You are on page 1of 12

Hubungan Antara Komponen Biotik, Abiotik dan Perkhidmatan-Perkhidmatan Dalam Ekosistem Di Hutan Paya Bakau, Teluk Sengat.

Pesisir pantai Kampung Tanjung Buai yang terletak di Teluk Sengat merujuk kepada suatu kawasan hutan yang terdapat di persisiran laut yang berlumpur bercampur pasir laut yang mengalami air pasang dan surut. Spesies utama yang hidup di kawasan ini ialah Hutan Paya yang terdiri dari bakau ,nipah dan gelam. Kawasan ini merupakan sebahagian daripada hutan pantai tropika. Ianya terdiri dengan tumbuhan yang tumbuh dengan subur di kawasan tropika dan sub-tropika antara 30oU dan 30oS latitudnya. Dijumpai di seluruh benua kecuali Eropah, Artik dan Antartik tetapi kawasan yang paling kaya adalah di sekitar Asia iaitu dari India, Bangladesh hinggalah ke Asia Tenggara.

Gambar 1 : Kampung Tanjung Buai, Mukim Teluk Sengat

Gambar 2 : Lokasi Tanjung Buai menurut Google Map

Di Semenanjung Malaysia seluas 106,104 hektar hutan paya bakau boleh dijumpai tetapi hanya 1.8% sahaja yang masih kekal keasliannya. Dari jumlah itu sebahagian besarnya berada di Perak (43,506 hektar), Johor (24,747 hektar), Selangor (15,202 hektar), Pahang (11,502 hektar) dan Kedah (8,034 hektar). Hutan ini adalah satu ekosistem yang unik dari segi flora dan faunanya serta amat penting kepada manusia. Kawasan hutan paya laut telah dikenal pasti sebagai kawasan yang paling produktif dari segi penghasilan dan pembiakan sumber-sumber laut. Ini disebabkan kawasan paya laut atau hutan paya bakau merupakan kawasan yang menjadi tempat tumpuan anak-anak ikan berlindung diri dari ikan pemangsa lain. Kawasan paya laut atau paya bakau juga merupakan kawasan yang kaya dengan makanan yang gugur dari pokok-pokok sekitar dan menjadi habitat seperti ketam yang menjadi makanan istimewa dan sumber pendapatan kepada penduduk tempatan. Selain itu, ia juga menjadi kawasan penternakan ikan atau udang di dalam sangkar yang penting. Akar dari pokok-pokok bakau mengheningkan air yang berkelodak, menjadikan air di kawasan itu jernih. Bagaimanapun, terdapat pendapat yang menyatakan aktiviti penternakan ikan dan udang telah

mencemar kawasan sekeliling. Selain itu kawasan ini yang mengandungi paya bakau atau nipah juga sering diancam oleh aktiviti pembalakan kayu bakau. Kayu bakau yang tahan lama dan mampu terendam dalam air sering digunakan dalam pembinaan seperti tiang jeti. Selain itu, kayu bakau juga amat sesuai untuk dibakar untuk menghasilkan arang. Hutan paya di Tanjung Buai merupakan salah satu daripada ekosistem hutan basah yang terdiri daripada kawasan payau, paya,nipah, tanah gambut atau perairan, baik yang bersifat semulajadi mahupun buatan, tetap atau sementara, dengan perairannya yang tergenang ataupun mengalir, tawar, agak masin termasuk kawasan-kawasan perairan laut yang kedalamannya tidak lebih dari 6 meter pada waktu air surut. Ia mempunyai vegetasi rata dan rapat, memiliki jenis tumbuhan yang selalu berdaun. Saya memilih kawasan kajian di Tanjung Buai, Teluk Sengat sebagai kajian ekosistem bakau dan nipah adalah untuk mengenalpasti komponen-komponen biotik dan abiotik yang terdapat di kawasan tersebut. Sebab pemilihan dibuat juga adalah untuk mengenalpasti kepentingan ekosistem bakau kepada alam sekitar fizikal dan

alam sekitar manusia. Akhir sekali adalah untuk mengenalpasti usaha-usaha memelihara dan memulihara keseimbangan ekosistem di kawasan kajian. Melalui pemerhatian yang telah saya jalankan, terdapat pelbagai spesis tumbuhan bakau seperti Bakau Minyak (Rhizophora Apiculata), Bakau tulen (Rhizophora Stylosa), Bakau Kurap (Rhizophora Mucronata), Lenggadai (Bruguiera Parriflora), Bakau Putih / Berus (Bruguiera Cylindrica) dan Bakau Tengar (Ceriops tagal). Selain itu, terdapat juga habitat lain seperti Ketam Rebab(Fiddler Crabs), Belangkas(Coastal) dan terdapat juga haiwan liar seperti kera(Long-talied Macaque), babi hutan(Sus Scrofa) dan sebagainya.

Gambar 3 : Pesisir pantai Tanjung Buai yang berlumpur Tanah berlumpur ini walau bagaimanapun adalah luas, terutama di bahagian selatan. Lima spesis burung air besar dan 7 spesis burung pantai dilihat mencari makan di kawasan ini. Paya bakau di sini telah dipulihara sebelum ini untuk melindungi kawasan pantai, kerana kawasan-kawasan pedalaman berhampiran adalah tanah-tanah ladang sawit. Batasan-batasan dibina di pantai Tanjung Buai untuk melindungi tanah pertanian daripada dibanjiri oleh air masin. Kehadiran ombak telah menghakis pantai di mana tepian pantai bakau berkurangan kepada 20 meter di beberapa bahagian. Saya telah berbual dengan seorang penduduk di Tanjung Buai yang juga merupakan pakcik saya yang menyatakan terdapat kehidupan flora dan fauna yang

saling bergantungan antara satu sama lain. Selain daripada tumbuhan dan haiwan juga terdapat pelbagai jenis biota tanah hutan paya bakau yang biasa hidup di dalam tanah, seperti cacing dan sebagainya. Terdapat juga kekayaan hutan paya bakau dan nipah yang tidak terlalu mendapat perhatian daripada masyarakat padahal peranan daripada kekayaan ini sangat besar dalam membantu ekosistem hutan paya bakau, ianya adalah fungi. Saya juga diberitahu tentang kewujudan hutan paya bakau dan nipah yang berperanan sebagai benteng pemecah, menahan dan mengurangkan daya kekuatan pukulan ombak daripada laut yang sering memukul pantai serta tiupan angin kencang dan menghalang hakisan tanah telah membantu menyelamatkan beberapa rumah kediaman dan bot-bot nelayan yang ditambat di alur sungai yang dilindungi oleh hutan paya bakau dan nipah daripada menerima kerosakan yang lebih teruk. Berdasarkan perbualan tersebut, saya dimaklumkan bahawa hutan bakau dan nipah dapat menstabilkan kawasan pantai dan bertindak sebagai penampan semula jadi terhadap ribut taufan. Menurut beliau lagi, hutan paya bakau akau dan nipah menjadi tempat perlindungan beberapa spesies flora dan fauna yang mempunyai penyesuaian yang unik. Banyak spesies udang marin dan ikan mencari makanan, bertelur dan membesar di sini. Kawasan bakau dan dataran lumpur yang berkaitan dengannya adalah tapak penting bagi burung-burung residen dan hijrah mencari makan dan bersarang.

Gambar 4 : Tumbuhan bakau yang banyak terdapat di hutan bakau

Berdasarkan dapatan kajian yang saya perolehi di Tanjung Buai ialah komponen-komponen biotik dan abiotik. Komponen biotik merupakan komponen benda hidup yang bernafas dan menjalankan aktiviti kelangsungan hidup. Benda hidup terdiri daripada hidupan di bumi seperti manusia, haiwan, dan tumbuhtumbuhan. Komponen biotik yang terdapat di kawasan kajian terdiri daripada flora dan fauna yang saling berinteraksi antara satu sama lain. Interaksi ini berlaku sama ada antara tumbuhan dengan tumbuhan, tumbuhan dengan haiwan, atau haiwan dengan haiwan.Interaksi tersebut biasanya berlaku melalui hubungan makanan (rantaian makanan) dalam suatu komuniti yang terdiri daripada populasi haiwan dan tumbuhan yang tinggal bersama dalam suatu habitat dan saling berinteraksi. Contoh komponen biotik dalam ekosistem hutan paya bakau dan nipah ialah pokok bakau minyak. Ia juga disebut dengan nama bakau tandok, bakau akik, bakau kacang dan lain-lain. Memiliki nama ilmiah Rhizophora apiculata (atau sering pula disebut R. Conjugate L.). Tandanya, dengan warna kemerahan pada tangkai daun dan sisi bawah daun. Bunga biasanya berkelompok dua-dua, dengan daun mahkota gundul dan kekuningan. Buah kecil, coklat, panjangnya 2 cm 3.5 cm. Hipokotil dengan warna kemerahan atau jingga, dan merah pada leher kotiledon bila sudah matang. Panjang hipokotil sekitar 18 cm 38 cm. Selain itu. Pokok Berus adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Pokok ini juga dipercayai terdapat di negara-negara ASEAN yang lain. Nama saintifiknya Bruguiera cylindrical. Pokok Bakau Asli; daunnya boleh mencegah penyakit bisul selama setahun .

Gambar 6 : Ikan belacak yang menjadikan pantai berlumpur sebagai habitatnya banyak terdapat di pesisir pantai Tg Buai

Komponen abiotik merupakan komponen benda bukan hidup yang mudah didapati dipersekitaran fizikal seperti tanih, mineral, air dan udara. Komponen abiotik amat penting kepada ekosistem bakau kerana menjadi habitat kepada komponen biotic. Antara komponen abiotik adalah tenaga matahari. Tenaga matahari berperanan membekalkan tenaga kepada pengeluar dan menjamin suhu yang tinggi sepanjang tahun antara 26-270C serta beza antara suhu hariannya kecil iaitu kurang daripada 20C. Manakala hujan merupakan pembekal utama sumber air kepada kompenen biotik. Hujan turun dengan lebat kira-kira 2000mm setahun dan tiadanya musim kemarau yang nyata. Di samping itu hujan ini juga menjamin udara yang lembab. Tanih juga merupakan antara komponen abiotik. Tanih berasal daripada batuan yang telah diluluhawakan secara luluhawa kimia yang menghasilkan pelbagai jenis regolit / tanih seperti tanah laterit, tanah liat, tanah pasir dan sebagainya.Di kawasan kajian terdapat pelbagai jenis komponen biologi paya bakau dan nipah dan ia sangat beragam dan saling berhubung kait antara satu dengan yang lain membentuk suatu ekosistem tersendiri iaitu ekosistem hutan paya bakau dan nipah. Kepelbagaian itu antaranya adalah kepelbagaian biotik tanah paya bakau dan nipah, biotik perairan paya bakau dan nipah, kepelbagaian tanaman paya bakau dan nipah (vegetasi / flora) serta kepelbagaian haiwan (fauna) pada hutan paya bakau dan nipah. Vegetasi paya bakau dan nipah yang terdapat beberapa kawasan paya bakau di Malaysia antaranya adalah:1.Rhizophora : Rhizophora Apiculata, Rhizophora Mucronata, Rhizophora Stylosa 2.Avicennia : Avicennia Alba, Avicennia Lanata, Avicennia Marina, Avicennia Officinalis 3.Bruguiera : Bruguiera Parviflora, Bruguiera Cylindrica, Bruguiera Gymnorrhiza 4.Sonneratia : Sonneratia Ovata, Sonneratia Caseolaris, Sonneratia Alba

5.Acanthus Ilicifolius Hutan paya bakau dan nipah merupakan tempat yang sesuai bagi pembiakan beberapa spesies seperti ikan, ketam, udang dan, kerang di mana hutan ini merupakan tempat hidupan berkenaan menetas dan membesar sebelum kembali ke laut. Jika hilangnya hutan ini, ia bukan sahaja memberi kesan tidak langsung tetapi juga kesan langsung ke atas ekonomi sesebuah negara akibat kehilangan pendapatan dari industri perikanan. Walaubagaimanapun, keunikan kawasan hutan ini menjadi tempat persinggahan pelbagai spesies burung yang berhijrah dari

hemisfera selatan ke utara dan sebaliknya akibat dari peredaran musim. Ianya boleh dieksploitasikan untuk pelancungan tanpa mengorbankan hutan itu sendiri dari tuntutan komersial. Pelbagai haiwan yang biasa hidup di kawasan hutan paya bakau dan nipah ini adalah buaya, ular dan paling banyak adalah burung. Beberapa jenis burung yang biasa terdapat di hutan paya bakau adalah Didaceum hirundinaceum, Amyema sp. (Chapman, 1975). Selain daripada tumbuhan dan haiwan juga terdapat pelbagai jenis biotik tanah hutan paya bakau dan nipah yang biasa hidup di dalam tanah, seperti cacing dan sebagainya. Terdapat juga kekayaan hutan paya bakau dan nipah yang tidak terlalu mendapat perhatian daripada masyarakat padahal peranan daripada kekayaan ini sangat besar dalam membantu ekosistem hutan paya bakau dan nipah, ianya adalah fungi. Fungi-fungi yang terdapat di kawasan hutan ini sangat bermanfaat dalam membantu tumbuhan paya bakau dan nipah menyerap bahan-bahan pencemar yang masuk ke perairan dengan cara fungi tersebut berasosiasi dengan akar tanaman tertentu. Akan tetapi fungi mempunyai daya tampung yang terbatas dalam menyerap bahan-bahan pencemar seperti logam berat mahupun yang lainnya. Oleh kerana itu apabila kandungan bahan pencemar terlalu tinggi maka populasi fungi tersebut akan menurun dan juga beberapa fungi yang tidak dapat bermandiri akan musnah. Kepentingan ekosistem bakau adalah sempadan antara daratan dan lautan. Semua persisiran pantai menghadapi bahaya hakisan akibat tindakan ombak dan arus pasang surut. Vegetasi hutan paya bakau dapat menstabilkan persisiran pantai, tebingan sungai dan estuaries dengan memberi perlindungan dari arus pasang surut, ombak dan rebut. Hutan paya bakau bukan sahaja melindungi daripada hakisan tanah tetapi mengumpulkan semula tanah yang terhakis dari laut. Ianya berlaku apabila ombak menolak tanah/lumpur dari laut ke daratan dan hutan paya bakau dengan sistem akarnya yang unik dapat menggumpul tanah berkenaan. Ini merupakan fenomena yang unik, kerana kecenderungan laut untuk menengelami daratan. Walaubagaimanapun, keunikan kawasan hutan ini menjadi tempat persinggahan pelbagai spesies burung yang berhijrah dari hemisfera selatan ke utara dan sebaliknya akibat dari peredaran musim. Ianya boleh dieksploitasikan

untuk pelancongan tanpa mengorbankan hutan itu sendiri dari tuntutan komersial. Selain itu juga, Hutan paya bakau merupakan sumber daya alam yang mempunyai manfaat yang banyak dengan pengaruh yang sangat luas di lihat daripada pelbagai aspek sosial, ekonomi dan ekologi. Biasanya peranan hutan paya bakau bagi kehidupan dapat di ketahui daripada banyaknya jenis binatang dan tumbuhan termasuk manusia yang hidup bergantung pada hutan paya bakau. Menurut Abdullah (1986) hutan paya bakau yang merupakan ekosistem penyangga antara daratan dan lautan memegang peranan penting dalam mendukung produktiviti laut yang berada di sekitarnya. Hutan paya bakau berperanan penting dalam aliran tenaga dan siklus hara pada daerah-daerah pantai, sepertimana di Indonesia yang memiliki garis pantai yang cukup panjang. Pada beberapa negara, hutan paya bakau dan nipah disalah gunakan sebagai tempat pembuangan sisa yang mengandungi logam berat dari kawasan industri yang terletak di sepanjang teluk. Besarnya peranan vegetasi hutan paya bakau dan nipah ini dalam kitaran logam berat tergantung pada keseimbangan antara pergerakan logam dalam sistem yang bersangkutan dan pengeluaran atau dekomposisi melalui serasah serta bahan-bahan organik. Peranan hutan paya bakau di dalam proses-proses ekologi dan sistem penyangga kehidupan adalah mencegah intrusi air masin ke daratan yang dapatmerosakkan kawasan-kawasan pertanian dan untuk bekalan air minuman, penahan angin dan ombak, tempat pembiakan pelbagai biotik laut, ikan, udang dan sebagainya yang bermanfaat bagi kehidupan manusia. Kepentingan lain hutan paya bakau juga berfungsi mempengaruhi pergerakan udara atau ribut yang bertiup kencang daripada arah laut yang mampu merosakan harta benda awam dan kadangkala boleh meragut nyawa manusia. kawasan yang mempunyai tumbuhtumbuhan yang banyak berbanding di kawasan lapang akan menghalang pergerakan atau tiupan angin, jelaslah bahawa kadar kelajuan angin rendah di kawasan yang mempunyai tumbuh-tumbuhan berbanding di kawasan lapang. Kepentingan paya bakau dan nipah kepada alam sekitar manusia sebagai ekosistem untuk sektor perikanan pinggir pantai yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Selain itu, sebagai tempat bagi burung-burung akuatik tempatan dan burung-burung penghijrah serta sebagai pelindungan pinggir pantai, merupakan

pemampan semulajadi yang dapat menghalang ombak dan melindungi angin dari sampai ke pinggir pantai serta sebagai kawasan rekreasi, pelancongan serta tempat penyelidikan dan pendidikan. Banyak spesies ikan, udang dan ketam yang bernilai komersial hidup di kawasan bakau dan nipah dan persekitarannya. Keuntungan daripada kegiatan perikanan di kawasan bakau mencecah berjuta-juta ringgit setahun. Penduduk setempat dan lain-lain kawasan turut menggunakan pokok bakau dan nipah sebagai sumber kayu balak . Penduduk di kawasan pantai pula menggunakan kayu bakau dan nipah untuk membina rumah,atap dan bot (sebagai rasuk, alang,pelancar dan tiang) Kayu bakau dan nipah juga digunakan untuk membuat perangkap ikan. Arang dan kayu api selain daripada menjadi sumber bahan api. Kraftangan dan barangan rumah (pemegang alatan dan perabot). Tanih yang diperolehi daripada kulit pokok bakau digunakan untuk mewarnakan jaring,kain layar dan pelekat plastik. Banyak bahagian tumbuh-tumbuhan bakau boleh dimakan dan sememangnya dijadikan makanan oleh penduduk setempat serta ubat-ubatan (contohnya dedaun , tunas , buah-buahan dan biji benihnya).Daun-daun Nipah yang bersaiz besar digunakan dalampembuatan atap dan rokok daun serta penganyaman bakul dan tikar. Langkah-langkah memeliharanya tidak dijalankan dengan serius. Buat masa ini, paya bakau dan nipah adalah dilindungi di bawah berbagai-bagai rangka perundangan yang kurang memberikan perlindungan secara menyeluruh terhadap hutan paya bakau dan nipah di sini. Perundangan yang ada mempunyai keutamaan yang berbeza-beza terhadap pemeliharaan paya bakau dan nipah dan juga caracara pendekatan yang berbeza-beza. Memandangkan paya bakau dan paya nipah adalah berkait dengan tanah, air, hutan dan hidupan liar, maka mana-mana peraturan berkenaan perkara-perkara tersebut adalah berkait secara lansung dengan paya bakau dan paya nipah. Kebanyakan daripada peraturan-peraturan tersebut tidak digubal bagi pemeliharaan persekitaran paya bakau secara khususnya. Ia hanya mengawal aktiviti-aktiviti manusia yang mungkin secara langsung atau tidak langsung memberi kesan terhadap kualiti persekitaran paya bakau dan nipah. Berdasarkan sifat semulajadi paya bakau dan nipah maka peraturan-peraturan yang berkait dengannya adalah Kod Tanah Negara 1965, (Akta 56), Akta Perhutanan Negara 1984, (Akta 313), Enakmen Air 1920, (Akta 418), Akta

Perlindungan Hidupan Liar 1972, (Akta 76), Akta Taman Negara 1980, (Akta 226), Akta Perikanan 1985, (Akta 317) dan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (Akta 127). Kawasan paya bakau dan paya nipah hendaklah turut dinyatakan dalam Akta Perhutanan ini sebagai kawasan yang harus dikekalkan sebagai hutan simpanan kekal kerana pokok bakau juga memainkan peranan ekonomi dalam penghasilan kayu dan arang, melindungi persisiran pantai dari hakisan, memberi perlindungan kepada hidupan liar dan berperanan sebagai habitat dan kawasan asuhan kepada spesies-spesies marin yang mempunyai nilai komersial sama seperti hutan hujan tropika lain (Bunt 1985; Burchett 1985). Keutamaan hendaklah diberikan terhadap merezabkan kawasan hutan paya bakau dan paya nipah yang asli sebagai kawasan simpanan selagi peluang berbuat demikian masih wujud (Mastaller 1996). Selain itu kawasan-kawasan paya bakau dan paya nipah lain seperti yang terletak di muara sungai juga perlu diberi perlindungan. Kawasan ini penting bagi menstabilkan ekologi kawasan lestuari. Kawasan paya bakau dan paya nipah kaya dengan hidupan dan bertindak sebagai kawasan pembiakan serta memelihara kepelbagaian genetik. Kawasan paya bakau juga menampung penduduk- penduduk yang bergantung terhadap bekalan hasilan kawasan paya bakau dan nipah, bertindak sebagai zon pemampan daripada hakisan, ribut dan angin, kawasan asli bagi tujuan pendidikan, penyelidikan dan rekreasi serta berfungsi sebagai pelindung dan penstabil ekologi ekosistem pulau. Kawasan-kawasan paya bakau dan nipah yang penting ini perlu dilindungi (Bunt 1985; Burchett 1985; Dugan 1987; Hegerl 1984). Perlindungan hutan paya bakau dan nipah sebagai hutan simpan di sepanjang persisiran pantai dapat melindungi fungsi- fungsinya terutama sebagai kawasan asuhan dan pembiakan ikan laut serta krustasia. Pemeliharaan yang dijalankan secara menyeluruh dapat menyumbang kepada penghasilan perikanan persisiran pantai pada tahap lestari (Manan 1987). Hutan paya bakau dan paya nipah boleh bertindak sebagai zon pemampan yang mengurangkan hakisan tepian pantai dan aras kandungan pepejal terampai yang mengalir ke laut. Bahan enapan menurunkan kualiti air dan memberi kesan negatif terhadap tumbuhan dan haiwan akuatik. Pokok bakau dan nipah juga berupaya mengurangkan tenaga ombak, arus dan ribut yang melanda tepian pantai.

Ini mengakibatkan bahan enapan mendap ke dasar. Akar pokok bakau dan nipah memerangkap dan menstabilkan bahan-bahan enapan ini serta bahan-bahan toksik seperti pestisid dan bahan buangan domestik serta industri yang melekat pada bahan enapan tersebut. Hasilnya kurang bahan enapan dan bahan-bahan toksik ini boleh masuk semula ke laut (Khan 1995). Selain itu hutan simpan paya bakau dan paya nipah boleh dijadikan kawasan rekreasi dan juga sebagai kawasan untuk menjalankan penyelidikan serta pendidikan. Ini dapat membantu dalam

meningkatkan kesedaran awam mengenai hutan paya bakau dan paya nipah dan juga membolehkan pemonitoran dan pengurusan yang lebih terperinci dijalankan (Choy dan Booth, 1994; Nurkin 1994). Bagi menjalankan pemeliharaan kawasan paya bakau dan paya nipah dengan lebih menyeluruh maka satu polisi khas yang mempunyai pendekatan terhadap isu-isu berkaitan paya bakau dan paya nipah, pengurusan paya bakau dan nipah serta sumber-sumbernya pada tahap yang lestari bagi mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi dan pemeliharaan persekitaran perlulah dirangka (Bunt 1985; Burchett 1985). Buat masa ini terdapat berbagai polisi dan undang-undang yang mempunyai kesan secara langsung atau tidak langsung ke atas paya bakau .Terdapat beberapa polisi persekitaran, ekonomi dan sosial yang memberi kesan penting ke atas pemeliharaan paya bakau dan nipah dan kegunaannya. Polisi-polisi dan strategi-strategi yang sedia ada ini mempunyai pendekatan yang berbeza-beza ke atas pemeliharaan paya bakau dan paya nipah. Oleh yang demikian, kehidupan manusia amatlah berkait secara langsung mahupun tidak dengan hutan paya bakau ini, dari hutan itu sendiri hinggalah kepada peranan peranan hutan itu menstabilkan geofizikal sesuatu kawasan. Nilainya tidak kurang dari hutan jenis hutan tropika lain. Lagipun kepentingan hutan ini bukannya hanya kepada nilai hutan itu sendiri tetapi kerana kedudukannya strategik di perbatasan antara lautan dan daratan. Adalah menjadi satu kerugian jika hutan ini dibiarkan begitu sahaja, namun begitu jika eksploitasi berlebihan dilakukan hutan ini akan musnah. namun begitu membiarkan hutan ini begitu sahaja

kurang memberi manafaat, seelok-eloknya ambilah jalan tengah agar kewujudnnya berkekalan. Satu sistem pengurusan hutan paya bakau dan nipah yang efisien perlu dilaksanakan supaya tidaklah nanti yang dikejar tidak dapat yang di kendong berciciran. Memandangkan terdapat berbagai hasilan yang boleh didapati dari kawasan paya bakau dan nipah dan berlakunya perubahan daripada

penggunaan secara tradisional kepada aktiviti-aktiviti pembangunan besar-besaran yang mengakibatkan perbalahan dalam penggunaan sumber oleh sektor-sektor yang berbeza maka satu sistem pengurusan yang lebih meluas dan disokong oleh rangka perundangan dan peraturan-peraturan tambahan adalah diperlukan. Kepentingan hutan paya bakau kepada semua seharusnya dihargai dan usahausaha memeliharanya perlu dijalankan. Dewasa ini, timbulnya masalah-masalah persekitaran yang berkembang dengan cepat, yang dipengaruhi dengan pertumbuhan pesat bilangan penduduk, kerosakkan persekitaran, eksploitasi bahan alam yang terbatas telah menimbulkan kegusaran masyarakat yang sangat serius terhadap alam sekitar. Sebagai rumusannya, alam sekeliling harus menanggung beban yang cukup

berat dan ini dapat mengganggu keharmonian proses-proses biologi atau mikrobiologi yang ada. Keadaan ini mendorong sikap sebahagian masyarakat menjadi berubah. Saya mencadangkan pembalakan di hutan bakau dan nipah mesti dijalankan dengan konsep sustainable dan penghasilan berterusan. Contoh kaedah penebangan mengikut jaluran. Hanya jaluran yang dipastikan sahaja akan ditebang. Pokok bakau dan nipah dijalur lain akan terus hidup dan akan mengekalkan kepelbagaian spesis pokok yang ada dan dapat menggalakkan proses regenerasi dan menjadi penahan ombak serta pelindung bagi haiwan yang hidup disini. Hutan bakau dan nipah digazetkan sebagai kawasan rezab ikan. Ini adalah penting kerana kawasan hutan bakau dan nipah merupakan kawasan pembiakan dan pembesaran ikan, udang, dan ketam dan hidupan laut yang lain. Pemeliharaan hutan bakau ini akan menentukan bekalan hasil laut dapat berterusan.

You might also like