You are on page 1of 2

Soalan : Baru-baru ini sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka.

Tulis laporan lawatan itu selengkapnya. Pendahuluan Tajuk laporan lawatan ke Melaka disertai 32 orang murid dan 4 orang guru diadakan pada 8 Mac 2008 Isi Penting 1. berkumpul di sekolah taklimat daripada Guru Besar 8.00 pagi bas bertolak 11.00 pagi tiba di Melaka 2. melawat beberapa tempat menarik Kota AFamosa, Gereja St . Paul dan sebagainya 3. pergi ke gerai-gerai cenderamata membeli cenderamata berehat untuk makan tengah hari 4. pergi ke Air Keroh melawat Taman Rama-rama, Taman Buaya dan Taman Mini Malaysia Penutup Banyak faedah yang diperolehi dari lawatan mempelajari sejarah dan mengenal negara Malaysia

LAPORAN LAWATAN KE MELAKA Pada 8 Mac 2008, Sekolah Kebangsaan Seri Kelana telah mengadakan lawatan sambil belajarke Melaka. Lawatan itu disertai oleh 32 orang murid dan 4 orang guru. Murid-murid berkumpul di seklah pada pukul 7.00 pagi. Pada pukul 7.30 pagi Gurubesar memberi sedikit taklimat. Bas bertolak tepat pukul 8.00 pagi.Rombongan tiba di NegeriMelaka Bandaraya Bersejarah kira-kira pukul 11.00 pagi. Tempat yang pertama kami lawati ialah bangunan-bangunan peninggalan sejarah dibandar Melaka. Antaranya termasuklah Kota AFamosa, Gereja St. Paul dan bangunanStadthuys. Bangunan-bangunan tersebut dibina semasa pemerintahan Portugis dan Belanda. Kemudian kami singgah di gerai-gerai yang menjual cenderamata. Di situ terdapatpelbagai jenis barang dan makanan. Kami sempat membeli cenderamata untuk dibawa pulang. Selepas itu, kami berehat sambil menikmati makan tengah hari. Kira-kira pukul 2.00 petang, bas bertolak ke Air Keroh. Di sana kami melawat beberapatempat menarik seperti Taman Rama-rama, Taman Buaya dan Taman Mini Malaysia. Pada keseluruhannya lawatan itu banyak memberikan faedah kepada kami.Kami dapatmenimba banyak ilmu pengetahuan daripada lawatan itu. Disediakan oleh, Munirah Arshad ( MUNIRAH BT. ARSHAD ) Setiausaha, Tahun Enam Gemilang, Sekolah Kebangsaan Seri Kelana 17 Mac 2013

You might also like