You are on page 1of 11

ARNEY BT HJ ALIAS

2011142360326
PPG PK UMUM JUN 2011

TUGASAN 2 : (INDIVIDU) - 20 %
ARAHAN: Sila jawab soalan dibawah.
1a) Jelaskan konsep terapi dalam konteks pendidikan khas yang diaplikasikan
kepada murid-murid berkeperluan khas.
(5 markah)
1b) Terangkan DUA kepentingan terapi kepentingan murid-murid berkeperluan khas.
(5 markah)

2) Rancang dan senaraikan aktiviti yang sesuai bagi membantu murid khas yang
mengalami masalah pertuturan sebutan bunyi-bunyi geseran /s/.
(10 markah)

Emailkan : tieippm@yahoo.com.my (pada atau 27 Julai 2013)

Lengkap dengan nama dan no matrik

1. KONSEP TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS


1.1 PENGENALAN TERAPI.
Aktiviti terapi merupakan salah satu elemen penting dalam Pendidikan Khas.
Menurut kamus perubatan Mosley, 2001 terapi merupakan satu rawatan pemulihan
ke atas pesakit yang pernah menghadapi sebarang penyakit atau mengalami
sesuatu kecederaan yang bertujuan menyebabkan kefungsian badan baik secara
normal. Dalam konteks pendidikan khas terapi merupakan satu kaedah bagi
membantu individu yang mempunyai pelbagai keperluan khas yang melibatkan
kognitif , emosi, sosial dan psikomotor mencapai perkembangan secara maksimum
dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti terapi ini dapat
membantu murid menguasai sesuatu kemahiran dari satu peringkat ke satu
peringkat yang lebih tinggi.

1.2 DEFINISI TERAPI


Terapi

(dalam Greek : ),

atau

disebut

juga

sebagai

rawatan, merupakan percubaan pemulihan untuk masalah kesihatan, biasanya


selepas satu diagnosis dijalankan. Dalam bidang perubatan, ia adalah sinonim
dengan perkataan "rawatan". Dalam ahli psikologi, istilah ini boleh merujuk khusus
untuk psikoterapi atau "terapi Perbincangan". Perkataan Terapi berasal daripada
perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang bermaksud

satu perkhidmatan, satu

kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata kerja) "therapeuo" yang
bermaksud "i wait upon" .
Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan dengan rawatan
pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau
mengalami sesuatu kecederaan bertujuan mengembalikan kefungsian badan secara
normal.
Dalam konteks Pendidikan Khas, terapi merupakan kaedah bagi membantu
individu yang mempunyai pelbagai keperluan khas yang melibatkan kognitif, emosi,
sosial dan psikomotor mencapai perkembangan secara maksimum dan digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.3 KONSEP TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS


Konsep terapi adalah berdasarkan dari konsep kepelbagaian kategori individu
berkeperluan khas. Murid-murid berkeperluan khas mempunyai sama ada
ketidakupayaan, kecacatan halangan atau rintangan untuk mencapai perkembangan
dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Sehubungan itu, kaedah terapi
dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai perkembangan
1.4 KEPERLUAN TERAPI FIZIKAL DALAM PENDIDIKAN KHAS.
Murid-murid pendidikan khas memerlukan terapi sebagai satu persediaan
untuk menghadapi pembelajaran dari aspek mental, fizikal, emosi dan sosialisasi.
Mereka perlu mendapat ransangan untuk bergerak balas secara positif terhadap
sesuatu kemahiran yang akan dipelajarinya. Terapi fizikal mampu meningkatkan
perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor. Selain daripada itu
ianya juga mampu meransang pengaliran darah dan oksigen ke seluruh anggota
badan. Terapi fizikal merupakan satu motivasi kepada mereka dalam membina
konsep kendiri yang lebih positif.
Ransangan-ransangan ini

akan mampu membina keperluan murid-murid

pendidikan khas kearah keseimbangan yang menyeluruh bagi menyediakan mereka


kepada kehidupan yang lebih bermakna. Di samping itu, melalui terapi juga guruguru dapat melatih murid-murid menguasai kemahiran tertentu yang bersesuaian
dan berkaitan dengan kehidupan seharian serta mewujudkan suasana pembelajaran
yang kondusif lagi menyeronokkan. (G. Eliana, 2008, S. Pengilly, 2008; Z. Ibrahim
2009 . Yasmin 2011)
Antara kepentingan terapi untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran ialah:

Meransang kanak-kanak untuk bergerak-balas secara positif terhadap


sesuatu kemahiran.
Sebagai persediaan untuk belajar dari segi mental, fizikal, emosi dan
sosialisasi.
Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan
psikomotor kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

Sebagai motivasi kepada kanak-kanak.


Merangsang pengaliran darah dan oksigen
Meningkatkan kemahiran pengamatan
Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri
Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi
Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi
Merangsang pemikiran dan kreativiti murid
Membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan
1.5 JENIS-JENIS TERAPI
Terapi
Terapi

cara kerja

Terapi
pertuturan

fisio
Terapi

Terapi

hidro atau

muzik dan

terapi air

nyanyian

Terapi

Terapi

Jenis
terapi

pergerakan

kreatif

seni visual

Terapi

Terapi

alternative

main

Terapi

Terapi

main

aroma
Terapi
pasir

Rajah 1:Jenis terapi yang boleh diaplikasi di sekolah,

2. PERTUTURAN
2.1 DEFINISI PERTUTURAN
Terapi pertuturan adalah masalah dan gangguan pertuturan yang dihadapi
oleh seseorang individu. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor fizikal atau mental.
Contohnya, masalah fizikal kanak-kanak seperti sumbing. Selain itu, ia juga
melibatkan aktiviti yang dijalankan untuk membantu individu yang bermasalah.
Latihan atau intevensi yang dilaksanakan untuk meningkatkan semua aspek
komunikasi seperti pengunaan bahasa isyarat dan simbol-simbol bergambar.
Terapi pertuturan juga merupakan kaedah yang digunakan untuk membantu
murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. Ia
bertujuan untuk membantu murid menghasilkan bunyi bunyi bahasa dan melatih
murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu.
Sekiranya murid gagal membunyikan perkataan, guru boleh memulakan pengajaran
dengan melakukan terapi terlebih dahulu.
Kebiasaanya, guru akan memulakan latihan atau intevensi awal supaya dapat
membantu murid. Antara contoh aktiviti terapi pertuturan yang boleh dilakukan oleh
guru ialah latihan lisan, meniup belon, meniup kertas di atas air dan mengetap bibir.
2.2 KEPENTINGAN TERAPI PERTUTURAN
Terapi pertuturan merupakan salah satu aktivti yang membantu murid untuk
mempunyai masalah dengan alat artikulasi mereka seperti gagap, sengau, sumbing
dan sebagainya. Terdapat beberapa kepentingan terapi pertuturan ini, antaranya
ialah :

KEPENTINGAN TERAPI PERTUTURAN

Melatih murid menguasai kemahiran


tertentu.
Membantu murid menghasilkan bunyi
bahasa.
meningkatkan kefungsian kognitif, emosi
dan sosial.
Meningkatkan tahap keupayaan murid.

membantu dan merangsang pertuturan


dan komunikasi.
membantu murid menyampaikan
maklumat kepada individu lain
membantu
sosial.

meningkatkan

kemahiran

Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan


diri
Rajah2: kepentingan terapi pertuturan
Dalam proses mempelajari kemahiran bertutur, murid akan diajar untuk
membunyikan bunyi sesuatu binatang, kenderaan atau benda-benda lain seperti
bunyi ayam, enjin kereta, keretapi, bunyi hon, jam, loceng dan sebagainya.Mereka
akan

diajar

menamakan

huruf-huruf;

membunyikan

sesuatu

huruf

seperti

aaa...,sss.... dan kr....; dan menyebut sesuatu sukukata, perkataan, frasa dan
kemudiannya ayat. Bagi mereka yang kecil, mereka biasanya akan diajar melalui
permainan simbolik. Bagi mereka yang lebih besar pula, mereka akan diajar melalui
pembacaan. Mereka akan belajar pergerakan mulut yang diperlukan untuk

menyebut sesuatu dengan meneliti pergerakan mulut jurupulih ketika menyebut


sesuatu dan adakalanya merasai pergerakan kerongkong jurupulih atau angin yang
dikeluarkannya semasa menyebut sesuatu. Kemudiannya, mereka akan cuba
menyebutnya. Mereka akan terus belajar dan berlatih sehingga dapat menyebut
dengan sejelas yang mungkin secara konsisten.
Dalam masa yang sama, mereka juga akan belajar berkomunikasi secara verbal
dengan orang lain. Mereka akan dibimbing untuk menceritakan apa yang
sedang berlaku dalam permainan simbolik atau apa yang kelihatan dalam
sesuatu gambar yang diberi, menceritakan sesuatu yang berkaitan dengan diri
mereka dan menjawab soalan-soalan yang

ditanya

jurupulih.

Mereka

terutamanya yang mengalami sedikit masalah pendengaran akan dibimbing


untuk mengasah kemahiran-kemahiran mendengar yang penting untuk
berkomunikasi.

Bagi

mereka

yang

tidak

berupaya

untuk

bercakap

atauberkomunikasi secara verbal, mereka akan diajar berkomunikasi melalui


cara-cara lainkhususnya melalui penggunaan makaton atau carta komunikasi.
Mereka mungkin juga akan dibimbing untuk menulis atau menaip sesuatu
perkataan, frasa, ayat atau perengan Antara alat-alat terapi yang biasanya
digunakan sebagai terapi pertuturan ini ialah:

Wisel
Bola ping pong
Straw
Peniup hari jadi
Lilin
Kertas

Wisel

Straw

Peniup hari jadi(paper blower)

bola ping pong

Lilin

Kertas

Alat-alat berikut digunakan dengan cara murid membuat aktiviti meniup alatalat menggunakan mulut bagi melatih pergerakan dan keupayaan mulut mereka.
Antara aktiviti terapi yang boleh dilakukan menggunakan alat-alat berikut ialah:

Meniup belon dan wisel serta peniup hari jadi


Meniup lilin yang dinyalakan api
Meniup bola ping pong dalam bekas berisi air
Meniup straw di dalam cawan yang berisi air
Meniup kertas di dalam air.
Meniup kertas untuk mengeluarkan bunyi seperti wisel.
Menyedut air menggunakan straw.

Cara pelaksanaan terapi pertuturan


Melakukan Latihan Senaman Muka
1.

Lidah

a.

Gerakkan lidah ke atas

b.

Gerakkan lidah ke bawah

c.

Gerakkan lidah ke kanan

d.

Gerakkan lidah ke kiri

2.

Mulut

a.

Buka mulut seluas mungkin

b.

Tutup mulut

c.

Buka dan tutup dengan pelahan-pelahan

d.

Buka dan tutup mulut dari pelahan semakin laju.

3.

Muka

a.

Meniru riak muka berdasarkan gambar atau arahan.

4.

Kunyah
Kawalan pernafasan
1. Cara pernafasan menggunakan perut
2. Tarik nafas kemudian tahan dan hembus
3. Tarik nafas ikut hidung atau mulut dan hembus melalui hidung atau mulut.

4. Latihan hembus kertas


5. Hembus bola kertas ke arah gol
6. Minum,sedut dan buat buih air menggunakan straw
7. Tiup buih-buih
8. Meniup peralatan muzik atau peralatan yang mengeluarkan bunyi
9. Tiup wisel mengikut rentak
10. Tiup belon mengikut tahap kesukaran
Kawalan suara
1. Letak tangan di hadapan mulut
2. Letak belakang tangan di bahagian leher
3. Sebut fonem /a/i/u/ dalam masa 5 saat/10 saat/ 15 saat/ 20 saat.
Cara pelaksanaan pada tahap pra-pertuturan
Pandang mata
1. Letakkan permainan berdekatan dengan mata klien. Ia bertujuan agar klien
melihat ke arah guru. Jika klien tidak memberikan perhatian, berhenti dan panggil
namanya sebelum memulakan aktiviti.
2. Hentikan aktiviti sebelum klien kepenatan dan berikan ganjaran jika berjaya.
Vokalisasi
1. Bermain dengan bunyi vokal untuk melatih pergerakan otot mulut yang berkaitan
dengan pertuturan.
2. Apabila klien mengeluarkan bunyi , ulang semula penghasilan bunyi tersebut
atau memanjangkan bunyi tersebut sehingga menjadi satu perkataan.
3. Pengendali terapi harus menggunakan nada yang berbeza supaya dapat
menarik minat klien untuk meniru.

KESIMPULAN TERAPI PERTUTURAN


Program terapi pertuturan merupakan satu program yang penting bagi
membantu kanak-kanak bermasalah pertuturan dan komunikasi untuk bertutur. Guru
pendidikan khas perlu didedahkan proses mendapatkan perkhidmatan,proses
pengesanan awal, pengetahuan asas terapi pertuturan agar langkah-langkah yang

perlu diambil bersesuaian dengan keperluan murid. Guru memainkan peranan


penting mengesan sebarang masalah komunikasi dalam kalangan muridnya. Guru
perlu menjalankan ujian diagnostik bagi mengenalpasti tahap dan kebolehan murid
untuk

berkomunikasi.Pemantauan

secara

berterusan

oleh

guru

terhadap

perkembangan komunikasi murid bertujuan untuk mengetahui tahap murid dan


mengenalpasti keperluan murid.
Murid-murid

bermasalah

komunikasi

dan

pertuturan

perlu

dibantu.

Persekitaran murid-murid khas juga menjadi faktor penting yang membantu


perkembangan mereka. Guru,ibubapa, dan masyarakat perlu memastikan muridmurid ini sentiasa bertutur dan melibatkan diri dalam pertuturan walaupun cara
mereka bertutur itu tidak betul.

You might also like