You are on page 1of 10

Panduan Menjawab Soalan Sains UPSR Bahagian B

1. Inferens 1.1 Inferens Tunggal Memberi satu penerangan (sebab) yang munasabah berdasarkan pemerhatian Murid dikehendaki memberi sebab yang munasabah secara bebas berdasarkan pemerhatian atau masalah yang dikemukakan. Pemerhatian yang diberi mungkin dalam bentuk gambarajah, pernyataan, data/jadual, carta, atau dialog. Contoh Semasa cikgu Aminah memasuki kelas 6 Intan didapati satu daripada tiga kipas siling di bilik tersebut tidak berpusing. a) Berdasarkan kepada maklumat di atas berikan satu inferens yang sesuai tentang kipas yang tidak berpusing itu. Jawapan : Suis tidak di buka / Kipas rosak / Litar elektrik kipas itu terputus / dsb. 1.2 Inferens Berbanding Murid dikehendaki memberi sebab yang munasabah secara bebas dan dalam bentuk perbandingan berdasarkan pemerhatian yang dikemukakan. Contoh 1 Kelapa A dan kelapa B terapung di dalam sebuah kolam seperti dalam rajah di bawah.

a)

Berdasarkan kepada pemerhatian di atas beri satu inferens tentang perbezaan keapungan kedua-dua kelapa tersebut. Jawapan : kelapa A lebih ringan daripada kelapa B kelapa A lebih tua berbanding kelapa B kelapa B lebih banyak air/isi daripada kelapa A sabut kelapa A lebih tebal daripada kelapa B dsb.

Jawapan dalam bentuk perbandingan

Panduan Menjawab Bahagian B Sains UPSR

Hafiztech Enterprise

Contoh 2 Rajah di bawah menunjukkan dua tumbuhan selepas dua minggu tumbuh.

a)

Beri satu inferens (sebab) yang sesuai tentang perbezaan yang diperhatikan. Jawapan : - Pokok A mendapat baja/air/cahaya matahari yang mencukupi/lebih berbanding pokok B. - Baka pokok A lebih baik berbanding pokok B - Pokok B diserang penyakit, pokok A tidak.
Jawapan dalam bentuk perbandingan

1.3 Menjitukan/Menyokong Inferens Menyatakan satu pemerhatian untuk menyokong inferens yang telah diberi. Murid perlu menyatakan satu pemerhatian untuk menyokong inferens yang telah diberi. Pemerhatian boleh didapati daripada pokok soalan, gambarajah, carta atau jadual yang diberi atau daripada pemikiran murid, bergantung kepada bentuk soalan yang dikemukakan. Contoh (Sambungan daripada soalan a) di atas) b) Nyatakan satu pemerhatian untuk menyokong inferens anda dalam a).

Murid boleh mengambil mana-mana pemerhatian yang sesuai daripada gambarajah. Jawapan: - Pokok A mempunyai lebih banyak daun - Pokok A lebih tinggi - Daun/batang pokok A lebih besar
Pemerhatian daripada gambarajah

c)

Selain daripada pemerhatian yang diberikan pada gambarajah, nyatakan satu pemerhatian lain untuk menyokong inferens anda itu.

Murid perlu memikirkan satu pemerhatian yang munasabah. Jawapan: - Akar pokok A lebih panjang - Akar pokok A lebih banyak - Pokok A lebih berat.
Pemerhatian yang difikirkan

Panduan Menjawab Bahagian B Sains UPSR

Hafiztech Enterprise

2.

Meramal 2.1 Ramalan Biasa Menyatakan apa yang akan berlaku dengan menggunakan data atau maklumat yang diberi. Murid perlu mengenalpasti pola perubahan data/maklumat yang diberi dan seterusnya dapat menjangka data/maklumat selepas atau sebelumnya. Bagi soalan yang meminta ramalan data, jawapan mistilah dalam bentuk angka bulat. Manakala soalan yang meminta ramalan situasi jawapannya perlulah dalam bentuk pernyataan tentang situasi yang diramalkan itu. Contoh 1 ( Ramalan data) Jadual di bawah menunjukkan suhu secawan kopi panas setiap 2 minit yang diletakkan di atas sebuah meja.

Masa (minit) Suhu (oC)

2 84

4 82

6 80

8 78

10 76

a)

Ramalkan suhu kopi panas tersebut pada minit ke 12. Jawapan: - 74 oC

b)

Nyatakan suhu kopi tersebut pada minit ke 5. Jawapan: - 81 oC

Contoh 2 (Ramalan situasi) Rajah di bawah menunjukkan 12 ekor anak ayam dimasukkan ke dalam kotak K yang mempunyai 8 lubang ditebuk ditepinya. Selepas 4 jam didapati tidak ada seekor pun daripada anak-anak ayam tersebut yang mati. Penutup Plastik

Kotak K Anak-anak ayam dalam kotak K dipindahkan ke dalam kotak L seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Kotak L serupa dengan kotak K tetapi hanya mempunyai empat lubang yang ditebuk di tepinya.

Panduan Menjawab Bahagian B Sains UPSR

Hafiztech Enterprise

Penutup Plastik

Kotak L c) Ramalkan apa yang berlaku kepada anak-anak ayam itu selepas 4 jam. Jawapan: Ada anak-anak ayam yang mati/pengsan Anak-anak ayam kelihatan letih/pucat Anak-anak ayam lemas/tercungap-cungap dsb
Ramalan situasi

2.2 Ramalan Ekstrapolasi Data Menyatakan apa yang akan berlaku dengan mengekstrapolasi data Murid perlu mengenalpasti pola perubahan data. Selepas itu boleh menjangka apa yang akan berlaku apabila eksperimen diulang semula atau diteruskan pada situasi yang sama atau berbeza. Jika julat ramalan yang dikehendaki agak jauh, murid perlu menggunakan kemahiran matematik untuk membuat pengiraan ramalan. Contoh Dalam satu eksperimen sebatang lilin dinyalakan. Panjang lilin itu dicatat setiap lima minit.

Jadual berikut menunjukan keputusan eksperimen itu. Masa (minit) Panjang Lilin (cm) 0 28 5 26 10 24 15 22 20 20

d)

Berapa panjangkah lilin yang tinggal selepas satu jam menyala? Jawapan: - 4 cm

Jawapan ini boleh didapati dengan menyambung data sehingga satu jam (60 minit) atau dengan membuat pengiraan matematik.

Panduan Menjawab Bahagian B Sains UPSR

Hafiztech Enterprise

3.

Mengenal Maklumat Dalam Penyiasatan 3.1 Menyatakan Maklumat Yang Diubah (Manipulasi) (Manipulasi 3.2 Menyatakan Maklumat Yang Diperhatikan/Ukur Diperhatikan/ (Bergerak Balas) 3.3 Menyatakan Maklumat Yang Ditetapkan (Malar) ( Murid perlu mengenal pasti ketiga-tiga ketiga maklumat ini. Maklumat Yang Diubah (Manipulasi anipulasi) ialah perkara yang diubah ubah di dalam penyiasatan. penyiasatan Sebelum sesuatu eksperimen dibuat datanya sudah dinyatakan. Maklumat Yang Diperhatikan/Diukur ialah perkara yang diperolehi semasa eksperimen dijalankan. Ianya diperhatikan dan diukur semasa eksperimen. Maklumat Yang Dimalarkan ialah perkara -perkara yang ditetapkan (tidak berubah) semasa eksperimen dijalankan. Maklumat ini tidak boleh sama dengan Maklumat Yang Diubah atau Maklumat Yang Diukur. Ianya boleh diperolehi samada daripada pokok soalan atau gambarajah yang ditunjukkan. ditunjukk Contoh Rajah di bawah menunjukkan beberapa ketulan ketul kiub ais dibiarkan melebur di dalam sebuah bilik. Berat ketulan dan masa asa untuk semua ketulan ais itu melebur dicatat.

Penyiasatan diulang dengan menggunakan berat ketulan ais yang berbeza-beza. beza. Keputusan yang didapati dicatat dalam jadual di bawah. bawah

Berat Ketulan Ais (g) Masa Melebur elebur (minit) a)

30 4

40 8

50 12

60 16

70 20

Nyatakan maklumat yang diubah dalam penyiasatan ini. Jawapan: - Berat ketulan ais

b) Nyatakan maklumat yang diukur dalam penyiasatan ini. Jawapan: - Masa melebur

c) Nyatakan maklumat yang dimalarkan (tidak berubah) dalam penyiasatan. Jawapan: Suhu bilik Tempat eksperimen Saiz kiub ais Jenis kiub ais dsb.
5

Diperolehi daripada pokok soalan atau gambarajah

Panduan Menjawab Bahagian B Sains UPSR

Hafiztech Enterprise

Jika soalan hanya meminta satu maklumat sahaja tanpa menyebut samada yang diubah atau yang diukur, murid boleh bemberi mana-mana satu maklumat samada Maklumat Yang Diubah atau Maklumat Yang Diukur. Contoh d) Nyatakan satu maklumat yang dikumpul dalam penyiasatan ini. Jawapan: - Berat ketulan ais /Masa belebur

4.

Mentafsir Maklumat 4.1 Menyatakan Maksud/Tujuan Maklumat Dikumpul Menyatakan tajuk eksperimen/penyiasatan Murid perlu mengetahui cara menulis tajuk eksperimen. Biasanya dibuat dengan menggunakan format berikut: Menyiasat/mengkaji hubungan/kaitan (antara) (Maklumat Yang Diubah) dengan (Maklumat Yang Diukur). atau Menyiasat/mengkaji kesan (Maklumat Yang Diubah) ke atas (Maklumat Yang Diukur). Contoh Jadual di bawah menunjukkan masa yang diambil untuk meleburkan ketulan ais yang berbeza-beza beratnya. Berat Ketulan Ais (g) Masa Melebur (minit) 30 4 40 8 50 12 60 16 70 20

c) Nyatakan tajuk eksperimen yang sesuai bagi penyiastan ini. Jawapan: - Menyiasat/mengkaji hubungan antara Berat Ketulan Ais dengan Masa Melebur. - Menyiasat/mengkaji kesan Berat Ketulan Ais ke atas Masa melebur

4.2 Menyatakan Pola atau Corak Perubahan Data atau Maklumat Murid perlu memerhati corak pertambahan atau penurunan bacaan pada data atau maklumat yang diberi. Kemudian murid memberi penerangan tentang corak tersebut samada ianya menaik, menurun atau sekata (tidak berubah).

Panduan Menjawab Bahagian B Sains UPSR

Hafiztech Enterprise

Contoh Jadual di bawah menunjukkan paras air setiap 5 jam selama 6 hari yang dicatat di sebuah anak sungai pada suatu musim banjir. Paras Air (cm) Ahad 152 cm 154 cm 156 cm 158 cm Isnin 170 cm 172 cm 173 cm 175 cm Selasa 175 cm 176 cm 176 cm 175 cm Rabu 174 cm 172 cm 170 cm 168 cm Khamis 160 cm 159 cm 153 cm 150 cm Jumaat 150 cm 150 cm 150 cm 150 cm

Waktu (Pukul) 05 10 15 20

a) Nyatakan corak perubahan bacaan data pada hari Isnin Jawapan: - Menaik / meningkat

Corak perubahan bacaan data: Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat menaik / menaik sekata menaik menaik dan menurun menurun / menurun sekata menurun tidak berubah / tetap / sekata / sama

4.3 Menyatakan Hubungan Antara Maklumat Yang Dikumpul 4.4 Membuat Kesimpulan Berdasarkan Maklumat Yang Dikumpul Murid perlu membuat pernyataan atau kesimpulan bagi menerangkan hubungan atau kaitan di antara Maklumat Yang Diubah dengan Maklumat Yang Diukur . Format jawapannya seperti berikut: Semakin meningkat /menurun (Maklumat Yang Diubah) semakin meningkat /menurun (Maklumat Yang Diukur). Atau Jika (Maklumat Yang Diubah) meningkat /menurun maka (Maklumat Yang Diukur).meningkat / menurun Contoh (Sambungan daripada soalan a) di atas) b) Daripada data dalam jadual di atas nyatakan hubungan antara Waktu dengan Paras Air pada hari Ahad. Jawapan: - Semakin meningkat waktu semakin meningkat paras air. - Jika waktu meningkat maka paras air meningkat.

Panduan Menjawab Bahagian B Sains UPSR

Hafiztech Enterprise

c)

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat tentang maklumat yang dikumpul pada hari Jumaat? Jawapan: - Semakin meningkat waktu semakin menurun paras air.

4.5 Membuat Rumusan Berdasarkan Data Atau Jadual Keputusan Murid perlu membuat satu pernyataan bagi menerangkan maksud atau pengertian secara menyeluruh tentang keputusan sesuatu penyiasatan dengan mengambil kira perubahan data pada Maklumat Yang Diubah dan Maklumat Yang Diukur. Contoh 1 Rajah di bawah menunjukkan susunan mentol dalam dua litar yang berlainan. Kecerahan mentol-mentol itu direkodkan.

Cerah a)

Lebih cerah

Apakah kesimpulan (rumusan) yang boleh kamu buat berdasarkan penyiasatan ini? Jawapan: - Mentol dalam litar selari lebih cerah daripada mentol dalam litar siri.

Contoh 2 Carta di bawah menunjukkan suhu cecair X yang diletakkan diluar makmal sekolah dari pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang pada suatu hari yang cerah.
33 32 31 30 29 28 27 26 8 10 12 2 4

Suhu (oC)

Waktu (Pukul) d) Berdasarkan kepada keputusan dalam jadual di atas buat satu rumusan yang sesuai. Jawapan: - Pada pukul 12.00 dan pukul 2.00 cuaca paling panas/cerah berbanding dengan waktu-waktu yang lain. - Pada pukul 12.00 dan pukul 2.00 pancaran cahaya matahari
8 Hafiztech Enterprise

Panduan Menjawab Bahagian B Sains UPSR

paling kuat berbanding dengan waktu-waktu yang lain. - dsb.

5.

Membuat Hipotesis 5.1 Hipotesis Biasa (Data diberi pada soalan) Mencadangkan penerangan tentang hubungan antara dua maklumat Murid perlu menyataka suatu penerangan dalam bentuk membuat hubungan antara Maklumat Yang Diubah dengan Maklumat Yang Diukur. Oleh kerana itu jawapan yang perlu dibuat sama seperti soalan Menyatakan Hubungan antara Maklumat Yang Dikumpul sebagaimana dalam penerangan pada kriteria 4.3 di atas, iaitu dengan menggunakan format berikut: Semakin meningkat /menurun (Maklumat Yang Diubah) semakin meningkat /menurun (Maklumat Yang Diukur). atau Jika (Maklumat Yang Diubah) meningkat/menurun maka (Maklumat Yang Diukur) meningkat/menurun. Contoh Jadual di bawah menunjukkan masa yang diambil untuk meleburkan ais yang berbeza beratnya. Berat Ais (g) Masa Melebur (minit) a) 30 4 40 8 50 12 60 16 70 20

Berdasarkan data dalam jadual di atas nyatakan satu hipotesis yang sesuai bagi ujikaji ini. Jawapan: - Semakin meningkat berat ais semakin meningkat masa melebur. - Jika berat ais meningkat maka masa melebur pun meningkat.

5.2 Hipotesis Prinsip Sains (Data tidak diberi) Menyatakan Hipotesis Berdasarkan Prinsip atau Pernyataan Yang Diberi Murid perlu membuat hipotesis (penerangan tentang hubungan) berdasarkan kepada suatu pernyataan atau prinsip (sains) yang diberi. Sebelum membuat hubungan murid perlul terlebih dahulu mengenal pasti kedua-dua maklumat yang diperlukan. Iaitu Maklumat Yang Diubah dan Maklumat Yang Diukur. Kedua-dua maklumat ini boleh didapati daripada pernyataan yang diberi itu. Contoh 1 (Sambungan daripada soalan a) di atas) Dalam satu penyiasatan lain didapati masa melebur juga dipengaruhi oleh suhu bilik. b) Berdasarkan pernyataan di atas buat satu hipotesis yang sesuai.

Panduan Menjawab Bahagian B Sains UPSR

Hafiztech Enterprise

Sebelum membuat jawapan sila buat analisa begini: Pernyataan: Dalam satu penyiasatan lain didapati masa melebur juga dipengaruhi oleh suhu bilik.
Maklumat yang diukur Maklumat yang diubah

Jawapan:

- Semakin meningkat/menurun suhu bilik semakin meningkat / menurun masa melebur // Sebaliknya // Terbalik.

Contoh 2 Dalam satu penyiasatan tentang kestabilan, telah didapati bahawa berat sesebuah bangku mempengaruhi kestabilannya. b) Buat satu hipotesis berdasarkan pernyataan di atas. Jawapan: - Semakin meningkat/berkurang berat sesebuah bangku semakin meningkat/berkurang kestabilanya // Sebaliknya // Terbalik. Panduan Menjawab Bahagian B Tamat

Dapatkan buku latihan Sains UPSR yang bermutu tinggi sebagaimana berikut:

Hafiztech Enterprise

Panduan Menjawab Bahagian B Sains UPSR

10

Hafiztech Enterprise

You might also like