You are on page 1of 5

Lima Tonggak Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

1. Huraikan dengan jelas serta berikan contoh-contoh yang sesuai berkaitan dengan lima tonggak dalam pendidikan untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran satu topic matematik KBSR. Penyelesaian masalah dalam matematik menjadi fokus dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik. Masalah merupakan satu

kenyataan atau situasi dalam kehidupan seharian yang memerlukan penyelesaian. Manakala penyelesaian masalah merupakan proses yang digunakan untuk mencari jawapan kepada sesuatu kenyataan atau soalan dengan menggunakan strategi yang tertentu. Perkembangan kemahiran penyelesaian masalah perlu diberi penekanan sewajarnya dan menjadi fokus utama bagi kurikulum matematik supaya murid dapat menyelesaikan pelbagai masalah berasaskan kepada persekitaran dan pengalaman sebenar secara berkesan. Selain itu, murid dapat mengaplikasi dan mengadaptasi berbagai strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah baru. Seterusnya, murid dapat memperkukuhkan diri apabila berdepan dengan pelbagai situasi harian yang mencabar. Proses pengajaran dan pembelajaran perlu melibatkan kemahiran penyelesaian masalah secara komprehensif dan merentasi keseluruhan kurikulum. Kemahiran ini melibatkan langkah-langkah

memahami dan mentafsirkan masalah, merancang strategi penyelesaian, melaksanakan strategi dan menyemak semula penyelesaian. Antara strategi penyelesaian yang berkesan adalah seperti berikut: 1. Mencuba kes lebih mudah 2. Cuba jaya 3. Melukis gambar rajah 4. Mengenal pasti pola 5. Membuat jadual bersistem 6. Membuat lakonan 7. Membuat analogy 8. Bekerja ke belakang

Tonggak

yang

seterusnya

ialah

Komunikasi

dalam

Matematik.

Komunikasi ini boleh diwujudkan dalam pelbagai persekitaran yang mana murid boleh menghubungkait media yang berbeza iaitu antara bahanbahan fizikal, gambar-gambar dan rajah, bagi menjelaskan idea matematik. Komunikasi merupakan salah satu cara untuk menjelaskan konsep Matematik. Apabila komunikasi yang berkesan dicapai, murid-murid dapat

memperkukuhkan kefahaman dan pengetahuan matematik mereka dengan lebih mendalam. Murid-murid juga akan menjadi lebih mahir dalam aktiviti penyelesaian masalah. Seterusnya, murid boleh menerangkan konsep dan kemahiran serta kaedah penyelesaiannya kepada rakan atau guru mereka. Dalam kelas Matematik, komunikasi dapat dipupuk melalui proses mendengar. Murid-murid mampu bertindak balas terhadap apa yang didengar menerusi penerangan guru. Seterusnya murid akan berfikir menggunakan pengetahuan Matematik mereka untuk membuat keputusan. Selain itu, komunikasi dalam Matematik dapat dipupuk melalui proses membaca. Hal ini berlaku apabila murid-murid berjaya mengumpul maklumat, menyusun dan membuat hubungkait antara idea dan konsep melalui bahan bacaan mereka. Komunikasi dalam Matematik juga boleh dipupuk melalui aktiviti komunikasi verbal. Ini adalah melalui aktiviti perbincangan dalam kumpulan dan soal jawab semasa sesi penerangan guru. Selain itu, komunikasi dalam Matematik juga mampu dipupuk melalui aktiviti penulisan. Komunikasi ini berlaku apabila murid-murid membuat latihan pada lembaran kerja, buku aktiviti mahupun di papan tulis. Contoh kemahiran berkomunikasi dalam matematik: -membaca dan memahami masalah -mengintepretasikan gambar rajah dan graf -menggunakan laras matematik yang betul dan tepat semasa menyampaikan pendapat atau hujah lisan atau menulis. -mendengar dengan teliti Apabila murid mempunyai kemahiran pendengaran, kefahaman, penghujahan dan penulisan yang baik dalam matematik maka mereka akan lebih berkeyakinan dan perasaan ingin tahu terus wujud.

Tonggak yang seterusnya ialah penaakulan Matematik. Penaakulan merupakan suatu proses membuat penekaan dalam menentukan sesuatu penyelesaian bagi sesuatu masalah. Ini merupakan asa dalam membuat dan memahami Matematik. Penaakulan penting kepada murid-murid untuk supaya mereka dapat mengembangkan bukan sahaja kapasiti pemikiran logikal malah turut meningkatkan kapasiti pemikiran kritis yang merupakan asas kepada pemahaman matematik secara mendalam dan bermakna. Penaakulan adalah mengenali membuat generalisasi sesuatu penemuan atau penyelesaian. Penaakulan merupakan asas dalam membuat dan memahami matematik Perkembangan penaakulan matematik berkait rapat dengan perkembangan intelek dan komunikasi murid. Penaakulan Matematik ditekankan kepada murid supaya mereka dapat mengembangkan bukan shaja kapasiti pemikiran logical malah turut meningkatkan kapasiti pemikiran kritis yang merupakan asas kepada pemahaman matematik secara mendalam dan bermakna. Murid ada semua peringkat perlu dilatih menggunakan model-model, faktafakta, ciri-ciri dan hubungan untuk menyiasat serta menerangkan tekaan, telahan merekan serta hujah matematik (sama ada dengan berbantukan bahan konkrit, kalkulator, computer, perwakilan matematik dan sebagainya.) Tonggak seterusnya ialah perkaitan Matematik. Dalam kurikulum matematik, peluang untuk membuat kaitan perlu diwujudkan supaya muridmurid dapat mengaitkan topik-topik dalam matematik khususnya dan bidang lain secara amnya dalam kahidupan seharian mereka. Kurikulum Matematik umumnya terdiri daripada beberapa bidang diskrit seperti penghitungan, geometri, algebra, pengukuran dan penyelesaian masalah. Tanpa membuat perkaitan antara bidang-bidang ini, murid akan belajar dan mengingati terlalu banyak konsep dan kemahiran secara berasingan. Apabila murid-murid mampu mengaitkan konsep Matematik dengan rutin kehidupan, mereka telah berjaya memahami tentang kepentingan Matematik. Tonggak yang terakhir ialah aplikasi Matematik. Dunia kita sekarang menuju kea rah kemodenan. Guru-guru harus mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pengajaran mereka. Ini dapat mebantu murid-murid untuk

memahami konsep-konsep matematik secara mendalam, bermakna dan tepat serta membolehkan murid meneroka idea-idea matematik. Sebagai contoh, penggunaan kalkulator, computer, perisian pendidikan, serta laman-laman web dalam internet boleh meningkatkan dan mempelbagaikan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Dengan bantuan alat teknologi yang bersesuaian, murid-murid mampu membuat penerokaan atas usaha mereka sendiri. Oleh itu guru seharusnya memanfaatkan sumber yang telah tersedia dalam bidang ini untuk membantu murid menguasai konsep dan menigkatkan kemahiran matematik mereka secara berterusan dan lebih berkesan.

Tonggak 1: Penyelesaian masalah dalam matematik Proses yang digunakan untuk menentukan jawapan kepada sesuatu kenyataan atau soalan dengan menggunakan strategi yang tertentu. Kemahiran penyelesaian masalah secara komprehensif dan merentasi keseluruhan kurikulum Wajib diberi penekanan supaya murid dapat menyelesaikan pelbagai masalah Kepelbagaian strategi penyelesaian masalah perlu diperluaskan lagi

Tonggak 2: Komunikasi dalam Matematik Komunikasi yang berkesan membantu pelajar mengukuhkan

pengetahuan matematik mereka Guru harus memupuk sikap berkomunikasi dalam kelas Matematik Satu cara untuk berkongsi idea dan menjelaskan kefahaman Matematik Terdapat beberapa kemahiran berkomunikasi yang dianjurkan dalam Matematik Tonggak 3: Penaakulan Matematik

Membuat generalisasi iaitu tekaan dalam menentukan sesuatu enemuan atau penyelesaian Pelajar adalah digalakkan untuk membuat ramalan dalam proses mencari jawapan. Menggalakkan pelajar menjelaskan sebab untuk suatu proses atau konklusi yang diberi. Berkait rapat dengan perkembangan intelek dan komunikasi murid.

Tonggak 4: Perkaitan Matematik Pelajar harus mahir dalam kemahiran menghubungkait topic-topik dalam matematik Mewujudkan masalah berorientasikan kelas agar pelajar peka dengan aplikasi dalam kehidupan sebenar. Penekanan terhadap perkaitan matematik akan membantu pelajar mengenal pasti bagaiman idea dari bidang berbeza dikaitkan bersama Tonggak 5: Aplikasi Teknologi Menggunakan teknologi terkini Guru sebagai fasilitator Meningkatkan dan mempelbagaikan pedagogi Guru haruslah pandai menggunakan TM untuk mengajar murid-murid.

You might also like