You are on page 1of 91

Bab 7 Pendekatan, Strategi, Kaedah & Teknik

Perkembangan Konsep Pengajaran


1. Pengajaran Berpusat Guru - aktiviti menerang daripada guru sendiri - murid berperanan pasif 2. Pengajaran Berpusat Murid -aktiviti dirancang mengikut keperluan murid 3. Peranan Guru & Murid Sama Penting -rancangan guru yang bersistematik untuk membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran
2

Ciri-ciri Pengajaran
Mempunyai dua unsur, guru (pengajaran) dan murid (pelajar) Proses pembelajaran dua hala Instruksi (mengajar), diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan akhirnya pelaziman Proses pemikiran & penggunaan bahasa Meliputi rancangan, objektif, tempat, alat bantu mengajar dan strategi mengajar Strategi mengandungi unsur sains & unsur seni
3

Model-Model Pengajaran
Berfungsi untuk: * Memberi panduan * Membentuk rangka pengajaran

* Panduan asas dalam sesi maklum balas serta pengubahsuaian untuk proses pengajaran
4

1. Model Ekspositori
Penyampaian maklumat pelajaran secara langsung kepada murid dalam kelas Cara Penyampaian (a.)Menerang konsep daripada buku (b.)Menerang sambil mendemonstrasikan (c.)Menerang penyelesaian berdasarkan kemahiran yang dipelajari (d.)Menerang dengan alat bantu mengajar

Implikasi -sesuai untuk mengajar konsep dan kemahiran -jimat masa -sesuai untuk mengajar pelajaran dalam peringkat mengembang sahaja
5

2. Model Resepsi Ausubel


Maklumat lengkap diberi kepada pelajar & pelajar hanya menyerap maklumat itu ke dalam kognitifnya sahaja Dua pra-syarat (a.) pelajar mempunyai sikap positif dalam pembelajaran (b.) perlu mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru Faktor yang menganggu pembelajaran (a.) perkembangan kognitif pelajar masih rendah (b.) kurang motivasi (c.) pembelajaran hafalan yang tidak bermakna
6

3. Model Proses Pengajaran


(a.) Model Pengajaran Robert Glaser
Objektif Pengajaran Pengetahuan Sedia Ada Kaedah Mengajar Penilaian

Maklum Balas

Implikasi:Objektif pengajaran harus ditentukan Kaedah mengajar harus dipilih Penilaian harus dijalankan
7

3. Model Proses Pengajaran (samb.)


(b.) Model Proses Pengajaran Le Francois
Peringkat Proses Pengajaran Sebelum Pengajaran Semasa Pengajaran Selepas Pengajaran Huraian -menentukan objektif -menentukan kesediaan pelajar -menentukan strategi pengajaran -menilai semula -melaksanakan strategi pengajaran -menilai semula keberkesanan -Menentukan semula kesediaan pelajar -membuat pengubahsuaian
8

II

III

4. Model Pemerosesan Maklumat


(a.) Teori Pemerosesan Maklumat R.M Gagne - proses pembelajaran bermula daripada rangsangan di luar
- pemilihan rangsangan menjadi pembelajaran bergantung kepada motivasi - jika perubahan tingkah laku dapat diperlihatkan, maka pembelajaran dikatakan telah berlaku
9

Lapan Jenis Pembelajaran untuk Memperolehi Maklumat


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Pembelajaran melalui isyarat Pembelajaran stimuli-tindak balas Pembelajaran melalui rantaian Pembelajaran melalui asosiasi verbal Pembelajaran melalui pelbagai pembezaan Pembelajaran konsep Pembelajaran prinsip Pembelajaran penyelesaian masalah
10

4. Model Pemerosesan Maklumat (samb.)


(b.) Model Taba: Pembentukan Konsep
-konsep dapat dibentuk dengan tepat melalui penyususnan bahan-bahan pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai - sesuai untuk matapelajaran sains - mempunyai 4 peringkat utama, iaitu 1. Peringkat penyususnan data 2. Peringkat pembentukan konsep 3. Peringkat membentuk hukum 4. Peringkat aplikasi
11

5. Model Inkuiri
Merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan kesimpulan daripada masalah yang dikemukakan Aktiviti soal selidik memerlukan murid untuk: mengenal pasti masalah, membentuk hipotesis, merancang kajian, menyiasat dan membuat rumusan Kaedah inkuiri baleh dijalankan berdasarkan model berikut:a. Model Inkuiri Sains b. Model Inkuiri Sosial c. Model Inkuiri jurisprudential d. Model Inkuiri Suchman
12

6. Model Projek
Hasil pembelajaran murid akan lebih berkesan jika mereka menaruh minat dan bersedia
Menyarankan murid belajar melalui aktiviti permainan, kerja praktikal, kajian luar dan lawatan Biasanya dijalankan selepas murid telah menguasai kemahiran-kemahiran tertentu Boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan

13

Strategi Pengajaran
Konsep Strategi - rancangan yang teratur untuk mencapai maklamat atau kejayaan (Kamus Dewan, 1998)
- dalam

bidang pendidikan, strategi ialah kebijaksanaan memilih pendekatan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan
14

Strategi P & P
Merangkumi pertimbangan-pertimbangan berikut:Penentuan pendekatan berdasarkan objektif Pemilihan kaedah mengajar Penyusunan kaedah mengajar Pengagihan masa dan langkah mengajar Pengagihan bahan pelajar Pengurusan kelas Pemilihan dan pengurusan strategi yang sesuai akan menghasilkan pencapaian objektif yang berkesan
15

Strategi Pemusatan Guru


Guru yang menguasai dan mengawal Ciri-Ciri: Murid berperanan sebagai penonton Guru banyak cakap dan murid banyak dengar Guru bersifat autokratik Mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan Mementingkan pencapaian murid melalui peperiksaan Teknik mengajar guru tertumpu pada penghafalan fakta Mementingkan pengelolaan kaedah keseluruhan kelas Murid adalah pasif, kurang kreatif dan tidak berinisiatif
16

Strategi Pemusatan Murid


Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif Guru sabagai pemimpin Lebih banyak masa ditumpukan kepada aktiviti pembelajaran murid Contohnya, kaedah kumpulan, inkuiri penemuan, perbincangan, bermain dll

17

Strategi Pemusatan Murid (samb.)


Ciri-ciri
Guru sebagai pemimpin & bersifat demokratik Kominikasi dua hala Mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid

Perkembangan murid yang menyeluruh dan seimbang (intelek, rohani, sosial & jasmani)

18

Strategi Pemusatan Murid (samb.)


Ujian formatif dikenakan untuk mengkaji kelemahan murid
Penyampaian guru yang tertumpu sama ada murid memahami fakta Pengelolaan kaedah kumpulan

Sifat-sifat sosial yang positif (kerjasama, bertolak ansur) Murid menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif
19

Strategi Pemusatan Bahan


Mempunyai dua kategori iaitu bahan pengajaran & bahan pembelajaran

Guru menyampaikan pelajaran dengan lebih mudah dan menarik manakala murid boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran dengan sendiri
Menggunakan kaedah audio-visual, kaedah demonstrasi dll
20

Strategi Pemusatan Bahan (Samb.)


Ciri-ciri: Guru dan murid bergantung kepada penggunaan bahan pelajaran Komunikasi dan interaksi berlaku Mengutamakan kecekapan menggunakan bahan pelajaran Menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani Pengajaran yang bermakna, menarik serta berkesan Sifat-sifat positif dapat dipupuk
21

Strategi Berasaskan Tugasan atau Aktiviti


Aktiviti bermaksud gerak kerja atau tindakan

Menurut J. Dewey (1910), melalui aktiviti murid, intelek, rohani, sosial dan jasmani mereka dapat dikembangkan
Belajar lebih berkesan melalui cara praktik Contohnya, aktiviti membaca, menulis, bermain, berbincang dll
22

Pendekatan Mengajar
Pendekatan merupakan cara atau langkahlangkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah (Kamus Dewan,1998) Dalam bidang pendidikan, pendekatan ialah satu set pembelajaran yang beraksiomatik & diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektifnya
23

Konsep Penggabungjalinan dalam KBSR dan KBSM


Satu proses penyampaian beberapa kemahiran di dalam suatu pelajaran
Membaca

Menulis Lisan

Lisan

Rajah 2 Penggabungjalinan Kemahiran Bahasa


24

Ciri-ciri Penggabungjalinan
Integrasi beberapa kemahiran secara bersepadu atau menyeluruh Dipelbagaikan dengan cara yang menarik Satu kemahiran difokus daripada berbagaibagai kemahiran Kemahiran-kemahiran adalah fleksibel Kemahiran-kemahiran yang diintegrasikan adalah saling dikukuh dan diterap antara satu sama lain
25

Cara-cara Menggunakan Penggabungjalinan


Kenal pasti kemahiran utama & kemahiran sampingan Kemahiran utama diberi penekanan Kemahiran sampingan dikaitkan dengan kemahiran utama secara bersepadu Kemahiran utama biasa digunakan pada peringkat perkembangan manakala kemahiran sampingan digunakan di semua peringkat Strategi hendaklah dirancang berdasarkan objektif pelajaran & kebolehan murid Diintegrasikan mengikut urutan yang sesuai dan 26 logik

Penyerapan Dalam KBSR dan KBSM


Penyerapan merupakan proses menyepadu atau mengintegrasikan unsur-unsur kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran Contoh, dalam program KBSR Tahap 1, unsurunsur isi kandungan mata pelajaran Sains dan Kajian Tempatan diserap menjadi isi mata pelajaran bahasa Dalam program KBSM, semua mata pelajaran dikaitkan di antara satu sama lain dengan menyerapkan unsur-unsur nilai murni
27

Ciri-ciri Penyerapan
Mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan Unsur- unsur diserapkan secara bersepadu Bilangan mata pelajaran adalah fleksibel Unsur utama lebih diutamakan berbanding unsur sampingan Berlaku serentak dengan proses penggabungjalinan
28

Pendekatan & Strategi Pengajaran Induktif


Konsep Induktif - Aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat, kemudian membuat kesimpulan
Contoh-contoh khusus Mengkaji dan memerhati Mentafsir dan Membuat generalisasi

Ikan emas, udang, Sotong, Berudu

Bernafas melalui insang

Haiwan hidup dalam air Mempunyai insang untuk bernafas

Rajah 3 Proses Pengajaran-Pembelajaran melalui kaedah induktif

29

Jenis-jenis Pendekatan Induktif


Membentuk satu generalisasi daripada contohcontoh tertentu

Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu


Membentuk satu hukumdaripada penyataanpenyataan tertentu Membentuk satu tearem melalui aktiviti induktif Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran
30

Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Induktif


1) Guru harus menyediakan contoh-contoh yang sesuai serta menyediakan soalan-soalan yang dapat membimbing 2) Guru tidak harus memberi penerangan dan harus membimbing murid melalui aktiviti soal jawab 3) Contoh khusus harus dipelbagaikan 4) Murid digalakkan memberi contoh-contoh yang serupa 5) Guru tidak harus mengemukakan contoh sekaligus bagi menarik perhatian murid 6) Alat bantu mengajar harus disediakan 7) Aktiviti pembelajaran yang boleh melibatkan deria-deria murid 8) Urutan daripada contoh spesifik kepada kesimpulan 31 umum

Model Strategi Pengajaran Secara Induktif


Peringkat I
Perancangan
-Menentukan objektif Pengajaran -Sediakan contoh, soalan, alat bantu mengajar -Set Induksi -Mengemukakan dan memerhatikan contoh

Peringkat II
Pendedahan

Peringkat III
Pembentukan Konsep Mentafsir Ciri-ciri

-Mengenal pasti ciri-ciri -menganalisis ciri-ciri

Peringkat IV
Pembentukan kesimpulan

-Merumuskan ciri-ciri -membuat generalisasi & penerangan -Membuat kesimpulan - Membuat aktiviti susulan

Peringkat V
Penutup

32

Pendekatan dan Strategi Pengajaran Deduktif


Konsep Deduktif
Pengajaran yang bermula daripada sesuatu rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan diikuti dengan aplikasinya kepada contoh-contoh yang khusus Digunakan untuk mendapatkan kesimpulan yang baru

Kaedah mengajar yang kompleks


Memberitahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal dan murid dibimbing mengingat kembali
33

Jenis Pendekatan Deduktif


1. 2. 3. Penyelesaian masalah Membentuk generalisasi baru Membentuk hipotesis

Prosedur Penggunaan Pengajaran Deduktif Pendedahan masalah atau hipotesis Pemilihan generalisasi prinsip atau teori yang telah diketahui Menyelesaikan masalah atau membuktikan hipotesis Guru tidak perlu melaksanakan cara penyelesaian , tetapi harus membimbing aktiviti soal jawab supaya murid dapat menyelesaikan masalah sendiri

34

Model Strategi Pengajaran Secara Deduktif


Peringkat I
Perancangan
-menentukan objektif/ hipotesis pengajaran -sediakan masalah, generalisasi, alat bantu mengajar -mengemukakan masalah/ hipotesis -mengingat kembali & menghuraikan generalisasi yang diketahui -mengaitkan masalah dengan generalisasi yang diketahui -mengaplikasikan generalisasi pada masalah yang dikemukakan

Peringkat II
Pendedahan

Peringkat III Aplikasi

Peringkat IV
Pembentukan kesimpulan

-membuktikan hipotesis -membentuk & menerangkan kesimpulan baru


-membuat kesimpulan -membuat aktiviti susulan

Peringkat V
Penutup (Pengukuhan)

35

Pendekatan dan Strategi Elektif


Gabungan pendekatan-pendekatan.Khasnya menggabungkan pendekatan induktif & deduktif

Sesuai digunakan sebagai strategi pengajaran dalam kumpulan (pemulihan & pengayaan) Menggunakan pendekatan & strategi pemusatan guru dalam kumpulan pemulihan; manakala menggunakan pendekatan & strategi pemusatan bahan dalam kumpulan pengayaan
36

Strategi Pengajaran-Pembelajaran dalam Pedagogi Bestari


Ditumpukan kepada strategi pemudacaraan, strategi berpusatan murid dan bahan

Khasnya teknik penggunaan komputer & internet serta strategi pembelajaran masteri dan kolaboratif
Strategi P & P termasuk strategi direktif (arahan), strategi pemerhatian (demonstrasi), strategi berunding (perbincangan), strategi perjalanan (sumbangsaran), strategi koloboratif (projek/ sumbangsaran), strategi konteks luaran (kajian luar) & strategi metakognitif (reflektif)
37

Strategi Pengajaran-Pembelajaran dalam Pedagogi Bestari (samb.)


Pembelajaran secara kolaboratif adalah ditegaskan Pembelajaran masteri- strategi pedagogi bestari yang paling sesuai dengan untuk pembelajaran secara individual (bergantung rapat dengan pengalaman sedia ada dengan gaya pembelajaran)

38

Pembelajaran Koperatif
Murid-murid belajar secara kerjasama, mereka berinteraksi dan saling bantu- membantu Langkah-langkah koperatif:1. Guru menyampaikan pelajaran baru 2. Murid-murid membentuk kumpulan untuk perbincangan 3. Ujian ditadbirkan untuk mengesan kemajuan 4. Peneguhan sosial Ciri-ciri:1. Murid-murid melibatkan diri secara aktif 2. Murid-murid dilatih dengan akauntabiliti diri, bertanggungjawab dan kemahiran interaksi sosial39

Pembelajaran Kolaboratif
Berusaha bersama ke arah mencapai prestasi yang baik sama ada dalam akademik atau bidang kokurikulum
Mengikut Colen, pembelajaran kolaboratif mempunyai 3 matlamat utama, iaitu matlamat intelek, matlamat sosial dan matlamat penyelesaian masalah disiplin bilik darjah

40

Pengintegrasian Kemahiran Generik dalam P&P


Penggunaan kemahiran generik secara berkesan amat bergantung kepada kemahiran pengintegrasi yang berikut : Kemahiran belajar Kemahiran berfikir Kemahiran mengajar Kemahiran pemudahcaraan Kemahiran menilai Kemahiran berkomunikasi(lisan & bertulis) Kemahiran penggunaan teknologi maklumat 41

Kemahiran Belajar
Kemahiran belajar merujuk kepada kebolehan menerima isyarat dengan tepat, memproses maklumat yang diterima, menyimpanya dalam stor ingatan dan mengaplikasikannya dalam menyelesaikan masalah.

Kemahiran belajar melibatkan kemahiran penggunaan mental manusia untuk memperolehi ilmu dalam bidang kognitif, psikomotor ataupun afektif.
42

Kemahiran Belajar (samb.)


Ia merangkumi kemahiran seperti : Memerhati -membaca Menulis -meniru Menghafaz -mengandai Memahami -menganalisis Mensintesis -menilai Mengingat
R. M. Gagne membahagikan hasil pembelajaran kepada tiga jenis kemahiran belajar, iaitu : Kemahiran kognitif Kemahiran menerima dan memahami isyarat Kemahiran mengaturkan strategi belajar

43

Kemahiran Berfikir
Pemikiran merupakan proses yang menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir ialah kecekapan menggunakan akal untuk menjalankan proses pemikiran.

44

Kemahiran Berfikir (samb.)


Ciri-ciri kemahiran berfikir : Membanding dan membeza Merumus, membuat inferens dan meramal Mencetuskan idea Menentukan sumber sama ada boleh dipercayai Mengusul dan memeriksa andaian Menimbang dan membuat keputusan Mencipta metafora atau analogi Menganalisis dan menilai Menyelesaikan masalah
45

Kemahiran Mengajar
Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran. Ia meliputi perkara-perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan, dan penilaian. Tujuannya menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar dengan cara yang berkesan berlandaskan teori P & P.
46

Kemahiran Mengajar (samb.)


Ciri-ciri kemahiran mengajar Aktiviti pengajaran dapat dilaksanakan secara sistematik, langkah demi langkah. Guru harus menarik perhatian murid-murid. Harus mengajar dari mudah kepada yang susah, dari konkrit kepada abstrak. Isi pelajaran disampaikan langkah demi langkah dengan lancar, sistematik dan tersusun mengikut masa yang ditentukan.
47

Kemahiran Mengajar (samb.)


Suasana pembelajaran adalah positif. Murid-murid diberi peluang berinteraksi melalui aktiviti berkumpulan dan perbincangan. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah sesuai. Aktiviti pengukuhan diberi untuk membantu murid membuat rumusan. Aktiviti peneguhan pada peringkat penutup adalah sesuai untuk membawa perasaan kejayaan murid.
48

Kemahiran Pemudahcaraan
Pemudahcara ialah seorang facilitator yang membimbing, memotivasi serta menggerakkan orang lain. Mengurus dan membantu perjalanan sesuatu aktiviti agar licin dan tanpa sebarang gangguan atau halangan. Masa kini, guru bukan sahaja mengajar, tetapi juga memainkan peranan pemudahcara untuk murid-murid.
49

Kemahiran Pemudahcaraan (samb.)


Sebagai pemudahcara, tugas utama guru ialah melicinkan segala proses dalam P & P. Sehubungan ini, guru haruslah menyediakan segala rancangan P & P yang sistematik, serta bbm yang mencukupi. Proses pemudahcaraan berkaitan rapat dengan penggunaan strategi pengajaran, khasnya pemusatan murid dan bahan. Oleh itu, guru harus menguasai kemahiran penggunaan strategi pemusatan murid dan bahan.
50

Kemahiran Menilai
Education Evaluation and Decision Making yang disunting oleh D.Stufflebeam, penilaian ditakrifkan sebagai proses menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya.

51

Kemahiran Menilai (samb.)


Dalam konteks pendidikan, penilaian ialah satu proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti p&p, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Proses penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran, analisis dan penyimpunan.

52

Kemahiran Menilai (samb.)


Prosedur penilaian:
Peringkat persediaan ujian Peringkat pentadbiran ujian Peringkat pemeriksaan dan pengukuran

Peringkat interpretasi dan tindakan

Peringkat analisis
53

Kemahiran Berkomunikasi
Komunikasi bermaksud perhubungan. Tujuan utama komunikasi ialah menyampaikan khabar, berita, mesej, pendapat dan maklumat kepada pendengar.

Guru harus menguasai kemahiran berkomunikasi secara lisan dan bertulis agar dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan.
54

Kemahiran Berkomunikasi (samb.)


Kemahiran berkomunikasi ini akan membantu murid-murid mengikuti pelajaran yang diajarnya dengan tepat dan berkesan, keliru dan salah faham tidak akan berlaku.

55

Kemahiran Penggunaan Teknologi Maklumat


Penggunaan komputer dalam pendidikan telah membawa banyak perkembangan kepada sistem pendidikan yang semakin canggih. Ia membawa reformasi kepada teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori p&p, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru.

56

Kaedah dan Teknik Mengajar


Kaedah mengajar merujuk kepada satu siri tindakan yang sistematik dan berlandaskan kepada suatu pendekatan yang dipilih dengan tujuan mencapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek.

Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.
57

Kaedah dan Teknik Mengajar (samb.)


Teknik mengajar ialah kemahiran dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam semua aktiviti P & P. Berikut adalah beberapa kaedah dan teknik mengajar yang biasa digunakan dalam aktivitiaktiviti P & P di sekolah rendah.
58

Kaedah dan teknik mengajar (samb.)


Belajar sambil main Main peranan Bercerita Tematik Penggabungjalinan Penyerapan Pemudahcaraan Perbincangan Sumbangsaran Kaedah inkuiri Tunjuk cara Penyelesaian masalah Pembelajaran masteri

59

Belajar Sambil Main


Belajar sambil main ialah sesuatu kaedah dan teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan aktiviti berpura-pura di bawah keadaan terkawal.
Aktiviti permainan memberi peluang kepada kanak-kanak mengembangkan potensi intelek, jasmani, rohani dan sosial, disamping mengukuhkan kemahiran yang baru dipelajari.

60

Langkah I Perancangan

Langkah II Permulaan

Langkah III Permainan

Langkah VI Penutup

Langkah V Perbincangan

Langkah IV Penilaian

Rajah 4: Langkah-langkah Pelaksanaan Bemain Sambil Belajar


61

Main Peranan
Main peranan merujuk kepada satu teknik mengajar dalam bilik darjah. Ia merupakan satu lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan pelajar tanpa menggunakan sebarang skrip. Biasanya aktiviti main peranan ini bermula daripada suatu situasi yang direkakan dan ditimbulkan oleh guru. Melalui aktiviti main peranan ini, murid-murid dapat mengukuhkan kemahiran pertuturan dan melatih diri untuk berfikir secara spontan supaya dapat menyelesaikan masalah secepat mungkin dalam situasi yang terkawal.
62

Bercerita
Bercerita merupakan suatu kaedah mengajar yang membolehkan guru menyampaikan isi pelajarannya melalui penggunaan teknik bercerita.
Melalui kaedah ini, guru dapat menjalankan sesuatu aktiviti P & P dengan berkesan.

63

Kaedah dan Teknik Pengajaran Tematik


Tema boleh diertikan sebagai pokok perbicaraan atau topik utama yang dijadikan sesuatu perbicaraan atau kajian. Di peringkat sekolah, kaedah ini sering digunakan dalam pelajaran bahasa, pendidikan seni, sejarah dan pendidikan moral. Mengikut Louis Cohen dan Lawrence Manian(1983), pendekatan tematik adalah amat sesuai digunakan sebagai proses perbincangan tema dalam aktiviti kumpulan.
64

Penggabungjalinan
Penggabungjalinan ialah proses mengintegrasikan beberapa kemahiran di dalam suatu pelajaran. Strategi ini merupakan strategi yang penting dalam program KBSR dan KBSM. Murid-murid bukan sahaja menguasai kemahiran yang digabungjalin tetapi juga memperolehi ilmu pengetahuan serta nilai-nilai murni.
65

Penggabungjalinan (samb.)
Penggabungjalinan kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam satu mata pelajaran bahasa seperti :
mendengar bertutur (lisan) membaca menulis

66

Penyerapan
Penyerapan merupakan proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran.
Di bawah program KBSR tahap I, unsur-unsur dalam mata pelajaran Sains dan Kajian Tempatan diserap menjadi isi mata pelajaran bahasa. Unsur mata pelajaran lain seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani dan Muzik diserap sebagai aktiviti sokongan.
67

Kaedah Pemudahcaraan
Pemudahcaraan ialah proses yang menggerakkan sesuatu aktiviti pembelajaran agar dapat dijalankan dengan lancar. Kemudahan pemudahcaraan merupakan kecekapan guru yang berjaya:
memotivasikan pelajar supaya bersedia belajar. Membimbing mereka menjalani aktiviti pembelajaran dengan lancar. Menggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pelajaran.
68

Kaedah Pemudahcaraan (samb.)


Guru yang menguasai kemahiran pemudancaraan ialah guru yang cekap menggunakan kemahiran lisan dan bukan lisan, teknik menyoal serta mempunyai bakat pemimpin. Kemahiran ini merupakan kemahiran yang amat penting dan sesuai untuk aktiviti perbincangan, sama ada secara kelas atau secara berkumpulan.

69

Perbincangan
Perbincangan merupakan satu kaedah dan teknik mengajar yang melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dan murid-murid dalam kelas. Ia merupakan sejenis aktiviti pembelajaran secara bertukar-tukar fikiran (berkongsi idea).

70

Perbincangan (samb.)
Proses perbincangan :
1. Permulaan : guru mengemukakan topik perbincangan dan soalan yang berkaitan. 2. Semasa perbincangan : murid-murid digalakkan memberi pandangan masing-masing secara aktif. Guru hanya memberi panduan. 3. Peringkat akhir : guru akan membimbing muridmurid membuat rumusan terhadap hasil perbincangan mereka.
71

Sumbangsaran
Sumbangsaran kadangkala dikenali sebagai pencambahan fikiran (brainstorming). Ia merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea terhadap sesuatu topik perbincangan. Dalam bilik darjah, sesi sumbangsaran boleh dikendalikan seperti sesi buzz.
72

Mengemukakan soalan perbincangan. Peringkat permulaan Menerangkan tujuan perbincangan.

Menghuraikan garis panduan perbincangan.


Membahagikan murid kepada kumpulan kecil.

Peringkat perbincangan

Ahli-ahli kumpulan mencadangkan idea penyelesaian.


Pelapor mencatat idea-idea yang dikemukakan.

Peringkat penilaian dan rumusan

Pelapor-pelapor membentangkan idea-idea di depan kelas.


Guru membimbing murid membuat penilaian dan rumusan. Murid mencatat pendapat-pendapat yang telah dipersetujui.

Rajah 5: Langkah-langkah Sumbangsara

73

Kaedah Inkuiri-Penemuan
Kaedah inkuiri-penemuan sebenarnya terhasil daripada gabuangan kaedah inkuiri dan kaedah penemuan. Namun, konsep kaedah inkuiri dan penemuan adalah berlainan, tetapi pendekatan, strategi, tujuan, prinsip dan langkah-langkah menjalankan aktiviti kajiannya adalah sama.

74

Kaedah Inkuiri-Penemuan (samb.)


Model inkuiri-penemuan merangkumi semua aktiviti merancang, menyiasat, dan menemui.

Ia memerlukan kemahiran membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri yang sama untuk membentuk satu generelisasi yang diharapkan.

75

Mengenal pasti topik kajian

Merancang strategi penyelesaian

Mengumpul maklumat yang berkaitan

Membuat generelisasi atau rumusan

Mengkaji dan menganalisis maklumat

Rajah 6: Proses Pembelajaran Melalui Kaedah Inkuiri-Penemuan


76

Tunjuk cara (Demonstrasi)


Tunjuk cara adalah suatu jenis teknik p&p yang melibatkan kemahiran guru mendemonstrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan murid. Terdapat 3 jenis tunjuk cara yang biasa digunakan dalam aktiviti p&p:
1. Model hidup (model yang sebenar diguna) 2. Model simbolik (langkah-langkah bertulis) 3. Model persepsi (tayangan video)
77

Penyelesaian Masalah (TOC)


Penyelesaian masalah merupakan aktivitiaktiviti yang melibatkan masalah berbentuk perkataan, masalah bukan mekanis, teka-teki, kuiz atau penggunaan kemahiran matematik dalam situasi yang sebenar.

78

Penyelesaian Masalah (TOC) (samb.)


Mengikut definisi Lester, seorang ahli matematik yang terkenal pada tahun 1970-an:

Masalah merupakan sesuatu situasi apabila seseorang individu atau kumpulan ini dikehendaki melaksanakan kerja penyelesaiannya. Mereka hendaklah menentukan strategi dan kaedah penyelesaian masalah terlebih dahulu sebelum melaksanakan kerja penyelesaiannya. Strategi penyelesaian masalah itu harus melibatkan pelaksanaan suatu set aktiviti yang boleh memberikan penyelesaiannya.
79

Penyelesaian Masalah (TOC) (samb.)


Jenis-jenis penyelesaian masalah:
Kaedah penyelesaian masalah sendiri Kaedah inkuiri Kaedah dapatan Sumbangsaran (brainstorming) Teknik TOC

80

Teknik TOC (Theory of Constraints)


Teknik TOC ini adalah digunakan untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah, sama ada peribadi atau akademik. Menggunakan kemahiran berfikir dan berkomunikasi secara sistematik, logik, tepat dan mudah dalam proses penyelesaian masalah.

81

Proses penyelesaian masalah :


1. Mengenal pasti situasi bermasalah: Penyata masalah Menentu apa yang perlu diubah Menentu objektif penyelesaian 2. Mengenal pasti cara penyelesaian masalah: Menentukan apa perubahan yang berlaku 3. Pelaksanaan cara penyelesaian masalah: Mengendalikan proses perubahan
82

Di dalam TOC, terdapat 3 teknik boleh digunakan untuk pengajaran :


Teknik awan Teknik sebab dan akibat Teknik mencita-citakan kejayaan

83

Teknik awan

Menyelesaikan masalah konflik

Menggunakan kaedah dan teknik pengajaran: Main peranan Perbincangan Sumbangsaran Pemudahcaraan

Rajah 7: Teknik Awan


84

Teknik sebab dan akibat

Membimbing pelajar memikir tentang akibat sesuatu idea, kejadian, tingkah laku dan sebagainya.

Menggunakan kemahiran : Berfikir secara kritis dan kreatif serta reflektif (dengan bantuan alat berfikir dalam bentuk carta)

Rajah 8: Teknik Sebab Dan Akibat


85

Teknik mencita-citakan kejayaan

Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan cabaran

Teknik ini memerlukan; Teknik merancang secara kolaboratif dan sistematik Kemahiran berfikir secara sistematik dan logical

Rajah 9: Teknik Mencita-citakan Kejayaan

86

Pembelajaran Penguasaan (Mastery Learning)


Juga dikenali sebagai Pembelajaran Masteri.

Dicadangkan oleh B. S. Bloom, pakar pendidikan Amerika Syarikat pada hujung 1960an. Pembelajaran masteri boleh diertikan sebagai kehandalan pembelajaran seperti menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan cekap dan lengkap.
87

Tujuan pembelajaran masteri :


Memastikan murid menguasai apa yang diajar Mencapaikan objektif pelajaran yang ditentukan dengan memuaskan Mendapat maklum balas terhadap pembelajaran dan membuat pengubahsuaian untuk meningkatkan keberkesanannya
88

Ringkas kata, penggunaan pendekatan pembelajaran masteri ialah berlandaskan kepercayaan bahawa semua murid boleh menguasai kemahiran atau perkara yang diajar dengan cekap dan lengkap, sekiranya ada pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti serta masa yang mencukupi.

89

Kriteria Pemilihan Strategi P&P


Pemilihan strategi harus merujuk kepada mata pelajaran yang akan diajar. Pemilihan strategi harus berdasarkan kepada objektif pelajaran. Pemilihan strategi harus berdasarkan kepada kebolehan murid. Pemilihan strategi harus berdasarkan kepada jenis aktiviti pelajaran yang akan diajarkan. Pemilihan strategi harus berdasarkan kepada aktiviti pembelajaran murid. Pemilihan strategi harus berdasarkan kepada prinsip bersepadu.
90

91

You might also like