You are on page 1of 5

3.

0 PENDAHULUAN _________________________________________________________________________________________________

rogram Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) yang ditawarkan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) merupakan satu program latihan perguruan praperkhidmatan yang ditawarkan khusus kepada calon-calon guru lepas ijazah daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Program ini bertujuan untuk melatih guru dalam pelbagai bidang untuk sekolah rendah di samping memberi peluang kepada guru-guru pelatih untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kefahaman yang lebih mendalam khususnya terhadap kursus Guru dan Pendidikan Matematik.

Justeru, Format dan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) ini adalah bertujuan untuk memberi panduan kepada panel penggubalan soalan bagi menghasilkan kertas peperiksaan yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Format dan JSU ini dibina berdasarkan kepada proforma kursus dan rancangan pengajaran dan pembelajaran Program DPLI bagi Guru dan Pendidikan Matematik yang berkuat kuasa mulai Jan 2012. Perubahan kepada JSU ini adalah bergantung kepada perubahan dalam proforma kursus dan rancangan pengajaran dan pembelajaran dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

4.0 PENGGUBALAN SOALAN ________________________________________________________________________________________________

enilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan secara berterusan mengikut kaedah sumatif dan formatif supaya guru pelatih dapat mengetahui tahap pencapaian kendiri. Penilaian Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah terbahagi kepada dua bentuk iaitu melalui kerja

kursus dan peperiksaan bertulis.

Peperiksaan bertulis meliputi tajuk-tajuk daripada komponen pengkhususan akademik. Kertas peperiksaan Guru dan Pendidikan Matematik ditadbirkan dalam satu kertas yang membabitkan peperiksaan bertulis iaitu mengikut jam kredit seperti yang terdapat dalam proforma kursus dan rancangan pengajaran dan pembelajaran.

Penggubal soalan boleh menggunakan daya kreativiti dan pemikiran kritis untuk membina soalan struktur, esei pendek dan esei untuk menguji hasil pembelajaran yang ditentukan. Pembinaan item perlu berpandukan Jadual Spesifikasi Ujian, pro forma kursus dan rancangan pengajaran dan pembelajaran. Langkah-langkah ini bertujuan untuk memastikan kertas soalan yang digubal mempunyai nilai keesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Selain itu, penggubal juga perlu merujuk kepada Panduan Penggubalan Kertas Soalan Peperiksaan yang terkini oleh Pusat Pembangunan Akademik, Institut Pendidikan Guru Malaysia semasa membina kertas soalan. Panduan ini bertujuan menyelaraskan format kertas peperiksaan yang dihasilkan oleh IPG.

5.0

RUMUSAN KERTAS PEPERIKSAAN

Kursus Guru dan Pendidikan Matematik bagi Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah dinilai melalui dua komponen yang berikut: (a) (b) Kerja Kursus Peperiksaan Bertulis

Komponen Peperiksaan Bertulis mengandungi satu kertas peperiksaan yang boleh dirumus seperti jadual yang berikut;

KOD KERTAS

BAHAGIAN

BENTUK SOALAN

BILANGAN SOALAN

MARKAH

JUMLAH MARKAH

MASA

CATATAN Struktur jawab 3 daripada 4 soalan

A MTC2103 B

Struktur

60 100 3 jam

Esei

40

Esei - jawab 2 daripada 3 soalan

6.0

SENARAI HASIL PEMBELAJARAN

6.1

MTC2103: Guru dan Pendidikan Matematik

1. 2.

Menjelaskan pengertian dan peranan matematik dalam perkembangan sains dan teknologi; Menghuraikan perkembangan kurikulum Matematik dan seterusnya mengenal pasti faktor pengaruh terhadap perubahan kurikulum Matematik di Malaysia; Menjelaskan pendekatan konstruktivis dan mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran matematik; Menjelaskan Model Penyelesaian Masalah Polya dan mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran matematik; Menguasai pelbagai strategi penyelesaian masalah dan mengaplikasinya dalam pengajaran dan pembelajaran matematik; Menjelaskan peranan dan tanggungjawab profesional guru matematik.

3.

4.

5.

6.

7.0 7.1

BENTUK KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN (i) JADUAL PENGAGIHAN SOALAN TERPERINCI BAGI KERTAS GURU DAN PENDIDIKAN MATEMATIK MTC2103
BENTUK/BILANGAN & NO.SOALAN MARKAH

BAHAGIAN

BIDANG/MASA

BILANGAN SOALAN MENGIKUT PEMBERATAN

Struktur 4 soalan No. 1 4 (Jawab 3 soalan sahaja)

60

1. Pendidikan Matematik dan Perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia 2. Pendekatan Konstruktivis dalam Pembelajaran matematik 3. Matematik sebagai Penyelesaian Masalah 4. Strategi Penyelesaian Masalah untuk matematik 5. Peranan Guru Matemaik 6. Pembangunan Profesional Guru Matemaik

8j 8j 6j 12 j 6j 5j

1a & 1b 2a & 2b

3a & 3b

4a & 4b

Esei 3 soalan No. 1 3 (Jawab 2 soalan sahaja)

40

1. Pendidikan Matematik dan Perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia 2. Pendekatan Konstruktivis dalam Pembelajaran matematik 3. Matematik sebagai Penyelesaian Masalah 4. Strategi Penyelesaian Masalah untuk matematik 5. Peranan Guru Matemaik 6. Pembangunan Profesional Guru Matemaik

8j 8j 6j 12 j 6j 5j

Soalan struktur a & b perlu digubal berdasarkan kepada SATU topik sahaja

You might also like