You are on page 1of 1

KEKUATAN Guru menggunakan bahan bantu mengajar untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru ialah kad kalimah , pen warna dan kertas kerja. Guru juga menggunakan elemen muzik dalam menyampaikan ilmu kepada pelajarnya. Guru juga menggunakan teknik soalan untuk meningkatkan inkuiri pelajar. Hal ini kerana guru mahu pelajar menumpukan perhatian kepada sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru memilih pendekatan induktif untuk menyampaikan tajuk bulan islam ini. Hal ini bertepatan dengan cara murid boleh menafsir tajuk yang bakal mereka pelajari. Guru Berjaya menarik minat pelajar untuk belajar dan terus mendengar penyampaian guru. guru juga memberi aktiviti yang Berjaya menghubungkan pelajar di dalam kelas. maka, guru telah melatih pelajar untuk bersosial bersama-sama rakan mereka. Guru memberi kerja di rumah supaya murid berdisiplin Kelemahan Terdapat beberapa kelemahan dalam rancangan pengajaran harian ini. Guru memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran tanpa menggunakan sebarang bahan bantu mengajar. Ia boleh membuatkan pelajar kurang meminati pengajaran guru kerana permulaan telah memberi pandangan mereka kepada pengajaran yang bosan. Guru meletakkan unsur muzik pada aktiviti yang ketiga. Hal ini kurang sesuai kerana sesi pengajaran sudah mendekati fasa terakhir. Maka, video di awal akan menarik minat pelajar untuk datang melihat dan mendengar.

You might also like