You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEREMBAN JAYA 2 NEGERI SEMBILAN 06-6776118 70450 SEREMBAN

KERTAS KERJA LAWATAN KENEGARAAN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN ANJURAN: KELAB RUKUN NEGARA

17 SEPTEMBER 2010 (JUMAAT) TEMPAT :

TARIKH :

MUZIUM NEGERI SEMBILAN, SEREMBAN

Pengenalan Penubuhan Kelab Rukun Negara adalah digalakkan kepada semua sekolah rendah, menengah dan institusi Pengajian Tinggi (awam dan swasta). Bagi sekolah rendah dan menengah, perlaksanaan kelab ini akan dikendalikan oleh murid dengan bimbingan guru kelab/pihak sekolah. Seiring dengan namanya, maka aktiviti-aktiviti yang dijalankan menerusi kelab ini adalah berlandaskan kepada kelima-lima prinsip Rukun Negara yang bermatlamat agar ianya bukan sahaja difahami dan dihayati malah dapat dibudayakan dalam kehidupan seharian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia khususnya di kalangan warga muda. Sehubungan dengan itu, melalui program lawatan sambil belajar ini, murid-murid akan didedahkan dengan pelbagai bentuk pembangunan dalam berbagai bidang di Negeri Beradat sebelum dan selepas merdeka dan juga masa kini. Pameran ini berkonsepkan paparan bergambar yang melibatkan semua kaum dan amat sesuai dihayati oleh semua pelajar.

Rasional Bagi meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan penghayatan tentang evolusi perubahan yang berlaku di Negeri Sembilan.

OBJEKTIF 1. Menghargai dan menghayati tempat-tempat bersejarah di negara ini. 2. Memberi pengetahuan dan penghayatan tentang evolusi perubahan sebelum merdeka dan selepas merdeka dan juga masa kini. 3. Menyemai dan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid. 4. Memberi keinsafan dan kesedaran semasa melakukan lawatan ke muzium berkenaan.

SASARAN Murid-murid tingkatan 1 dan 2 yang merupakan ahli Kelab Rukun Negara yang aktif dan Kelab Pengguna Sek. Men. Keb. Seremban Jaya 2.

BILANGAN Murid Guru Pengiring Jumlah = 42 orang = 2 orang = 44 orang

INSURAN

: Takaful Malaysia

JAWATANKUASA: PENGERUSI NAIB PENGERUSI SETIAUSAHA BENDAHARI : Pn. Fadhilah Bt Shahurain (Pengetua) : Pn. Masita Bt Harun (GPK Pentadbiran) : Pn. Jamaliah Binti Mohd Thani : Pn. Rogayah Binti Kassim

AHLI JAWATANKUASA PENGURUS LAWATAN : Pn. Jamaliah Binti Mohd Thani Pn. Nordina Binti Nordin PENGANGKUTAN : Tn. Hj. Roslin Bin Balia & May Plan Enterprise

BAJET Pengangkutan 17.09.2010 ( Jumaat ) Bas : Rm 150.00 (pergi dan balik)

PERUNTUKAN Jabatan Perpaduan Negeri Sembilan : Rm 150.00

TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran

PENUTUP Program lawatan sambil belajar merupakan salah satu daripada program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Selain mengisi masa terluang murid-murid, mereka juga didedahkan dengan pengetahuan yang sepatutnya mereka perolehi melalui lawatan dalam negara ini. Belajar melalui pengalaman sangat berkesan kerana mereka akan dapat melihat, menyentuh dan juga mengalami sendiri segala pengetahuan. Di samping itu, ia memberi kepuasan dan keseronokan belajar di luar berbanding di dalam kelas sebelum itu. Diharap program pada kali ini memberi manfaat berguna dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada semua guru dan murid. Pihak pengurusan lawatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak memberi kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan lawatan ini. Tidak dilupakan kepada pihak sekolah yang banyak memberi dorongan dan semangat serta bantuan demi kejayaan murid-murid. Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh: (PN. JAMALIAH BT MOHD THANI) Guru Penasihat Kelab Rukun Negara SMK Seremban Jaya 2

Disahkan Oleh: .......................................................... (PN. FADHILAH BT SHAHURAIN) Pengetua SMK. Seremban Jaya 2

*POTONG YANG TIDAK BERKENAAN LAMPIRAN 2

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

PERATURAN-PERATURAN AM Pihak pengelola lawatan ini memohon kerjasama semua pelajar supaya dapat mengikuti dan mematuhi peraturan-peraturan sepanjang lawatan ini dibuat. 1. Menepati masa mengikut jadual yang ditetapkan. 2. Menjaga perhubungan pergaulan di antara satu sama lain untuk mengelak berlakunya salah faham. 3. Mendengar arahan yang diberikan oleh guru pengiring. 4. Saling ingat mengingati antara satu sama lain supaya tidak ada yang tertinggal atau tersesat. 5. Sentiasa menjaga adab ketika berada di tempat lawatan. 6. Tidak merosakkan harta benda awam atau milik individu. 7. Menjaga disiplin diri. 8. Sentiasa berada di dalam keadaan kemas dan bersih. 9. Maklumkan kepada guru pengiring jika mempunyai masalah. 10. Sila bawa bekalan ubat yang berkaitan dengan murid sekiranya ada alahan ubat yang disediakan terutamanya ubat mabuk laut. 11. Setiap pelajar hendaklah mengutamakan keselamatan diri sendiri dan rakan.

LAMPIRAN 3

JADUAL LAWATAN KE MUZIUM NEGERI SEMBILAN ANJURAN KELAB RUKUN NEGARA

TARIKH / HARI 17.09.2010 ( Jumaat )

MASA 2.30 Petang 3.00 Petang 3.15 Petang 5.15 Petang -

PROGRAM Pelajar berkumpul di perkarangan sekolah Ketibaan Bas Lawatan Dijangka bertolak ke Muzium Negeri Sembilan Dijangka tiba ke Muzium Negeri Sembilan Ketibaan Bas Lawatan Dijangka bertolak pulang ke sekolah

Disediakan Oleh:

.. ( PN. JAMALIAH BT MOHD THANI ) PENGURUS LAWATAN, MUZIUM NEGERI SEMBILAN 2010

You might also like