang cuba memanjainya, menjauhkan wang, harta kekayaan yang cuba dimewahkan kehidupannya. Dr. Aidh al-Qarni berkata: Rasulullah SAW dilahirkan dalam keadaan yatim untuk menjadi teladan dan contoh bagi anak-anak yatim lain sehingga mereka yakin bahawa keadaan yatim bukanlah aib, cacat dan bukan juga kemurkaan dari Allah SWT. 6. Penyusuan Rasulullah SAW Seperti yang diketahui, Rasulullah SAW disusui oleh ibunya. Kemudian,Thuwaibah al-Aslamiyyah, yang menjadi hamba kepada Abu Lahab dan akhirnya Halimah al-Sadiah. Iktibar dan Hikmah Susu ibu boleh memberi kekuatan dan kesihatan kepada bayi. Dalam kitab Nur al-Yaqin yang ditahqiqkan oleh Adnan Maulud al-Maghribi menyebut: Yang menyusu Nabi SAW seramai 8 orang, iaitu ibunya Aminah,Thuwaibah al-Aslamiyyah, Khaulah binti al-Munzir, Barakah Ummu Aiman, Halimah al-Sadiah dan tiga orang wanita daripada al-Awatiq. Antara yang disusui oleh Thuwaibah ialah bayinya bernama - Masruh. - Hamzah bin Abdul Muttalib dan - Abu Salamah bin Abdu al-Asad al-Makhzumi.

13

Antara saudara susuan Rasulullah ialah: - Abdullah bin al-Harith. - Anisah binti al-Harith. - Hudhafah atau Judhamah binti al-Harith, iaitu al-Shayma, gelaran yang lebih dikenali dari nama asalnya. - Sufiyan bin al-Harith bin Abd al-Muttalib. - Hamzah bin Abdul Muthalib, iaitu bapa saudara Baginda sendiri Dalam kitab Zad al-Maad menyebut Saidina Hamzah bertemu sebagai saudara susuan dengan Baginda SAW daripada Suwaibah dan juga Halimah al-Sadiah. Sebuah kisah, mengikut ahli sejarah, Shayma yang menjadi kekanda susuan Nabi SAW pernah ditawan oleh sahabat Rasulullah SAW dan mereka yang bersamanya. Apabila dibawa ke hadapan Rasulullah SAW, Baginda memuliakannya, mengingatkan nostalgia lama. Betapa mulianya Halimah dan keluarganya memelihara Rasulullah SAW, akhirnya para sahabat memutuskan untuk membebaskan mereka semua sebagai ganjaran atas ehsan mereka kepada Rasulullah SAW. Inilah sifat Rasulullah SAW dan para sahabat memuliakan manusia yang berjasa kepadanya sekalipun tempoh masa sudah berubah dan jaraknya cukup lama. 7. Hidup Di Perkampungan atau Badawah Sejarah menunjukkan Rasulullah SAW dipelihara dan dijaga oleh keluarga Bani Sad dalam suasana perkampungan. Nama ibu susuannya, Halimah binti Abu Dhuayb, isteri al-Harith bin Abdul Uzza, yang dikenali dengan gelaran Abu Kabsyah dari kabilah yang sama. Iktibar dan Hikmah Seorang ahli sejarah berkata: Sebilangan besar tokoh-tokoh kenamaan, bahkan di Barat, adalah berasal dari perkampungan. Para pembesar tidak dibesarkan di kawasan bandar. Ia menjadi
14

penghalang utama pengembangan bakat dan kemampuan manusia sehingga menjadikannya sebagai seorang pengecut. Pakar pendidikan berkata: Kanak-kanak yang dididik di kawasan bandar cenderung kurang bijak dan memiliki azam yang lemah. Perkara ini sering berlaku dan dapat disaksikan secara nyata. Kanak-kanak yang hidup di kawasan bandar apabila tersekat daripada memperolehi ilmu pengetahuan dan pendidikan yang baik, mereka akan menjadi bodoh, tidak seperti kanak-kanak yang hidup di kawasan kampung. Ahli sejarah telah bersepakat mengatakan bahawa perkampungan Bani Sad pada ketika itu mengalami kemarau yang teruk. Apabila Muhammad SAW dibawa ke rumah Halimah, maka Halimah terus menyusukan Baginda SAW. Keadaan pada ketika itu terus berubah. Kampung yang pada suatu ketika dahulunya berada dalam keadaan yang kering tandus mulai menghijau, manakala kambing ternakan yang dahulunya kurus kelaparan kini berubah menjadi riang dan pundinya dipenuhi dengan susu. 8. Pengembala Kambing Sejak usia kanak-kanak lagi, Nabi SAW menggembala kambing milik Ibn Abu Muith dengan upah segenggam kurma. Semua nabi yang diutuskan oleh Allah SWT memang pernah menggembala kambing. Iktibar dan Hikmah Sebahagian ulama berkata:Terdapat beberapa keutamaan di sebalik pekerjaan menggembala kambing, antaranya ialah: Menggembala kambing dapat menjadikan jiwa seseorang itu menjadi lembut, tabah dan rendah hati. Oleh itu, lazimnya, orang yang pernah bekerja sebagai pengembala kambing, pasti memiliki sifat rendah diri.

15

Kedegilan mengatur kambing dapat dijadikan sebagai medan latihan yang nantinya dapat memimpin dan mentadbir kehidupan umat manusia dengan baik. Oleh kerananya, Rasulullah SAW berjaya menjadi pemimpin umat manusia dengan berjaya. Menggembala kambing merupakan sebaik-baik pekerjaan. Ia tidak sama dengan perniagaan yang tidak jarang dinodai oleh unsur tipu muslihat dan riba. Suatu hikmah Ilahi telah menunjukkan kepada kita bahawa sebaik-baik harta ialah hasil dari perusahaan sendiri demi untuk kebaikan masyarakat dan manusia seluruhnya dan seburuk-buruk kesenangan ialah kemewahan yang diperolehi tanpa kesusahan yang langsung tidak memberi sebarang sumbangan kepada masyarakat. 9. Rasulullah SAW dalam Keadaan Ummi Maksud Ummi ialah tidak mengetahui untuk membaca dan menulis. Ini juga yang telah dinaskan oleh al-Quran yang bermaksud. Dialah (Allah) yang telah mengutuskan dalam kalangan orangorang (Arab) yang ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad SAW) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya), dan membersihkan mereka (dari itiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (al-Quran) dan hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syara). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (Surah al-Jumuah: 2)

16

Ayat ini menunjukkan wazifah dan tugas Rasulullah, iaitu: Membaca ayat-ayat al-Quran kepada umatnya. Mensucikan mereka atau tazkiyyah al-Nufus. Mengilmukan mereka dengan kitab dan juga hikmah. Iktibar dan Hikmah Menurut Muhammad Said Ramadan al-Buti dalam bukunya, Fiqh Sirah bahawa: Sudah kehendak Allah SWT mengutuskan utusanNya yang buta huruf. Begitu juga, bangsa yang akan lahir Rasul di kalangannya juga merupakan satu bangsa yang kebanyakannya buta huruf agar mukjizat kenabian dan syariat Islam itu terjulang nampak dan jelas di antara dogma-dogma dan seruan manusia lain yang beraneka corak. Menghindarkan perasaan syak wasangka manusia, apakah Muhammad SAW ini boleh membaca dan mempelajari kitabkitab lama yang mengandungi sejarah manusia purba dan tamadun negara tetangga seperti Parsi, Greek Tua atau Romawi. Prof. Dr. Muhammad al-Mubarak berkata: Orang yang memerhati dan memandang kepada bangsa Arab, akan dapat melihat bagaimanakah bangsa Arab boleh berdiri di masa silam di tengah-tengah dua tamadun yang melebar di kiri kanan. Di sebelah kirinya, tamadun Barat yang keterlaluan telah cuba mencipta gambaran dan imej manusia dengan alirannya yang kering pucat tidak berhias dan tidak terjejas dengan hakikat keinsanannya. Di sebelah kanannya pula, tamadun kerohanian dan kejiwaan yang melambung ke alam khayalan, seperti yang terdapat di India, China dan sebagainya.

17

10. Sifat Fizikal Nabi SAW Terdapat banyak riwayat, antaranya: Ummu Mabad al-Khuzaiyyah menyifatkan Rasulullah SAW kepada suaminya, tatkala Baginda singgah di khemah mereka dalam perjalanan hijrahnya, dengan katanya: Seorang yang ketara keseriannya, putih wajahnya, baik akhlaknya, tidak merasai beban oleh badan yang besar, tidak boleh diperlekehkan kerana kepala yang kecil, indah rupa paras dan menarik perhatian, luas dan tampak jelas mata putih dan mata hitamnya, rambutnya lebat, suaranya serak-serak basah, lehernya jinjang, mata hitamnya sangat ketara, tampak urat lengannya, alisnya nipis, keningnya bersambung, rambutnya sangat hitam, kalau dia diam, nampak nyata kehebatannya dan kalau dia berbicara, nampak nyata ketrampilannya, manusia paling menawan dan paling menarik jika dipandang dari jauh, paling cantik dan manis dari dekat, katakatanya manis, kesegakannya memadai dengan selapis pakaian sahaja, tidak bertutur perkataan yang sia-sia dan mengarut, tutur katanya bagaikan jalinan batu permata yang menjulur keluar, sederhana ketinggiannya, untuk memandangnya, tak perlu menunduk dan tak perlu mendongak, bagaikan satu ranting di antara dua ranting, kalau dia bertiga, maka dialah yang paling menarik perhatian dan paling mendapat tempat, dia mempunyai teman-teman yang mengelilinginya, kalau dia berkata sesuatu, mereka khusyuk mendengar kata-katanya, kalau dia menyuruh sesuatu, segera mereka melaksanakannya, dia sentiasa dipatuhi dan dikerumuni, tidak bermasam muka dan tidak memperlekehkan orang. Ali bin Abu Talib RA menyifatkan Rasulullah SAW dengan katanya: Tidak tinggi melayup dan tidak terlalu rendah, ketinggiannya sederhana di kalangan orang lain, rambutnya tidak kerinting dan

18

tidak lurus, tetapi antara keduanya tidak bermuka cengkung dan tidak tembam. Mukanya bulat dan putih kemerahan, rambutnya lebat, sendi-sendinya tampak jelas, tidak banyak bulu di badan kecuali pada anggota tertentu, badannya tidak dipenuhi bulu, tapak tangan dan kakinya tebal, kalau dia berjalan, maka diangkat kakinya tanpa menyeret ke bumi, bagaikan sedang berjalan di tanah yang cerun, kalau dia berpaling, maka dipalingkan berserta badannya, antara dua belikatnya, ada cap kenabian yang menunjukkan Baginda penyudah segala nabi, memiliki tapak tangan yang paling lapang (boleh juga diertikan sebagai pemurah), dan dada yang sangat bidang (atau diertikan dengan berlapang dadaberdasarkan huraian ulama hadis penterjemah), paling benar sebutan dan percakapannya, paling mengotakan perjanjian, manusia paling lembut perangainya, paling mulia pergaulannya, siapa yang melihatnya sekali, lalu terasa kehebatannya dan siapa yang benar-benar bergaul dengannya, akan mencintainya. Ada seorang yang menyifatkannya dengan berkata: Tidak pernah aku lihat sebelum dan selepasnya orang yang sepertinya, Muhammad SAW. Iktibar dan Hikmah Kesempurnaan fizikal Rasulullah SAW. Berdasarkan nas di atas, sifat fizikal Rasulullah SAW seperti berikut: - Gambaran warna kulit . Rasulullah SAW dikatakan berkulit putih dan juga putih kemerahan.Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW berkulit putih seolah-olah terbentuk daripada perak. Gambaran bentuk fizikal . Badan yang sesuai dan menarik. Begitu tampan sama ada ketinggian atau segaknya.

19

Gambaran rupa parasnya. Dikatakan bahawa Rasulullah SAW seorang yang tampan, sederhana fizikalnya dan menarik perhatian. Gambaran sifat matanya. Dikatakan bahawa Rasulullah SAW mempunyai mata yang jelas putihnya dan hitamnya. Di samping itu matanya lebar di mana belahan matanya panjang. Dikatakan alisnya nipis dan lentik serta keningnya bersambung. Baginda SAW banyak memandang ke bawah, menunduk kepala dan menatap bumi lebih lama dari memandang langit. Gambaran sifat rambutnya. Rasulullah SAW mempunyai rambut yang lebat dan dibelah dua serta menyelusur ke belakang sampai ke bahunya di mana sifat rambutnya ikal mayang. Mengikut Anas bin Malik, rambut Baginda SAW tidak kerinting dan tidak lurus Gambaran dahinya. Dikatakan Rasulullah SAW mempunyai dahi yang luas menunjukkan watak kecerdikan dan pemikir yang unggul. Gambaran mukanya. Dikatakan muka Rasulullah SAW yang bersifat bulat dan penuh. Tidak cengkung atau tembam dan raut wajahnya seolah-olah memikirkan sesuatu dan banyak berdiam. Apa yang dikiaskan oleh Hindun bahawa wajah Baginda SAW cerah berseri bagaikan rembulan yang bersinar pada malam hari. Gambaran mulutnya. Mengikut riwayat Jabir bin Samurah RA bahawa Rasulullah SAW mempunyai mulut yang lebar. Bila ditanya kepada Sammak maksud mulut lebar, jawabnya: Bentuk mulutnya besar, seimbang dengan bentuk wajahnya. Gambaran giginya. Putih berseri dan bersifat jarang di hadapan serta sentiasa bersugi.
20

Suara Baginda SAW. Dikatakan bahawa Rasulullah SAW mempunyai suara yang serak basah dan percakapannya mudah difahami. Gambaran bentuk lehernya. Dikatakan Rasulullah SAW mempunyai leher yang jinjang. Daripada pangkal leher sampai ke pusat bulu yang tebal tumbuh seperti garisan. Gambaran dada dan perutnya. Dikatakan dadanya bidang dan pada dadanya terdapat bulu yang lebat. Dadanya sama tinggi dengan perutnya yang melambangkan bukan obesiti. Badannya tidak dipenuhi bulu. Tanda khatamul nubuwah. Antara dua belikatnya ada cop (tanda) kenabian. Gambaran tapak tangan dan kakinya tebal. Keduadua ruas tulang tangannya panjang, telapak kakinya lebar. Kedua-dua telapak tangan dan kakinya terasa tebal, jari-jarinya panjang, lekukan telapak kakinya (bahagian tengah) tidak menyentuh tanah. Kedua-dua kakinya halus sehingga air tidak melekat di kulit kakinya. Cara Rasulullah SAW berjalan . Apabila Baginda berjalan, kakinya diangkat dengan kesungguhan. Baginda melangkah dengan mantap dan berjalan dengan tenang serta tawadduk. Jika Baginda berjalan, pergerakannya cepat seolaholah Baginda sedang turun ke tempat yang rendah.

- -

11. Akhlak Rasulullah SAW Antaranya: Al-Qadhi Iyad dalam al-Syifa menyebut: Baginda seorang yang tabah dan cekal, seorang yang pemaaf walaupun berupaya membalas, sabar menghadapi segala yang tidak disenanginya.
21

Ianya adalah sifat-sifat luhur yang dengan sifat itu Allah SWT mendidiknya. Seorang yang tabah, sebelumnya pernah diketahui ada kegelinciran dan pernah terbabas daripada tindakan yang betul. Akan tetapi, Rasulullah SAW tidak begitu. Semakin bertambah gangguan dan penyakit, maka semakin bertambahlah kesabarannya. Sikap orang jahil yang keterlaluan terhadapnya hanya lebih menambahkan ketabahannya. Aisyah berkata: Tidaklah diberikan pilihan kepada Rasulullah SAW antara dua perkara melainkan Baginda akan memilih yang paling mudah antara keduanya, selagi ia bukannya dosa. Tetapi, jika ianya dosa, maka Bagindalah orang yang paling menjauhinya. Baginda tidak pernah membalas untuk dirinya sendiri kecuali jika dilanggar kehormatan Allah SWT, maka Baginda akan membalas pelanggaran itu kerana Allah SWT. Baginda adalah orang yang paling lambat marah dan cepat redha. Keistimewaan Nabi Muhammad SAW adalah generasi paling ke hadapan seperti disifatkan dalam al-Quran dengan empat ciri: i) Rabbani (dilahirkan untuk memberi hidayah, sinar, kebahagiaan dan manfaat kepada manusia). ii) Kesederhanaan, yang penuh dengan keseimbangan, tidak berlebihlebih dalam mementingkan kebendaan, sebagaimana kaum Yahudi dan tidak melampau dalam mengutamakan kerohanian, sebagaimana kaum Nasrani. iii) Umat yang cemerlang dari segi kebaikan berbanding umat terdahulu. iv) Umat yang bersatu

22

Nabi Muhammad SAW pada hayatnya meninggalkan banyak warisan kepada umat Islam. Walaupun tempoh jangka masa pendek sebagai Rasul selama 23 tahun, namun Baginda SAW berjaya mengubah perjalanan seluruh alam, takdir dan matlamatnya, memalingkan pandangan manusia dari penyembahan makhluk kepada menyembah Allah SWT. Iktibar dan Hikmah Antara sifatnya ialah: Kesabaran yang tinggi. Ia termasuk sabr ulul Azmi. Sifat dermawan yang tiada tandingan. Sifat pemalu melebihi perawan. Sifat berani. Hal ini diakui oleh sahabatnya. Sifat kepimpinan atau qiadah yang unggul. Sifat kekeluargaan yang tiada tolok bandingnya dan sifat kebapaan. Sifat erat dan jujur dalam persahabatan dan sifat setiakawan. Sifat ihsan dan rahmat. Sifat lemah lembut dan santun yang terbaik Sifat pemaaf yang tiada tandingan. Sifat tawaduk dan rendah diri yang menghiasi dirinya.

23

12. Sifat Asas Rasulullah SAW Syeikh Said Hawa melalui kitabnya, al-Rasul, menyatakan empat sifat yang asas, iaitu: Sidiq yang mutlak dalam apa jua keadaan sekalipun. Iltizam dengan sempurna dengan apa yang Baginda dakwah sebagai ganti daripada Allah SWT. Menyampaikan yang sempurna serta berterusan mengikut kandungan risalah. Akal yang besar, yang menunjukkan sifat fatanahnya supaya manusia merasa tenang apabila mengikut sahib al-Risalah ini. Iktibar dan Hikmah Segala perkara di atas merupakan sifat asas bagi semua Rasul. Ibn Taimiyah berkata: Di antara tanda-tanda kenabiannya bahawa sepanjang kehidupan Nabi SAW selama 63 tahun, tidak pernah berbohong, tidak pernah berkhianat, tidak pernah bercakap kotor, bahkan tidak pernah terlintas di dalam hatinya untuk melakukan perkara-perkara jahat. Kehidupannya sentiasa berada dalam kebenaran sehinggalah Baginda SAW meninggal dunia dan berjumpa dengan Allah SWT. Sifat fatanah Baginda SAW terbukti dengan kajian tokoh ilmuwan dalam pelbagai disiplin ilmu masa kini. Inilah petanda alam al-Nubuwah. Baginda SAW mempunyai akhlak yang luhur dan boleh mempengaruhi sahabatnya dengan akhlaknya yang tinggi. Inilah yang sepatutnya wujud kepada pengikut setia Baginda SAW dan umatnya.
24

WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (Surah al-Anbiya: 107) Dr. Aidh al-Qarani dalam bukunya, Rahmatan li al-Alamin menyebut beberapa tafsiran, antaranya: Baginda merupakan seorang manusia utusan Allah SWT. Baginda diutuskan untuk membela nasib umat yang lemah, tertindas, terkebelakang dan terpenjara dengan pelbagai kezaliman. Baginda datang untuk mengangkat maruah mereka sehingga setaraf dengan bangsa lain. Baginda membina satu tamadun baru di antara sekian tamadun yang sedia ada dan ia menjadi tamadun yang paling tinggi nilainya. Rasulullah SAW telah mengeluarkan kita dari Semenanjung Arab yang tandus tanpa wujudnya sungai, kebun, mahupun tumbuhtumbuhan, menjelajahi seluruh pelusuk bumi. Penulis menukilkan dari buku Mengenali Rasulullah SAW antara lain menyebut: Allah SWT mensyariatkan prinsip berkorban dengan harta dan tanah air demi mepertahankan aqidah dan agama apabila diperlukan. Berdasarkan pengamatan penulis, isu pengorbanan merupakan perkara pokok dalam hijrah yang telah dijelmakan oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya.Dengan pengorbanan ini sebenarnya umat Islam telah memelihara harta, negara dan kehidupan walaupun kelihatan pada awalnya mereka kehilangan segala-galanya.

25

Tidak syak lagi di dalam usaha melaksanakan ajaran Ilahi, ukhuwah dan sikap saling membantu sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW merupakan asas pertolongan dan kemenangan umat Islam pada setiap masa. Sebaliknya kecuaian dalam menjalankan perintah Allah SWT, inilah merupakan punca kemerosotan umat Islam dan perpecahannya. Hinggakan mereka seperti boleh dikoyak-koyakkan oleh seterunya (musuh Islam) di mana-mana sahaja. Penulis hanya ingin membuka minda untuk sama-sama kita bermuhasabah sejarak mana kita dengan tata cara kehidupan Rasulullah SAW dalam mencapai mardhatillah (keredhaan Allah SWT). Persoalannya, apakah cara kehidupan Rasulullah SAW ini dapat dipraktikkan sehingga mampu dijelmakan dalam kehidupan sanubari kita? Antaranya: Hati dan nawaitu kita. Bagaimana kita mentahqiqkan ubudiyyah yang mutlak kepada yang Maha Esa dalam menjalani kehidupan ini. Pembuangan segala sifat mazmumah seperti hasad dengki, tamak haloba dan digantikan dengan segala sifat mahmudah yang dianjurkan oleh agama Islam. Prestasi ibadah kita adakah masih pada tahap yang sama sejak dahulu lagi atau terdapat peningkatan sama ada khusyuknya, ikhlasnya dan benar mengikut sunnah Nabi SAW dalam pengamalan ibadah tersebut. Sistem muamalah yang sentiasa kita berinteraksi dalam masyarakat untuk urusan harian apakah menepati piawaian syarak yang selamat dari unsur riba, khianat, penipuan dan sebaliknya mengikut sistem Islam.

26

Berhubung dengan kekeluargaan Islam, apakah ia benar-benar menjadi bait muslim yang melahirkan sakinah, mawaddah, rahmah seterusnya melahirkan zuriat soleh dan solehah yang menjadi khalifah Allah SWT di muka bumi. Dr Mustofa al-Sibaie berkata Sesungguhnya tentera yang benar lagi ikhlas amat memerlukan kepimpinan yang baik. Natijahnya dia, sanggup berkorban untuk pemimpinnya, ini kerana jika selamatnya pemimpin maka selamatlah dakwah. Hubungan sesama masyarakat dari yang paling hampir seperti jiran tetangga, rakan taulan, pemimpin, rakyat hatta siapapun dia, adakah menepati seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika mengasaskan Kerajaan Islam yang pertama di Madinah. Meletakkan Piagam Madinah sebagai perlembagaan merupakan satu jaminan bahawa sebarang tindakan mesti mengikut lunas undang-undang. Lantas memberikan hak semua warganegara hatta dikalangan orang yahudi dan bukan Islam sekalipun. Memperkasakan peranan masjid. Bukan hanya terbatas sebagai tempat beribadat sahaja, tetapi hendaklah diperluaskan kepada yang lebih syumul lagi menyuluruh antaranya: - Tempat Ibadat seperti solat, zikir dan membaca al-Quran. - Tempat mempelajari ilmu. Bahkan masjid merupakan universiti pertama yang melahirkan graduan pahlawan dan pendakwah yang membuka hati-hati hamba dan negeri dengan dakwah Islam. Justeru itu, ia dianggap sebagai madrasah Nubuwwah dan menara ilmu. - Tempat Syura atau perbincangan. Dalam istilah moden, ianya kelihatan seperti parlimen bagi mendapatkan maklumat dan buah fikiran yang terbaik.

27

- Sebagai pusat jaringan takaful dan tolong menolong sesama muslim. Ketika itu, terbinalah masyarakat yang begitu kukuh dan ampuh hubungan ukhuwwah mereka. Ini kerana sikap yang kaya menolong golongan miskin dan yang susah dibantu akhirnya akan terbentuk rasa hormat dan kasih sayang. Akhirnya, marilah sama-sama kita mempelajari sirah dan sunnah Nabi SAW untuk memahami segala selok belok yang berkaitan dengan Baginda agar dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya, menjadikan Rasulullah SAW sebagai qudwah dan uswah hasanah sudah pasti membawa kebahagiaan yang hakiki sama ada di dunia mahupun hingga ke akhirat. Masyarakat madani yang dibina oleh Rasulullah SAW berasaskan Hablumminallah (hubungan dengan Allah SWT) dan Hablumminannas (hubungan dengan manusia). Apabila terpateri kukuh dua ikatan tersebut, sudah pasti suasana keharmonian dan kebahagiaan yang terpamer dalam masyarakat tersebut yang melayakkan negeri mereka dikenali sebagai Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur.

28

PENUTUP

Dinukilkan di sini sebuah nasihat daripada guru penulis, Syeikh Muhammad Said Ramadan al-Buti yang menyebut kisah bidalan orang Arab. Di sebuah taman, terdapat pelbagai pohon kayu, ada yang besar dan ada yang kecil. Mereka hidup dalam keadaan yang bersuka ria. Tiba-tiba, pada suatu hari, jatuh sebilah mata kapak menyebabkan semua pohon kayu menangis dan berada dalam ketakutan. Ini kerana sudah pasti mereka semua akan ditebang. Akhirnya mereka bertemu dengan pohon yang paling tua dan mengadu hal tersebut. Lantas pohon tua yang mempunyai banyak pengalaman berkata: Jangan takut dan jangan menangis. Sesungguhnya mata kapak tidak boleh menebang kamu selama mana kamu tidak memberikan kepadanya dahan-dahan kamu untuk dijadikan hulu kapak. Itulah mesej yang jelas betapa perlunya kesatuan ummah ditegakkan terutamanya kesatuan hati atau rabitah al-qulub. Syeikh Abdullah Nasih Ulwan berkata: Gambaran-gambaran sepintas lalu mengenai kehidupan Rasulullah SAW dalam masa kanak-kanaknya serta kebersihan diri dan budi pekertinya dalam masa remajanya, semua itu bagaikan obor penerang mengenai metodologi pendidikan yang harus diikuti oleh para pendidik untuk mendidik anak-anak mereka. Tidak syak lagi bahawa Rasulullah SAW merupakan contoh ikutan yang baik dalam peringkat kanak-kanak dan remajanya dan juga pada waktu dewasa dan tuanya. Mereka itulah yang telah diberikan hidayah oleh Allah SWT dan dengan petunjuk-Nyalah mereka ikuti. Dengan mengkaji sirah Rasulullah SAW secara mendalam dan teliti, disulami rujukan yang muktabar sudah pasti kita akan menemui banyak natijah yang baik, yang membawa dan memimpin kita ke arah lebih maju
29

dan selari mengikut syariat Allah SWT. Ini membawa kepada pencapaian kebahagiaan dunia serta akhirat hingga ke puncaknya. Pada ketika itulah kita akan merasa kemanisan iman dan saadah abadiyah sesuai dengan matlamat hidup ini sebagai khalifah Allah SWTdi muka bumi. Diharap risalah ini telah mengemukakan secebis sirah kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan menambahkan lagi rasa cinta dan kasih sayang kepadanya. Semoga Allah SWT tempatkan kita bersamanya pada Hari Akhirat kelak. Amin.

30

You might also like