You are on page 1of 1

Kontrak Sub Peniaga

KONTRAK PENIAGA DIANTARA Dycom Sdn.Bhd. (965002-D) Level 7, IKHLAS Point Tower 11, Avenue 5, Bangsar South, No.8, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur (selepas ini disebut DYCOM) DAN (Nama/Nama syarikat, No.kad pengenalan/No.syarikat, Alamat)

__________________________________________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________________________________________ __________________________________________________________ (selepas ini disebut SUB PENIAGA) PADA (hh/bb/tttt) _________________________.
DYCOM berhasrat untuk melantik SUB PENIAGA sebagai Peniaga Yang Sah dan PENIAGA juga bersetuju dengan segala terma dan syarat yang tertakluk di dalam kontrak ini. 1. SYARAT LANTIKAN 1.1. Lantikan ini berkuatkuasa pada tarikh apabila permohonan SUB PENIAGA telah diluluskan oleh DYCOM. 1.2. DYCOM melantik SUB PENIAGA bagi tujuan menawarkan perkhidmatan, mempromosikan dan menjual produk DYCOM kepada pelanggan. 1.3. SUB PENIAGA bertanggungjawab sepenuhnya diatas segala aktiviti yang dilaksanakan ketika menjalankan tugas sebagai Sub Peniaga Yang Sah. 1.4. SUB PENIAGA tidak dilantik sebagai kakitangan DYCOM dan tidak mempunyai hak untuk menjadi jurucakap bagi pihak DYCOM tanpa sebarang kebenaran bertulis. 1.5. SUB PENIAGA tidak dibenarkan sama sekali menggunakan nama DYCOM dan jenama ONE untuk menghasilkan bahan pengiklanan tanpa sebarang kebenaran bertulis. 1.6 SUB PENIAGA tidak dibenar mencadangkan Sub Peniaga baru. 1.7 SUB PENIAGA hanya akan dinaikkan taraf sebagai PENIAGA apabila telah membuat 50 (lima puluh) pendaftaran; dan layak mendapat kelebihan serta manfaat sebagai PENIAGA selepas itu. 1.8. Lantikan ini boleh ditarik balik atau dibatalkan. 1.9. Lantikan ini tidak boleh dipindah milik melainkan kepada waris. 2. TEMPOH LANTIKAN 2.1. Tempoh lantikan ialah 1 (satu) tahun dan boleh dilanjutkan ke 1 (satu) tahun lagi; bergantung kepada prestasi SUB PENIAGA yang akan dinilaikan oleh DYCOM dari masa ke semasa. 3. TUGASAN SUB PENIAGA 3.1. SUB PENIAGA bertanggungjawab: a) menawarkan perkhidmatan, mempromosikan dan menjual produk DYCOM kepada pelanggan mengikut aturcara yang ditetapkan. b) menanggung kos bagi menyediakan perkakas atau peralatan yang diperlukan sebagai SUB PENIAGA. c) menjual produk DYCOM mengikut harga yang telah dicadangkan. d) menyampaikan maklumat produk dengan tepat kepada pelanggan. e) tidak memberi sebarang jaminan produk selain daripada yang termaktub di dalam Terma & Syarat Perkhidmatan yang dikeluarkan oleh DYCOM. f) memastikan dan memeriksa dokumen pengenalan pelanggan yang asal sebelum mendaftar pelanggan. g) memastikan borang pendaftaran pelanggan diisi dengan kemas dan lengkap. h) tidak menyalahgunakan dokumen pengenalan pelanggan. i) tidak membuat sebarang pendaftaran palsu. j) memastikan mendaftar SIM kad pelanggan berpandukan nombor siri yang tertera. k) mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan atau badan kerajaan berkaitan ketika menjalankan perniagaan. l) tidak menyalahgunakan dan menghormati maklumat pelanggan yang terdapat di dalam Dealer Management System (DMS). m) memastikan borang pendaftaran pelanggan dihantar atau dikembalikan ke DYCOM dalam tempoh 14 (empat belas) hari dari tarikh pendaftaran dibuat. n) berkongsi maklumat yang boleh memberi kebaikan kepada produk dan DYCOM. 4. PERUNDANGAN 4.1. Segala aktiviti SUB PENIAGA terikat dibawah akta komunikasi oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). 4.2. DYCOM akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa bagi menyediakan apa jua maklumat yang dikehendaki jika perlu. 4.3. DYCOM tidak akan bertanggungjawab keatas denda atau hukuman yang dikenakan oleh pihak berkuasa kepada SUB PENIAGA. 5. LATIHAN DAN MAKLUMAT TERKINI 5.1. Tutorial aturcara SUB PENIAGA, maklumat produk terkini dan apa jua promosi yang bakal berlangsung boleh didapati di dalam ONESys. 5.2. DYCOM akan sedaya upaya memastikan modul latihan SUB PENIAGA disampaikan dengan cekap dan efektif. 6. TEMPAHAN STOK 6.1. Proses tempahan stok mengambil masa2 (dua) hari bekerja. 6.2. SUB PENIAGA diminta merancang sesuatu tempahan sewajarnya. 6.3. Selepas nombor siri SIM kad direkodkan di dalam akaun DMS SUB PENIAGA, pemulangan atau penukaran stok tidak dibenarkan sama sekali. 7. BAYARAN 7.1. DYCOM hanya menerima pembayaran tunai sahaja. 7.2. Pembayaran mestilah dibuat terus kepada DYCOM atau melalui akaun Malayan Banking Berhad 5123 4362 8932 7.3. Pembayaran jelas adalah berdasarkan kepada tarikh penerimaan pembayaran dan resit rasmi yang dikeluarkan oleh DYCOM. 8. PENGHANTARAN DAN PENERIMAAN STOK 8.1. SUB PENIAGA boleh datang sendiri ke pejabat DYCOM untuk mengambil stok. 8.2. Penghantaran stok melalui perkhidmatan kurier secara percuma disediakan bagi SUB PENIAGA di dalam Semenanjung Malaysia; syarat tempahan minima adalah 50 (lima puluh) keping SIM Kad. 8.3. Penghantaran stok melalui perkhidmatan kurier dengan surcaj disediakan bagi SUB PENIAGA di negeri Sabah dan Sarawak. 8.4. Proses penghantaran mengambil masa 5 (lima) hari bekerja. 8.5. Proses penghantaran bermula sebaik tempahan stok dan pembayaran jelas dibuat sebelum jam 2 petang pada hari bekerja. 9. INSENTIF SUB PENIAGA 9.1. SUB PENIAGA layak menerima insentif sebanyak 10% daripada setiap tambah nilai yang dibuat oleh pelanggan ONE yang didaftarkannya sahaja melalui pusat jualan yang dilantik. 9.2 SUB PENIAGA tidak layak menerima sebarang insentif ke atas tambah nilai yang dibuat oleh pelanggan ONE yang didaftarkannya melalui Pengedar Salamfone. 9.3 DYCOM akan melunaskan insentif SUB PENIAGA mengikut jadual yang ditetapkan. 9.4 Pelepasan insentif minima ialah RM50. 9.5 DYCOM berhak melupuskan insentif yang terkumpul apabila SUB PENIAGA gagal melepasi pembayaran insentif minima selama 3 (tiga) bulan berturut-turut. 9.6. DYCOM berhak untuk melanjutkan tempoh pembayaran insentif SUB PENIAGA jika perlu. 9.7 DYCOM berhak menahan, melanjutkan tempoh atau membatalkan pembayaran insentif jika SUB PENIAGA didapati melanggar mana-mana terma di dalam klausa 3.1 samada dengan sengaja atau tidak sengaja. 10. PENAMATAN KONTRAK 10.1. DYCOM berhak menarik balik serta membatalkan kontrak ini dengan serta merta sekiranya SUB PENIAGA didapati bersalah melanggar mana-mana terma di dalam klausa 3.1 samada dengan sengaja atau tidak sengaja. Dengan ini, tanpa paksaan saya faham dan setuju dengan segala Bahawasanya saya telah memastikan butiran yang diberi bertepatan terma dan syarat yang terdapat di dalam Kontrak Sub Peniaga. dengan individu/syarikat yang memohon.

Tandatangan Pemohon/SUB PENIAGA:

Tandatangan Dealer/Distributor:

Nama: No.K/P: Nama syarikat: No.pendaftaran syarikat: Tarikh: Cop Syarikat:

Nama: No.K/P: Dealer Code: Tarikh:

You might also like