You are on page 1of 36

TERBITAN 3/2011 no.

permit: PP 11473/09/2011(028622)

Asnaf
prihatin telus informatif

NISAB 2011

RM10,650

Kemiskinan Bandar

Peduli

MEMAHAMI KEMISKINAN BANDAR

Fokus

KEMISKINAN BANDAR CABAR KEUPAYAAN LZS

Eksklusif

PERUBAHAN DIMENSI KEMISKINAN

Perspektif

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012

ASNAF www.e-zakat.com.my

ISI KANDUNGAN: KELUARAN 3/2011


4 5 6 SUDUT EDITOR TINTA PILIHAN FOKUS Memahami KEMISKINAN BANDAR EKSKLUSIF Peduli Kemiskinan Bandar ANTARA USAHA LZS EKSKLUSIF Kemiskinan Bandar CABAR KEUPAYAAN LZS EKSKLUSIF Tangani Kemiskinan PERANAN SIAPA? APA KATA MEREKA? Menangani KEMISKINAN BANDAR FAKTA ANGKA Zakat Anda KAMI SALURKAN ZOOM DAKWAH ZOOM CAKNA KEJAYAAN ASNAF Anda Bantu MEREKA BERJAYA STATISTIK PENGALAMAN SANA SINI Talian Percuma 1-800-88-5353 Kaunter Ekspres Diperluaskan Ke Seluruh Selangor RM215.6 Juta Zakat Diagihkan Dari Januari Hingga September Lebih RM1.5 Juta Untuk 35 Badan Kebajikan Dan Dakwah SANA SINI Hari Kerjaya Asnaf Buka Peluang Pekerjaan Kepada Penerima Zakat LZS dan PLUS Berhad Raikan Fakir dan Miskin LZS Anjur Bengkel Perkasa Zakat Niaga Peringkat Negeri RM14.5 Juta Bantu Persediaan Persekolahan Anak Fakir Miskin SANA SINI Hari Kerjaya Asnaf Buka Peluang Pekerjaan Kepada Penerima Zakat 34 LZS dan PLUS Berhad Raikan Fakir dan Miskin LZS Anjur Bengkel Perkasa Zakat Niaga Peringkat Negeri RM14.5 Juta Bantu Persediaan Persekolahan Anak Fakir Miskin 26 SANA SINI RM1 Juta Bantu Pesakit Kurang Berkemampuan 150 Anak Fakir/Miskin Dikhatankan Bayar Zakat Tanpa Wayar Badan Amil Zakat Lawat LZS TANYA USTAZ LZS PRIHATIN KERATAN AKHBAR PERSPEKTIF Perubahan Dimensi Kemiskinan ADAKAH KEMISKINAN BANDAR SEIRING DENGAN PEMBANGUNAN? RENCAH KEHIDUPAN Nizam ASNAF BERBAKAT RENCAH KEHIDUPAN Cendol Durian JADI TARUHAN CUIT-CUIT

10

27 28 30 31

12

14

15

32

16 17 18

33

20 23 24

TERBITAN 3/2011 no. permit: PP 11473/09/2011(028622)

Asnaf
prihatin telus informatif

NISAB 2011

RM10,650

Kemiskinan Bandar

Peduli

MEMAHAMI KEMISKINAN BANDAR

Fokus

KEMISKINAN BANDAR CABAR KEUPAYAAN LZS

Eksklusif

PERUBAHAN DIMENSI KEMISKINAN

Perspektif

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012

24

RASIONAL MUKA HADAPAN


Dalam Islam, kemiskinan perlu ditentang habis-habisan kerana ia dikatakan boleh membawa manusia menghampiri kekufuran. Kemiskinan ini ada di manamana hatta malah di kawasan bandar sekalipun. Justeru itu, LZS mengambil inisiatif bagi membantu golongan miskin bandar dengan melancarkan Skuad Jejak Kemiskinan. Ia diwujudkan demi membolehkan LZS turun sendiri ke lapangan dan mencari asnaf zakat lepas Di sinilah komitmen LZS sebagai pemudah cara pembangunan ummah diuji sepenuhnya.

25

ASNAF www.e-zakat.com.my

SUDUT EDITOR
SIDANG REDAKSI
PENAUNG
YAM Tan Sri Dato Seri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail

Peduli

PENASIHAT
Hj. Mohamed Izam Mohamed Yusof

KEMISKINAN BANDAR
Salam persaudaraan dan ukhuwwah buat seluruh pembaca majalah asnaf yang dikasihi. Diam tak diam kita semakin menghampiri garisan penamat bagi tahun 2011, manakala telahpun bermula tahun yang baru bagi kalendar Islam iaitu 1433 Hijrah. Walaupun masa berlalu, namun setiap detik yang dilalui, dakwah zakat sentiasa dikumandangkan ke telinga dan diulang tayang di mata setiap umat Islam khususnya di negeri Selangor ini. Maka setiap detik itu jugalah golongan fakir dan miskin juga turut disantuni keperluan mereka melalui bantuan zakat. Dalam Islam, kemiskinan perlu ditentang habis-habisan kerana ia dikatakan boleh membawa manusia menghampiri kekufuran. Kemiskinan ini ada di mana-mana, malah di kawasan bandar sekalipun. Seorang pemimpin negara pernah menyatakan bahawa, landskap kehidupan semasa menyaksikan kadar urbanisasi berkembang pesat dengan 63 peratus daripada penduduk tinggal di bandar. Kita menyedari bahawa kehidupan di bandar pada kala ini bukannya mudah.

KETUA EDITOR
Akhtar Sahari

PENOLONG KETUA EDITOR


Noormala M. Saad

WARTAWAN
Nasri Che On, Mohd Sabri Mat Nor, Norazimah Mohd Rayes, Mohamed Syahril Hj Zainol, Hamizul Abdul Hamid, Sity Fatimah Azzuahra Siddek, Mohd Zool Fadli Mohd Noor, Ima Syuhada Ismail, Siti Norkhayati Rabani, Nik Sabrina Nik Soh, Muhammad Farid Mohd Zainal

JURUFOTO
Khairul Izwan Bakeri

PENERBIT
LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (MAIS) Bangunan Zakat Selangor, 3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perniagaan Worldwide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-5522 7700 Faks: 03-5522 7722 Laman Web: www.e-zakat.com.my Facebook: www.facebook.com/LembagaZakatSelangor.MAIS Twitter: www.twitter.com/LZSmais Blog: http://blog.e-zakat.com.my

REKABENTUK & DICETAK


ULTIMATE PRINT SDN. BHD. MAJALAH ASNAF mengalukan-alukan sebarang cadangan atau komentar yang membina daripada para pembaca. Alamat cadangan atau komentar anda kepada:

Justeru LZS sentiasa memainkan peranannya sejak dahulu lagi membantu golongan ini di kawasankawasan bandar selain di kawasan pedalaman. Sesuatu yang menarik untuk dibicarakan di mana LZS telah menambah baik program terdahulu bagi membantu golongan miskin bandar dengan melancarkan Skuad Jejak Kemiskinan pada bulan Oktober lepas. Objektifnya pula sedia dimaklumi melalui nama skuad ini sendiri.
Majalah Asnaf kali ini mengupas secara mendalam mengenai aktiviti LZS dalam usaha menangani serta membantu golongan miskin yang tinggal di bandar. Ini termasuklah usaha menjejaki mereka di lapan kawasan perumahan di sekitar daerah Petaling yang menemukan 533 keluarga miskin yang perlu dibantu. Perlu disematkan di dalam pemikiran kita bahawa kemiskinan itu tidak mengenal usia mahupun di mana, malah kemiskinan itu sifatnya berupa ujian yang amat getir untuk dilalui dan perlu diatasi sedaya mungkin. Wallahu alam. Selamat membaca.

MAJALAH ASNAF
LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (MAIS) Bangunan Zakat Selangor, 3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perniagaan Worldwide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. asnaf@e-zakat.com.my

Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan, dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit Majalah Asnaf. Sidang Editor berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya.

Akhtar Sahari akhtar@e-zakat.com.my

ASNAF www.e-zakat.com.my

TINTA PILIHAN
Minggu Zakat Selangor
Saya ingin mencadangkan agar Minggu Zakat Selangor dapat diadakan sebagai acara tahunan. Acara tahunan ini dapat memberikan informasi terkini mengenai aktiviti-aktiviti LZS sepanjang tahun sekaligus sebagai dakwah bagi meningkatkan kesedaran, keprihatinan dan inisiatif umat Islam bagi menyumbangkan zakat yang wajib atas diri mereka juga membantu penemuan fakir dan miskin. Harapan saya untuk melihat kejayaan acara tahunan ini agar menjadi mercu transformasi umat Islam di Selangor. Insya-Allah. Serina Abdullah Semenyih Ketua Editor: Terima kasih atas cadangan puan. Kami amat mengalu-alukan cadangan daripada masyarat dalam mempertingkatkan mutu pengurusan zakat di Selangor.

Kisah Asnaf Menginsafkan


Membaca kisah-kisah asnaf di dalam Majalah Asnaf membuatkan saya berasa syukur dengan kehidupan saya. Kegigihan mereka mengubah nasib diri dan keluarga sewajarnya dijadikan contoh kepada asnaf yang lain. Pada pandangan saya, untuk mentransformasikan asnaf bukan hanya bergantung kepada bantuan kewangan semata-mata. Tetapi transformasi sikap dan pemikiran para asnaf juga diperlukan. Tidak guna jika pelbagai bantuan disediakan, tetapi asnaf masih berterus-terusan mengharapkan bantuan zakat. Bantuan zakat adalah sebagai batu loncatan untuk mereka meraih kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan. Fatimah Omaar Shah Alam Ketua Editor: Terima kasih kerana membaca Majalah Asnaf. LZS kini dalam usaha untuk mentransformasi pengagihan zakat. Harapan kami ialah untuk melahirkan lebih ramai asnaf yang berjaya pada masa hadapan. Teruskan menyokong LZS.

Edarkan Majalah Ke Sekolah


Saya merupakan antara pembaca Majalah Asnaf. Banyak ilmu yang berguna terdapat di dalam majalah ini terutamanya berkaitan zakat. Saya mencadangkan agar majalah ini dapat diedarkan di sekolah-sekolah. Ini bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kewajipan berzakat di samping menyebarkan ilmu yang terdapat dalam majalah. Azura Hasan Klang Ketua Editor: Terima kasih atas cadangan. Untuk pengetahuan pihak puan, Majalah Asnaf ini boleh di layari di www.e-zakat.com.my atau puan boleh dapatkan di cawangan LZS yang berdekatan.

Setiap pengirim yang suratnya tersiar layak menerima cenderamata daripada LZS (MAIS). Maklum balas anda tentang artikel yang tersiar, topik yang dikupas, gambar kulit dan lain-lain, juga komen dan cadangan amat dialu-alukan. Nama: ....................................................................................................................... .................................................................................................................................. Alamat: .................................................................................................................... .................................................................................................................................. .................................................................................................................................. .................................................................................................................................. Telefon: .................................................................................................................... Pekerjaan:................................................................................................................. Alamatkan surat: LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (MAIS), Bangunan Zakat Selangor,
3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perniagaan Worldwide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Bukukan Soalan Tanya Ustaz


Saya merupakan antara pembayar zakat di Selangor. Saya amat berminat dengan ruangan Tanya Ustaz yang memaparkan persoalan berkaitan kutipan dan agihan zakat. Persoalan inilah yang sering bermain di fikiran saya. Saya cadangkan agar persoalan-persoalan ini dapat dibukukan agar menjadi rujukan kepada masyarakat luar. Sazali Samad Bangi Ketua Editor: Terima kasih kerana membayar zakat di LZS. Insya-Allah, cadangan puan itu akan kami pertimbangkan. Teruskan membaca Majalah Asnaf.

Tel: 03-5522 7700 Faks: 03-5522 7722 asnaf@e-zakat.com.my

ASNAF www.e-zakat.com.my

FOKUS
OLEH: IMA SYUHADA ISMAIL

Memahami

KEMISKINAN BANDAR
Peningkatan jumlah penduduk bandar menjadi satu trend di kebanyakan negara membangun hari ini. Melihat kepada kepesatan pembangunan di bandar telah menarik minat penduduk luar bandar untuk berhijrah ke bandar, lantaran peluang pekerjaan yang ditawarkan. Keadaan ini sekali gus telah menyumbang kepada peningkatan kadar pembandaran. Oleh itu tidak hairanlah wujud fenomena kemiskinan bandar apabila segelintir masyarakat yang tidak mampu mengikuti arus kemodenan ini tercicir lantas dibelenggu kemiskinan.
Utama Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Emiretus Chamhuri Siwar bagi mengupas permasalahan kemiskinan yang melanda kawasan bandar kala ini. Apabila membicarakan tentang kemiskinan bandar, Prof. Chamhuri menjelaskan ia merupakan satu fenomena kemiskinan. Namun perbezaannya adalah lokasi iaitu di kawasan bandar. Jika dilihat dari segi peratusan, kemiskinan di bandar hanyalah sekitar dua peratus berbanding dengan luar bandar iaitu sebanyak 15 peratus. Bagaimanapun, impak kemiskinan di bandar lebih terasa berbanding dengan luar bandar. Menurutnya lagi, dimensi kemiskinan ini pelbagai. Ia meliputi pendapatan, perumahan, pendidikan, kesihatan, kemudahan asas dan sebagainya. Ada orang mungkin daripada segi pendapatan tidak tergolong sebagai miskin, namun disebabkan aspek perumahan maka dia boleh tergolong dalam kelompok itu. Tambah beliau, Bila kita sebut miskin luar bandar, tergambar di fikiran keadaan yang menyedihkan. Rumah buruk, harta tiada, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ia jauh berbeza dengan miskin bandar kerana miskin di bandar bergantung kepada taraf hidup seseorang. Adakalanya, mereka yang miskin bandar ini mendiami rumah batu, mempunyai kereta ataupun motosikal, ada pekerjaan bergaji RM1,500 namun susah kerana bilangan tanggungan yang ramai, kos hidup yang tinggi terutama bagi sewa rumah, pengangkutan dan pelbagai perbelanjaan keperluan asas dan perkhidmatan. Golongan Berpendapatan Rendah Dan apa yang lebih membimbangkan ialah bagi 40 peratus terbawah daripada penduduk di Malaysia yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah. Mereka ini terdiri daripada isi rumah yang mempunyai jumlah pendapatan kurang daripada atau bersamaan RM1,500 sebulan. Walaupun ada sesetengah pihak merasakan pendapatan bulanan isi rumah sebanyak RM1,500 itu agak selesa, namun realitinya kos sara hidup yang meningkat apatah lagi di bandar menyebabkan ramai akan tergolong dalam golongan berpendapatan rendah. Kebanyakan mereka ini bekerja bawahan di sektor swasta yang hanya bergantung kepada gaji semata-mata. Kehidupan di bandar yang mengekang, ditambah dengan tanggungan yang ramai menyebabkan mereka ini boleh menjadi miskin. Faktor lain yang menjadi penyebab kepada kemiskinan bandar adalah perumahan. Jika seseorang tinggal di bandar dan tidak mempunyai rumah, maka dia perlu menyewa. Kos sewa amat tinggi. Saya percaya, ramai yang memohon bantuan tunggakan sewa rumah di LZS, gara-gara tidak mampu membayar sewa rumah. Itu sebabnya ramai yang tinggal di kawasan setinggan. Namun begitu, mereka ini bukan semuanya miskin. Tetapi kekangan hidup di bandar menyebabkan mereka hidup susah, jelas Prof Chamhuri. Tambahnya lagi, Saya juga melihat kebanjiran golongan warga asing sedikit sebanyak menyumbang kepada jumlah fakir dan miskin di Selangor. Ini kerana syarat bantuan zakat mungkin membolehkan golongan ini mendapat bantuan. Namun perlu diingat, hakikat sebenar mereka datang ke Malaysia adalah mencari rezeki. Mungkin LZS perlu memikirkan semula kaedah atau mekanisme terbaik bagi membantu golongan ini. Bantuan

Impak kemiskinan di bandar lebih terasa berbanding dengan kemiskinan di luar bandar, Profesor Emiretus Chamhuri Siwar.

FAKTA
6 siri Skuad Jejak Kemiskinan 8 lokasi di Petaling 533 keluarga disenarai fakir/miskin

su ini bukanlah baru tetapi ia sering kali dikaburi dengan isu kemiskinan di luar bandar. Pun begitu, jika dilihat dari segi impaknya, kemiskinan di bandar lebih terasa lantaran perbezaan kos sara hidup yang ketara. Wartawan Majalah Asnaf mewawancara Felo

ASNAF www.e-zakat.com.my

FOKUS
hanyalah untuk membantu mereka bukan menanggung. Impak Kemiskinan Bandar Kajian menunjukkan pertumbuhan penduduk bandar yang berkembang pantas, persaingan dengan warga asing, latar belakang pendidikan yang rendah serta tiada kemahiran penyebab utama kemiskinan. Masalah ini, jika tidak diatasi akan memberi impak tidak baik kepada pembangunan negara. Masalah jenayah pasti meningkat kerana ada golongan miskin ini terpaksa melakukan jenayah bagi survival hidup mereka di bandar, kata Prof. Chamhuri. Masalah perumahan yang melibatkan kawasan setinggan dan rumah kos rendah sering menjadi masalah serius bagi golongan miskin dan berpendapatan rendah di bandar. Peningkatan isi rumah mewujudkan keadaan tidak selesa penghuninya. Bayangkan sebuah rumah yang sempit terpaksa dikongsi ramai. Suasana tidak selesa ini mewujudkan gejala sosial. Malah sumbang mahram juga acap kali berlaku dalam keadaan rumah sedemikian, beritahu beliau. Kemiskinan bandar juga membuatkan tekanan kejiwaan dalam diri mereka. Tekanan terhadap masalah harian seperti kehidupan yang terus-menerus yang tidak selesa, masalah kekurangan kemudahan asas di kawasan mereka menyebabkan mereka mencari saluran untuk lari daripada masalah dan wujudlah gejala sosial yang lain seperti lepak, bohsia, lumba haram dan sebagainya. Ianya wujud akibat tekanan yang hebat dalam hidup mereka. Ini sekali gus mengakibatkan konflik keluarga tercetus sehingga runtuhnya institusi keluarga. Apabila institusi keluarga telah lebur maka semakin banyaklah isu-isu sosial yang timbul selepas itu. Maka makin bertambahlan masalah dan tekanan dikalangan penduduk miskin bandar sekali gus makin menjadi-jadilah masalah sosial yang lain. Malah peningkatan jumlah ibu tunggal atau ibu tinggal di bandar juga menyumbang kepada peningkatan kemiskinan di bandar. Kadar penceraian yang meningkat sekali gus menjadikan mereka ini sebagai ketua keluarga yang berperanan mencari rezeki. Tahap pendidikan yang rendah telah membawa permasalahan kepada mereka lantaran kepakaran dan kemahiran yang terhad. Disebabkan itu, mereka hanya dapat menyertai pekerjaan tidak profesional seperti pekerja kilang, kerani dan sebagai. Pendapatan

Bantuan zakat dalam bentuk modal memulakan perniagaan adalah antara langkah untuk meningkatkan taraf hidup penduduk miskin bandar.

bulanan yang diperoleh hanya mampu untuk menampung keperluan asas sekeluarga sahaja seperti bil air, bil elektrik, pengangkutan dan lain-lain lagi, beritahu Prof. lagi. Menangani Permasalahan Walau bagaimanapun, pelbagai strategi bersifat progresif dilakukan terutamanya oleh pihak kerajaan dalam menangani kemiskinan bandar. Pinjaman digunakan untuk menambah pendapatan keluarga miskin agar mereka dapat memperluaskan perniagaan kecil, menabung dan kemudian membeli aset termasuk rumah sendiri di kawasan bandar. Ia disuburkan lagi dengan strategi lain dalam bidang pendidikan dan peluang ekonomi. Pada pendapat saya, bantuan ekonomi dilihat paling berkesan dalam menangani kemiskinan bandar. LZS sendiri mungkin berperanan dalam memberi bantuan modal untuk memulakan perniagaan kepada asnaf fakir dan miskin. Usaha perlu dilakukan termasuklah membekalkan ketua rumah dengan ilmu kemahiran dan keusahawanan bagi membolehkan mereka berdikari, ujar beliau. Saya juga melihat aspek pendidikan terutamanya untuk generasi kedua asnaf perlu diberi fokus utama oleh LZS bagi mengeluarkan mereka dari belenggu kemiskinan. Pendidikan akan menimbulkan kesedaran serta mencetus semangat golongan miskin memperbaiki diri seterusnya mengatasi masalah kemiskinan yang dihadapi, jelas Prof. Bagaimanapun menurut beliau, sikap asnaf juga perlu ditarbiahkan. Mereka perlu diberi kesedaran tentang amanah terhadap wang zakat yang diterima. Perlu diingat bahawa jihad

kemiskinan bukan sahaja dari pihak luar iaitu LZS tetapi diri asnaf itu sendiri. Skuad Jejak Kemiskinan Prof. Chamhuri menyambut baik inisiatif Program Skuad Jejak Kemiskinan yang dijalankan oleh LZS dalam menangani masalah kemiskinan di bandar. Eloklah program seperti ini dilaksanakan selalu. Satu inovasi baru. Konsep turun padang dan mencari sendiri orang susah perlu berterusan diadakan. Kita sedia maklum, kadang-kadang orang yang dalam kesusahan tidak tahu ke mana tempat hendak dituju. Mereka tidak tahu di mana boleh mendapatkan bantuan. Program ini adalah pemudah cara kepada mereka yang memerlukan. Bagaimanapun masih ada ruang untuk meningkatkan dan memantapkan program ini apatah lagi isu kemiskinan di bandar ini semakin kerap diperkatakan. Jelas beliau lagi, Kemiskinan sama ada di bandar mahupun luar bandar tidak boleh ditangani secara berasingan. Ia perlu diberi perhatian sewajarnya melibatkan kordinasi dengan agensi-agensi lain. Bukannya tugas LZS semata-mata. Sama ada pihak berkuasa tempatan, ahli akademik, badan bukan kerajaan, syarikat multinasional mahupun komuniti politik perlu berganding bahu mengatur strategi menangani isu kemiskinan bandar ini. Namun lebih pada itu, sikap asnaf juga perlu berubah. Walaupun pelbagai bantuan disediakan, namun jika jiwa dan fikiran masih lagi terkongkong dengan budaya menerima, semua itu tidak akan menajdi kenyataan. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. - Ar-Rad:11

ASNAF www.e-zakat.com.my

EKSKLUSIF
OLEH: HAMIZUL ABDUL HAMID

Peduli Kemiskinan Bandar

ANTARA USAHA LZS

Menangani kemiskinan adalah salah satu tanggungjawab Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dalam menguruskan pengagihan zakat. Walau bagaimanapun, sejak-sejak akhir ini menangani kemiskinan bandar dilihat lebih mencabar berbanding menangani kemiskinan luar bandar. Kaunter Ekspres Agihan Zakat yang disediakan di ibu pejabat LZS juga sentiasa dipenuhi dengan pemohon yang memerlukan bantuan segera. Melihat keadaan ini, wartawan asnaf mewawancara Pengurus Besar Pejabat Agihan LZS, Haji Sahadan Ishak, tentang usaha LZS menangani kemiskinan bandar ini.
lebih prihatin tentang keadaan jirannya. Di bandar, sumber pekerjaan selalunya bersifat makan gaji dan gajinya tetap, sedangkan di kampung mereka mencari rezeki sepanjang hari, yakni jika rajin maka ada kemungkinan rezeki pun lebih. Di bandar mereka hidup dalam lingkungan yang sentiasa memerlukan wang, sedang di kampung mereka boleh memetik ulam-ulam dan menangkap ikan sungai jika tiada wang. Inilah serba sedikit perbezaan miskin bandar dan luar bandar. ASNAF: Berdasarkan pengalaman, manakah lebih mencabar bagi LZS untuk mengesan kemiskinan, adakah di bandar atau luar bandar? SAHADAN: Umumnya, kemiskinan bandar lebih sukar dikesan. Mereka tinggal di kawasan yang jika dilihat dari jauh, adalah sama dan tiada beza langsung dengan orang yang tidak miskin. Misalnya, LZS pernah menjejaki kemiskinan bandar di sebuah penempatan pangsapuri kos rendah di daerah Petaling. Dari luar, rumah mereka semuanya sama. Pintunya pun sama. Kita hanya boleh tahu, sama ada penghuninya miskin atau tidak setelah kita memasuki rumah berkenaan. Inilah sedikit gambaran kesukaran mengesan miskin bandar. ASNAF: Jadi, apakah tindakan LZS demi menangani kemiskinan bandar? SAHADAN: LZS sedar, Selangor adalah negeri termaju di Malaysia dan ini menandakan, majoriti rakyatnya adalah warga bandar. Buktinya, statistik jumlah keluarga miskin di Selangor pada awal 2011 menunjukkan, sejumlah 11,121 adalah warga bandar dan hanya 9,628 sahaja warga luar bandar. Maka, LZS mesti lebih pro-aktif menyediakan keperluan kepada golongan miskin bandar ini. Antara yang LZS telah lakukan ialah, menubuhkan Kaunter Ekspres Agihan Zakat yang bertindak melayani keperluan segera umat Islam yang memerlukan dalam tempoh kurang dua jam, menyediakan rumah transit di kawasan bandar, menjana transformasi pendidikan generasi kedua asnaf dengan kelas tambahan di kawasan bandar dan juga transformasi ekonomi asnaf bandar, misalnya melalui Projek Usahawan Bergerak (Mobile Entrepreneur). ASNAF: Ada pihak menyatakan, kemiskinan bandar hakikatnya lebih kronik, misalnya mereka lebih mudah terjebak dengan dakyah agama lain demi wang. Adakah dakwaan ini benar? SAHADAN: Ya atau tidak, setahu saya tiada kajian saintifik yang dilakukan untuk menjadi penanda aras, sekronik manakah kemiskinan bandar di negara ini, khususnya di Selangor. Namun, apabila isu kemiskinan dan akidah dimainkan, kita tidak boleh melihatnya sebagai isu kecil. Atas dasar itulah, LZS bertindak agresif dengan menubuhkan Skuad Jejak Kemiskinan dan melaksanakan Program Jejak Kemiskinan di Selangor, khususnya di kawasan bandar. Program Jejak Kemiskinan ini diwujudkan demi membolehkan LZS turun sendiri ke

Menangani kemiskinan di bandar lebih mencabar berbanding dengan luar bandar, Sahadan Ishak.

FAKTA
LZS tangani kemiskinan bandar dengan: 1. Tubuhkan Kaunter Ekspres Agihan Zakat 2. Sediakan rumah transit 3. Transformasi pendidikan generasi kedua asnaf 4. Transformasi ekonomi asnaf bandar
ASNAF: Apakah yang dimaksudkan kemiskinan bandar dan apa bezanya dengan kemiskinan luar bandar dari pandangan Tuan? SAHADAN: Kemiskinan bandar sering dirujuk sebagai miskin di kawasan bandar, yang kita akui dari aspek demografinya, kemiskinan bandar lebih mencabar. Ini kerana, di bandar sokongan keluarga adalah longgar, tidak seperti di kampung yang kebiasaannya seseorang itu mendapat sokongan yang kuat daripada keluarga. Di bandar juga, sokongan jiran lebih rapuh; berbanding di kampung jiran selalunya

ASNAF www.e-zakat.com.my

EKSKLUSIF
lapangan dan mencari asnaf zakat. LZS tidak sekadar hanya menunggu di kaunter; tetapi LZS bersama kakitangannya turut turun padang mencari asnaf fakir dan miskin ini. Untuk makluman, sebanyak enam buah penempatan miskin bandar di daerah Petaling telah berjaya kita terobosi. Dengar enam penempatan ini, ia seolaholahnya sedikit; tetapi daripada jumlah enam kawasan itu, LZS perlu memasuki lebih 11 ribu pintu buah rumah untuk mengesani kemiskinan mereka. Banyak kali kakitangan LZS berhadapan dengan cabaran, misalnya lif rosak sehingga terpaksa menapak memanjat tangga sehingga sepuluh tingkat demi menyelesaikan tugasan ini. Ia bukanlah kerja mudah dan kakitangan LZS terpaksa menghabiskan masa berhari-hari di sesuatu kawasan sebelum dapat melaksanakan operasi ke kawasan lain. Akhirnya, alhamdulillah LZS mampu menyiapkan tugasan ini dengan baik. Bahkan jawatankuasa penduduk setempat amat memberikan kerjasama, yakni turut membantu LZS menangani pelbagai isu berbangkit di sana. Setelah selesai enam buah penempatan dibanci melibatkan 7,096 rumah, LZS berjaya mengesan ada 533 keluarga fakir dan miskin baru yang perlu disantuni selanjutnya. ASNAF: Apakah Program Jejak Kemiskinan ini hanya terbatas di Daerah Petaling sahaja? SAHADAN: Tidak, bahkan LZS bercadang akan meluaskan program ini ke seluruh daerah di negeri Selangor. Namun begitu, sesuai dengan fokus LZS untuk menangani kemiskinan bandar terlebih dahulu, maka LZS menjadikan daerah Petaling sebagai projek perintis. LZS yakin, jika kemiskinan bandar dapat ditangani lebih awal, maka banyak punca masalah seperti ponteng sekolah, melepak, merosakkan harta awam bahkan perlakuan tidak bermoral seperti salah laku seks bebas

Program Skuad Jejak Kemiskinan diwujudkan demi membolehkan LZS turun sendiri ke lapangan dan mencari asnaf zakat.

dapat ditangani. Ini kerana, kita lihat apabila masalah kemiskinan membelenggu kehidupan, fokus terhadap pembangunan keluarga tidak dapat dilaksanakan. Kesannya akan berlaku kepincangan keluarga yang menjurus kepada masalah sosial. Kami berharap, dengan usaha LZS ini dibantu pula oleh agensi-agensi lain, masalah kemiskinan bandar dapat dikurangkan. Kami di LZS juga memerlukan maklumat daripada pelbagai pihak terutamanya pihak jawatankuasa penduduk, masjid, media untuk menyalurkan maklumat kepada LZS agar bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan bantuan. ASNAF: Apakah LZS berpuas hati dengan tindakan yang telah diambil setakat ini, khususnya dalam usaha menangani kemiskinan bandar ini? SAHADAN: Jujurnya, selama kira-kira 15 tahun LZS berusaha menangani isu-isu kemiskinan, tiada istilah puas hati dalam kamus kerja di LZS. Ini kerana, kemiskinan akan tetap ada, dan apa yang dapat kita lakukan ialah, menanganinya agar tidak menjadi gejala yang merosakkan umat Islam.

LZS tidak mahu kemiskinan menjadi punca kepada kepincangan masyarakat seperti terpaksa mencuri, merompak dan menjadi penjenayah demi mencari sesuap nasi. Jika itu terjadi, amat malang sekali kerana Selangor ini adalah antara negeri yang paling subur kutipan zakatnya. Pada tahun 2010 sahaja, LZS berjaya mengutip RM337 juta. Oleh itu, sebagai manifestasi betapa LZS masih tidak berpuas hati dengan pencapaiannya, maka LZS sentiasa menambah baik kaedah penyampaian agihan zakat dari semasa ke semasa melalui mencapai tahap kecekapan yang lebih tinggi, memantapkan polisi, sentiasa mengemas kini pendataan dan sebagainya untuk agihan yang lebih berkesan. LZS juga akan terus menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak dan agensi luar, untuk memberikan input yang terbaik kepada asnaf. Misalnya MARA dan pihak universiti atau IPT yang banyak terdapat di Selangor. Bahkan kini LZS merangka untuk lebih memanfaatkan teknologi maklumat dan kecanggihan peralatan komputer terkini untuk kebaikan asnaf. Ini mungkin kelihatannya idea yang terlalu bombastik, tetapi ia bukanlah ilusi dan LZS berusaha serius ke arahnya, insya Allah.

BILANGAN TERKINI ASNAF FAKIR DAN MISKIN DI SELANGOR BAGI TAHUN 2011 533 keluarga asnaf (penemuan semasa Skuad Jejak Kemiskinan) JUMLAH KESELURUAH ASNAF FAKIR DAN MISKIN 2011 21,630 KELUARGA

19,654 keluarga asnaf tahun 2010

1,443 keluarga asnaf (penemuan baru 2011)

10

ASNAF www.e-zakat.com.my

EKSKLUSIF
OLEH: HAMIZUL ABDUL HAMID

Kemiskinan Bandar
CABAR KEUPAYAAN LZS
Kemiskinan adalah mauduk fundamental dalam subjek zakat. Kedudukan fuqara wal masakin yang menduduki hierarki teratas dalam carta asnaf, secara jelas mengindikasikan prioriti mereka dalam kek pengagihan zakat. Kemiskinan juga sudah berubah menjadi isu global dan semakin kritikal apabila dikaitkan dengan pembangunan dan pemodenan. Ini kerana, kemajuan juga telah membina jurang kaya miskin yang amat ketara, khususnya di kawasan bandar.
Perbandaran Sepang. Maka, jika diteliti dengan jumlah fakir dan miskin di seluruh lokasi ini, posisi kemiskinan mengikut lokaliti daerah pada tahun 2011 adalah seperti Jadual 1 di bawah. adalah berpunca daripada faktor individual, faktor keluarga, faktor sub-budaya, faktor luaran dan faktor struktural iaitu hasil dari struktur sosial. Sementara itu di Selangor faktor risiko kemiskinan bandar adalah

FAKTA
Mekanisme bantuan zakat: 1. Tubuhkan asrama Baitul Hasanah 2. Melaksanakan Program Sekolah Angkat 3. Adakan kursus kecemerlangan pelajar 4. Taja pengajian anak-anak asnaf

Jadual 1: Kemiskinan Berdasarkan Daerah di Selangor (Bandar dan Luar Bandar) Bagi Tahun 2011 Jumlah Kategori Daerah Jumlah Keseluruhan Bandar (Majlis Perbandaran) Petaling 2,556 Hulu Langat Gombak Klang Sepang Luar Bandar (Majlis Daerah) Hulu Selangor Kuala Langat Kuala Selangor Sabak Bernam Maka, didapati daripada aspek demografi, kemiskinan di kawasan bandar adalah seramai 11,121 keluarga berbanding hanya 9,976 keluarga bagi kawasan di luar bandar. Ertinya, golongan miskin bandar adalah lebih ramai dan ia sekali gus memerlukan tumpuan yang lebih di samping LZS sendiri wajar menyediakan mekanisme menangani segala faktor risiko dan metod rawatan (bantuan) yang lebih relevan dengan keperluan bandar. Faktor Risiko Faktor risiko merujuk kepada punca-punca yang mampu mencetuskan kemiskinan bandar. Secara umumnya, menurut ensiklopedia Wiki, faktor risiko kemiskinan 3,648 1,904 2,349 664 2,142 2,065 2,785 2,984 9,976 11,121

alam kondisi inilah, Lembaga Zakat Selangor (MAIS) perlu bergerak proaktif mendepaninya. Apatah lagi Selangor yang diisytiharkan sebagai negeri maju pada tahun 2006, maka ia menunjukkan bahawa hampir keseluruhan negeri Selangor sudah dan sedang dilanda arus pemodenan. Sekali gus, di negeri ini kemiskinan bandar kian menjadi hambatan. Aspek demografi Di Selangor, secara umumnya aspek demografi rakyatnya banyak dipengaruhi oleh lokaliti kediaman mereka. Maka, lokaliti ini mampu dijadikan kayu ukur bandar atau tidaknya sesebuah kawasan itu. Bagi penempatan di bawah pentadbiran Majlis Daerah, maka ia dianggap sebagai luar bandar dan kawasan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran, maka ia diklasifikasikan bandar. Sebanyak empat daerah masih ditadbir oleh Majlis Daerah dan lima daerah lain (meliputi lapan kawasan) ditadbir oleh Majlis Perbandaran, iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Majlis

berpunca daripada empat sebab utama iaitu: 1. Faktor sikap, yakni malas dan selesa dengan kemiskinan. 2. Faktor pewarisan, yakni ketidak mampuan ibu bapa merubah keluarga. 3. Faktor keadaan, yang amat berkait rapat dengan senario sosio-ekonomi semasa. 4. Faktor kemiskinan mendatang, yakni orang luar yang mendatang ke Selangor. Mekanisme Bantuan Oleh itu, antara aspek yang amat ditekankan oleh LZS ialah menyediakan mekanisme perlindungan segera kepada

ASNAF www.e-zakat.com.my

11

EKSKLUSIF
golongan miskin bandar. Terdapat banyak kes, apabila ketua rumah tidak mampu melangsaikan sewa rumah, maka mereka akan diminta keluar secara paksa oleh tuan rumah. Ada juga kes yang melibatkan penempatan haram di kawasan setinggan yang dirobohkan. Akibatnya, mereka ini akan merempat di mana-mana dan sudah pasti jika gejala ini tidak dibanteras, bakal menetaskan pelbagai masalah lain pula. LZS berusaha menyediakan tiga bentuk perlindungan kepada mereka iaitu pertamanya membantu menjelaskan sewa rumah yang tertunggak, keduanya, menyediakan rumah transit buat mereka dan ketiga, jika mereka mempunyai tanah atau keupayaan memiliki rumah, maka LZS akan membantu membiayai perumahan tersebut sehingga maksimum RM38 ribu. Bagi menangani keperluan jangka panjang, LZS amat menitikberatkan aspek pendidikan berkualiti kepada anak-anak asnaf yang dinamakan sebagai generasi kedua asnaf. Apabila generasi kedua ini berjaya diperkasakan menerusi pendidikan, maka itulah kunci bagi membawa seluruh ahli keluarga untuk keluar daripada kancah kemiskinan dan menangani masalah kemiskinan yang berpunca daripada faktor pewarisan. Beberapa pendekatan dalam Program Pembangunan Pendidikan ini antaranya: 1. Menubuhkan asrama Baitul Hasanah yang menempatkan anak-anak asnaf fakir dan miskin, lengkap dengan segala prasarana pendidikan termasuklah aspek pemakanan yang seimbang dan berkualiti. 2. Melaksanakan Program Sekolah Angkat LZS dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Selangor, iaitu melibatkan ribuan anak asnaf fakir dan miskin di sekolah dengan penyediaan kem motivasi, tuisyen dan sebagainya. 3. Menyediakan pelbagai kursus berkaitan pembelajaran, seperti kursus literasi (buta huruf), kursus motivasi peperiksaan dan sebagainya yang mampu merangsang kecemerlangan pelajar. 4. Menaja anak-anak asnaf untuk meneruskan pendidikan bermula dari tahap awal persekolahan sehinggalah ke universiti termasuklah di luar negara dalam pelbagai bidang pendidikan. Untuk melonjak sosioekonomi asnaf, LZS juga menekankan aspek pembangunan kendiri asnaf. LZS menjalankan pelbagai kursus pembangunan insan, misalnya kursus literasi al-Quran, meningkatkan kualiti solat, kursus keibubapaan dan kursus kemasyarakatan. Tidak dinafikan, perubahan sikap menjamin perubahan yang lebih berkesan ke atas diri mereka. LZS turut menyediakan pelbagai pakej rangsangan ekonomi, misalnya menggalakkan mereka menjalankan perniagaan runcit, berasaskan perkhidmatan, makanan dan pembuatan. Sehingga ke hari ini, sudah ramai asnaf zakat yang berbakat berjaya mengeluarkan diri mereka daripada kemiskinan dan kisah kejayaan mereka dikongsi di dalam media massa. Bagi menangani kes kecemasan, LZS telah memperkenalkan perkhidmatan Kaunter Ekspres Agihan Zakat pada 2009. Menerusi kaunter ini, keperluan pemohon disiasat dengan kadar segera berserta syarat-syarat yang minimum. Kini, perkhidmatan Kaunter Ekspres Agihan Zakat ini telah diperluaskan ke seluruh negeri dan tidak lagi tertumpu di bandar. Keberkesanan Kaunter Ekspres Agihan Zakat ternyata banyak membantu dengan kadar segera menangani kemiskinan bandar ini. Antara aspek yang ditangani ialah kecemasan runcit, hutang untuk keperluan hidup, bantuan perubatan dan juga bantuan untuk pemusafir dengan keseluruhan maksimum kelulusan ialah RM500 dalam julat masa hanya dua jam sahaja. Manakala jika membabitkan keskes kecemasan seperti dilanda ribut, banjir dan kebakaran, julat masa pemprosesan ialah kurang 24 jam dengan maksimum bantuan RM5,000. Jejak Kemiskinan Bandar Seiring dengan keperluan, maka LZS melancarkan Skuad Jejak Kemiskinan pada bulan Oktober 2011 dengan fokus utama adalah dalam kalangan miskin bandar. Sebanyak enam siri Skuad Jejak Kemiskinan telah dilaksanakan dengan melibatkan tenaga kerja lebih 200 orang, 5,000 penduduk dan lapan lokasi panas di bandar. Hasilnya, LZS telah berjaya mengesan 533 keluarga yang telah disenaraikan sebagai asnaf fakir dan miskin. Jadual 2: Penemuan Asnaf Fakir dan Miskin Melalui Lokasi PPR Lembah Subang PPR Kota Damansara Flat Proton (Seksyen 27, Shah Alam), Flat Alam Megah dan PPR Hicom Puchong Permai Desa Ria, Petaling Desa Mentari, Petaling Jumlah Jumlah (keluarga) 143 66 49

75 52 148 533

LZS komited melaksanakan amanah bagi mengesan fakir dan miskin yang memerlukan.

Kesimpulan Sungguhpun menangani kemiskinan bandar adalah sesuatu yang mencabar; namun, ia adalah tugas hakiki yang tidak boleh diletakkan ke tepi. Di sinilah terujinya komitmen LZS sebagai pemudah cara pembangunan ummah. Kebijakkan LZS mendepani segala rupa bentuk kemiskinan adalah anak kunci kejayaan perubahan ummah pada masa hadapan. Wallahualam.

12

ASNAF www.e-zakat.com.my

EKSKLUSIF
OLEH: NOORMALA MOHD SAAD

Tangani Kemiskinan
PERANAN SIAPA?
Apabila berlaku kes-kes berkaitan kemiskinan, Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dilihat sebagai institusi yang paling hampir untuk menangani permasalahan ini dan sering dilihat mempunyai kelemahan dalam aspek pengagihan zakatnya. Sehinggakan, jika ada mereka yang hampir kepada kekufuran, institusi ini juga dilihat menjadi penyebab utama. Persoalannya, adakah andaian ini benar? Adakah peranan menangani kemiskinan ini hanya terletak di bahu LZS semata-mata? Bagi menjawab persoalan ini, wartawan Majalah Asnaf mewawancara Ketua Pelatih Kumpulan Akademi Islam Pintar, Ustaz Mohd Zainuddin Abu Bakar yang giat memberi ceramah agama dan modal insan kepada pelbagai organisasi bagi mendapatkan pandangan beliau tentang peranan menangani kemiskinan.

Institusi zakat perlu berperanan sebagai pusat mengembangkan ummah bukan ejen melemahkan ummah dengan dicanduni pelbagai jenis bantuan, Ustaz Mohd Zainuddin Abu Bakar.

ASNAF: Pada pandangan ustaz, bagaimana institusi zakat dilihat berperanan dalam menangani kemiskinan? ZAINUDDIN: Apabila kita membicarakan tentang zakat, kita harus melihat zakat bukan hanya daripada aspek kemiskinan sematamata, tetapi ia patut dilihat dari aspek untuk menjadi kaya. Jika kita kaji tentang zakat ini, kita dapati zakat adalah rukun Islam untuk orang yang berkemampuan. Hanya orang yang berkemampuan daripada aspek kewangan sahaja boleh melaksanakan rukun Islam ini. Namun masalah kita ialah apabila sering mengaitkan zakat dengan kemiskinan dan jarang mengaitkan zakat dengan kekayaan. Menyentuh aspek menangani kemiskinan ini, pada pendapat saya bukan institusi zakat sahaja sebagai sumber untuk menangani kemiskinan. Dalam Islam, kita ada pelbagai sumber bagi membantu sama ada cukai, danadana awam dan sebagainya. Tetapi apabila timbul isu berkaitan orang miskin yang terabai, masyarakat melihat insitusi zakat sahaja yang berperanan dan dipersalahkan. Cuba kita lihat, adakah zakat ini hanya fokus kepada menguruskan fakir dan miskin sahaja? Tidak, sebaliknya pengagihan zakat untuk asnaf fakir dan miskin hanyalah sebanyak 1/8 ataupun 2/8 sahaja daripada keseluruhan dana zakat. Oleh itu, mengapa apabila kita melihat LZS, kita lebih fokus kepada aspek pengurusan kefakiran dan kemiskinan sahaja? Bagaimana pula dengan 6/8 lagi dana zakat yang perlu diuruskan oleh institusi zakat ini? Pada pandangan saya, institusi zakat berperanan

bukan sekadar membantu menangani kemiskinan, tetapi lebih luas daripada itu. Ia berperanan menghebatkan umat Islam. Untuk membina satu perasaan kebersamaan, untuk merasa tanggungjawab Muslim, untuk merasa bahawa perlu berjaya dalam hidup ini dan mengeluarkan sebahagian daripada harta untuk membantu saudara-saudara Islam lain. ASNAF: Bagaimana pula ustaz melihat peranan institusi dan agensi lain dalam menangani kemiskinan ini? ZAINUDDIN: Apabila berlaku isu berkaitan kemiskinan di mana ada kes agensi ibadah lain membantu umat Islam yang memerlukan, apa yang saya lihat LZS acap kali menjadi mangsa. Masyarakat terus menyalahkan institusi zakat. Namun bagaimana pula peranan agensi lain selain daripada LZS? Pertama, saya lebih suka memfokus kepada institusi yang lebih dekat dengan masyarakat iaitu institusi masjid. Bagi saya, LZS adalah institusi yang lebih berperanan dalam memproses dan melaksana pengurusan kutipan dan agihan zakat. Saya yakin zakat ada dana tetapi kurang mendapat maklumat yang menyeluruh untuk menyalurkan bantuan. Di sini masjid dapat memainkan peranannya. Kita ada jawatankuasa masjid dan jawatankuasa kariah. Di setiap jawatankuasa masjid ada unit, ada pelbagai biro dan sebagainya. Khidmat mereka ini yang diperlukan untuk membantu institusi zakat. Mereka inilah yang dapat membantu mengenal pasti fakir dan miskin di bawah kariah mereka yang memerlukan bantuan.

FAKTA
Peranan tangani kemiskinan oleh: 1. Institusi masjid 2. NGO dan syarikat-syarikat serta jawatankuasa kampung 3. Institusi zakat

ASNAF www.e-zakat.com.my

13

EKSKLUSIF
zaman Saidina Umar bin Abdul Aziz as. Majoriti masyarakat beranggapan ketika zaman ini tiada lagi orang miskin. Tetapi pada pandangan saya, zaman ini bukan tiada orang miskin tetapi tiada yang tampil untuk meminta. Saidina Umar berjaya membina perasaan ummah daripada umat yang meminta kepada yang memberi. Yang mengutamakan orang lain dahulu walaupun dia memerlukan. Pada pandangan saya, kejayaan Khalifah Umar ialah membangunkan generasi ketika itu, berusaha untuk kaya dan berlumba-lumba untuk mengeluarkan zakat. Membina minda daripada menerima kepada memberi. Sebaliknya kita pada masa ini, membina minda daripada meminta kepada terus meminta. ASNAF: Bagaimana Ustaz melihat institusi zakat kini? ZAINUDDIN: Insya-Allah, saya fikir LZS yang telah diberi tanggungjawab memikul amanah menguruskan zakat ini faham dan sememangnya layak untuk menguruskannya. Saya lihat LZS telah berperanan sebagai institusi zakat. Saya berbangga melihat institusi zakat sekarang. Tetapi persoalannya bagaimana pula dengan peranan kita yang lain? Kita perlu bangunkan institusi Islam. Kepada para amil dan pegawai zakat, saya menyeru agar melihat tugasan ini sebagai amanah. Layanlah penerima bantuan itu sama seperti pembayar zakat. Kerana anda duduk dalam institusi yang ada perkataan agama kadang-kadang kesalahan seorang amil memburukkan imej institusi. Ingat, tugas di institusi zakat bukanlah sekadar makan gaji malahan binalah diri dan individu untuk menjaga nama baik agama. Status amil sama sahaja dengan asnaf tujuh yang lain. Berbanggalah dengan kerja kita dengan sentiasa menjaga ahlak walau di mana kita berada.

Zakat tidak hanya berperanan membantu menangani kemiskinan tetapi lebih daripada itu.

Justeru itu, pihak masjid perlu aktif dan konsisten dalam membantu masyarakat setempat. Bagi saya, masjid sendiri mempunyai dana dan boleh melaksanakan aktiviti membantu masyarakat berdasarkan kemampuan dana masjid. Terutamanya masjid-masjid di kawasan bandar di mana dana tabung masjid yang tinggi boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti dakwah serta membantu masyarakat setempat. Oleh itu saya melihat peranan masjid ini amat luas. Masjid mampu menjadi pusat komuniti masyarakat, aktif dalam usaha membantu dan menjadi pusat rujukan. Kedua, peranan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat-syarikat serta jawatankuasa-jawatankuasa kampung. Mereka juga boleh memainkan peranan dalam membantu menangani kemiskinan. Kita tidak mahu syarikat-syarikat dan NGO hanya datang membantu apabila ada kes keluar di media sahaja. Ketiga, aktiviti yang dilaksanakan hendaklah konsisten. Seperti aktiviti ziarah hospital terutamanya wad kanak-kanak yang pastinya ada penjaga di situ. Mereka mempunyai pengharapan yang sangat tinggi dan memerlukan sokongan. Pengalaman saya, tiga tahun ibu menjaga adik di hospital. Ada agensi kita yang membantu tetapi sekalisekali sahaja. Berbeza dengan agensi ibadah yang lain. Mereka melaksanakan aktiviti ini secara konsisten dengan menziarah, bertanya khabar dan memberi buah tangan. Tidak mahal tetapi konsisten. Manakala institusi zakat perlu dilihat berperanan membangunkan ummah bukan membangunkan fakir miskin sahaja. Selain daripada fakir dan miskin, asnaf seperti mualaf, ibnu sabil, riqab, gharimin, fisabilillah,

riqab dan amil juga perlu diurus dan dibantu. Semua ini berkaitan dengan pembangunan ummah. Institusi zakat perlu berperanan sebagai pusat mengembangkan ummah bukan ejen melemahkan ummah yang dicanduni dengan pelbagai bantuan. Kita tidak mahu asnaf beranggapan jika ada sahaja masalah, institusi zakat boleh memberi bantuan. Bagi saya, zakat adalah ejen untuk mengubah ummah, membangunkan ummah dan mengembangkan generasi. Sebagai penerima zakat pula, perlulah kita ingat daripada mana kita menerima bantuan. Janganlah kita menjadi orang yang mencerca dan meruntuhkan lagi institusi yang memberi bantuan. Ya, mungkin institusi zakat ada kelemahan, tetapi kita boleh membantu untuk betulkan, bantu untuk penambahbaikan. Itu yang paling ideal. ASNAF: Mengapa kemiskinan tidak boleh dibasmi? ZAINUDDIN: Lapan asnaf ini telah termaktub di dalam al-Quran. Dengan adanya kemiskinanlah baru kita rasa nikmat kaya, nikmat Allah SWT. Kita kembali ke

Adalah lebih baik jika dapat membangunkan minda asnaf daripada sentiasa menerima kepada memberi.

14

ASNAF www.e-zakat.com.my

APA KATA MEREKA ?


OLEH: NASRI CHE ON, MOHD SABRI MAT NOR, MOHAMED SYAHRIL HJ. ZAINOL

Menangani

KEMISKINAN BANDAR
Isu kemiskinan bandar bukannya perkara baru. Apa yang pasti kesan kemiskinan lebih dirasai oleh penduduk miskin bandar apatah lagi perbezaan kos sara hidup yang ketara. Justeru itu, LZS mengambil inisiatif menangani kemiskinan bandar melalui program Skuad Jejak Kemiskinan yang melibatkan enam lokasi di kawasan Petaling. Daripada 11,193 rumah yang dijejaki, 533 keluarga fakir dan miskin telah ditemui. Wartawan Majalah Asnaf mendapatkan pandangan orang ramai dengan usaha yang dilakukan oleh LZS.
membantu golongan yang memerlukan. Saya yakin dan percaya masih ada orang yang tidak tahu bantuan zakat yang ada di LZS. Mujiah Sayoothi Pembantu Perpustakaan Kanan, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Teruskan Kerjasama Dengan Agensi Lain Saya melihat program Skuad Jejak Kemiskinan ini merupakan kaedah terbaik dalam mengenal pasti fakir dan miskin di bandar. Dengan cara ini LZS dapat melihat sendiri kesusahan yang dihadapi oleh masyarakat Islam terutamanya di bandar. Malah praktik yang diamalkan dengan membanci setiap rumah di sini amat baik kerana maklumat yang diperoleh lebih tepat mengikut kaedah pengiraan had kifayah untuk menentukan fakir dan miskin. Selain itu kerjasama antara LZS dan AJK penduduk patut diteruskan untuk mengurangkan kadar keciciran fakir dan miskin. LZS patut melebarkan kerjasama dengan agensi-agensi lain terutamanya NGO. Kamal Ahmad Abdullah Yang Dipertua Persatuan Penduduk Rumah Pangsa, Taman Desa Ria

Usaha Proaktif LZS Tahniah kepada LZS kerana begitu proaktif dalam usaha mengurangkan masalah kemiskinan terutamanya di kawasan bandar. Malah buat pertama kali, saya turut sama dengan LZS turun padang membanci penduduk di Desa Mentari dalam operasi Skuad Jejak Kemiskinan ini. Saya sendiri menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh LZS. Nampak LZS agresif untuk menangani permasalahan kemiskinan di bandar dengan mencari dan melihat sendiri penduduk yang susah. Secara tidak langsung membetulkan tanggapan negatif orang ramai terhadap LZS. Azman Mat Shah Siak Surau At-Taqwa, Desa Mentari Dapat Salurkan Maklumat Tepat Saya cukup berterima kasih dengan LZS kerana sanggup berkampung di sini semata-mata untuk mencari golongan yang benar-benar layak menerima zakat. Saya berharap dengan adanya operasi Skuad Jejak Kemiskinan seperti ini, mudah-mudahan ia dapat memberi maklumat tepat kepada LZS dalam usaha menyalurkan bantuan zakat kepada penduduk yang miskin di sini. Kami mewakili Majlis Perwakilan Penduduk di sini sentiasa memberi kerjasama dengan LZS dalam apa jua bantuan yang diperlukan bagi memastikan nasib penduduk yang memerlukan terbela.

Shamsuddin Mahayuddin Majlis Perwakilan Penduduk, Desa Mentari Pendekatan Yang Kreatif Pada hemat saya, usaha LZS sangat proaktif dan kreatif dalam memberi khidmat kepada masyarakat sesuai dengan peredaran semasa. LZS melebarkan pelbagai pendekatan demi membantu mereka yang memerlukan

khususnya di bandar. Sudah pasti sebelum ini, ramai yang beranggapan miskin hanya terdapat di luar bandar dan di kampungkampung sahaja. Harapan saya agar program ini dilaksanakan secara berterusana kerana mungkin ada individu susah yang masih tercicir di luar sana. Secara tidak langsung, kita dapat

ASNAF www.e-zakat.com.my

15

FAKTA ANGKA

Zakat Anda

KAMI SALURKAN
Antara Bantuan Dari Januari-September 2011
RM14.8j bantuan kewangan bulanan untuk 4,651 fakir dan miskin RM5j bantuan zakat untuk elaun pegawai masjid 132 fakir dan miskin mendapat rumah baru 332 rumah fakir dan miskin dibaik pulih 1,691 anak asnaf fakir dan miskin di IPTA/S 492 anak asnaf fakir dan miskin lanjutkan pelajaran peringkat ijazah 11,019 pelajar terima bantuan umum pelajaran 12,633 asnaf ikuti kursus Program Pembangunan Insan 499 kursus untuk asnaf fakir dan miskin 304 asnaf terima bantuan ekonomi 266 surau dan masjid dibantu 21,630 keluarga didaftarkan sebagai asnaf fakir dan miskin 2011 27,953 anak asnaf fakir dan miskin terima bantuan persekolahan sesi 2012

16

ASNAF www.e-zakat.com.my

ZOOM DAKWAH
1 2

1. Tunaikan Tanggungjawab Lebih ramai syarikat korporat tampil menunaikan kewajipan berzakat. 2. Pendedahan... Para pembayar zakat berpeluang melihat keberkesanan pengurusan zakat melalui Program Ziarah Korporat dan Media Bersama Asnaf. 3. Dakwah ... Dalam usaha mempertingkatkan dakwah zakat, LZS menggunakan pelbagai kaedah termasuklah melalui aktiviti dakwah dan penerangan. 4. Kemudahan... Perkhidmatan kaunter bergerak LZS disediakan bagi memudahkan masyarakat khususnya di Selangor mendapatkan perkhidmatan zakat. 5. Bicara Korporat... LZS sentiasa membuka ruang kepada warga korporat untuk bertukar-tukar pandangan bagi memantapkan lagi pengurusan zakat di Selangor. 6. Sedia Membantu... Para amil di LZS dilatih untuk membantu masyarakat bukan sahaja penerima zakat tetapi juga pembayar zakat.

ASNAF www.e-zakat.com.my

17

ZOOM CAKNA
1 2

1. Mencemar Duli DYMM Sultan Selangor sentiasa prihatin dengan keperluan asnaf fakir dan miskin di Selangor. 2. Pusat Latihan... Penubuhan Pusat Latihan Asnaf Selangor (PLAS) merupakan salah satu usaha LZS menangani kemiskinan melalui Program Pembangunan Insan. 3. Ceria... Kegembiraan jelas terpacar di wajah anak-anak orang asli di penempatan Desa Iman Kuala Kubu Bharu sewaktu menerima kunjungan peserta Ziarah Media dan Korporat Bersama Asnaf (ZIKRA). 4. Menjejaki... LZS giat menjalankan aktiviti turun padang untuk mencari asnaf fakir dan miskin yang memerlukan. 5. Bantuan Zakat... Myburger adalah inisiatif LZS melalui Pusat Pembangunan Usahawan Asnaf Zakat bagi membuka peluang kepada asnaf untuk berniaga. 6. Pengisian Diri... Melalui Program Pembangunan Insan, anak-anak asnaf fakir dan miskin diberi pendedahan kursus serta motivasi dari semasa ke semasa.

18

ASNAF www.e-zakat.com.my

KEJAYAAN ASNAF
OLEH: NOORMALA MOHD SAAD, HAMIZUL ABDUL HAMID

Anda Bantu
perikanan bernilai RM2 ribu. Diberikan modal pusingan berniaga gerai minuman RM1 ribu. Kini: Kini menjalankan kerja-kerja perikanan dengan menangkap ikan di lombong dan hasilnya dijual di pasar Batang Kali dan menjual air minuman dan buah-buahan. Mampu memperoleh pendapatan lebih RM1 ribu setiap bulan. Dijangka mampu keluar daripada asnaf pada penghujung tahun ini.

MEREKA BERJAYA
Bantuan LZS: Mula mendapat bantuan zakat pada tahun 2007, iaitu bantuan pendidikan bantuan Ramadan dan Hari Raya, bantuan sewa rumah, makanan dan kewangan bulanan. Mendapat bantuan modal dua kali sebanyak dua kali iaitu pertama menjalankan perniagaan bawang goreng dengan modal daripada LZS sebanyak RM2 ribu. Manakala bantuan modal pertanian pula diperoleh pada Oktober 2010 berjumlah RM15 ribu, berupa mesin pengepam air, baja, pam racun, paip air dan anak benih. Kini: Kini menjalankan projek pertanian, iaitu membuka sebuah kebun sayur seluas kirakira satu ekar di Bukit Beruntung. Beliau memasarkan hasil pertaniannya kepada beberapa pihak di sekitar Hulu Selangor. Beliau telah berjaya menuai hasil pertama pertaniannya pada tahun 2010 dan dijangka mampu keluar daripada asnaf pada penghujung tahun ini.

USAHAWAN PERIKANAN
Muhammad Irawan Basar, 37 tahun Bukit Beruntung Tel: 017 657 1210 Kesusahan: Sejak awal kehidupannya hanya bergantung kepada rezeki kampung, mencari ikan di tasiktasik tinggalan lombong bijih timah zaman Inggeris. Mencari pucuk-pucuk paku, rebung dan sebagainya untuk dijual di Pasar Batang Kali, hinggalah kemalangan ngeri berlaku pada 25 November 2009, iaitu pada jam 7 pagi di Jalan Batang Kali, Genting Highlands sewaktu membawa 20kg ikan hasil tangkapan untuk dijual di pasar. Sebuah lori pasir menggilis badannya, tepat di bahagian perut, tulang pinggulnya terbelah dan tulang pahanya patah. Pihak hospital tidak menjangkakan beliau mampu hidup. Setelah lapan hari koma, beliau terlantar selama tujuh bulan tidak boleh melakukan sebarang kerja, sedang anak-anak dan isteri perlukan pendapatan. Cukup bulan ketujuh, beliau gagahkan diri mencari ikan di kolam demi rezeki keluarga walaupun pihak hospital tidak menggalakkannya. Bantuan LZS: Mula mendapat bantuan zakat pada tahun 2009, antaranya bantuan Ramadan dan Hari Raya, bantuan pendidikan, sewa rumah dan bantuan makanan dan wang bulanan. Mendapat bantuan modal perikanan bagi membeli jaring, motor roda tiga dan peralatan

USAHAWAN KEBUN SAYURAN


Abdul Kamal Abdullah Sani, 40 tahun Bukit Beruntung Selangor Darul Ehsan. Tel: 016 919 6306 Kesusahan: Asalnya bekerja sebagai jurujual sebuah syarikat swasta. Sekitar tahun 2000 beliau jatuh sakit dan penyakitnya misteri (tidak dapat dikesan oleh perubatan moden). Beliau sering muntah darah dan najis berdarah. Akibatnya beliau terpaksa diberhentikan kerja. Demi menyara keluarga, beliau melakukan pelbagai jenis kerja lain seperti membuat welding (bekerja dengan orang), menjual goreng pisang dan sebagainya. Pernah ditipu apabila bekerja tetapi tidak diberi upah. Kadang-kala anakanak hanya berlaukkan telur, garam, gula atau kicap sahaja. Rumah sewanya juga pernah tertunggak sehingga lapan bulan.

USAHAWAN PERCETAKAN PERIKLANAN


Mohd. Azfar Mohamad Zin, 24 tahun Ampang Tel: 012 255 2936 Kesusahan: Ayahnya meninggal pada tahun 1999 sewaktu

ASNAF www.e-zakat.com.my

19

KEJAYAAN ASNAF
beliau masih belajar di sekolah rendah. Ibunya bergantung kepada hasil rumah sewa sebanyak RM500 sebulan bagi membesarkan empat anak iaitu Sarahfidah, Mohd. Ashri, Mardhiyah dan beliau sendiri. Oleh kerana kekangan hidup, neneknya sanggup menggadai barang kemas bagi menampung perbelanjaan. Bantuan LZS: Azfar mula mendapat bantuan zakat pada tahun 2000, seperti bantuan Ramadan dan Hari Raya serta bantuan pendidikan. Bantuan modal diterima pada tahun 2009 bagi menjalankan perniagaan periklanan. Jumlah keseluruhan bantuan perniagaan ialah RM22 ribu bagi membeli peralatan seperti komputer, mesin pengimbas dan mesin plotter. Kini: Menjalankan perniagaan berasaskan periklanan dan percetakan, seperti membuat papan iklan, papan tanda, penunjuk arah, kad nama, pelekat dan sebagainya. Pelanggan terdiri daripada orang perseorangan, syarikat swasta dan agensi kerajan. Beliau telah mula membayar zakat sejak tahun 2010. kampung, pendapatan beliau tidaklah seberapa. Pernah berjinak-jinak dengan ternakan ayam kampung, pada mulanya berjaya sehingga jumlah ternakannya 100 ekor ayam. Namun, usaha menternak ayam terpaksa diberhentikan kerana kawasan ternakannya menjadi rebutan pihak lain pula. Mula berjinak-jinak dengan perniagaan pasar malam bermula tahun 2007 dengan menjual air soya. Beliau turut berusaha membuat air soya sendiri tetapi tempat memproses air soya tersebut hanya di ruang yang kecil dan tidak terurus. Bantuan LZS: Pada tahun 2007 menerima pelbagai bantuan seperti bantuan Ramadan dan Hari Raya serta pendidikan adik-adik. Pada tahun 2009 menerima bantuan rumah di penempatan berkelompok Desa Ehsan LZS. Turut menerima bantuan sebuah rumah kedai di hadapan penempatan berkelompok LZS ini bagi memproses air soyanya. Pada tahun 2011 menerima bantuan perniagaan bernilai RM7,500 untuk membeli keperluan berkaitan pembuatan air soya. Kejayaan: Kini beliau berniaga di dua pasar malam bagi menjual air soyanya. Beliau juga menjadi pembekal air soya kepada peniaga-peniaga yang lain. Boleh menghasilkan air soya sebanyak lebih kurang 200 liter seminggu. Kini beliau mempunyai pendapatan bulanan RM1,700 sebulan. Mendapat kepercayaan sebagai tenaga pengajar (tidak sepenuh masa) di institusi pendidikan berhampiran bagi berkongsi pengalamannya sebagai pengusaha air soya. Dijangkakan keluar asnaf miskin tahun ini.

USAHAWAN TERNAKAN AYAM DAN ITIK


Norzaini Jusoh, 49 tahun Hulu Yam Tel: 012 265 1787 Kesusahan: Berasal dari Datuk Keramat, Kuala Lumpur dan bekerja bertukang. Pada tahun 2005 mencuba nasib berhijrah ke Hulu Yam dalam keadaan tiada sesiapa pun yang kenal dan boleh membuka jalan untuk mencari rezeki. Kesannya, kemahiran bertukang tak dapat dimanfaatkan. Beliau mencari rezeki di kawasan hutan sekitar, rebung, pucu paku dan menangkap ikan lombong. Beliau meneruskan hidup dengan membela itik di tasik belakang rumahnya. Bermula dengan 100 ekor sehinggalah kini berkembang ke-500 ekor itik. Namun, kerugian melanda apabila semua itik mati akibat keracunan makanan, sehinggakan baju raya anak-anaknya terpaksa diterima daripada orang lain. Bantuan LZS: Mula mendapat bantuan zakat pada tahun 2009 antaranya bantuan Ramadan dan Hari Raya, bantuan pendidikan, bantuan makanan dan wang bulanan. Mendapat bantuan modal penternakan itik sebanyak RM4 ribu. Selain itu, turut menerima bantuan modal sebanyak RM11 ribu bagi membina reban itik dan ayam bagi meluaskan lagi penternakannya. Kini: Kini beliau menjalankan penternakan itik dan ayam sehingga mampu memperoleh pendapatan lebih RM1 ribu setiap bulan. Beliau dijangka mampu keluar daripada asnaf pada penghujung tahun ini.

USAHAWAN AIR SOYA


Ahmadon Safan, 39 tahun Desa Ehsan, Permatang Pasir, Kuala Langat Tel: 019 370 8216 Kesusahan: Sebelum ini tinggal bersama ibu mertua dan menanggung empat adik ipar yang masih bersekolah. Dengan hanya bekerja

20

ASNAF www.e-zakat.com.my

STATISTIK
*RAJAH 1: KUTIPAN ZAKAT MENGIKUT JENIS BAGI BULAN JUN-OKTOBER 2011 *PERINCIAN BANTUAN AGIHAN ZAKAT MENGIKUT ASNAF DARI JUN OKTOBER 2011
ASNAF FAKIR JUMLAH RM

* RAJAH 2: KUTIPAN ZAKAT MENGIKUT CARA BAYARAN BAGI BULAN JUN-OKTOBER 2011

Saguhati Hari Raya.......................... 5,741,450 Pengurusan Rumah Orang Tua.............. 54,938 Bantuan Kewangan Bulanan .......... 3,527,200 Bantuan Makanan Bulanan................ 520,019 Bantuan Yuran Sekolah Rendah/Menengah................................ 5,577 Biasisiwa Pelajaran............................ 511,658 Bantuan Perubatan............................... 82,969 Pengurusan Jenazah Fakir.................. 138,000 Membaik Pulih Rumah........................ 211,454 Bantuan Sewa Rumah........................ 439,923 Bantuan Kecemasan/Runcit .............. 141,532 Bantuan Keperluan Pendidikan. ...... 1,953,767 Bantuan Perniagaan............................ 151,951 Bantuan Perikanan ............................... 22,350 JUMLAH......................................... 13,502,788 ASNAF MISKIN JUMLAH RM

*RAJAH 3: BILANGAN PEMBAYAR MENGIKUT DAERAH BAGI BULAN JUN-OKTOBER 2011

Saguhati Hari Raya........................ 10,058,600 Pembinaan/Pengurusan Rumah Berkelompok ...................................... 318,225 Pengurusan Bengkel Jahitan ............. 411,826 Pusat Komuniti/Rumah Transit........... 165,928 Bantuan Perubatan............................. 131,138 Bantuan Kewangan Bulanan........... 4,631,141 Bantuan Makanan Bulanan................ 329,259 Pengurusan Baitul Hasanah . .......... 1,092,308 Bantuan Yuran Sekolah Rendah/Menengah ................................ 9,920 Bantuan Keperluan Pendidikan. ...... 2,541,689 Biasiswa Pelajaran.......................... 1,330,728 Membaik Pulih Rumah........................ 808,706 Bantuan Sewa Rumah........................ 641,146 Bantuan Kecemasan/Runcit .............. 445,304 Pengurusan Jenazah Miskin............... 159,163 Projek Usahawan Berkelompok ...... 1,024,799 Kursus/Latihan ................................ 2,441,255 Sambutan Hari Kebesaran Islam........ 124,232 Bantuan Perniagaan............................ 778,705 Bantuan Perikanan.............................. 286,825 Bantuan Penternakan.......................... 117,880 Bantuan Pertanian................................ 23,544 JUMLAH......................................... 27,872,319

*Nota: 1. Data belum diaudit. 2. Tertakluk kepada sebarang perubahan.

ASNAF www.e-zakat.com.my

21

STATISTIK
ASNAF AMIL JUMLAH RM Dermasiswa Pelajar Belajar Dalam Negara ................................. 4,000 Dermasiswa Pelajar Belajar Di Luar Negara.......................... 2,510,180 Dermasiswa Pelajar Cemerlang.................................................. 30,000 Dermasiswa Kecil Pelajar Sek. Agama Men. Ren/Tinggi......... 264,400 Emolumen Kakitangan MAIS Golongan Fisabilillah............... 4,395,297 Peruntukan Pengurusan KUIS ................................................ 4,000,000 Program Out Reach.................................................................... 142,891 Bantuan Percetakan/Penerbitan.................................................. 85,410 Imbuhan Kepada Penolong Pendaftar Nikah dan Iman Rawatib... 20,000 Bantuan Kecemasan............................................................... 1,393,953 Bantuan Karpet Masjid/Surau................................................... 530,846 Bantuan Peralatan Masjid/Surau.............................................. 165,180 Pembinaan Baik Pulih Masjid.................................................... 447,055 Pembinaan Baik Pulih Surau Sekolah........................................ 238,800 Pembinaan/Pembangunan Institusi Agama Luar Negara........... 41,869 Pembinaan/Baik Pulih Sekolah Agama....................................... 82,838 Bantuan Keperluan Sekolah...................................................... 387,229 Pembinaan/Baik Pulih Institusi Agama......................................... 5,000 Program Forum/Ceramah Agama.............................................. 176,290 Program Penerapan Islam.......................................................... 929,859 Bantuan Umum Pelajaran ...................................................... 1,514,560 JUMLAH................................................................................ 36,965,384 ASNAF GHARIM JUMLAH RM

Pengurusan Institusi Amil (Belanja Pentadbiran, R&D, Pemasaran dan Promosi, Sumber Manusia, Prasarana, Komisen Ejen Kutipan)................................................................................. 21,865,427 Amil Zakat Fitrah..................................................................... 2,195,386 JUMLAH................................................................................ 24,060,813 ASNAF MUALAF JUMLAH RM

Saguhati Hari Raya.................................................................... 752,400 Pengurusan Rumah Perlindungan................................................ 16,393 Belanja Pengurusan Bahagian Pembangunan Insan................. 302,157 Bantuan Berkhatan...................................................................... 12,866 Bantuan Perkahwinan................................................................ 172,000 Bantuan Kewangan Bulanan..................................................... 890,500 Elaun Menghadiri Kelas Agama Asas.................................... 1,269,540 Elaun Guru Agama Kelas Agama Asas...................................... 492,845 Dermasiswa Mualaf.................................................................. 684,300 Percetakan/Penerbitan.................................................................. 4,380 Program Ceramah Mualaf. ........................................................ 118,972 Bantuan Kecemasan/Runcit...................................................... 169,600 Saguhati Galakan Saudara Baru . ............................................... 49,400 Pembinaan Rumah Individu......................................................... 76,750 Bantuan Sewa Rumah............................................................... 223,490 Pengurusan Jenazah Mualaf......................................................... 6,819 Fi Guaman.................................................................................... 17,705 Kursus/Latihan........................................................................... 242,402 Bantuan Perubatan...................................................................... 15,718 Sumbangan Badan/Persatuan Saudara Baru.............................. 23,707 Sambutan Hari Kebesaran Islam............................................... 214,292 Bantuan Modal perniagaan......................................................... 21,035 Aktiviti/Lawatan Sambil Belajar. .............................................. 145,757 Bantuan Umum Pelajaran.......................................................... 274,029 JUMLAH.................................................................................. 6,197,055 ASNAF FISABILILLAH JUMLAH RM

Hutang Rawatan/Dialisis. ...................................................... 9,180,779 Hutang Kerana Keperluan Hidup............................................ 1,226,533 Hutang Badan Persatuan Untuk................................................. 203,000 Hutang Perubatan................................................................... 1,048,176 Bantuan Mengurus Jenazah Tanpa Waris. ................................. 15,809 JUMLAH................................................................................ 11,674,296 ASNAF IBNU SABIL JUMLAH RM

Elaun Kehadiran Mesyuarat.......................................................... 5,150 Elaun Guru Agama/Penceramah. .............................................. 228,454 Bantuan Kepada Persatuan Islam/Badan Kebajikan.............. 1,780,847 Elaun Tahunan AJK Masjid. ................................................... 1,021,945 Elaun Guru KAFA................................................................... 13,000,000 Elaun Bulanan Kepada Pegawai Masjid. ............................... 2,693,750 Saguhati Kaunselor Sukarela.................................................... 181,950 Dermasiswa Hafiz Al-Quran. ..................................................... 687,630

Bantuan Tiket Perjalanan Pergi/Balik........................................ 349,284 Bantuan Pelajar Luar Negara. ..................................................... 56,800 Bantuan Musafir.......................................................................... 43,754 JUMLAH..................................................................................... 449,838 ASNAF RIQAB JUMLAH RM

Baitul Iman................................................................................. 259,439 Baitul Ehsan............................................................................... 645,460 Dakwah Ar-Riqab....................................................................... 135,837 JUMLAH.................................................................................. 1,040,737

JUMLAH KESELURUHAN RM121,763,230


*Nota: 1. Data belum diaudit. 2. Tertakluk kepada sebarang perubahan.

22

ASNAF www.e-zakat.com.my

STATISTIK
*RAJAH 4: AGIHAN ZAKAT MENGIKUT ASNAF DARI JUN OKTOBER 2011

Jumlah Keseluruhan: RM121,763,230

*RAJAH 5: AGIHAN ZAKAT MENGIKUT PROGRAM PEMBANGUNAN DARI JUN OKTOBER 2011

*Nota: 1. Data belum diaudit. 2. Tertakluk kepada sebarang perubahan.

Jumlah keseluruhan: RM97,612,626

ASNAF www.e-zakat.com.my

23

PENGALAMAN
OLEH: IMA SYUHADA ISMAIL

Jiwai Erti Zakat

WARDINA

Wardina Sayyah Fadlullah Wilmot bukanlah satu nama asing di Malaysia. Bermula aktif sebagai pelakon dan model, namun kini kelibat Wardina dapat dilihat di kaca tv sebagai pengacara untuk program Malaysia Hari Ini. Pertama kali bertemu dengannya, penulis terkasima dengan penampilan muslimahnya. Jauh berbeza dengan penampilan awal dahulu. Seorang yang ramah dan penuh dengan idea serta pendapat bernas. Tidak salah jika penulis menyatakan Wardina merupakan contoh terbaik selebriti di Malaysia.

oleh kedua ibu bapanya, Wardina telah didedahkan dengan kewajipan berzakat sejak kecil lagi. Malah ibunya amat mementingkan kewajipan zakat kepada anakanaknya, apatah lagi Wardina sendiri telah bekerja seawal usia remaja. Sejak kecil lagi, kami adik-beradik telah didedahkan dengan konsep zakat. Memberi lebih baik daripada menerima. Setiap kali kami dapat duit, ibu yang akan ingatkan untuk bayar zakat. Satu perkara sering diingatkan ialah ada hak orang lain dalam harta itu. Oleh itu, kena pulangkan kepada yang berhak. Sampai hari ini ibu masih ingatkan anak-anaknya tentang kewajipan berzakat ini, cerita Wardina. Namun sebagai insan biasa, Wardina akui adakalanya dia tersasar dari landasan. Ternyata penghijrahannya telah memberi seribu makna dalam hidup Wardina.

Saya sering perhatikan zakat ini kurang diberi penekanan. Sedangkan solat dan zakat itu beriringan. Sering disebut bergandingan dalam al-Quran. Jadi sememangnya jelas, kewajipan zakat amat penting. Tetapi sayang, masyarakat sendiri tidak menjiwai kewajipan berzakat itu. Saya akui suatu ketika dulu saya sendiri alpa walaupun berkali-kali diingatkan. Sebab itu bila dikirkirkan semula, patutlah selalu ada sahaja yang tidak cukup. Namun alhamdulillah sejak penghijrahan Saya tidak mengharapkan zakat yang saya berikan itu saya, kewajipan zakat ini saya Allah akan ganti dengan rezeki berganda kerana apa yang saya zakatkan adalah ikhlas, Wardina Safiyyah. jadikan sebagai rutin. Asal ada duit lebih, saya akan laksanakan ibesarkan dengan didikan agama tanggungjawab saya, katanya.
Tambahnya lagi, Memang kadang-kadang apabila kita hendak buat sesuatu benda baik, pasti ada sahaja halangannya. Kewajipan zakat sebagai contohnya. Bila tiba waktu hendak menunaikannya, ada sahaja alasan seperti duit tidak cukuplah, hendak pakai duitlah dan pelbagai alasan lagi. Tetapi bagi saya, bila kita telah menjiwai erti zakat itu dan kita tahu tentang kewajipannya, kita akan redha dan ikhlas untuk menunaikannya. Kerana hendak mendapat makna ikhlas itu juga, Wardina adakalanya berpeluang mengagihkan sendiri zakatnya. Kebetulan beliau mempunyai sanak-saudara yang susah di Acheh, maka Wardina menyerahkan sebahagian zakatnya di sana. Bukan tidak percaya dengan kredibiliti institusi zakat, namun bagi Wardina rasa tanggungjawab membantu keluarga

terdekat mendorongnya melunaskan sebahagian zakatnya kepada mereka. Sekurang-kurangnya zakat saya ini membantu sanak-saudara meneruskan kelangsungan hidup mereka. Bila melihat sendiri nasib mereka, saya rasa bersyukur dengan kehidupan saya. Satu pengalaman yang menginsafkan sebenarnya. Pada pendapat saya, para pembayar zakat di LZS juga wajar diberi peluang dan ruang untuk melihat sendiri kehidupan fakir dan miskin ini, beritahu Wardina lagi. Zakat Beri Ketenangan Apabila selalu melaksanakan tanggungjawab berzakat ini, Wardina memberitahu seringkali timbul perasaan tenang dalam jiwanya. Ketenangan itulah yang dicari-cari selama ini. Sama ada zakat mahupun sedekah, apabila kita buat akan ada satu perasaan yang sukar digambarkan. Hidup lebih tenang, lebih redha. Itu yang penting bagi saya. Niat saya ialah hendak membersihkan diri dan jiwa. Saya tidak mengharapkan zakat yang saya berikan itu Allah akan ganti dengan rezeki yang lebih berganda. Bagi saya maksud rezeki itu luas, bukan wang ringgit semata-mata. Apa yang saya zakatkan adalah ikhlas, kata ibu kepada tiga cahaya mata ini. Sebagai pembayar zakat, Wardina amat berharap agar zakat yang ditunaikan itu memberi manfaat kepada asnaf di Selangor. Biar wang zakat itu, membantu asnaf ini keluar daripada kemiskinan bukannya terus-terusan bergantung dengan bantuan. Institusi zakat perlu memikirkan bantuan yang bersesuaian dengan keperluan zaman. Tetapi lebih pada itu, biarlah wang zakat ini membantu mereka keluar daripada kemiskinan. Sebab itu saya berpendapat pendidikan itu penting kepada asnaf. Kita tidak mahu melahirkan asnaf yang miskin ilmu dan akhlak. Saya percaya kepada kuasa ilmu. Jika asnaf ini ada ilmu, insya-Allah mereka mampu keluar daripada kemiskinan, katanya mengakhiri perbualan.

24

ASNAF www.e-zakat.com.my

SANA SINI
Talian Percuma 1-800-88-5353 Bagi meningkatkan lagi kemudahan kepada para pelanggannya terutama kepada asnaf fakir dan miskin LZS menyediakan talian bebas tol 1-800-88-5353. Melalui talian ini, mereka boleh membuat sebarang pertanyaan sama ada berkaitan semakan permohonan bantuan, persoalan berkaitan bantuan mahupun membuat aduan berkaitan perkhidmatan LZS. Talian yang beroperasi dari jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang ini juga boleh digunakan oleh masyarakat bagi tujuan mengajukan persoalan berkaitan zakat dan lain-lain persoalan berkaitan zakat.

Kaunter Ekspres Diperluaskan ke Seluruh Selangor LZS meluaskan perkhidmatan kaunter ekspres agihan zakat ke sembilan cawangan utama di setiap daerah seluruh Selangor bagi membantu mereka yang berada di dalam kesempitan hidup dan memerlukan bantuan segera. Sembilan cawangan tersebut ialah di Bangunan Zakat Selangor, Shah Alam; Wisma Dicor (Subang Jaya) Klang Sentral (Klang), Bandar Malawati (Kuala Selangor), Sungai Besar, Banting (Kuala Langat), Kajang (Hulu Langat), Kuala Kubu Bharu (Hulu Selangor) dan Taman Melawati (Gombak). Melalui kemudahan kaunter ekspres ini, bantuan segera akan disalurkan maksimum sehingga RM500 dalam tempoh dua jam selepas permohonan lengkap. Walau bagaimanapun, pemohon perlulah menepati syarat-syarat permohonan kaunter ekspres antaranya menetap di Selangor selama tiga tahun, dokumen lengkap yang boleh membuktikan keadaan pemohon seperti salinan surat diberhentikan pekerjaan, bil-bil dan resit yang perlu dijelaskan segera, salinan kad pengenalan dan sebagainya.

RM215.6 Juta Zakat Diagihkan Dari Januari hingga September Sepanjang bulan Januari sehingga September sebanyak RM215.6 juta zakat telah diagihkan kepada lapan asnaf daripada RM239.1 juta zakat yang dikutip. Pengagihan zakat ini disalurkan melalui lima program pembangunan yang disediakan. Lima program pembangunan tersebut adalah sosial (RM101.5 juta), pendidikan (RM62.2 juta), insan (RM7.2 juta), institusi agama (RM6.8 juta) dan ekonomi sebanyak RM3.5 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM24 juta diagihkan kepada asnaf fakir, RM44.7 juta diagihkan kepada asnaf miskin, RM11.2 juta (asnaf mualaf) dan RM34.2 juta (asnaf amil). Manakala bagi asnaf fisabilillah sebanyak RM69.6 juta, RM29.5 juta (asnaf gharimin), RM1.9 juta bagi asnaf riqab dan RM0.6 juta bagi ibnu sabil. Lebih RM1.5 Juta untuk 35 Badan Kebajikan dan Dakwah LZS menyerahkan sumbangan dalam bentuk geran berjumlah RM720,000 kepada 35 badan kebajikan dan dakwah di Selangor bertujuan melancarkan operasi badan itu. Daripada jumlah badan tersebut, 13 merupakan rumah kebajikan anak yatim dan orang tua, 13 lagi merupakan rumah kebajikan dan perlindungan sosial, manakala sembilan buah lagi merupakan badan dakwah daerah yang bernaung di bawah Pejabat Agama Islam Daerah. Jumlah bantuan yang diterima ini merupakan tambahan kepada RM830,000 yang telah diterima sebelum ini. Antara badan kebajikan dan dakwah yang menerima bantuan termasuklah Pertubuhan al-Khaadem, Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin alMunirah, Pertubuhan Kebajikan Ehsan ash-Shakur dan Pusat Khidmat Sosial Perkid yang masing-masing menerima dana sebanyak RM20,000.

ASNAF www.e-zakat.com.my

25

SANA SINI
Hari Kerjaya Asnaf Buka Peluang Pekerjaan Kepada Penerima Zakat Seramai 360 orang asnaf zakat merebut peluang menghadiri temuduga terbuka sempena Hari Kerjaya Asnaf Zakat Selangor 2011 anjuran LZS dengan kerjasama Pusat Pembangunan Usahawan Asnaf Zakat (PPUAZ) baru-baru ini. Lima buah syarikat yang mengambil bahagian, iaitu Juara Saji Sdn Bhd, Sani Express Sdn Bhd, Oyl Manufacturing Sdn Bhd, Selangor Food Industries Sdn Bhd dan Perfisio Solutions Sdn Bhd. Dianggarkan hampir 300 kekosongan jawatan disediakan. Program ini mensasarkan tenaga kerja dalam kalangan asnaf zakat, khususnya bagi anak-anak asnaf yang sudah menamatkan alam pendidikan, sama ada di peringkat persekolahan menengah mahupun di peringkat institusi pengajian tinggi. LZS dan Plus Berhad Raikan Fakir dan Miskin Seramai 50 orang asnaf fakir miskin dari Pangsapuri Barakah, Subang Bestari menerima sumbangan wang tunai dan hamper sempena Program Sehari Bersama PLUS anjuran PLUS Berhad dengan kerjasama LZS di Kompleks PLUS Wilayah Tengah baru-baru ini. Program ini merupakan antara aktiviti bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat PLUS Berhad dan salah satu bentuk program bersama komuniti bagi mengeratkan siraturahim di antara LZS dan Plus Berhad.

LZS Anjur Bengkel Perkasa Zakat Niaga Peringkat Negeri Lebih 30 orang peserta yang mewakili Majlis Agama Islam dan institusi zakat negeri-negeri seluruh Malaysia hadir ke Bengkel Memperkasa Dakwah Zakat Perniagaan bagi membincangkan isuisu berkaitan zakat perniagaan di Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof dalam ucapan aluannya menyataan penghargaan di atas kerjasama semua pihak menjayakan bengkel ini. Beliau juga menyatakan tentang kepentingan bagi seluruh institusi zakat di Malaysia untuk membincangkan mengenai hala tuju dan tindakan, demi melahirkan kesepakatan dan keselarasan dalam memaksimumkan dakwah zakat perniagaan ini. Bengkel ini berjaya mengupas pelbagai pandangan dan input berguna demi memperkasakan zakat perniagaan di Malaysia, di samping merumus beberapa tindakan susulan untuk dilaksanakan oleh pusat-pusat zakat negeri selepas ini. RM14.5 Juta Bantu Persediaan Persekolahan Anak Fakir Miskin Sebanyak RM14.5 juta zakat disalurkan kepada seramai 27,953 orang pelajar asnaf fakir dan miskin bagi membantu meringankan bebanan ibu bapa terutamanya untuk membiayai kelengkapan dan yuran persekolahan 2012. Program pengagihan bantuan bagi persediaan persekolahan ini bermula pada 21 November sehingga 29 Disember di seluruh negeri Selangor melibatkan sebanyak 29 program. Bagi mereka yang bersekolah rendah akan merima bantuan dengan kadar RM530 bagi lelaki dan RM570 bagi perempuan. Manakala bagi sekolah menengah mereka menerima sebanyak RM530 bagi lelaki dan RM550 bagi pelajar perempuan dan bagi pelajar tadika akan menerima RM200 setiap seorang. Bagi pembelian kelengkapan persekolahan seperti baju, kasut dan beg sekolah, mereka akan menerima voucher yang boleh digunakan di pasaraya yang terpilih.

26

ASNAF www.e-zakat.com.my

SANA SINI
RM1 Juta Bantu Pesakit Kurang Berkemampuan LZS menyalurkan bantuan zakat sebanyak RM1 juta kepada Tabung Pesakit Kronik bagi 10 buah hospital terpilih di Selangor dan Kuala Lumpur. Ia bertujuan meringankan bebanan pesakit kurang berkemampuan yang memerlukan pembiayaan bagi menjalani kos rawatan di hospital berkenaan. Bantuan di bawah Program Pembangunan Sosial ini telah bermula sejak tahun 2010 dan 10 buah hospital yang terlibat pula ialah, Hospital Selayang, Hospital Serdang, Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Ampang, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Kajang, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia serta Institut Jantung Negara (IJN). Semua hospital terbabit menerima RM100 ribu untuk kegunaan tabung, di samping LZS turut akan memberikan bantuan mesin dialisis kepada setiap hospital yang memerlukan. 150 Anak Fakir/Miskin Dikhatankan Seramai 150 orang anak fakir dan miskin daerah Petaling menyertai program Khatan Perdana anjuran LZS dengan kerjasama Masjid Darul Ehsan yang dirasmikan oleh Orang Besar Daerah Petaling, Datuk Emran Kadir,. Program berkhatan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti tahunan LZS khususnya bagi meringankan bebanan ibu bapa daripada kalangan asnaf zakat yang harus mengkhatankan anak-anak lelaki mereka. Kos bagi dibiayai oleh pihak LZS sebanyak RM120 seorang. Sebanyak tujuh program berkhatan diadakan di seluruh Selangor pada tahun ini yang melibatkan 697 orang peserta. Selain Petaling, daerah lain yang terlibat ialah Sabak Bernam (197), Hulu Langat (50), Gombak (60), Kuala Selangor (100), Klang dan Kuala Langat, masingmasing 70 orang. Bayar Zakat Tanpa Wayar Dalam usaha memudahkan dan menggalakkan orang ramai membayar zakat, AmIslamic Bank melancarkan saluran pembayaran zakat terbaru iaitu membuat pembayaran menggunakan perkhidmatan tanpa wayar kepada pemegang kad kredit AmIslamic. Pelancaran kemudahan itu adalah tambahan kepada kemudahan pembayaran zakat lain yang ditawarkan, iaitu menerusi potongan akaun simpanan, akaun semasa dan kad kredit menggunakan perbankan dalam talian (AmOnline) dan perbankan mudah alih (AmGenie). AmIslamic Bank mula bekerjasama dengan LZS sebagai ejen kutipan zakat sejak Disember 2002 dalam usaha memudahkan urusan pembayaran zakat di negeri ini.

Badan Amil Zakat Lawat LZS LZS menerima lawatan dari Badan Amil Zakat, Kabupaten Luwu, Indonesia bagi berkongsi tentang pengurusan zakat di Selangor. Delegasi seramai 29 orang itu diberi taklimat tentang operasi kutipan dan agihan zakat yang dilaksanakan di Selangor dan dibawa melawat ke kaunter zakat untuk melihat sendiri proses kutipan dan agihan dilaksanakan. Mereka juga mengambil peluang ini untuk mengajukan pelbagai soalan berkaitan pengurusan zakat.

ASNAF www.e-zakat.com.my

27

TANYA USTAZ
OLEH: USTAZ MOHAMMAD FARID MOHAMMAD ZAINAL

HAD KIFAYAH KENAL PASTI FAKIR MISKIN


Soalan 1: Kenapa Had Kifayah dijadikan sebagai sandaran bagi mengenal pasti asnaf fakir dan miskin di Selangor?

ntara asnaf yang berhak menerima zakat adalah fakir dan miskin. Perkara ini dinyatakan di dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 60 yang bermaksud: Sesungguhnya sedekah (zakat) itu adalah untuk fakir & miskin... Akan tetapi timbul persoalan, siapakah fakir dan miskin? Adakah hanya sekadar menemui orang-orang yang meminta sedekah dan derma, lalu mereka layak diberikan zakat? Adakah orang yang mengaku tiada harta itulah fakir dan miskin? Kadang-kala ada yang menganggap ibu tunggal, anak yatim, orang tua itulah fakir dan miskin, sedangkan banyak harta ditinggalkan oleh waris mereka. Oleh itu, amat penting untuk kita mengetahui kaedah menentukan kefakiran dan kemiskinan seseorang. Di Lembaga Zakat Selangor (MAIS), fakir dan miskin ditentukan berdasarkan kaedah Had Kifayah. Apakah maksud Had Kifayah? Had Kifayah dari sudut bahasa bermaksud: Garis kecukupan. Adapun dari sudut istilah syara bermaksud: Satu kadar minima yang perlu ada bagi mencukupi keperluan asasi diri dan tanggungan sesebuah isi rumah.

Penggunaan had kifayah bagi menentukan fakir dan miskin bukanlah suatu formula yang direka-reka oleh institusi zakat. Ia merupakan pandangan yang diambil daripada Mazhab Jumhur Fuqaha.
Imam Abu Ubaid menjelaskan di dalam kitabnya al-Amwal; Fakir pada pendapat Syafiiyyah, Hanabilah dan Zahiriyyah ialah orang yang tiada harta dan tiada pekerjaan. Atau ada harta atau pekerjaan, tetapi amat sedikit dan tidak mampu menampung kecukupan keperluan asasinya. Mereka menetapkan, fakir ialah mereka yang hanya mampu menampung kurang 50 peratus daripada kadar kecukupan keperluan asasinya. Contohnya, isi rumah yang memerlukan RM1,000 sebulan, akan tetapi hanya memiliki pendapatan sebanyak RM450 (kurang RM550 daripada had kifayah). Manakala miskin pula ialah orang yang ada harta atau pekerjaan, tetapi tidak cukup untuk menampung keperluan asasinya. Mereka menetapkan, miskin ialah orang yang mampu menampung lebih 50 peratus daripada kadar had kifayahnya, akan tetapi masih belum mencukupi. Contohnya isi rumah yang memerlukan RM1,000 sebulan, akan tetapi memiliki pendapat sebanyak RM750 (kurang RM250 daripada had kifayahnya). Di sini timbul pula persoalan, apakah keperluan asasi yang perlu ada untuk mencukupkan had kifayah dalam sesebuah isi rumah? Dan apakah asas penentuan keperluan asasi tersebut? Fuqaha seperti as-Syafiiyyah mentakrifkan keperluan asasi sebagai: Apa-apa yang dapat mencukupkan manusia sama ada dalam bentuk makanan, pakaian dan seumpamanya yang mesti ada dan bersesuaian dengan keadaan diri seseorang dan tanggungannya tanpa berlebihlebihan atau kurang. (Mughni al-Muhtaj). Pendapat ini jugalah yang dipegang oleh mazhab fuqaha yang lain. Para fuqaha turut berpendapat, keperluan asasi adalah sangat berkait rapat dengan maqasid syariah (tujuan penetapan syariat) yang merangkumi tiga perkara asas dalam hidup manusia iaitu dharuriyyat, hajiyat dan tahsiniyyat. Ia juga amat berkait rapat dengan ad-Dharuriyyat al-Khomsah (lima perkara asas yang dijamin oleh Islam) iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Berdasarkan asas-asas ini, maka keperluan asasi yang diambil kira dalam kaedah had kifayah ialah 6 perkara iaitu: i. Makan ii. Pakaian iii. Tempat tinggal iv. Kesihatan v. Pendidikan vi. Pengangkutan LZS telah menjalankan kajian lapangan di sembilan daerah di Negeri Selangor bagi menentukan berapakah kadar minima keperluan perkara-perkara di atas. Berdasarkan daripada hasil kajian, maka LZS telah menggunakan kaedah had kifayah bagi menilai dan menentukan asnaf fakir dan miskin di Negeri Selangor.

Jika anda ada sebarang kemusykilan zakat sila hantarkan ke: Majalah Asnaf, Bangunan Zakat Selangor 3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perniagaan Worldwide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

28

ASNAF www.e-zakat.com.my

LZS PRIHATIN

Media Siar,

LZS JAWAB
Peranan media massa dalam memaparkan isu-isu berkaitan kemiskinan banyak membantu Lembaga Zakat Selangor (MAIS) memantau kes-kes aduan mahupun rayuan yang dihadapi oleh asnaf di Negeri Selangor. Berikut merupakan antara penjelasan bagi aduan dan rayuan yang disiar di media massa.

KES 1
Media: Harian Metro Akhbar Harian Metro melaporkan dua warga emas, Shahrum Ayumi dan Hasimah Awang menuntut supaya LZS mengembalikan semula hak mereka untuk mendapatkan 14 kali rawatan dialisis dan suntikan. Bagaimanapun kini mereka hanya menerima 12 kali rawatan dialisis dan lapan kali suntikan berbanding dengan keperluan sebanyak 12 kali rawatan dialisis dan 12 kali suntikan. Ini menyebabkan mereka terpaksa berhutang dengan pusat dialisis untuk empat suntikan tambahan itu. Maklum Balas LZS: LZS amat prihatin dengan masalah yang diajukan oleh kedua-dua warga emas ini. Mengikut rekod LZS mendapati kedua-dua pengadu menerima bantuan bagi rawatan

dialisis dan suntikan aprex sejak tahun 2007 dan 2008. Walau bagaimanapun mereka bukanlah asnaf fakir atau miskin dan bantuan yang diberikan ini adalah di bawah asnaf gharimin iaitu atas dasar sumbangan dan terhad kepad 12 kali rawatan sahaja. Ini bermaksud, sekiranya mereka memerlukan rawatan melebihi 12 kali, maka perbezaan kos perlu ditanggung oleh pesakit itu sendiri. Namun begitu, LZS sedia untuk mempertimbangkannya kerana sebelum ini terdapat pesakit yang berhadapan kes yang sama telah menerima bantuan daripada LZS.

KES 2
Media : Sinar Harian Akhbar melaporkan ahli keluarga kepada salah seorang kelainan upaya (OKU) warga emas, Awaluddin Md. Yusof menuntut penjelasan LZS sebab penarikan semula bantuan bulanan yang selama ini diberikan. Selain itu, beliau turut mendakwa tidak tersenarai sebagai penerima bantuan Ramadan dan Hari Raya.

Maklum Balas LZS: Hasil siasatan LZS mendapati Awaluddin merupakan asnaf miskin sejak tahun 2004 hingga 2010. Selain itu, beliau turut berdaftar sebagai OKU dengan JKM dan menerima bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan. Beliau tinggal bersama anak saudara. Pada tahun 2010, bantuan telah dibuat atas nama anak saudara memandangkan anak saudara beliau yang bertanggungjawab sebagai ketua keluaraga dan menyara beliau. Bantuan kewangan bulanan telah diberhentikan kerena mendapati beliau telah menerima bantuan kewangan daripada JKM. Mengenai dakwaan bantuan Ramadan dan Hari Raya, didapati nama beliau tersenarai sebagai penerima bantuan fasa dua.

ASNAF www.e-zakat.com.my

29

LZS PRIHATIN

KES 3
Media: Sinar Harian Sinar Harian melaporkan seorang pesakit jantung, Saharudin Johrari memohon mendapatkan bantuan untuk membayar baki kos rawatan hospital dan pembedahan berikutan beliau hanya bekerja sebagai buruh kampung sahaja. Berikutan tidak mampu, pembedahan angioplasty yang sepatutnya dijalankan terpaksa ditunda.

Maklum Balas LZS: Siasatan yang dijalankan oleh LZS mendapati Saharudin Johrari bukanlah asnaf fakir dan miskin di LZS. Namun begitu sebelum berita ini keluar, LZS telah memberi bantuan RM1,000 untuk menanggung sebahagian kos rawatan di bawah asnaf gharimin. Baki hutang perubatan juga turut diberikan sebanyak RM4,403. LZS telah menghubungi Jabatan Kerja Sosial Perubatan di PPUM untuk menilai jumlah kos pembedahan yang diperlukan. Hasilnya, sebanyak RM20,000 disumbangkan untuk membolehkan beliau menjalani pembedahan

KES 4
Media: Sinar Harian Dua beradik, Siti Norhatini Mohamad Suhaimin dan Siti Rohaya terpaksa berhenti sekolah gara-gara desakan kesusahan hidup yang menyebabkan mereka tidak mampu membayar yuran sekolah. Kedua ibu bapa mereka mengalami masalah kesihatan dan ini memaksa dua beradik ini bekerja untuk menampung sumber pendapatan keluarga.

Maklum Balas LZS: LZS amat simpati dengan kesusahan yang dihadapi oleh keluarga ini. Hasil siasatan mendapati keluarga ini merupakan asnaf miskin di LZS sejak tahun 2004 hingga 2010. Antara bantuan yang telah diterima termasuklah bantuan Ramadan dan Hari Raya serta bantuan kewangan bulanan. Justeru itu, LZS mengambil tindakan segera dengan memberikan bantuan makanan bulanan serta bantuan pendidikan agar kedua-dua beradik ini dapat meneruskan persekolahan.

KES 5
Media: Harian Metro Seorang suami, Abdul Wahab Hashim terpaksa berkorban menjaga isteri (Aadilah Abdul Manap) yang menghidap tumor otar. Ini menyebabkan beliau sukar untuk bekerja dan risau memikirkan persekolahan empat orang anaknya. Kehidupnya kini bergantung kepada anak sulung yang bekerja di sebuah syarika swasta.

Maklum Balas LZS: Hasil siasatan LZS mendapati isteri Abdul Wahab Hashim telah menjalani pembedahan tumor. Bagaimanapun beliau masih memerlukan pengawasan dari semasa ke semasa. Dua orang anak beliau telah bekerja dengan membuka bengkel kereta secara kecil-kecilan. Oleh yang demikian, LZS telah menghulurkan bantuan pendidikan untuk anak-anak beliau bagi sesi 2012. LZS turut memberi bantuan sewa rumah dan bantuan perubatan (sekiranya memerlukan) kepada isteri beliau.

30

ASNAF www.e-zakat.com.my

KERATAN AKHBAR

LZS Perkemas
SISTEM AGIHAN
Wang zakat tidak sama dengan lain-lain wang atau dana. Justeru, ia tidak boleh dibelanjakan sesuka hati. Sebaliknya, ia hanya boleh diagih kepada lapan golongan asnaf yang ditetapkan sebagai mana rman Allah SWT dalam ayat 60 surah at-Taubah.

ntuk itu, institusi seperti Lembaga Zakat Selangor (MAIS) diberi amanah mengurus kutipan pelbagai jenis zakat untuk diagihkan kepada para asnaf. Namun, sebelum pengagihan dibuat, LZS perlu membuat semakan untuk memastikan hanya pemohon yang layak menerima bantuan zakat. Berdosa memberi zakat kepada golongan yang tidak layak. Sebab itu, sebelum sesuatu permohonan diluluskan, ia perlu disokong dengan dokumen yang lengkap untuk memastikan kesahihan maklumat pemohon dan mengelak penipuan. Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof berkata, pihaknya sentiasa memastikan pelanggan didahulukan di samping mengutamakan ketelusan dan pengagihan zakat sentiasa berhemah. Katanya, adalah menjadi prinsip agihan zakat di Selangor bahawa ia perlu dilakukan dengan segera iaitu fauran. Oleh itu, pencapaian LZS adalah dalam bentuk menyegerakan pengagihan zakat mengikut piagam pelanggan. Cuma, bantuan zakat ini adalah sementara bukannya sebagai pendapatan. Sebab itu, apabila asnaf sudah boleh berdikari, bantuan dihentikan, kata beliau dalam pertemuan dengan Mega di pejabatnya di Shah Alam, Selangor, barubaru ini. Dalam aspek kelulusan permohonan bantuan zakat, piagam pelanggan LZS adalah memberi kelulusan dalam tempoh maksimum dua jam, 24 jam, 14 hari dan 30 hari. Kata Mohamed Izam, bagi memudahkan kelulusan bantuan dalam tempoh dua jam pihaknya mewujudkan Kaunter Ekspres di sembilan cawangan LZS selain kaunter sedia ada di ibu pejabat. Jenis bantuan di bawah kategori ini adalah kecemasan runcit, hutang keperluan hidup, perubatan, musafir. Bagi bantuan kecemasan seperti ribut, banjir dan kebakaran tempoh kelulusan maksimum adalah 24 jam, jelas beliau. Mohamed Izam memberitahu, dalam tempoh Januari hingga Jun 2011, pihaknya berjaya memproses 36,512 permohonan bantuan daripada jumlah keseluruhan

permohonan iaitu 37,599 mengikut piagam pelanggan. Dalam usaha memperbaiki lagi agihan zakat, LZS menubuhkan Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) untuk menjejaki kemiskinan di bandar. Ia dimulakan di daerah Petaling pertengahan September lalu yang melibatkan tiga lokasi iaitu Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang, PPR Kota Damansara dan PPR Hicom di Seksyen 24 Shah Alam. Kita fokuskan kemiskinan di bandar kerana susah nak cari golongan ini. Sebab tempat tinggal dan rumah mereka adalah sama dengan orang lain berbanding kemiskinan di luar bandar. Selepas ini kita akan ke Puchong dan juga hot spot lain di mana kemungkinan terdapat asnaf dan fakir miskin, kata Mohamed Izam. Sementara itu, jumlah kutipan zakat bagi tempoh Januari hingga Jun 2011 adalah RM127.6 juta iaitu meningkat 24 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Daripada jumlah itu, sebanyak 93 peratus telah diagihkan. Tahun lalu, LZS berjaya mengutip RM336.7 juta daripada 167,990 pembayar zakat di mana sebanyak RM330.4 juta diagihkan kepada 287,101 penerima di Selangor.

Objektif agihan LZS, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) adalah melaksanakan agihan zakat seperti perintah Allah SWT, menyalurkan agihan zakat dengan lebih efisien, mewujudkan masyarakat seimbang dari segi ekonomi, rohani, duniawi dan ukhrawi. Selain itu bagi mengurangkan kadar kemiskinan di negeri Selangor, memberi keyakinan kepada para pembayar zakat dan masyarakat serta mempelbagaikan program agihan zakat sesuai dengan keperluan semasa asnaf. Mohamed Izam berkata, LZS mengunjurkan jumlah kutipan zakat tahun ini ini adalah RM350 juta walaupun setakat Ogos lalu, jumlahnya adalah sekitar RM240 juta. Katanya, keyakinan itu berdasarkan bilangan pembayar zakat akan meningkat pada bulan Ramadan sesuai dengan pelbagai keberkatan yang ada di dalamnya. Bulan Disember juga ramai yang membayar zakat sebab sudah cukup haul, jelas beliau.
Sumber: Utusan Malaysia, 13 Oktober 2011

ASNAF www.e-zakat.com.my

31

PERSPEKTIF
OLEH: MOHAMAD AMIN IBRAHIM

Perubahan Dimensi Kemiskinan

Pembayar Zakat VS Penerima Zakat Di Negeri Selangor, permasalahan kemiskinan bandar merupakan satu dimensi baru dalam usaha pengurangan kemiskinan. Ia sangat berbeza dengan insiden kemiskinan tradisi iaitu kemiskinan kampung atau luar bandar. Fenomena ini menyebabkan ramai yang keliru, termasuklah sebahagian ahli korporat yang berpandangan bahawa Selangor mempunyai kutipan zakat tertinggi dan ia adalah negeri yang kaya. Oleh itu adalah lebih utama mereka menyalurkan zakat ke negeri lain yang dirasakan lebih miskin daripada Negeri Selangor. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan jumlah pembayar zakat dan jumlah isi rumah fakir miskin bagi tahun 2011 di Negeri Selangor.

ADAKAH KEMISKINAN BANDAR SEIRING DENGAN PEMBANGUNAN?


Perbezaan taraf kehidupan dan kewujudan golongan miskin, kaya dan pertengahan adalah sunnatullah yang tidak berubah sejak awal sejarah. Walaupun dunia telah menyaksikan peralihan tamadun demi tamadun daripada pra-industri kepada revolusi perindustrian sehingga kepada revolusi percantuman digital (digital convergence) hari ini, insiden kemiskinan tetap wujud sepanjang zaman. Bahkan inilah sebab mungkin kenapa al-Quran telah menetapkan golongan fakir dan miskin adalah golongan yang paling utama daripada kesemua golongan penerima zakat sehinggakan dana zakat sesuatu kawasan tidak boleh dipindahkan ke kawasan lain selagi mana wujud fuqara dan masakin di kawasan asal kutipan zakat tersebut.
kepada miskin jika berlakunya sebarang krisis ekonomi atau perubahan landskap pelaburan langsung negara asing (FDI). Penghijrahan berterusan luar bandar ke bandar serta limpahan pekerja asing sama ada secara sah atau haram meningkatkan sekaligus merumitkan lagi kadar dan senario kemiskinan bandar. Tidak seperti kemiskinan luar bandar yang selalunya dikaitkan dengan hartanah (iaitu ketiadaan pemilikan tanah, kebun atau rumah), kemiskinan bandar dilihat sebagai jauh lebih kompleks. Pasaran dan peluang pekerjaan adalah penentu kritikal kepada insiden kemiskinan bandar kerana kajian-kajian terdahulu menunjukkan korelasi yang sangat kuat di antara taraf kemiskinan dengan pasaran atau peluang pekerjaan. Asnaf fakir dan miskin bandar juga lebih berisiko kerana dipengaruhi aspek kualiti kesihatan dan persekitaran yang rendah khususnya di kawasan perumahan pangsapuri kos rendah atau projek perumahan rakyat (PPR). Selain itu kenaikan harga barang keperluan asas, kurangnya perhubungan atau jaringan sosial serta masalah jenayah dan masalah sosial memburukkan lagi keadaan. Tanpa maklumat yang relevan dan terkini, adalah hampir mustahil untuk menangani insiden kemiskinan bandar secara efektif.
*Nota : Jadual diatas yang menunjukkan bilangan pembayar zakat berdasarkan daerah adalah merupakan anggaran. Ini kerana bilangan pembayar zakat melalui Skim Potongan Gaji telah dibahagikan mengikut kadar peratus pembayar yang membayar zakat di kaunterkaunter LZS di seluruh negeri Selangor.

Perbandingan Bilangan Pembayar & Penerima Zakat di Selangor* Daerah Petaling Hulu Langat Gombak Klang Sabak Bernam Kuala Selangor Kuala Langat Hulu Selangor Sepang Jumlah Jumlah Pembayar Zakat 59,587 35,606 28,764 12,830 8,616 8,046 6,177 4,213 4,150 167,990 Peratus Pembayar (%) 35 21 17 8 5 5 4 3 2 100 Jumlah Keluarga Asnaf Fakir/Miskin 2,556 3,648 1,904 2,349 2,984 2,785 2,065 2,142 664 21,097 Peratus Asnaf (%) 12.12 17.29 9.02 11.13 14.14 13.20 9.79 10.15 3.15 100

Peratus insiden kemiskinan di empat daerah penduduk terpadat (Petaling Jaya, Hulu Langat, Gombak dan Klang) adalah hampir seimbang iaitu 49 peratus dengan baki lima daerah kurang kepadatan mencatatkan 51 peratus insiden kemiskinan. Peratus penerima zakat yang seimbang di antara daerah padat penduduk dan daerah kurang padat ini menunjukkan perbezaan yang sangat ketara dengan peratus pembayar zakat. Ini kerana empat daerah terpadat penduduk mencatatkan 81 peratus bilangan pembayar manakala lima daerah kurang kepadatan hanya menyumbangkan 19 peratus pembayar. Statistik juga menunjukkan separuh daripada isi rumah asnaf miskin tinggal di empat daerah terpadat menjadi petanda bahawa kemiskinan bandar akan menjadi isu sosial yang sangat

rumit jika gagal ditangani dengan berkesan. Permasalahan Kemiskinan Bandar Agenda pembasmian atau pengurusan kemiskinan di Malaysia sebelum ini adalah fokus kepada model pengurusan kemiskinan luar bandar. Inilah yang menjadi asas kepada penubuhan agensi seperti Felda dan Felcra yang sangat berjaya dalam usaha pembasmian kemiskinan luar bandar. Namun begitu kemiskinan bandar adalah jauh lebih rumit kerana pelbagai kesan daripada transformasi ekonomi dan pembangunan perindustrian yang pesat. Di kawasan bandar, golongan yang hampir miskin (iaitu sedikit sahaja di atas garisan had al-kifayah) merupakan golongan yang paling berisiko berubah taraf

32

ASNAF www.e-zakat.com.my

RENCAH KEHIDUPAN
OLEH: HAMIZUL ABDUL HAMID

Nizam

ASNAF BERBAKAT
Kelelahan penulis melewati perjalanan dari Shah Alam hilang, apakala menikmati saujana pemandangan sawah padi yang menghijau di Sungai Besar. Padi sedang menguning dan jalanan kampung yang damai menenangkan minda. Akhirnya kami sampai ke sebuah rumah kayu. Binaannya sederhana, tetapi memukau. Dihiasi dengan pelbagai ukiran kayu-kayan, juga landskapnya yang menawan, ia cukup elegan.
Jika diikutkan, pendapatan bekerja memang kecil. Dengan tanggungan anak seramai empat orang, masakan mencukupi. Lalu, saya melakukan kerja-kerja mengukir dan memasarkannya secara sambilan. Isteri juga membantu saya, beliau mengambil upah menjahit. Dengan serba kekurangan itulah, kami meneruskan kehidupan. Penulis mendengar penuh minat. Sesekali penulis menebarkan pandangan kepada pelbagai hasil ukiran kayu yang telah pun siap dihasilkan dan menunggu masa untuk jualan. Ada gantungan kunci, terendak lampu, kayu beluti, papan ukiran bahkan kayu nesan telah disiapkan. Bahkan ada pelanggan yang menempah lebih awal. Hasil kerja Nizam memang teliti, tidak rugi rasanya membeli. Namun tidak dinafikan, memulakan perniagaan dengan modal terhad amat mencengkam. Saya membeli mesin pun secara runcit. Kira-kira setahun selepas berhenti kerja, memang terasa juga peritnya. Namun, saya gembira kerana lebih fokus menghasilkan kerja. Tambah Nizam. Bantuan LZS Ditanya bagaimana perkenalan mereka dengan pihak Lembaga Zakat Selangor (MAIS), isterinya pula menyambung bicara. Jika diikutkan, kami agak segan memohon bantuan. Namun, memikirkan anak-anak, khususnya anak kedua kami yang hiperaktif dan memerlukan kelas tambahan di sekolah, maka saya gagahkan juga. Ini kerana, pihak sekolah dengan kerjasama LZS memang ada menyediakan kelas tambahan, ceritanya. Tidak saya sangka, pihak LZS lebih prihatin tentang keperluan kami. Pegawai zakat telah datang berkunjung ke rumah, membanci dan menilai kemampuan kami. Ternyata kami memang layak. Maka, sejak tahun 2010 kami diberikan bantuan, iaitu persiapan menyambut Ramadan dan Hari Raya serta pendidikan anakanak. Bahkan, melihat kepada kesungguhan dan kreativiti suami saya, pihak LZS juga menawarkan modal perniagaan, terang Arpah penuh semangat. Alhamdulillah, kehidupan kami berubah sejak disantuni oleh LZS. Jika dahulu kami hidup dalam agak kesempitan, kini terasa lebih lapang, ujar Nizam pula. Kini, Nizam dalam proses memantapkan perusahaan ukiran kayunya. LZS tampil memberikan modal tambahan bernilai lebih RM12,000, iaitu bagi tujuan pembinaan bengkel kayu dan juga modal pusingan. Saya mempunyai wawasan untuk lebih maju ke depan dalam bidang ukiran. Bahkan, saya berazam mahu mengambil asnaf zakat yang tiada pekerjaan untuk bekerja dengan saya. Bahkan, jika boleh saya mahu menjadi tempat melatih pelajar dalam bidang ukiran kayu, katanya. Tambahnya lagi, Ini kerana, kerja seni mengukir ini jarang sangat diceburi ramai orang. Bahkan, jika dibandingkan dengan negara luar, hasil ukiran orang Malaysia memang halus dan kemas. Saya juga melandaskan usaha saya ini atas minat. Dengan minat yang tinggi, kerja sukar pun menjadi mudah sekali. Bahkan demi mendapat idea, saya sering membaca bahan yang sesuai dan berjalanjalan melihat binaan. Alhamdulillah, hasil kerja saya diminati ramai dan saya diminta menata hias laman dan juga hiasan dalaman kediaman. Sekarang ini pun saya sedang menyiapkan kerja di sebuah rumah, jelasnya lagi yang juga merupakan lulusan Sekolah Vokasional Setapak dalam bidang kimpalan besi pada tahun 1986. Penulis merasa kagum dengan kesungguhan Nizam. Sebelum pulang, penulis sempat berpesan agar beliau meneruskan usaha dengan gigih dan jangan lupa memasang nizat untuk berzakat dan bersedekah. Mudahmudahan, pekerjaannya akan diberkati Allah dan dipermudahkan segala yang payah. Amin.

Kehidupan kami berubah sejak disantuni oleh LZS, kini terasa lebih lapang, Nizam Md. Azhar.

arang penulis berjumpa asnaf yang seniman. Maksud penulis, yang mempunyai apresiasi seni yang tinggi dan menyerlahkannya dalam karyanya yang asli. Justeru kali ini, penulis ingin berkongsi kisah tentang Nizam Md. Azhar, 42 yang boleh dianggap seniman berbakat, yang melorekkan idea kreatifnya di atas kayu lalu menjadi ukiran yang bermutu. Setelah beberapa ketika menikmati hidangan mata, yakni sebuah rumah tradisional Melayu berukiran kayu, kami disapa Nizam bersama isterinya, Arpah Shapawi, 42. Pasangan ini ceria menyambut kedatangan penulis dan rakan-rakan ke kediamannya yang juga menempatkan sebuah bengkel ukiran kayu miliknya. Ditabiri kehijauan kebun kelapa sawit, tengah hari yang terik terasa nyaman dibuai kedinginan alam. Maaflah, lambat sampai. Saya mengambil anak dari sekolah. Beliau membuka bicara. Masih belia orangnya. Setelah memperkenalkan diri dan menyatakan tujuan kami ke mari, beliau pun membuka cerita lama di sebalik ketekunannya menjayakan kerja ukirannya ini. Dahulu saya mengukir secara sambilan. Saya pemandu jentera forklift berlesen dan bekerja di Pelabuhan Klang. Hampir 14 tahun saya bekerja, gaji saya tidak pun mencecah RM1,000. Jenuh saya meminta agar majikan naikkan gaji. Mereka bukan melayan; sebaliknya memberikan tekanan. Akhirnya, pada tahun 2010, saya nekad berhenti. Bayangkan, gaji terakhir saya hanya RM700. Nizam memulakan cerita.

Nota: Bengkel ukiran kayu Nizam turut menyediakan perkhidmatan membina dan menyiapkan perabot kayu seperti pagar, pintu gerbang, kerusi laman, buaian dan sebagainya. Beliau boleh dihubungi di Bengkel Ukiran Wong Jowo, Simpang Empat, Kg. Sg. Limau, 45300 Sg. Besar, Selangor. Beliau juga boleh dihubungi di talian 019-282 5038.

ASNAF www.e-zakat.com.my

33

OLEH: HAMIZUL ABDUL HAMID

Cendol Durian
JADI TARUHAN
saya dikunjungi wartawan sebuah akhbar. Mereka memang aktif mencari orang susah. Melalui akhbar berkenaan, kesusahan saya dipaparkan. Ia akhirnya membawa kepada pertemuan dengan pihak Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Borhan terus mengungkit kisah silam. Cendol Jadi Rezeki Tanpa saya sangka, LZS benar-benar membukakan serelung cahaya perubahan buat diri saya. Apatah lagi, saya sendiri tidak berniat untuk terus menjadi penerima. Bagi saya, bakat dan kebolehan serta pengalaman berniaga cendol selama 15 tahun sebelum ini, adalah sesuatu yang amat berharga untuk dipersiakan begitu sahaja. Saya mahu mencuba nasib berniaga lagi dan LZS memberikan jalannya. Di Gombak, kehidupan Borhan sekeluarga kian pulih. Anak-anaknya yang pernah keciciran sekolah selama setengah tahun kembali bersekolah. LZS turut menyediakan pelbagai bantuan, seperti bantuan pendidikan, hari raya dan terutamanya bantuan kewangan bulanan buat beliau sekeluarga. Bahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat turut turun padang menghulurkan bantuan bulanan. Dengan semua bantuan inilah, saya mampu mengorak langkah untuk pulih kembali. Ujar Borhan. Dengan peluang membuka kembali perniagaan yang terbuka luas, Borham memohon dan beliau dibantu beberapa kali oleh LZS di bawah skim bantuan perniagaan ini. Alhamdulillah, pada tahun 2010 yang lalu LZS telah menyalurkan RM9,490.00 bagi saya membeli peralatan. Pihak kerajaan juga memberikan bantuan pembelian mesin.

RENCAH KEHIDUPAN

Saya dahulu kategori orang senang. Semuanya berkat cendol. Saya mampu memiliki kereta berjenama, ada lori dan mendiami rumah yang selesa. Pendapatan saya kala itu, ada kalanya mencecah RM500 sehari. Siapa sangka saya akan menjadi penerima zakat. Demikianlah sedikit perkongsian Borhan bin Salikon, 44. Lelaki cekal yang bangkit daripada kegagalan demi kejayaan.
Dengan itu, dapatlah saya memiliki set generator, mesin memproses cendol, mesin memerah santan, mesin pengisar air batu dan peti ais. Semua ini perlu, kerana saya memang menyediakan cendol buatan sendiri 100 peratus. Ini adalah resepi asli saya sejak 1987 lagi. Kemudian, LZS meluluskan lagi bantuan bagi saya membina gerai sebanyak RM12,386.00. Dengan modal itulah saya membina sendiri kedai ini. Akhirnya, LZS memberikan saya modal pusingan sebanyak RM5,000.00, bagi membolehkan saya membeli bahan-bahan mentah untuk berniaga. Dengan kesemua modal inilah saya berdikit-dikit berbelanja sehingga perniagaan saya tegak kembali. Kini, Alhamdulillah perniagaan Borhan kian stabil. Bahkan, pada penghujung tahun 2010 beliau sudah enggan menerima apa-apa bantuan zakat lagi. Baginya, bantuan modal perniagaan yang diperolehi sudah memadai. Jika diberi kesempatan, saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembayar zakat. Kini pendapatan saya sudah lebih daripada mencukupi. Saya sendiri berhasrat, pada penghujung tahun ini untuk mengeluarkan zakat. Saya juga mengambil kesempatan ini, menyeru kepada semua penerima zakat agar tidak terus rela membiarkan diri dalam keadaan menerima semata-mata. Kita mesti ada usaha membawa diri kepada kejayaan. Saya juga ingin menawarkan kepada sesiapa sahaja, khususnya kepada asnaf zakat di LZS untuk bersama-sama saya memajukan perniagaan cendol ini. Jika mereka mahu, saya sedia memfrancaiskannya. Saya mahu kita sama-sama berjaya, di dunia dan akhirat. Tuntasnya menamatkan bicara.

Berkat zakat kini Borhan mampu meluaskan perniagaan cendolnya.

Kala itu, sekitar tahun 2005 saya dipengaruhi kawan-kawan menukar haluan bisnes. Kata mereka, bisnes dalam bidang cendol tidak menguntungkan. Mereka mengajak saya menceburi bisnes kayu balak, jongkong emas dan kayu getah. Dek kerana terpengaruh, saya merubah haluan dan tanpa sedar itulah titik permulaan kejatuhan saya dalam dunia perniagaan. Ulasnya lagi. Benar, dunia perniagaan bukanlah perkara mainan. Kesilapan menghitung, mengakibatkan rugi yang tidak tertanggung. Borhan sudah merasainya. Lalu, pada tahun 2007, dia tegar membuat keputusan. Bersama isteri dan lapan orang anak, Borhan meninggalkan Kuala Selangor mencuba nasib di Kuala Lumpur. Dari rumah besar, akhirnya di bilik kecil berukuran 10 X 10 saya terdampar. Saya gagahkan diri, justeru kehidupan sebelum itu amat menjerakan. Manalah tahu di Kuala Lumpur saya mampu mencari titik permulaan baharu. Dalam kesempitan itulah, anak-anak saya juga telah tidak bersekolah selama setengah tahun. Bahkan saya pernah tidak membayar zakat fitrah, kerana sudah tidak mampu. Luahnya. Tidak lagi betah mendiami bilik kecil di Kuala Lumpur, lalu saya mengubah arah. Kali ini, saya membawa keluarga berpindah ke Gombak pula. Akhirnya, di Gombak itulah saya bertemu dengan pintu yang membuka jalan untuk saya kembali bernafas dengan lega. Semuanya bermula apabila pada suatu hari,

Nota: Untuk menikmati keenakan cendol durian, cendol labu dan sebagainya serta keunikan laksa beliau, gerai Cendol Durian Borhan terletak di Bt. 2, Pasir Penambang, Kuala Selangor. Beliau boleh dihubungi di talian 017-6573096 atau 017-2914630.

34

ASNAF www.e-zakat.com.my

CUIT-CUIT
Pak! Kalau saya bisa dapat bantuan zakat ngak? Cuma kerja sebagai tukang sapu saja. Berapa sangat gajinya... Sebab ada orang itu, cuma duduk dari pagi sampai malam mengharap bantuan zakat saja. Pagi ni tak pergi kerja ke? Boleh, kalau cukup syaratnya. Sebab itulah hari ini kami datang buat operasi Jejak Kemiskinan di kawasan ini.

Macam ni la kami hari-hari Tok Amil Puas cari kerja semuanya tak sesuai.

BORANG BAYARAN ZAKAT


UEK-MA

LEMBAGA ZAKAT SELANGOR, Bangunan Zakat Selangor, 3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perniagaan Worldwide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel: 03-5522 7700 Faks: 03-5522 7722

Sila isikan borang dengan lengkap menggunakan HURUF BESAR


NaMa:

ARAHAN: Sila isikan maklumat kod zakat, tahun dan amaun bayaran zakat di ruang yang disediakan di bawah. KOD ZakaT TahuN rM seN

NO k.p . baru:

NO k.p . LaMa:

NO perNiagaaN:

JuMLah zakaT
aLaMaT suraT MeNYuraT:

KOD ZakaT 010 - Pendapatan 020 - Perniagaan 030 - Wang Simpanan 032 - KWSP 120 - Galian

031 - Saham 033 - Emas 050 - Harta 034 - Perak

040 - Qadha Zakat 100 - Tanaman 110 - Ternakan 101 - Padi

pOskOD:

baNDar / Negeri:

Niat Membayar Zakat: Inilah wang sebanyak RM..........................(setahun) sebagai menunaikan Zakat yang wajib ke atas diri saya untuk tahun berakhir ................................... kerana Allah Taala.
Semoga Allah Taala membalas dengan sebaik-baik balasan pada apa yang kamu berikan dan melimpahkan berkat pada hartamu yang tinggal .............................................. Tarikh keraJaaN swasTa LaiN-LaiN Untuk kegunaan pejabat: Tunai No. Cek: ........................ Tarikh proses: ............................. ................................................ Tandatangan dan cop pegawai .............................................. TaNDaTaNgaN PeMbaYar

TeL RuMah: TeL peJabaT: TeL biMbiT: eMEL: .................................................................................. pekerJaaN: ..........................................................................

You might also like