You are on page 1of 2

BAB 2 PENGARUH LINGKUNGAN BUDAYA Terdapat lima lingkungan budaya iaitu: 1. Budaya wilayah atau serantau a.

. Terdapat budaya berlainan bagi negara, negeri ataupun tempat2 tertentu. Cyh : Budaya di Kelantan dan Kedah adalah berbeza walaupun dalam negara yang sama. b. Merujuk kepada masyarakat mengikut kawasan berkongsi nilai-nilai, sikap, pandangan, gaya hidup, simbol dan tingkahlaku yang unik kepada masyarakat tertentu. c. Faktor yang menyumbang kepada budaya wilayah / serantau: i. Sejarah ii. Politik iii. Ekonomi iv. Bahasa v. Agama d. Memahami budaya akan memberi gambaran tentang arah tuju sesuatu industri. e. Kategori budaya wilayah i. Dalam sempadan negara Wujud perbezaan budaya. Contoh, kedai runcit di Kelantan menyediakan 2 kaunter, untuk lelaki dan perempuan. Tetapi situasi ini tidak berlaku di Selangor. ii. Merentasi sempadan negara Menurut Ronan dan Shenkar (1995), dunia boleh dibahagikan kepada kluster2 tertentu. Cthnya, Amerika Latin merangkumi Argentina, Venezuela, Mexico, Peru, Chile dan Colombia. Negara2 ini berkongsi beberapa ciri budaya yang sama bagi setiap kluster. 2. Budaya Industri a. Dilihat dalam beberapa firma dalam industry. Organisasi yang berada dalam industry yang sama bisanya berkongsi nilai dan norma yang sama. b. Industry yang berbeza mempunyai budaya yang berbeza dari segi i. Cara membuat keputusan ii. Sifat produk / perkhidmatan iii. Nisbah perubahan teknologi iv. Campurtangan kerajaan c. Gordon (2001) budaya organisasi berkembang daripada pelbagai sumber seperti: i. ciri-ciri dan persekitaran industry ii. Strategi, struktur dan proses perniagaan yang dibina oleh pengurusan organisasi dalam industry iii. Hasil permintaan terhadap prestasi dan kelangsungan (terus bertahan) dalam industry. d. Industry yang berteknologi tinggi sangat memerlukan inovasi. 3. Budaya professional

a. Budaya professional adalah berkaitan dengan prinsip pekerja. Ia merupakan keseluruhan nilai, sikap, simbol, peraturan dan amalan, muncul sebagai manusia bertindak balas dengan keperluan dan keadaan mereka hadapi sebagai ahli kumpulan profesional yang berbeza. b. Professional bermaksud pakar yang mempunyai kemahiran tertentu seperti doctor, peguam, jurutera, konsultan, perekabentuk dan saintis. c. Professional mempunyai pertimbangan tertentu melalui 3 kaedah iaitu : i. Latihan intensif ii. Penyeliaan iii. Sosialisasi 4. Budaya mengikut fungsi a. Terdapat pelbagai jabatan dalam firma seperti kewangan, pengeluaran, pemasaran dan R&D dan jabatan setiap jabatan mempunyai budaya yang berbeza. b. Cth: Jabatan pengeluaran adalah lebih aktif secara fizikal dan menggunakan tenaga mereka untuk menghasilkan produk berbanding jabatan kewangan. 5. Budaya korporat a. Budaya korporat adalah gabungan nilai, kepercayaan, taboo, simbol, upacara dan mitos dalam organisasi yang dibina sekian lama. Ia dipengaruhi oleh industry, perniagaan dan produk bagi sesuatu organisasi. b. Budaya korporat wujud daripada pengaruh elemen di bawah: i. Tokoh pengasas dan perubahan haluan pemimpin Mendiang Anita Roddick (Body Shop) menunjukkan nilai2 peribadi beliau melalui inovasi dan tanggungjawab sosial. ii. Sejarah syarikat yang unik dan tahap2 pembangunan Warisan pentadbiran juga mempengaruhi budaya. Struktur yang berbeza, prosedur operasi standard atau rutin yang berkembang mengikut masa membentuk budaya dalam organisasi. Kelebihan daya saing 5 lingkungan budaya iaitu wilayah, industry, professional, fungsi dan korporat adalah saling berinteraksi dan boleh membentuk kelebihan daya saing. Cth: perkongsian pintar antara firma daripada pelbagai negara, latar belakang budaya dan industri membolehkan mereka berkongsi kepakaran, teknologi dan kos bagi sesuatu projek. Cth : Proton Inspira (Proton-Mitsubishi).

You might also like