You are on page 1of 1

TUGASAN PBS D ) Laksanakan sesi pengajaran muzik atau gerakan kratif atau tarian selama 30 minit dan tuliskan

refleksi mengenai pengalaman anda. Semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), saya telah memilih untuk meninjau kelas Muzik Tahun 1 oleh kerana tiada prasekolah di tempat saya menjalankan PBS. Namun begitu, guru muzik tersebut tidak berada di kawasan sekolah, saya tidak berkesempatan untuk membuat tinjauan. Di sekolah tersebut, Cuma seorang sahaja guru yang mengajar Muzik bagi kesemua kelas. Semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah, pemerhatian telah dilakukan terhadap kelas Muzik Tahun 1. Oleh kerana guru tersebut tidak berada di sekolah, saya telah dibenarkan masuk ke kelas Tahun 1 untuk melaksanakan sesi pengajaran muzik atau gerakan kreatif selama 30 minit. Selain pengajaran Pendidikan Muzik, guru matapelajaran lain juga menggunakan unsur muzik dalam pengajaran dan pembelajaran. Diantara matapelajaran yang dapat dikenalpasti ialah Pendidikan Jasmani, Matematik, Bahasa Melayu dan Pendidikan Moral. C ) Adakah guru-guru sekolah atau prasekolah menggunakan aspek muzik ataupun gerakan/tarian dalam pengajaran matapelajaran lain daripada muzik? Guru-guru sekolah juga menggunakan aspek muzik dan juga gerakan dalam pengajaran matapelajaran yang lain terutamanya kelas Tahun 1. Matapelajaran seperti Matematik, Pendidikan Moral, dan Bahasa Melayu juga diterapkan dengan unsur muzik. Ini adalah kerana untuk memudahkan guru mengajar murid dengan lebih cepat dan berkesan.

You might also like