You are on page 1of 2

Petikan di atas mempunyai beberapa perkataan yang merupakan salah satu dialek negeri di Malaysia.

Dialek yang terdapat dalam petikan di atas ialah perkataan seperti dongar, mintak, ekau, jo, ado, Kolumpor, apo, tebiat dan dongan.Kesemua perkataan ini adalah dialek Negeri Sembilan. Perkataan dongor yang disebut dalam dialek Negeri Sembilan bermaksud dengar dalam bahasa Melayu yang sebenar. Perkataan dengar juga disebut sebagai denger dan dengor dalam negeri Perak dan negeri Terengganu. Di negeri Sabah dan Sarawak perkataan ini dilafaz sebagai dingar serta dngar. Perkatan minta dalam dialek Negeri Sembilan dibunyi sebgai mintak. Di negeri Kelantan, perkataan ini disebut sebagai minto manakala di negeri Perak, negeri Johor dan negeri Terengganu kedua-dua negeri ini membunyikan perkataain ini sebagai minte. Perkataan ya akan disebut sebagai jo dalam dialek Negeri Sembilan. Bagi negeri Perak dan Terengganu bunyi ye akan disebut bagi mengganti maksud perkataan ya. Di negeri Sarawak, perkataan ini akan dibunyi sebagai auk. Dalam petikan di atas, perkataan ado yang merupakan dialek Negeri Sembilan bermaksud ada. Perkataan ada dalam dialek negeri-negeri di Malaysia tidak mempunyai perbezaan yang sangat besar. Di negeri Perak, Terengganu, Johor dan Pahang, perkataan ada dibunyi sebagai ade. Di negeri Kelantan, orang tempatan menyebut perkataan ini sebagai ado yang mempunyai bunyi yang sama dengan dialek Negeri Sembilan. Perkataan apo merupakan dialek di Negeri Sembilan dan juga negeri Pahang. Apo bermaksud apa dalam bahasa Melayu. Orang tempatan seperti negeri Perak, Terengganu dan Johor, mereka akan menyebut perkataan apa sebagai ape. Di negeri Kelantan, perkataan ini pula dilafaz sebagai gapo. Pekataan dengan akan disebut sebagai dongan di Negeri Sembilan. Bunyi denge akan dilafaz oleh penduduk yang tinggal di negeri Kelantan apabila hendak menyampaikan maksud dengan. Pendudukan di negeri Sabah dan

Sarawak akan membunyi perkataan ini sebagai dingai dan dngan masingmasing. Kita dapat melihat bahawa kebanyakan perkataa se

You might also like