You are on page 1of 8

2.2.1 Aturan berlari lari berganti-ganti 4 x 400 meter.

Di dalam aturan berlari, empat orang pelari diperlukan bagi membentuk satusatu pasukan lari berganti-ganti 4 x 400 meter, serta seorang sebagai pelari simpanan. Walaupun kedudukan pelari hanya ditentukan semasa acara berlangsung iaitu berdasarkan kedudukan pelari pertama, tetapi kedudukan pelari pertama ditentukan sebelum perlumbaan bermula. Pelari pertama akan memulakan larian dengan membawa baton manakala pelari keempat akan menamatkannya. Pelari pertama akan berlari mengiku lorong yang ditetapkan. Pelari kedua akan menerima baton daripada pelari kedua selepas pelari pertama menamatkan lariannya. Pelari itu akan berlari mengikut lorong sehingga melepasi selekoh pertama, selepas itu dia boleh memotong memasuki lorong paling dalam untuk meneruskan larian. Pelari ketiga dan keempat akan menunggu rakannya di garisan penamat untuk mendapatkan baton. Semua pelari hendaklah berlari dengan memegang baton dari permulaan larian hingga ke garisan penamat. Jika pelari terakhir tiada baton, peserta itu dan pasukannya akan dikira batal. Pelari pertama akan memulakan larian setelah isyarat diberi oleh pegawai pelepas. Sebarang pertukaran pelari hendaklah dibuat sebelum perlumbaan dimulakan. Pasukan berkenaan hendaklah memaklumkan kepada pegawai perlumbaan tentang perubahan pelari ini. Setiap ahli dalam pasukan hendaklah memakai pakaian yang sesuai dengan baju yang bernombor serta lambing dan warna pasukan masing-masing. Semua pelari hendaklah berlari dengan mematuhi aturan dan undang-undang yang ditetapkan. Sebarang tindakan, perbuatan atau perlakuan yang boleh menghalang atau menganggu perjalanan acara ini boleh menyebabkan pembatalan kepada pasukan berkenaan.

2.2.2 Pemilihan calon dan ciri-ciri pelari lari berganti-ganti 4 x 400 meter. Tindaklah sukar, untuk mendapatkan seorang atau dua pelari yang betul-betul berkemampuan dalam satu-satu acara tetapi untuk mendapatkan lima orang pelari mungkin menimbulkan masalah. Bagaimanapun, ada kalanya terlalu ramai peserta yang berpendapat mempunyai prestasi yang baik sehingga mampu membariskan mereka dalam pasukan lari berganti-ganti Sekolah, Negeri, atau Negara mereka. Biasanya untuk menentukan pemilihan pelari, diadakan ujian demi ujian dan peringkat demi peringkat. Lima orang pelari terbaik akan dipilih atau mungkin bilangan ini ditambah menjadi sepuluh orang, untuk membentuk dua pasukan lari berganti-ganti. Ini bertujuan, mana-mana pelari yang mampu menunjukkan peningkatan mungkin boleh dipilih kemudiannya dan sebagai persediaan dalam menghadapi kemungkinan pelari mengalami kecederaan atau menghadapi masalah yang tidak dapat dielakkan. Pemilihan menerusi ujian begini adalah salah satu cara terbaik yang boleh dilakukan, tetapi ada cara lain yang dibuat oleh seseorang jurulatih. Dalam memilih pelari untuk acara 4 x 100 meter, selain mempunyai kelajuan yang tinggi, kriteria lain yang diutamakan ialah persefahaman, kemahiran dalam pertukaran baton, serta kemampuan berlari di selekoh. Bagi acara 4 x 400 meter, semua ini tidak begitu penting, yang penting dan utama ialah keupayaan pelari berlari dengan pantas dan mempunyai strategi larian yang berbagai-bagai. Dengan demikian, ciri-ciri pelari mengikut kedudukan dalam pasukan tidak penting. Ini bermakna kesemua lima orang pelari secara amnya hendaklah mempunyai ciri-ciri dan kebolehan yang hampir sama, dan hendaklah yang terbaik dariada pelari lain yang menghadiri ujian.

2.2.3 Panduan asas lari berganti-ganti 4 x 400 meter. Sebelum pelari memulakan larian, mereka perlu mengetahui panduan asas dalam acara larian 4 X 400 meter ini. Terdapat empat panduan asas dalam larian 4 X 400 meter ini ialah jarak larian, pertukaran baton, pemilihan pelari mengikut keupayaan berlari dan semangat berpasukan. Di bawah ini terdapat keterangan panduan asas dalam acara larian 4 X 400 meter. 1- Jarak larian. Dalam acara lari bergnati-ganti 4 x 400 meter, kita telah diberitahu bahawa jarak yang diambil oleh keempat-empat pelari adalah berbeza mengikut kedudukan mereka. Dalam acara 4 x 400 meter, semua pelari berlari pada jarak yang sama. 2- Pertukaran baton. Walaupun pertukaran baton tidaklah sesukar 4 x 100 meter, tetapi setiap pelari hendaklah mempunyai kemahiran dalam memberi dan menerima baton, jika dia mahu berada dalam pasukannya. Biasanya pelari terakhir adalah daripada pelari terbaik dalam 400 meter pasukannya. Kedudukan pelari ketiga dan keempat di garisan penerimaan baton adalah bergantung kepada kedudukan pelari kedua. Ini bermakna jika pelari kedua pasukan A berada di hadapan, rakannya berada di lorong paling dalam untuk menerima baton diikuti oleh pelari kedua terpantas dengan penerima baton berada di sebelahnya. Jika pelari kedua berapa pada kedudukan terkebelakang, bermakna pelari ketiga pasukannya akan menerima baton yang terakhir. 3- Pemilihan mengikut keupayaan berlari. Keupayaan berlari tanpa mengikut kedudukan serta keperluan tertentu, asalkan mempunyai kelajuan yang tinggi selalu diberi keutamaan. Andainya ada pelari yang lebih baik, pelari itu hendaklah diberi peluang walaupun dia tidak menghadiri ujian. 4- Bersemangat berpasukan. Sebagai acara berpasukan, sewajarnyalah setiap pelari dapat memantapkan persefahaman dan semangat kerjasama yang tinggi sesama ahli dalam pasukan serta pegawai dan jurulatih. Latihan intensif dan konsisten adalah satu-satunya cara terbaik mencapai hasrat ini.

2.2.4 Susunan berlari, lari berganti-ganti 4 x 400 meter. Susunan pelari dalam sebarang acara lari berganti-ganti termasuk 4 x 400 meter merupakan strategi penting bagi sesebuah pasukan dalam usaha memenangi perlumbaan ini. Susunan yang betul dan tepat menjanjikan keputusan yang membanggakan, dan susunan yang tidak tepat akan menjejaskan persembahan pasukan. Hanya jurulatih yang mempunyai cara dan strategi yang difikirkannya sesuai dalam menentukan susunan pelari. Sekirannya sesebuah pasukan lari berganti-ganti 4 x 400 meter mempunyai kesemua pelarinya yang mempunyai keupayaan atau kelajuan larian yang hampir sama, jurulatih boleh meletakkan pelari yang agak lemah untuk memulakan larian diikuti oleh pelari kedua lemah dan diikuti oleh dua pelari yang lebih pantas. Jurulatih boleh juga mengadakan susunan pelari dengan meletakkan pelari yang terpantas memulakan larian diikuti dengan pelari lain mengikut susunan kepantasan mereka. dengan demikian, kesemua keempat-empat orang pelari berpeluang mengalahkan lawan masing-masing sehingga pelari terakhir. Ada kalanya sesebuah pasukan itu terdiri daripada pelari yang mempunyai kelajuan larian yang berbeza-beza. Pada pandangan umum, sudah tentu akan menimbulkan kesukaran kepada jurulatih untuk meletak kedudukan yang paling sesuai. Biasanya pelari yang kedua terpantas akan memulakan larian. Pelari ketiga terbaik diletak sebagai pelari kedua, pelari yang ketiga terbaik sebagai pelari ketiga dan pelari yang mempunyai kelajuan terpantas diletakkan sebagai pelari terakhir. Ini penting kerana sebarang kesilapan atau jika tertewas di peringkat pelari kedua atau ketiga, pelari terakhir masih berpeluang melakukan sesuatu untuk pasukannya. Bagaimanapun kedudukan setiap pelari dalam sesebuah pasukan bukanlah seseuatu yang tetap. Jurulatih boleh menukar kedudukan pelari bukan sekadar berdasarkan keupayaannya berlari, tetapi mungkin juga berdasarkan kekuatan pasukan lain yang mengambil bahagian. Bagaimanapun, sebarang pertukaran kedudukan ini hendaklah diputuskan oleh jurulatih sebelum perlumbaan bermula. Pegawai perlumbaan mempunyai kuasa untuk membatalkan sesebuah pasukan jika tidak mematuhi aturan yang ditetapkan. Umumnya, setiap pasukan lari bergantiganti meletakkan pelari yang terpantas dalam pasukannya sebagai pelari terakhir. Ini menjadikan saingan dan perebutan kedudukan ditentukan oleh pelari terakhir ini. Keadaan akan menjadi menarik apabila tiba giliran pelari terakhir, ini disebabkan setiap pelari akan berusaha untuk mendapatkan tempat pertama. Oleh itu, susunan kedudukan pelari dalam acara 4 x 400 meter juga adalah penting, walaupun tidak begitu diberikan perhatian seperti dalam susunan pelari untuk acara 4 x 100 meter. Semua pelari hendaklah saling berkerjasama, walaupun salah seorang rakannya tidak dapat mencapai kedudukan terbaik.

2.2.5 Teknik larian, lari berganti-ganti 4 x 400 meter. Teknik larian sangat penting dalam acara larian 4 X 400 meter ini. Teknik larian berbeza antara keempat-empat larian. Dibawah menunjukkan teknik larian keempat-empat larian bagi pelari dalam satu pasukan. 2.2.5.1 Pelari pertama. Peranan utama pelari pertama ialah memulakan perlumbaan. Sebelum memulakan larian, setiap pelari pertama hendaklah memastikan mereka mempunyai baton. Semua pelari akan beratur di hadapan garisan permulaan mengikut lorong masing-masing menerusi undian yagn dijalankan terdahulu. Apabila semuanya sudah bersedia, pelari pertama akan mengambil tempat di garisan permulaan mengikut lorong masing-masing, manakala pelari lainnya akan beredar daripada tempat permulaan dan menanti giliran mereka di tepi balapan. Mereka kini hanya menantikan pegawai pelepas memberikan isyarat permulaan sahaja. Setelah semuanya bersedia, pegawai pelepas akan mengarahkan semua pelari pertama Ke Garisan, Sedia, dan di sudahi dengan tembakan pistol menandakan permulaan larian acara 4 x 400 meter. Pelari pertama digalakkan menggunakan blok permulaan bagi memantapkan perlumbaan. Pelari pertama akan berlari mengikut lorong sepanjang lariannya, dan meneruskan larian sehingga baton diberi kepada pelari kedua. Walaupun pelari yang berlari di lorong paling luar kelihatan mendahului pelari-pelari lain semasa permulaan, mereka sebenarnya akan menghabiskan jarak larian yang sama. Sudah tentu setiap pelari pertama akan berlari sedaya mungkin bagi memberikan permulaan yang seterusnya akan mendorong rakan-rakan pasukannya untuk berlari lebih baik. 2.2.5.2 Pelari kedua. Selepas pelari pertama berlari, pelari kedua akan mengambil tempat di garisan permulaan mengikut kedudukan pelari pertama. Mereka akan bersedia dengan larian masing-masing di samping sama-sama memerhatikan larian yang dilakukan oleh pelari pertama mereka. Sebaik sahaja mendapat baton daripada pelari pertama, pelari kedua akan meneruskan larian di lorongnya. Hanya selepas melepasi jarak 100 meter, baharulah mereka dibenarkan memasuki lorong di sebelah dalam balapan. Sudah tentu semua pelari akan berusaha untuk berlari di lorong paling dalam dan selepas itu penonton dapat melihat mereka cuba memotong lawan masing-masing, semuanya pada satu lorong. Namun ada kalanya pelari berlari di lorong kedua atau ketiga terutamanya ketika memotong, tetapi biasanya pada lorong selekoh semua pelari berlari dalam lorong paling dalam.

Di sini juga sering berlaku kejar mengejar dan potong memotong sehingga menjadikan perlumbaan ini menarik. Dengan kedudukan sedemikian, adalah masih terlalu awal untuk memilih pasukan mana yang akan memenangi perlumbaan itu, sekiranya taraf atau pencapaian mereka adalah sama. Lainlah jika terdapat pasukan yang mempunyai prestasi yang lebih baik atau jauh lebih baik daripada pasukan lain. Apa yang pasti setiap pelari akan berusaha menamatkan larian terlebih dahulu daripada pelari lain. 2.2.5.3 Pelari ketiga. Sebaik sahaja pelari kedua berlepas untuk berlari, semua pelari ketiga akan berada di garisan permulaan untuk meneruskan cabaran masing-masing. Oleh sebab pelari kedua berlari tanpa mengikut lorong seperti pelari pertama, sudah tentu semua pelari ketiga berusaha untuk menunggu rakannya pada lorong paling dalam, walaupun rakannya itu ketinggalan atau berada pada kedudukan paling corot. Bagi mengelakkan perebutan ini, kedudukan pelari ketiga ditentukan menerusi kedudukan pelari kedua. Ini bermakna jika pelari kedua pasukan A sedang mengahului perlumbaan, bermakna pelari ketiga pasukan itu akan menunggu pada lorong paling dalam untuk mendapatkan baton. Dalam keghairahan berlari, semua pelari jangan sekali-kali cuba melakukan sesuatu kepada lawan untuk mendahului mereka atau untuk menganggu larian mereka. Semangat kesukanan tetap diutamakan walaupun ramai pula yang mahukan kemenangan. Pegawai perlumbaan sentiasa memerhatikan tingkah laku dan adab larian setiap peserta, dan mereka akan mengangkat bendera mereka jika berlaku kesalahan atau kekasaran. 2.2.5.4 Pelari keempat. Pelari keempat atau terakhir juga akan menunggu rakannya memberi baton pada garisan permulaan mengikut kedudukan terkini pelari ketiga. Untuk mengelakkan daripada berlaku perebutan lorong ini, pegawai perlumbaan akan memastikan kedudukan sebenar pelari terakhir. Dengan ini sudah tentu akan memberi sedikit kelebihan kepada pelari yang berada paling hadapan ketika pertukaran baton berlaku. Tugas utama pelari keempat atau pelari terakhir dalam acara lari bergantiganti 4 x 400 meter ini ialah memastikan dia melepasi pita penamat terlebih dahulu daripada pelari lain. Sebagai pelari terakhir, kemenangan atau kekalahan pasukannya sememangnya terletak di bahunya. Pelari terakhir ini hendaklah bijak mengatur strategi larian supaya tidak mudah ditewaskan oleh lawannya. Dia juga hendaklah jangan terlalu yakin walaupun sedang mendahului larian. Tidak mungkin disebabkan terlalu yakin, dia akan ditewaskan lawan.

Kemuncak acara lari berganti-ganti 4 x 400 meter ini ialah pada peringkat 200-100 meter akhir. Semua pelari akan memecut atau meningkatkan kepantasan masing-masing untuk tiba terlebih dahulu di garisan penamat. Di sini terletaknya kemahiran mereka dalam berlari acara lari berganti-ganti ini. Disebabkan saingan yang sengit dan kepantasan yang kemuncak, ada kalanya pihak penganjur terpaksa menggunakan kaedah photo-finish untuk menentukan pemenangnya. Tidak kurang pula ada kalanya disebabkan perbezaan yang ketara Antara sebuah pasukan dengan yang lain, jarak atau perbezaan jarak pada akhir perlumbaan adalah terlalu jauh. 2.2.6 Pertukaran baton lari berganti-ganti 4 x 400 meter. Berlari sambil membawa baton merupakan aturan utama dalam lari bergantiganti. Dengan membawa baton menjadikannya berbeza daripada acara-acara lain. Ini bermakna setiap pelari dalam pasukan lari berganti-ganti akan berlari sambil membawa baton sehinggalah kesemua pelari menamatkan larian, dan masih memegang baton. Pertukaran baton berlaku selepas seseorang pelari menamatkan lariannya. Pelari yang membawa baton akan memberikannya kepada pelari berikutnya dalam pasukannya. Sekiranya pelari berlari tanpa baton atau baton terlepas daripada pegangannya atau terkeluar daripada kawasan pertukaran yang dibenarkan akan menyebabkan lariannya dibatalkan. Ini bermakna pasukannya juga akan menerima nasib yang sama. Disebabkan pelari terpaksa berlari pada jarak yang agak jauh dan kepantasan dalam pertukaran baton tidaklah sepantas dalam larian lari berganti-ganti 4 x 100 meter, kaedah memandang dilakukan oleh pelari yang akan menerima baton. Juga pelari yang akan memberi baton sudah keletihan ketika tiba ke garisan penamat, sudah tentu akan menyulitkannya jika pelari yang akan menerima baton terus berlari dengan pantas. Pelari ini akan memberi baton kepada rakannya secara menegak, sama ada pada tangan kanan atau tangan kiri, bergantung pada pegangan baton pelari sebelumnya. Elakkan daripada memberi dan menerima baton pada tangan yang sama, kerana ini menganggu larian. Ketika hendak menerima baton, pelari hendaklah membukakan tangannya dengan jari telunjuk dan ibu jari membentuk huruf V supaya baton tidak mudah terjatuh atau tidak dapat diberikan kepada penerima dengan baik atau tepat sehingga boleh menimbulkan masalah kepadanya pula. Pelari yang menerima baton hendaklah melakukannya pada zon atau kawasan yang dibenarkan. Pelari yang menamatkan larian pula tidak dibenarkan terus keluar daripada lorongnya atau memasuki lorong pelari pasukan lain bagi mengelakkan kemungkinan berlaku kemalangan atau perlanggaran.

2.2.7 Perkara-perkara penting lari berganti-ganti 4 x 400 meter. Terdahulu kita telah membincangkan kedua-dua acara lari berganti-ganti ini secara agak mendalam. Ini penting kerana inilah satu-satunya acara berpasukan dalam olahraga. Oleh sebab berpasukan, bererti persefahaman dan kerjasama di antara rakan sepasukan adalah penting. Berikut adalah antara perkara-perkara penting yang harus diberikan perhatian oleh semua pelari. Setiap pelari hendaklah mempunyai identiti atau pengenalan diri, iaitu menerusi pemakaian yang mempunyai abjad dan berwarna sama dengan pelari sepasukan. Selain itu, sesebuah pasukan 4 x 400 meter hendaklah terdiri daripada empat orang pelari serta seorang pelari simpanan. Pelari juga hendaklah berlari sambil membawa baton, mengelilingi balapan 400 meter. Tambahan pula, pertukaran baton antara pelari hendaklah dilakukan di dalam kawasan sejarak 20 meter yang ditetapkan. Pertukaran yang dibuat di luar kawasan ini dikira batal. Selepas memberi baton kepada rakannya, seseorang pelari tidak boleh serta merta keluar dari lorongnya bagi mengelakkan sesuatu daripada berlaku. Dalam memberikan baton kepada rakan, pelari tidak boleh mencampakkannya atau terus membuang baton selepas tamat larian. Selain itu, setiap pelari hendaklah mematuhi segala syarat dan aturan perlumbaan sepanjang perlumbaan diadakan. Keputusan yang dibuat oleh pegawai perlumbaan adalah muktamad. Bagaimanapun mana-mana pegawai atau peserta yang tidak berpuas hati atas sesuatu perkara dalam perlumbaan ini boleh merujuk kepada jawatankuasa rayuan.

You might also like