You are on page 1of 21

PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN KBSR & KSSR

Pembentukan KBSR &KSSR


DISEDIAKAN OLEH : ANUSHIAH ( PSV PISMP SEM 1 )

PEMBENTUKAN KBSR
1. MATLAMAT
untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh,seimbang dan bersepadu.

Murid-murid dapat perkembangan yang seimbang di dalam bidang intelek,rohani,jasmani


Segala minat dan bakat yang ada pada murid-murid dapat dipupuk dan diperkembangkan

2. OBJEKTIF
Menguasai bahasa malaysia dengan memuaskan sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara menguasai kemahiran asas bahasa iaitu bertutur,membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah-sekolah rendah. menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira. menguasai kemahiran-kemahiran belajar berlandaskan kemahiran asas. Berupaya memahami,membaca,menulis dan bertutur dalam bahasa inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua.

Membina sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai-nilai kemanusiaan dan kerohanian yang diterima dan dihargai oleh masyarakat berlandaskan rukun negara,serta menjadikannya asas bagi amalan hidup.

Mempunyai pengetahuan,kefahaman,minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar.


Bergaul,menghargai hak kebolehan orang lain dan mempunyai semangat kerjasama dan toleransi. Mengembangkan bakat,daya kepimpinan dan keyakinan diri untuk meluaskan pengetahuan serta mempertingkatkan kebolehan dengan menggunakan kemahiran-kemahiran asas yang telah dikuasai. Meminati,memahami,menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional.

3. CIRI-CIRI
Bercorak pendidikan asas
mengutamakan kemahiran asas (3M Membaca,menulis, mengira) menggalakkan penglibatan murid dan menitikberatkan aktiviti berpusat kepada murid. bahan dan proses pengajaran dan pembelajaran dirancang mengikut umur,kebolehan,minat dan alam sekitar. memberi perhatian kepada perbezaan kebolehan individu.

Program pemulihan disediakan untuk membantu murid yang lemah dan program pengayaan pula disediakan untuk mengembangkan kebolehan murid. pendekatan integrasi membolehkan beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak dalam sesuatu mata pelajaran.
penyerapan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran lain dalam pelajaran bahasa untuk mengurangkan beban belajar. aktiviti pengajaran dan pembelajaran mementingkan cara kumpulan dan cara individu. penggunaan buku teks dikurangkan dan rujukan dan alat bantuan dipelbagaikan.

4. STRUKTUR
a) Kurikulum baru sekolah rendah (KBSR) yang dilaksanakan di semua sekolah rendah pada tahun 1983 dibentuk berlandaskan perakuan 57(a) laporan kabinet (1979),iaitu:

kurikulum sekolah rendah itu hendaklah dirancang untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi,bidang manusia dengan alam sekelilingnnya dan bidang perkembangan individu sesuai dengan keperluan,minat,bakat,dan kemampuan mental serta kesediaan murid-murid itu.

b) ketiga-tiga bidang yang disyorkan dalam perakuan 57 (a) merupakan struktur asas KBSR. c) Rajah menggambarkan hubungan murid dengan ketiga-tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi,bidang manusia dengan alam sekitar dan bidang perkembangan individu.

KOMUNIKASI
Kemahiran asas (membaca,menulis,mengira) Bahasa malaysia,matematik

MURID
MANUSIA DENGAN ALAM SEKELILING
Kerohanian,nilai dan sikap kemanusiaan dan persekitaran Pendidikan agama islam Pendidikan moral Alam dan manusia

PERKEMBANGAN DIRI INDIVIDU


Kesenian dan rekreasi Muzik pendidikan seni Pendidikan jasmani kokurikulum Kemahiran manipulatif perhimpunan

BENTUK KURIKULUM BARU BERASASKAN SEKOLAH RENDAH

5. KOMPONEN
BIDANG DIBAHAGIKAN KEPADA TIGA : KOMUNIKASI MANUSIA DAN ALAM SEKELILING PERKEMBANGAN DIRI INDIVIDU
Tiga bidang KBSR seperti yang disenaraikan di atas dibahagi kepada Enam komponen iaitu : kemahiran asas Kerohanian Nilai dan sikap Kemahiran hidup kesenian dan kesihatan kokurikulum

Bidang

Komponen Mata pelajaran


Tahap 1 Tahap 2
Bahasa pengantar Bahasa malaysia Bahasa inggeris

Komunikasi
Manusia dan alam sekeliling

Kemahiran asas

Bahasa pengantar Bahasa malaysia Bahasa inggeris

Matematik

Matematik

Nilai kerohanian dan sikap

Agama islam Pendidikan moral

Agama islam Pendidikan moral

Kemanusiaan dan persekitaran

Alam dan manusia (Sains dan kajian tempatan)


Muzik Pendidikan seni Pendidikan jasmani Muzik Pendidikan seni Pendidikan jasmani

Perkembangan diri individu

Kesenian dan rekreasi

Kokurikulum

Kemahiran manipulatif Kokurikulum

Perhimpunan

Perhimpunan

PEMBENTUKAN KSSR
1. MATLAMAT
Matlamat umum pelaksanaan, KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

2. OBJEKTIF
Untuk memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan untuk ilmu,kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas untuk mengenal pasti strategi penambahbaikan (melalui assesment for learning) untuk pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah

3. CIRI-CIRI
Penguasaan kemahiran asas 4M (membaca, menulis dan mengira,menaakul) Kemahiran menaakul, kreatif dan inovatif Kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan mental)

Percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murn Jati diri dan semangat patriotisme Memahami dan menghayati budaya nasional

4. STRUKTUR
1. Komunikasi Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi 2. Sains & Teknologi - Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi 3. Perkembangan Fizikal & Estetika - Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi 4. Kerohanian, Sikap & Nilai - Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai 5. Kemanusiaan - Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

6. Keterampilan Diri - Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

5. KOMPONEN
Terdapat enam komponen KSSR (bermula 2011) antaranya : komunikasi kerohanian,sikap & nilai kemanusiaan perkembangan fizikal &estetika sains dan teknologi ketrampilan diri

SOALAN
1) Nyatakan Matlamat utama KBSR (Secara ringkas). 2) Apakah Ciri-ciri Pembentukan KBSR (Senaraikan 5 ciri ) ? 3) Senaraikan Komponen bagi setiap bidang KBSR. 4) Apakah Objektif utama Pembentukan KSSR? 5) Huraikan Struktur Pembentukan KSSR ?

JAWAPAN
1) Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh,seimbang dari segi intelek,rohani dan jasmani dan bersepadu.

2)

Bercorak pendidikan asas mengutamakan kemahiran asas (3M Membaca,menulis, mengira) menggalakkan penglibatan murid dan menitikberatkan aktiviti berpusat kepada murid. bahan dan proses pengajaran dan pembelajaran dirancang mengikut umur,kebolehan,minat dan alam sekitar. memberi perhatian kepada perbezaan kebolehan individu.

3) Komponen

Komunikasi kemahiran asas Manusia dan alam sekeliling nilai kerohanian dan sikap - kemanusiaan dan persekitaran Perkembangan diri individu kesenian dan rekreasi 4) Objektif utama pembentukan KSSR untuk memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan dan untuk pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah 5slid seterusnya

Komunikasi Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi

Sains & Teknologi - Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi Perkembangan Fizikal & Estetika - Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi Kerohanian, Sikap & Nilai - Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

Kemanusiaan - Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan
Keterampilan Diri - Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

You might also like