You are on page 1of 18

UNDANG-UNDANG DAN PENTADBIRAN SUKAN

Kaitan undang-undang dan sukan Liabiliti perundangan dalam sukan

KAITAN UNDANG-UNDANG DAN SUKAN


Undang-undang merupakan sesuatu yang penting dalam sesuatu kejohanan. Ia berfungsi untukmenjadikan kejohanan atau pesta permainan dikendalikan dengan adil dan tersusun.

Terdapat dua jenis undang-undang yang biasanya terdapat dalam sesuatu kejohanan iaitu:
Undang-undang permainan Peraturan am kejohanan

Apakah perbezaan antara peraturan dan undangundang?


Peraturan am dicipta oleh penganjur kejohanan bagi melicinkan kejohanan atau pesta permainan dari segi pentadbiran. Undang-undang permainan adalah piawai dan diguna pakai dalam setiap kejohanan naungan badan atau persatuan sukan antarabangsa.

Kepentingan undang-undang dan peraturan.


Menjadikan kejohanan menjadi lebih tersusuan. Menjadi rujukan utama jika terdapat masalah. Mengawal perjalanan atau pertandingan. Dijadikan panduan untuk keseluruhan pengelolaan dan pertandingan dalam sesuatu kejohanan.

UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Undang-undang permainan merupakan undang-undang piawai atau standard yang digunakan pakai dalam setiap permainan yang dianjurkan oleh badan sukan yang menganggotai badan induk persatuan suka antarabangsa.

Contoh:
Federation International de Football (FIFA) telah menetapkan undangundnag bola sepak. Oleh itu, setiap kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang merupakan persatuan sukan yang menganggotai FIFA perlu berlandaskan undang-undang yang telah digariskan oleh badan FIFA.

Elemen pembentukan undangundang. Keselamatan Keadilan Keseronokan Etika pertandingan

Penguatkuasa permainan.
Pegawai pertandingan yang akan diiktiraf sebagai pegawai yang bertauliah setelah mereka lulus peperiksaan kepengadilan atau kepegawaian yang dianjurkan oleh persatuan sukan antarabangsa atau badan gabungannya.

Tujuan undang-undang permainan.


Memastikan pertandingan dijalankan mengikut standard yang telah ditetapkan di mana-mana sahaja. Menjadi bahan rujukan semua pihak sekiranya berlaku masalah teknikal dalam sesuatu pertandingan.

Menjadikan rujukan utama kepada pegawai yang menguatkuasakan undang-undang permainan. Memastikan pertandingan dapat dijalankan dengan lancar dan selamat serta mencapai objektif. Mengawal peraturan teknikal pertandingan ketika permainan dijalankan dalam permainan.

PERATURAN AM

Undang-undang yang telah dibina oleh pihak penganjur bagi mengawal sistem pertandingan sesuatu kejohanan. Menekankan pengelolaan sesuatu kejohanan. Bergantung kepada pihak penganjur dan tiada pegawai yang tetap.

Peraturan am kejohanan juga seharusnya tidak membelakangi undang-undang permainan yang telah termaktub dalam undangundang persatuan sukan dan badan teknikal sukan dunia.

Faktor dalam merangka peraturan am. Faktor persekitaran. Berbeza mengikut tempat. Hak mutlak penganjur.

Penguatkuasa peraturan am.


Jawatankuasa teknikal disiplin yang dilantik dalam sesuatu kejohanan.

Tujuan.
Mengawal perjalanan kejohanan dari segi pentadbiran supaya kejohanan lancar dan tidak bermasalah.

You might also like