You are on page 1of 4

1.

Pihak sekolah tidak menitikberatkan penyepaduan dalam kalangan murid

pelbagai kaum Pentadbiran sekolah memainkan peranan yang sangat penting bagi

mengembangkan hubungan etnik dalam kalangan murid (Henze et al., 2002) dalam kajian Yasmin Ahmad dan Najeemah M. Yusof (2013). Berdasarkan kenyataan tersebut, salah satu objektif utama sekolah adalah bagi menyatupadukan hubungan murid yang berbilang kaum. Namun begitu, objektif tersebut sukar untuk dicapai sekiranya pihak pentadbiran sesebuah sekolah kepelbagaian kaum dan etnik dalam sekolah tersebut. Antara masalah yang sering berlaku adalah apabila pihak sekolah lebih mementingkan dan memfokuskan terhadap pencapaian akademik semata-mata. Sesetengah sekolah lebih mementingkan pencapaian murid dalam peperiksaan daripada mengambil kira aspek sosial yang berlaku dalam kalangan murid. Berdasarkan Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan, Jemaah Nazir Sekolah (2001) Orang ramai semakin kerap mempersoalkan kualiti pendidikan di sekolah, seolah-olah tidak lagi menaruh keyakinan kepada kewibawaan sekolah dalam hal ehwal mendidik, terutama apabila mendapati kelakuan murid lepasan sekolah tidak seperti yang diharapkan oleh masyarakat dan Negara. Kecemerlangan pada sijil peperiksaan mereka secara realitinya tidak memperlihatkan kematangan berfikir, kepetahan berkomunikasi, ketokohan sebagai pemimpin, kemurnian tingkah laku, keupayaan mencipta dan menyumbang kepada pemajuan Negara-bangsa dan global memandang remeh terhadap

. Aktiviti-aktiviti yang bertujuan memupuk perpaduan diabaikan kerana pihak sekolah menganggap ianya tidak mendatngkan kepentingan terhadap pencapaian pelajar dalam pelajaran. Terdapat sesetengah sekolah yang kurang memberi pendedahan tentang semangat perpaduan kepada murid. Contohnya, kawasan persekolahan tidak dihiasi dengan poster atau artikel-artikel yang berunsurkan nilai perpaduan dan boleh menarik perhatian murid. Selain itu, sikap guru besar dalam sesebuah sekolah yang kurang tegas juga memberi impak yang besar dalam pembangunan modal insan sekolah tersebut. Guru besar tidak menghalang malahan turut menggalakkan guru-guru menggantikan masa sesi pengajaran subjek-subjek seperti Pendidikan Sivik dan Pendidikan Moral dengan subjek teras seperti Matematik yang dianggap lebih penting. Hal ini menyebabkan murid gagal mencapai objektif yang telah dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Cadangan Dalam usaha menyemai perpaduan kaum di Malaysia, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesyorkan sekolah menjadi tempat terbaik menyemai semangat menghargai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini, sekaligus menjana kekuatan besar demi masa depan. Cadangan ini adalah amat tepat dan tidak boleh disangkal sama sekali. Semua pihak bersetuju dengan saranan ini dengan menyedari hakikat bahawa sekolah adalah tempat terbaik untuk menyemai semangat toleransi, perpaduan nasional dan persefahaman sejak dari usia muda lagi.

Sehubungan itu, pihak sekolah seharusnya menyokong dan mengambil langkah dalam saranan yang diberikan dan meletakkan harapan yang sama terhadap aspek akademik dan sosial di sekolah. Antara usaha di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk mengatasi masalah kepelbagaian budaya ini melalui aktiviti yang dijalankan disekolah seperti Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP). Program RIMUP mula diperkenalkan oleh KPM pada tahun 1986. RIMUP merupakan satu program yang bertujuan untuk membangunkan identiti nasional, semangat kebangsaan, perpaduan dan cinta akan negara dalam kalangan masyarakat berbilang kaum untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid tanpa mengira kaum. Selain itu, pihak pengurusan sekolah juga seharusnya memberi perhatian yang sama terhadap subjek kemasyarakatan agar murid faham kepentingan perpaduan dalam kehidupan. Menurut kajian Najeemah (2005), sekolah perlu prihatin dengan

keperluan masyarakat pelbagai budaya dan menggambarkan kepelbagaiannya melalui struktur organisasi. Oleh itu, pendidikan pelbagai budaya mesti menjadi sebahagian daripada program pendidikan dan sebahagian daripada falsafah pendidikan, meliputi daya usaha pendidikan. Guru tidak boleh bersikap berat sebelah dan memandang remeh mata pelajaran seperti Pendidikan Sivik, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan hanya disebabkan murid tidak perlu mengambil peperiksaan besar bagi mata pelajaran tersebut. Guru besar perlu sentiasa meninjau keadaan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di sekolah. Guru yang didapati kurang mengambil berat seterusnya perlu dikenakan tindakan yang tegas. Pihak sekolah juga perlulah merancang dan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti ke arah memupuk perpaduan kaum dengan melibatkan murid daripada

pelbagai kaum bagi memberi peluang kepada mereka untuk mengenali dan memahami budaya antara satu sama lain. Pihak sekolah mempunyai peranan masing-masing bagi memastikan program dan aktiviti dijalankan dengan lancar. Antara aktiviti yang boleh diadakan adalah seperti pertandingan reka cipta yang berunsurkan budaya pelbagai kaum seperti reka cipta tanglung, wau, kaligrafi, khat dan sebagainya bagi memupuk integrasi antara kaum. Malahan, kawasan sekolah juga boleh dihiasi dengan posterposter dan artikel yang menarik dan melambangkan perpaduan hasil nukilan muridmurid sekolah itu sendiri. Tuntasnya, dengan kerjasama pihak sekolah, jurang antara kepelbagaian sosiobudaya di sekolah dapat dirapatkan dengan jayanya.

You might also like