You are on page 1of 19

PERSEPSI PELAJAR PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI TIGA BUAH SEKOLAH DI DAERAH

JOHOR BARU

SABILAH BT WAHAB

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2006

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran mengenai mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kajian ini telah dilakukan di Sekolah Menengah Taman Universiti, Sekolah Menengah Pasir Gudang 2 dan Sekolah Menengah Majidi Baru, Johor. Terdapat empat objektif kajian yang ingin dicapai. Pertama, untuk mengkaji adakah pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran ini berminat dengan mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kedua, mengkaji adakah pelajar dapat memahami isi kandungan mata pelajaran Kemahiran Hidup. Ketiga, mengkaji adakah pelajar dapat mengaplikasi kemahiran amali mata pelajaran ini dalam kehidupan seharian mereka. Keempat, mengkaji hubungan di antara mengaplikasi kemahiran amali mata pelajaran ini dalam kehidupan seharian mereka dengan demografi. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, borang soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik telah diedarkan dan seramai 30 responden memberi kerjasama. Data daripada soal selidik dianalisis dengan menggunakan pakej SPSS For Window Version 13. Analisis data kajian menggunakan kekerapan, peratusan, crosstab dan min. Hasil kajian objektif pertama, menunjukkan responden berminat belajar mata pelajaran Kemahiran Hidup, berdasarkan skor min 2.80 dan berada pada tahap tinggi. Objektif soalan kajian kedua pula, skor min 2.98 dan juga berada pada tahap tinggi menunjukkan responden memahami isi kandungan mata pelajaran Kemahiran Hidup yang diajar oleh guru mereka. Hasil kajian objektif ketiga, skor min 2.86 dan berada pada tahap tinggi

menunjukkan responden mengaplikasi bahagian amali mata pelajaran ini dalam kehidupan seharian mereka. Objektif keempat pula pengkaji menggunakan crosstab antara item di bawah tajuk mengaplikasi kemahiran amali mata pelajaran ini dengan jantina dan umur. Hasil kajian menunjukkan bahawa 97 % responden mengaplikasikan kemahiran amali mata pelajaran ini di rumah. Penyelidik mencadangkan guru

Pendidikan Khas yang mengajar Kemahiran Hidup perlu lebih peka terhadap pelajar mereka.

ABSTRACT

The purpose of this research is to study the perception of Special Education in Learning Problems students towards the subject of Life Skills (Kemahiran Hidup). The study has been conducted in Sekolah Menengah Taman Universiti, Sekolah Menengah Pasir Gudang 2 and Sekolah Menengah Majidi Baru, Johor. This study aims to achieve all its four objectives. First objective is to study whether Special Education in Learning Problems students are interested in Life Skills subject. Secondly, to study whether the respondents really understand the content of Life Skills subject, Thirdly, to find out whether the respondents able to apply the practical skills of the subject in their daily life and the forth objective is to see the relationship between the application of practical skills in the subject into their daily life with the demography. In order to achieve all the objectives, questionnaire has been distributed to the 30 respondents. All the data that obtained from the questionnaire has been analyzed into frequency, percentage and mean score by using SPSS for Windows, version 13. The first objective of this research used the crosstab data analysis shows the mean score 2.80 which indicate the high level and prove that the respondents interested in learning the Life Skills. While in the aspects of respondents understanding towards the subject that teach by their teacher also shows a high level with the mean score 2.98 and indirectly achieve the second objective. From the study on the third objective, it shows a mean score 2.86 which indicate the high level of respondents application in practicing the subject skills into their life. Finally, in fourth objectives, cross tab has been used between the items on respondents application of subject practical skills with gender and age. In overall, 97% of respondents have applied the practical skills in the subject at home and it is suggesting those Special Education teachers who teach the Life Skills subject to be more attentive towards their students.

KANDUNGAN

BAB

PERKARA HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

MUKASURAT i ii iii iv v vi vii xii xiv xv xvi

BAB 1

PENGENALAN 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 Pendahuluan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Persoalan Kajian Objektif Kajian Kepentingan Kajian Batasan Kajian Definisi Terminologi 1.8.1 1.8.2 1.8.3 1.8.4 Persepsi Pelajar Bermasalah Pembelajaran Kurang Upaya Pendidikan Khas 10 10 11 11 1 4 7 7 8 8 9

1.8.5 1.8.6 1.8.7 1.8.8

Kemahiran Hidup Program Integrasi Pendidikan Inklusif Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

11 12 12 12

1.8.9

Program Inklusif Pelajar Bermasalah Pembelajaran 13 13 13 13

1.8.10 Guru 1.8.11 Masalah 1.8.12 Sekolah Menengah

BAB 2

SOROTAN KAJIAN 2.1 2.2 2.3 Pendahuluan Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Falsafah, Matlamat Dan Objektif Pendidikan Khas 2.3.1 2.3.2 2.3.3 2.3.4 2.4 2.5 2.6 Falsafah Pendidikan Negara Falsafah Pendidikan Khas Matlamat Pendidikan Khas Objektif Pendidikan Khas 14 14 16 16 17 17 19 20 21 22

Latar Belakang Kemahiran Hidup Fungsi Kerja Amali Kurikulum Kemahiran Hidup Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

2.7

Objektif Kurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

22

2.8

Ciri-Ciri Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran 2.8.1 Fizikal 2.8.2 Intelek 2.8.3 Tingkah Laku

22 23 23 23 24 25 26

2.9

Kurikulum Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran 2.10 Objektif Kurikulum 2.11 Minat

2.12 2.13 2.14

Kefahaman Aplikasi Rumusan Kajian Lepas

30 33 35

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.5.1 Pengenalan Rekabentuk Kajian Populasi Dan Responden Kajian Tempat Instrumen Kajian Bahagian A : Latar Belakang Pelajar 3.5.2 Bahagian B : Soalan Soal Selidik 3.6 3.7 3.8 3.9 Prosedur Kajian Kajian Rintis Kaedah Analisis Data Kesahan Kandungan Soal Selidik

40 40 40 41 41 42 42 42 44 45 46 46

BAB 4

DAPATAN KAJIAN 4.1 4.2 Pengenalan Latar Belakang Responden 4.2.1 Jantina 4.2.2 4.2.3 4.2.4 Umur Bangsa Tempat Tinggal

48 48 49 49 50 51 52 52 53 54 54 55 56

4.2.5 Bilangan Adik Beradik 4.2.6 Pekerjaan Bapa Atau Penjaga 4.2.7 Taraf Pendidikan Tertinggi Bapa Atau Penjaga 4.2.8 Pendapatan Bapa Atau Penjaga 4.3 Analisa Soal Selidik Bahagian B 4.3.1 Mengkaji Minat Pelajar Pendidikan Khas

Bermasalah Pembelajaran Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 4.3.2 Mengkaji Kefahaman Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Terhadap Isi Kandungan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 4.3.3 Mengkaji Pengaplikasian Kemahiran Amali Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Dalam Kehidupan Seharian Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. 4.3.4 Mengkaji hubungan di antara mengaplikasikan kemahiran amali mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam kehidupan seharian pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dengan demografi. 62 60 58

BAB 5 5.1

RUMUSAN DAN CADANGAN Pengenalan 5.2 5.3 Rumusan Hasil Dapatan Objektif Kajian 5.3.1 72 72 73

Mengkaji Minat Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah 73 Pembelajaran Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

5.3.2 Mengkaji Kefahaman Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Terhadap Isi Kandungan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 5.3.3 Mengkaji Pengaplikasian Kemahiran Amali Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Dalam Kehidupan Seharian Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

75

77

5.3.4

Mengkaji Hubungan Di Antara Mengaplikasikan

79

Kemahiran Amali Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Dalam Kehidupan Seharian Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Dengan Demografi 5.4 5.5 5.6 5.7 Rumusan Dapatan Kajian Cadangan Cadangan Kajian Lanjutan Penutup 80 81 82 83

RUJUKAN LAMPIRAN A-G

84

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Setiap pelajar di negara kita mempunyai peluang yang sama untuk mendapat pendidikan tidak mengira umur, jantina atau pun bangsa. Dasar Pendidikan Negara yang inginkan pelajarnya maju dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi dan sosial perlu menitikberatkan supaya pelajar dapat mengembangkan potensi diri mereka. Terdapat segolongan pelajar yang dilabelkan pelajar istimewa atau khas. Pelajar ini sebenarnya juga mempunyai keistimewaan seperti pelajar lain, tetapi mereka sering dianggap lemah, mundur atau lembam. Pelajar ini sebenarnya perlu diberi perhatian dan galakkan supaya dapat memberi sumbangan kepada negara sebagaimana pelajar normal yang lain. Pendidikan Khas boleh dibahagikan kepada tiga peringkat perkembangan yang telah berlaku di Malaysia. Peringkat perkembangan ini adalah berdasarkan peranan dan tanggungjawab yang dijalankan oleh pihak-pihak yang tertentu iaitu, peranan kerajaan sebagai tunggak utama, badan-badan sukarela yang prihatin sama ada dari dalam dan luar negara. Peringkat tersebut adalah seperti berikut:

1)

Peringkat pertama (awal 1947-akhir 1947)

Pada peringkat ini peranan utama dijalankan oleh pertubuhan ibu bapa, pertubuhan etnik dan pertubuhan sukarela dari dalam dan luar negara. Pada peringkat ini timbul kesedaran mengenai kanak-kanak istimewa ini dan

pelbagai pihak memberikan sumbangan untuk membantu mereka. Kesedaran mengenai kanak-kanak istimewa ini sangat penting dalam sejarah Pendidikan Khas.

2)

Peringkat kedua (1948-1980)

Pada tahun 1948, kerajaan telah menubuhkan beberapa sekolah khas seperti Sekolah Rendah Princess Elizabeth di Johor Bahru dan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan di Pulau Pinang (1954). Penubuhan sekolahsekolah ini menunjukkan keperihatinan kerajaan untuk memberi pendidikan kepada kanak-kanak istimewa ini. Seterusnya Kementerian Pendidikan telah melipatkgandakan usaha mempertingkatkan lagi mutu pelajaran Pendidikan Khas. Pada tahun 1960an, Kementerian mula mewujudkan kursus untuk guruguru di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras. Maktab ini telah menganjurkan kursus cacat penglihatan (1962) dan kursus cacat pendengaran (1963).

3)

Peringkat ketiga (1981 kini)

Pihak kerajaan adalah tunggak utama dimana kerajaan telah memberikan kemudahan fizikal seperti sekolah, khidmat sokongan (pekerja), sumber kewangan yang mencukupi dan khidmat kepakaran yang disalurkan terus kepada Pendidikan Khas. Kerajaan telah membina sekolah khas seperti Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang (1969) yang menawarkan mata pelajaran Vokasional (MPV) manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam (1987) menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia. Program Pendidikan Khas Integrasi bagi pelajar yang menghadapi masalah pendengaran pula terdapat di Sekolah Menengah Teknik (SMT) di seluruh Malaysia seperti SMT Azizah, Johor Bahru, SMT Langkawi, Kedah, SMT Batu Pahat, Johor, SMT Bagan Serai, Perak, SMT Tanah Merah Kelantan dan SMT Keningau Sabah.

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, Jilid 41, No 26, Tambahan No. 94, Perundangan (A) yang berkuatkuasa pada 1 Januari 1998 di bahagian II menyatakan Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan, guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan Pendidikan Khas.

Kanak-kanak istimewa yang memerlukan Pendidikan Khas boleh dibahagikan kepada 7 kategori iaitu :

1) 2) 3) 4) 5) 6) 7)

Kanak-kanak cerdas-pintar dan berbakat istimewa Kanak-kanak cacat fizikal (Psikomotor atau neurosisi) Kanak-kanak cacat penglihatan Kanak-kanak cacat pendengaran dan masalah komunikasi Kanak-kanak kecelaruan tingkah laku (Behavioural disorders) Kanak-kanak bermasalah pembelajaran (Learning disabilities) Kanak-kanak kerencatan akal (Mentally retarded)

Kanak-kanak istimewa ini sebagaimana kanak-kanak lain akan menjalani persekolahan bermula dengan Prasekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Kanak-kanak ini boleh memasuki prasekolah melalui Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas. Mereka mestilah berumur 6 tahun hingga 14 tahun. Mereka mestilah disahkan oleh pengamal perubatan sebagai kanak-kanak istimewa. Kanak-kanak tersebut juga boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

Apabila tamat prasekolah, kanak-kanak Pendidikan Khas boleh memasuki sekolah rendah mengikuti aliran akademik. Syarat yang sama seperti prasekolah perlu diikuti iaitu, berumur 6 hingga 14 tahun, disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain. Kementerian telah menyediakan pelbagai kemudahan termasuklah asrama dan makan minum secara percuma. Murid yang

mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.

Setelah tamat pelajaran peringkat sekolah rendah, pelajar Pendidikan Khas boleh memasuki pelajaran peringkat menengah. Syarat yang dikenakan iaitu berumur 13 hingga 19 tahun, disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain. Kementerian telah menyediakan 2 jenis aliran pelajaran peringkat sekolah menengah iaitu aliran akademik dan vokasional. Aliran akademik boleh diikuti di sekolah menengah akademik biasa dan vokasional di sekolah menengah teknik yang terlibat. Tempoh pengajian pelajar Pendidikan Khas berbeza dengan pelajar normal yang lain. Pengajian peringkat sekolah rendah adalah enam tahun. Manakala peringkat menengah pula adalah lima tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum di mana-mana peringkat sama ada sekolah rendah atau menengah mengikut keperluan pelajar berkenaan.

Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1986 mengeluarkan Falsafah Pendidikan Khas iaitu Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

1.2

Latar Belakang Masalah

Program Pendidikan Khas di Malaysia dilaksanakan melalui 3 program iaitu : 1. Program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri kelas biasa bersama-sama dengan murid biasa.

2. Program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan, kecacatan pendengaran atau mempunyai masalah pembelajaran.

3. Program yang disediakan di Sekolah Khas bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran.

Di dalam kajian ini, penyelidik akan membincangkan Program Integrasi bagi pelajar-pelajar berkeperluan khas (masalah pembelajaran) yang belajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah harian biasa. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran boleh dikategorikan mengikut kebolehan fungsi kemahiran berikut:

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Kebolehan kognitif Kebolehan menggunakan bahasa dan pertuturan Penguasaan kemahiran matematik Penguasaan kemahiran membaca Penguasaan kemahiran berinteraksi yang sesuai Kemahiran mengikut umurnya Darjah kebolehan penglihatan Darjah keupayaan pendengaran

Jika dilihat secara kasar, pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran mempunyai tingkah laku yang berlainan daripada pelajar normal. Terdapat ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran iaitu :

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Kelakuan yang terlampau aktif Tidak mempunyai gerakbalas (kaku) Tidak ada motivasi atau daya penggerak dalam diri Tidak ada kordinasi (penyelaras motor, mata dan tangan) Terlampau berhati-hati dan teliti Tidak boleh menumpukan perhatian

7. 8. 9. 10. 11.

Gangguan dalam ingatan Terlampau menumpukan perhatian Gangguan dalam pendengaran dan penglihatan Tidak boleh bertindakbalas dengan alam sekeliling Lemah dalam menguasai 3M

Daripada pernyataan di atas, kanak-kanak bermasalah pembelajaran mempunyai masalah dalam tingkahlaku mereka, masalah neurologikal, fizikal, psikologikal dan masalah persekitaran. Oleh itu, guru, ibu bapa dan masyarakat perlu membantu kanakkanak ini supaya mereka dapat belajar dengan baik.

Sebelum memasuki alam persekolahan murid-murid pendidikan khas ini perlu berjumpa pengamal perubatan untuk disahkan kecacatan yang mengganggu proses pembelajarannnya. Kecacatan yang dialami oleh murid-murid tersebut akan dikategorikan mengikut tahap-tahap tertentu, seperti penglihatan, terencat akal, masalah pembelajaran, pendengaran dan sebagainya. Setelah dikenalpasti jenis kecacatan, muridmurid ini akan dicadangkan penempatan persekolahan iaitu sama ada sekolah biasa, sekolah integrasi, sekolah pendidikan khas, pusat atau institusi terencat akal, pusat jagaan harian, institusi vokasional dan pemulihan dalam komuniti. Murid-murid bermasalah pembelajaran akan memasuki sekolah integrasi dimana mereka akan ditempatkan di dalam kelas khas tetapi masih bersekolah di sekolah menengah akademik biasa. Mereka akan belajar mata pelajaran yang sama dengan pelajar normal yang lain.

Kemahiran Hidup merupakan salah satu mata pelajaran yang perlu dipelajari oleh murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Walaubagaimanapun, kurikulum dan sukatan pelajarannya tidak sesukar pelajar normal yang lain. Ini bersesuaian dengan tahap pemikiran mereka. Mereka perlu belajar secara teori dan amali sebagaimana pelajar normal yang lain.

Di dalam kajian ini, penyelidik ingin mengetahui persepsi pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran mengenai mata pelajaran Kemahiran Hidup yang telah

mereka pelajari. Adakah mereka memahami apa yang diajar oleh guru Kemahiran Hidup kepada mereka? Adakah mereka dapat mengaplikasi apa yang dipelajari contohnya menanam sayur-sayuran di dalam kehidupan mereka sehari-hari. Penyelidik juga ingin mengkaji adakah mereka mempunyai minat terhadap apa yang dipelajari.

1.3

Pernyataan Masalah

Penyelidik ingin mengkaji mengenai persepsi pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup. Aspek yang ingin dikaji ialah minat dan kefahaman pelajar terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup. Selain daripada itu penyelidik juga ingin mengkaji adakah pelajar mengaplikasikan bahagian amali mata pelajaran Kemahiran Hidup di dalam kehidupan seharian mereka dan adakah terdapat hubungan di antara mengaplikasikan bahagian amali mata pelajaran Kemahiran Hidup di dalam kehidupan seharian dengan demografi.

1.4

Persoalan Kajian

Persoalan yang menjadi asas kepada kajian ini merangkumi beberapa aspek seperti berikut:

1.

Adakah pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran mempunyai minat terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup?

2.

Adakah pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dapat memahami isi kandungan mata pelajaran Kemahiran Hidup?

3.

Adakah pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dapat mengaplikasi kemahiran amali mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam kehidupan seharian?

4.

Adakah terdapat hubungan di antara mengaplikasi kemahiran amali mata pelajaran Kemahiran Hidup di dalam kehidupan seharian pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dengan demografi?

You might also like